30 September 2012

Apa Hukumnya Berpakaian Tapi Telanjang???


Sementara menunggu ketibaan waktu Maghrib, mari kita ke sudut soal jawab agama sekejap. Tajuk entri di atas pasti agak mengelirukan: hukum berpakain tapi telanjang. Dah berpakaian, berpakainlah, mengapa pula dikatakan berpakaian tapi telanjang...apa maksud berpakaian tapi telanjang?

Sebenarnya ramai mereka di sekeliling kita yang berpakain tapi telanjang. Kalau tak percaya tengoklah pelbagai anugerah seni hiburan di TV saban tahun yang dipenuhi wanita-wanita bergelar artis yang berpakaian tapi telanjang.



Nak tau apa maksud berpakaian tapi telanjang?? Foto di atas adalah sebahagian dari orang Melayu (tak berani kata mereka orang Islam) yang berpakaian tapi telanjang. 

Untuk maklumat selanjutnya  jawapan ustaz mengenai berpakaian tapi telanjang baca petikan dari BH di bawah:

Hukum berpakaian tapi telanjang

 Bersama Ustaz Zahazan MohamedCetak
Mengapa masih ramai perempuan yang tidak mengambil berat persoalan aurat dengan memakai pakaian yang merangsang syahwat lelaki. Saya rasa tidak salah untuk mengatakan kejadian rogol dan buang bayi ini yang berlaku adalah kesan daripada perempuan yang mendedahkan aurat sehingga merangsang syahwat lelaki. Apa pendapat ustaz? 

PAK MAN
Gombak, Selangor.
 



Antara sebab utama masih ramai dalam kalangan perempuan yang masih memakai pakaian yang tidak menutup aurat atau menutup aurat tetapi tidak sempurna adalah faktor kejahilan berkaitan persoalan agama. Mungkin ada yang tahu hukum menutup aurat tetapi mereka ini sombong seperti yang disebut oleh Rasulullah SAW iaitu menolak kebenaran. 

Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang kelihatan bentuk tubuh dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk antaranya ialah pakaian yang dapat mempertajam bahagian tubuh terutama tempat yang membawa fitnah seperti buah dada, paha dan sebagainya. 

Golongan ahli neraka 

Dalam sebuah hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya: Pertama, kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu yang mereka buat untuk memukul orang (maksudnya pemerintah yang kejam). Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar bonggol (bukhtun) unta. Mereka ini tidak boleh masuk syurga dan tidak akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu dapat terhidu sejauh perjalanan sekian dan sekian. 

Mereka dikatakan berpakaian kerana memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi untuk menutup aurat kerana itu mereka dikatakan telanjang kerana pakaiannya terlalu nipis sehingga memperlihatkan tubuh seperti yang dipakai oleh sebahagian pakaian perempuan sekarang. 
Bukhtun adalah salah satu jenis unta yang mempunyai bonggol besar. Rambut orang perempuan seperti bonggol unta kerana rambutnya ditarik ke atas. Jika diperhatikan kepada hadis itu seolah-olah Rasulullah SAW melihat apa yang berlaku pada zaman sekarang ini iaitu ramai perempuan cenderung untuk membuat rambut dengan pelbagai fesyen dalam salun yang disebut sebagai salun kecantikan, manakala ramai lelaki yang bekerja di salun kecantikan dengan upah yang sangat tinggi. 

Ada juga perempuan yang berasa tidak puas dengan rambut asli kurniaan Allah. Kerana itu mereka membeli rambut palsu yang disambung dengan rambutnya yang asli supaya kelihatan lebih cantik sehingga ia menjadi perempuan yang menarik dan memikat hati. 
(Sumber: BH)


6 comments:

  1. terima kaih atas ingatan tu.. teringat seorg kwn pernah cakap saya 'org kg' sbb saya pakai baju biasa2 shj masa annual dinner company sedangkan mereka cukup gah dgn baju yg xcukup kain. sungguh, tp saya ok je. janji saya tau apa yg saya buat,
    ~singgah folliw sini

    ReplyDelete
  2. tak salah berfesyen dan tak salah untuk cantik...tapi biar kena pada tempat dan orgnya...tq..mengingatkan kami yang makin alpa ini...Insyaallah..Alhamdulillah..suami saya selalu memantau cara saya berpakaian....

    ReplyDelete
  3. Benda ni dah lama dah tapi perlu selalu diingatkan .. At least dengan harapan ada yang tersedar nanti.

    Macam kenal saja artis itu..

    ReplyDelete
  4. syukurlh ara masih pakai baju cukup kain dan benang..:)

    ReplyDelete
  5. Susah nak cakap. Perempuan memang payah. Kalau tak, takkan keluar kata-kata, Perempuan itu syaitan nombor 1. Hahah.

    ReplyDelete
  6. Kalau kat KLCC ni bang.....time lunch hour. Mcm2 fesyen bole nampak.....haaii apa pun tak boleh....huhuuu

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....