»

11 December 2011

Foto Sekitar Pernikahan Chef Riz bin Chef Wan dan Ana Dahlia


Selamat pengantin baru Chef Riz & Ana (foto: ihsan mStar)
 

Pagi tadi JR ada buat satu entri mengenai Chef Wan. Petang yang mendung ni JR nak masukkan satu entri lagi, juga mengenai Chef Wan...ooops..bukan mengenai Chef Wan, tapi mengenai anak Chef Wan bernama Chef Riz. Tak lama dulu Chef Riz pernah dibelasah hebat oleh ayahnya, Chef Wan dalam FB, tapi hari ni skrip ceritanya berbeza. 

Hari ni adalah hari paling bahagia buat Chef Riz, 29 tahun, kerana akhirnya dia memasuki gerbang perkahwinan dengan Ana Dahlia, 28 tahun. Ana berwalikan bapa kandungnya, Jaafar Mat Ali, 58, telah dinikahkan oleh Naib Kadi Kampung Batu 8, Changkat Jering, Taiping, Perak, Ustaz Nawi Osman, 59, kira-kira jam  12.30 tengah hari dengan mas kahwin sebanyak RM1,001. Pernikahan itu turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin. Pada majlis tersebut, Ana menerima wang hantaran berjumlah RM20,000 dengan 10 dulang hantaran, manakala di pihak Chef Riz menerima 15 dulang.

Selamat pengantin baru Chef Riz. Semoga perkahwinan ini bahagia dan berkekalan ke anak cucu, amin...

6 comments:

  1. ngape rasa nak bersanding plk aku nih hah?...

    ReplyDelete
  2. tahniah la dekat chef riz

    ReplyDelete
  3. pena rozie: Tahniah utk semua yg dah bernikah termasuk PR

    ReplyDelete
  4. a.samad jaafar: Bersanding ler cepat!!

    ReplyDelete
  5. SBS: Bagi yg belum tu, kalau dah cukup umur cepat2 kan lah...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....