16 September 2012

Ratu Cantik Malaysia Sama Harga Dengan Basikal Buruk..


Tiga tahun lepas, JR sebagai peminat tegar basikal membeli sebuah basikal tua jenama Raleigh yang diimport dari England dari seorang rakan dengan harga RM600. Kerana sangat meminati basikal tua (malah basikal-basikal lain juga JR minat), besi buruk dan berkarat itu perlu dibaik pulih sebelum ia dapat ditunggang.

Hari ini JR membaca lagi kisah 'sesuatu' yang dibeli dengan harga RM600. Cuma 'sesuatu' yang dibeli dengan harga RM600 ini bukan basikal tua tapi wanita muda...ratu cantik pula tu!! 

Nadia Heng...harganya RM600...

Mengapa harga seorang ratu cantik Malaysia murah sangat, sama dengan harga basikal tua besi buruk yang kini menjadi milik JR?? Mengapa cuma RM600 harga seorang ratu cantik? Baca di sini:


BERITA

Peguam 'Beli' Ratu Cantik RM600
KUALA LUMPUR: Bekas Ratu Cantik Dunia Malaysia, Nadia Heng 'dijual' dengan harga RM600.
Bagaimanapun urusan jual beli itu bukannya seperti perdagangan hamba sebaliknya bagi tujuan amal.
Heng antara lima personaliti tempatan yang 'dijual' dan 'dilelong' bagi tujuan baik kepada pembida tertinggi bagi mengumpul dana untuk menaik taraf Pusat Sumber UndiMsia!
Sebagai habuan, 'pembeli' akan mendapat peluang keluar bersama-sama personaliti berkenaan.
Heng berkata beliau tidak kisah sama ada akan dibawa untuk makan malam istimewa ataupun sekadar makan di kedai mamak.
"Saya tidak keberatan 'dijual' seperti itu kerana ia adalah untuk tujuan yang baik," katanya ketika ditemui di majlis lelongan bersempena sambutan ulang tahun pertama UndiMsia! di Bangsar di sini pada Sabtu.
Menurusi bidaan untuk Heng, seorang peguam, Dipendra Rai, 37, berjaya 'membeli' dengan harga RM600.
Ditanya ke mana beliau merancang untuk membawa Heng, Rai berkata dia mahu memberi kejutan kepada bekas ratu cantik itu.
(Sumber: mStar)

6 comments:

  1. murahnya dijuall.. tak kisah la brtujuan baik taapi mcm jual body ja.. :D

    ReplyDelete
  2. apala orang macam ni , jadik ratu cantik tuh pown macam jual badan dah , dok tayang2 pastuh dapat duet , kan lebih kurang jerr tuh , apew sangat la kalaw nak dibandingkan dengan entry ni , hehehe ~ betul tak JR??

    ReplyDelete
  3. mereka nak carik duit yang datangnya dari kegiatan yang tak baik..

    ReplyDelete
  4. owh nak kumpul dana untuk pusat sumber....

    jadi lah tu 600 aje ^_^

    ReplyDelete
  5. tak suka...tayang badan pulak tue nasib baik cina...

    ReplyDelete
  6. alamak, JR memang hebat . sebab tu blog JR dalam list blog sensasi pesona. apa daya..dia.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....