08 September 2012

Lelaki Muda Dan Bijak Dibenarkan Rogol Orang??


Sebenarnya dah lama JR nak tulis pasal ni sejak seminggu lalu. Tapi malam ni baru ada peluang dan masa mengungkap rasa hati yang terpendam..

Ia mengenai dua perogol, seorang  lelaki Cina dan seorang lagi lelaki Melayu yang  baru-baru ini disabitkan kesalahan merogol tapi dibebaskan oleh mahkamah atas alasan mereka masih muda dan kononnya demi masa depan mereka kerana mereka budak pandai. 

Dalam kes pertama seorang juruelektrik, Chuah Guan Jiu, 22 tahun, didapati bersalah merogol teman wanitanya berusia 12 tahun dua kali pada tahun lepas. Tapi Hakim Mahkamah Sesyen Sitarun Nisa Abdul Aziz mengarahkan Chuah dibebaskan dengan ikat jamin RM25,000 dengan bon jaminan berkelakuan baik. Hakim berkata mahkamah mengambil kira faktor Chuah yang masih muda dan demi "masa depan Chuah".

Dalam kes kedua pula melibatkan bekas pemain bowling kebangsaan, Noor Afizal Azizan 21 tahun yang mengaku bersalah merogol gadis 13 tahun. Tapi hakim membebaskan Afizal dengan  ikat jamin RM25,000 juga atas alasan masa depan perogol itu.


Noor Afizal dan Chuah...perogol kanak-kanak..


JR bukan nak pertikaikan undang-undang. Sapalah JR yang bukan seorang peguam dan bukan juga graduan undang-undang untuk mempertikai undang-undang?

Bagi JR yang tak mahir undang-undang ini, mereka yang bersalah wajib diambil tindakan tegas lebih-lebih lagi bila mereka merosakkan anak dara orang. Dari kecil mak bapa bela dan jaga anak gadisnya, bila besar senang-senang ada tupai jantan mau pergi tebuk??  Usia 22 tahun dikira mahkamah sebagai belum cukup umur, ada lesen rogol anak dara orang?? Mengikut Islam bila dah cukup akal baligh (paling lewat biasanya usia 15 tahun) dah boleh kahwin, tapi kata mahkamah 21 dan 22 tahun "masih muda" lagi dan kerana itu perogol tak boleh dipersalahkan bila dia merogol.

Tak pahamnya aku!!!


Alasan kedua mengapa dua perogol ini dibebaskan ialah "demi masa depan mereka" kerana mereka adalah budak-budak cerdik. Ini lagilah JR tak faham. Demi masa depan perogol diambilkira oleh mahkamah, tapi bagaimana dengan masa depan gadis yang mereka rogol, masa depan mereka tak penting ke??


Yang paling bahaya ialah bila dah mula ada kes macam ni esok budak-budak yang cerdik ni tak takut lagi nak rogol anak bini orang kerana mereka tahu mereka  akan dibebaskan mahkamah sebab mereka cerdik dan punyai masa depan yang cerah. 

Sekali lagi JR nak katakan bukan niat JR yang tak arif undang-undang ni nak pertikaikan hukuman mahkamah. Cuma kadang-kadang JR teringat kalau seorang hakim mempunyai anak gadis atau adik perempuan dan tiba-tiba anak gadisnya atau adik perempuannya dirogol oleh seorang lelaki berusia 20, 21 atau 22 tahun adakah lelaki itu akan dibebaskannya atas alasan perogol itu masih muda dan demi masa depan perogol itu????


Entahlah...tak pahamnya aku!!!

4 comments:

  1. astagfirullah...setuju dgn JR.Kadang2 keliru apa motif apa logiknya..apapun Allah melihat . Kena bersuara jg JR

    ReplyDelete
  2. Heheh. Lama dah tak tengok blog. Cerita gini, selesai kalau ada hudud. Atau, kita pakat tarik anak dara hakim tu buat santap sekali. Automatik undang2 gubal hari tu juga. Hahahah.

    ReplyDelete
  3. Setuju la ngan JR..dan AraBella pasti ramai lg kt luar sane tu setuju,mane adil kalo lepaskn pnjhat cm2 je..cmne ngan nasib budak pmpn y kecik2 tu pulak,dorg x fkir ke..hbs pasni,sape pandai ley je la rogol pmpn y dia suke? Gila la...

    ReplyDelete
  4. betul tue jr...undang2 sekarang dah makin lemah...Simpati dengan remaja yg kena rogol tue...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....