28 September 2012

Bajet 2013: Jom Tengok Apa Kita Dapat


Korang ada tengok pembentangan bajet 2013 oleh PM sebentar tadi? JR memang sepanjang masa berada di depan TV, bila masuk kereta pula buka radio nak dengar apa yang kerajaan nak beri kepada rakyat. JR nak dengar sangat-sangat PM umumkan perkara-perkara ini dalam bajet 2013:

-  harga minyak petrol Ron 95 diturunkan
-  tol dimansuhkan
- PTPTN dimansuhkan atau sekurang-kurangnya cuma dikenakan pinjaman tanpa faedah
- harga rumah diturunkan (tak kisahlah kerajaan nak buat macam mana, nak kurangkan harga cukai bahan binaan ke atau apa pun kaedah..yang penting harga rumah diturunkan)
- harga kenderaan diturunkan (tak kisahlah kerajaan nak buat macam mana, nak kurangkan cukai import ke  atau apa pun kaedah..yang penting harga kenderaan diturunkan)
- harga barangan utama diturunkan (tak kisahlah kerajaan nak buat macam mana yang penting ada kawalan supaya harga barang tak menyusahkan rakyat terbanyak)
- harga insuran kenderaan diturunkan kerana harga insuran yang tinggi sekarang sangat menyusahkan setiap kali nak bayar cukai jalan.

Tapi bila PM habiskan ucapan bajet, apa yang JR harapkan itu tak diumumkan oleh PM pun. Yang JR dengar mengenai bajet 2013 ni dan masih ingat cuma:

 BRIM 2.0: RM500 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan kurang RM3,000.
- Brim 2.0: Bayaran RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan di bawah RM2,000.
- Bonus satu setengah bulan gaji untuk kakitangan awam (isteri JR terlompat bila mendengar pengumuman tu tadi...mungkin dia nak tukar LED baru..henset baru..laptop baru kot??)
- Pencen minimum bagi pesara kerajaan dinaikkan daripada RM720 kepada RM820 (mak mentua JR tentu seronok bila tau benda ni...eh, nak beli rantai baru sebesar ular kapak ke mak??)
- Belia berusia 21 hingga 30 tahun boleh menuntut rebat sehingga RM200 untuk membeli telefon pintar 3G  (korang yang berumur 21-30 seronok dengar berita ni kan???)
- Pesara tentera tidak berpencen mendapat bantuann one-off RM1,000
Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah diteruskan.
- Baucar buku RM250 kepada pelajar universiti diteruskan.

Memang JR nak ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana pemberian-pemberian itu terutama bonus kepada kakitangan kerajaan, kenaikan pencen untuk pesara, rebat henset RM200, bantuan BRIM dan lain-lain yang memberi manfaat kepada sebahagian rakyat Malaysia. Tapi bila dipikir balik, nampak bajet ni macam tak ada idea baru...hanya mengulangi dasar memberikan wang di sana sini...maklumlah pilihanraya dah dekat!!

Walaupun berterima kasih, tapi JR sebenarnya tak begitu terpesona sangat dengan pemberian berbentuk one off yang sekali bagi kemudian habis tu. Bagi BRIM RM500 esok, lusa habislah duit tu. Dapat bonus beribu-ribu bulan depan, lepas itu dibelanja habis tak sampai sebulan. Kesan yang paling teruk harga barang pasti naik. 1.4 juta kakitangan awam tentu seronok dapat bonus sebulan setengah gaji, tapi rakyat Malaysia bukan 1.4 juta, rakyat Malaysia berjumlah 28 juta. 1.4 juta kakitangan kerajaan tentu seronok dapat bonus satu setengah bulan gaji tapi 27 juta rakyat lagi menangis bila harga barang makin naik..

JR lebih suka jika kerajaan umumkan sesuatu tindakan bagi mengawal kenaikan harga barang, turunkan harga petrol, turunkan harga tol atau mansuh terus lagi baik sebab syarikat konsesi tu dah lama balik modal, PTPTN digantikan dengan biasiswa, harga rumah dan kenderaan diturunkan...Jika PM umumkan perkara-perkara ini ia lebih memberi kesan jangka panjang kepada rakyat terbanyak, membantu Pak Ali jiran lama JR yang cuma seorang petani, membantu Pak Tam Mat nelayan di Kuala Kedah, membantu Ah Seng kontraktor kecil yang selalu membantu membaiki rumah JR, membantu Maniam yang akan JR panggil datang ke rumah bila bilik air tersumbat, membantu adik-adik yang baru masuk universiti dan bila keluar nanti hutang berpuluh tahun untuk bayar hutang...

Kos sara hidup sekarang sangat tinggi berbanding dulu. Apa guna dapat bonus satu setengah bulan jika terpaksa sengsara satu setengah tahun?? Teringat kata-kata orang bijak pandai, jika nak tolong orang berilah pancing supaya orang itu dapat mengail, bukan beri ikan yang pagi diberi malam ia akan habis. Tapi kerajaan kita suka beri ikan dan bukannya pancing.... 

5 comments:

  1. saya malas nak tgk bajet ..asyik org kerajaan jer dapat bonus...tapi kerja masih gitu2..jer...ish...sorry yer org gomen....rasanya mesti org dah tahu nak undi apa nanti lepas tau isi bajet 2013...hihihih...

    ReplyDelete
  2. Kakitangan kerajaan dapat bonus, kita tak kisah sangat. Itupun pembayarannya berperingkat. Bukan sekaligus. Lebih kurang sahaja. Tapi setuju dengan JR, kalau betul fikir rakyat, pendidikan, kos hidup kena diturunkan. Makin hari makin sempit.

    ReplyDelete
  3. ermmm agak jeles gak dgn pekerja gov... depa dapat bonus secara xlansung harga barang pon akan naik gak. lagi2 gula dah di kurangkan subsidi...huhuhu

    ReplyDelete
  4. sy amat brsejutu dgn pdpt JR, pjwt awam byk faedah nya, tp bg pkerja swasta pulak?? tepok dada, beringat time nk mengundi. pemberian spatutnya menyeluruh utk faedah semua, sektor kerajaan n swasta. adakah ini bajet pilihanraya??

    ReplyDelete
  5. tapi tak ramai yang dapat lihat disebalik pemberian bersifat one off ni.

    duit yang diberi akan habis dibelanja. ramai yang terfikir tentang tol, harga minyak, cukai gst, penurunan cukai, pengurangan harga rumah, kereta, macam-macam. tapi tak disebut pun.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....