14 September 2012

Malang...Komputer Dan Telefon Disambar Petir Lagi


Kejadian ini berlaku pada hari Rabu lepas, kira-kira jam 11 malam.

"Abah...Sha nak strika baju boleh tak?" tanya anak perempuan JR yang sedang belajar di Tingkatan Satu.

"Awat tanya pula? Hmmm...nak minta abah strika baju ke?" tanya JR. Memang JR kerap bantu strika baju anak-anak (malah kadang-kadang tolong strika pakaian isteri..).

"Tak, bukan pasai tu. Tapi takut pula..kan di luar ada kilat" kata Sha.

"Tak bahaya kot" jawab JR "Kilat tu pun sekali sekala saja, bunyi guruh pun jauh sangat...tak bahayalah.."

Memang ketika itu hujan agak lebat di luar rumah. Kadang-kadang memang terdengar bunyi guruh perlahan dari kejauhan. Mengikut apa yang JR tahu jika guruh bunyinya perlahan serta lemah dan cuma datang sekali sekala, bermakna jarak petir dengan kita sangat  jauh. Jadi tak bahayalah.

Lepas anak perempuan JR selesai strika baju, hujan masih belum reda. Anak lelaki JR pula sedang asyik bermain game di PC berdekatan JR.

Tiba-tiba tanpa amaran ada seperti sinar flash kamera di ruang tamu diikuti bunyi dentuman guruh yang agak kuat. Anak lelaki JR yang leka bermain game segera menutup PC sambil berlari masuk ke biliknya.


JR ingat tak ada apa-apa yang berlaku. Lagi pun TV masih berfungsi seperti biasa. Hinggalah esoknya (Khamis) bila bangun pagi JR dapati telefon talian tetap di rumah tak berfungsi seperti biasa. Bila JR buka laptop yang terletak di dalam bilik didapati internet tak berfungsi. Bila JR periksa modem, kelihatan ia juga tak berfungsi seperti biasa.

Sahlah modem dan talian telefon di rumah JR disambar petir malam tadi. Bila ditanya anak lelaki JR yang menggunakan PC di ruang tamu malam itu dia berkata ternampak seperti ada segumpal api berdekatan modem ketika guruh berdentum. Sebab itulah dia lari masuk bilik, terkejut sangat!!

Tengahari tadi kontraktor TM datang ke rumah JR untuk membaiki kerosakan telefon tetap di rumah bersama modem streamyx. Berdasarkan pemeriksaan mereka mendapati panahan petir pada malam Rabu itu menyebabkan:

i) Cordless phone kepunyaan TM di ruang tamu rumah terbakar
ii) Modem streamyx juga terbakar.
iii) Selain itu splitter streamyx juga terbakar.

Nasib baiklah ketika itu anak lelaki JR yang sedang menggunakan PC tidak memegang peralatan  logam. Katanya ada gumpalan api di depannya ketika petir berlaku, jika dia memegang peralatan logam, pasti sangat bahaya...

Sebenarnya ini bukan kejadian pertama talain streamyx di rumah JR disambar petir. Ia pernah berlaku dua tahun lepas yang bukan saja modem terbakar disambar petir, tapi TV dan PC di ruang tamu juga turut rosak akibat kejadian itu.

Sekarang talian internet dah dipulihkan dengan bantuan kontraktor telekom tengahari tadi. Splitter yang terbakar perlu dibeli sendiri kerana ia tidak berada di bawah guarantee TM. Cordless phone yang rosak pula perlu diganti, hari Isnin nanti bila kedai TM dibuka baru nak diminta ganti dari TM.

Apapun terima kasih Allah kerana tiada kejadian tidak diingini berlaku kepada JR dan keluarga...

Kepada korang yang membaca entri ini, berhati-hati dengan peralatan elektrik ketika keadaan cuaca tidak baik. JR sendiri akan menjadiakn ia sebagai iktibar, kerana telah dua kali kejadian peralatan rumah disambar petir berlaku.

Ketika JR menulis ni cuaca di luar sangat baik. Harap-harap apa yang berlaku pada hari Rabu lepas tidak akan berulang lagi...

2 comments:

  1. JR... kakak cadangkan alih kedudukan tempat letak pc dan telefon di rumah. Sebab ada jiran kakak kena 2kali macam tu dalam setahun selepas tu org Telekom suruh alih posisi. Sejak dia alih kebilik lain dah ok.

    Macam tak percaya tapi tak tahulah betul ke tak ianya boleh membantu.

    Nasib baik bujang JR tak apa-apa. Syukur...

    ReplyDelete
  2. betul tue jr...cr pernah kena...sekarang berhati2 jika ada petir walaupun petir tak kuat sangat...kita tidak tahu bahaya akan berlaku...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....