»

27 September 2015

Sepetang Di Tasik Biru

Sebelum terlupa, JR nak ucapkan salam Eidul Adha untuk semua pembaca blog JR. Maaflah kerana ucapan ini cuma muncul di hari raya keempat Eidul Adha. Maklumlah dari raya pertama hingga ketiga agak sibuk dengan acara ziarah keluarga dan menghadiri pelbagai kenduri...

Pada raya pertama (Khamis), lepas solat Eidul Adha di masjid Bukhary, Alor Setar, JR, isteri dan 3 anak kami ke Baling untuk menziarahi kakak JR. Lepas itu kami ke kampung asal JR di Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Walaupun ibu bapa dah lama meninggal tapi tradisi berkumpul di rumah pusaka orang tua tetap diteruskan.

Lepas agak lama beraya dengan saudara mara di Tasek Gelugor dan perut kenyang dengan pelbagai hidangan, lepas asar kami bertolak balik ke Alor Setar. 

Di atas kereta anak-anak mengajak JR ke Tasik Biru yang terletak cuma 5 km dari rumah kelahiran JR. Tasik Biru telah menjadi viral di laman sosial sejak beberapa bulan ini kerana air tasiknya yang sentiasa bewarna biru dan panoramanya yang sungguh cantik. Walaupun JR dilahir dan dibesarkan di Tasek Gelugor tapi JR baru tau tentang Tasik Biru bila anak beritaunya sehari sebelum raya. Ketinggalan zaman betul aku, maklumlah semasa kecil dan muda-muda dulu tasik buatan itu belum wujud lagi...

Tasik Biru terletak di Guar Petai yang terletak antara Padang Menora dan Guar Perahu. Kalau datang dari hala Bukit Mertajam, ia terletak di sebelah kanan jalan, kalau datang dari hala Tasek Gelugor ia terletak di sebelah kiri jalan. 

Tasik Biru ini nama baru yang diberi oleh pengunjung laman sosial. Nama asalnya adalah Bukit Katak tapi bagi orang muda mereka memanggilnya Frog Hill. Tasik ini berasal dari kuari tanah yang telah ditinggalkan.

Ramai juga pengunjung Tasik Biru pada petang itu. 80% dari pengunjung berbaju Melayu, maklumlah ramai yang pergi ke situ selepas beraya di rumah sanak saudara berdekatan. Kawasan Tasik Biru agak berbukit, kena panjat bukit kecil untuk dapatkan pemandangan indah di mana tasik biru berlekuk-lekuk terdampar di bawahnya. Memang cantik!!

Ini ada beberapa gambar kenangan yang sempat dirakamkan ketika berada di sana:



                              Isteri, anak perempuan dan 2 anak lelaki JR berposing di Tasik Biru

                                                  Farhan mahu terbang di atas Tasik Biru

                                                  Fahmi dengan gayanya tersendiri 

Bagi mereka yang ke Pulau Pinang, terutama kepada yang dah terlanjur ke Bukit Mertajam, Butterworth dan Kepala Batas, jika ada masa pergilah ke Tasik Biru untuk menikmati keindahan panoramanya kerana jaraknya cuma beberapa kilometer dari pekan-pekan tersebut...

7 comments:

  1. subhanallah cantiknya...pemandangan.

    selamat hari raya korban jr

    ReplyDelete
  2. Salam Aidil Adha JR. Same laa ana bizi. Ditambah pulak tak sihat. Huhu. Bestnye beraya sakan JR ngan anak2. ^_^

    ReplyDelete
  3. wah sangat cantik..matahari terbit ..atau matahari terbenam memang cahaya akan beza kan JR

    ReplyDelete
  4. Ni lagi puas kalau diri sendiri dapat pergi menikmati..

    ReplyDelete
  5. ye ke??dekat dengan BM ke??hahahah...saya baru tahu ni..nanti la nak ajak suami pi ...

    ReplyDelete
  6. anak perempuan saya dah lama dok ajak ke bukit katak ni...tp bila diberitahu kena panjat bukit sikit..terus hilang mood mak nya utk kesana..

    ReplyDelete
  7. Subahanallah cantik permandangan tasik tu JR..
    Airnya membiru cantik..
    Kat tempat CH pun ada tasik biru juga..
    Hasil peninggalan pelombongan..
    Sekarang tasik tu dah di upgarde menjadi tempat pertandingan jet ski..
    Tasik tu sungguh luas dan besar..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....