19 November 2015

Tetamu Menyeramkan Datang Lagi!

Petang kelmarin ketika sedang membasuh pinggan di dapur tiba-tiba anak lelaki JR, Fahmi datang beritau dengan wajah cemas: "Ada ular di luar. Besar!"

JR bergegas keluar rumah. Nasib baik ketika itu 3 anak lelaki JR berada di rumah. Kami ramai-ramai keluar rumah untuk mengepung ular sepanjang lebih dari 4 kaki itu.

Ular itu akhirnya lari bersembunyi di bawah timbunan kayu dekat tembok rumah. Kami mengawasinya bagi memastikan ia tak lari sebelum anggota JPAM sampai.

Memang sah ia ular tedung! Ini kali kedua tedung menjenguk rumah JR dalam tempoh hampir genap setahun. Tahun lepas ular tedung datang ke rumah pada 16.11.2014, kelmarin 18.11.2015 datang seekor lagi.

Kunjungan hormat tahunan ke ni??

Saiz tedung yang datang ini juga lebih kurang sebesar yang datang tahun lepas: 1.4 meter (4.5 kaki). 

Terima kasih Encik JPAM seramai 2 orang yang datang membantu menangkap tedung yang sangat berbisa itu:


                                Anggota JPAM bersedia dengan alat penyepit untuk menangkap tedung


Anggota JPAM berjaya mengepit kepala tedung. Tengoklah saiznya, lebih tinggi dari karung..


                                        Tedung ditarik untuk dimasuk ke dalam karung

                                Misi selesai - tedung berjaya dimasukkan dalam karung   

JR pun tak tau apa cara paling berkesan untuk elakkan ular masuk kawasan rumah. Belerang selalu letak sekeliling rumah. Limau purut pun ada tanam di depan rumah. Kononnya ular takut pada belerang dan limau purut.

Tapi ular sekarang mungkin ular educated, ada PhD..mereka tak takut lagi pada semua itu. Seperti juga manusia zaman ini yang tak takut lagi pada Tuhan...

Apa nak buat, beli rumah dekat kawasan bendang. Bila musim bendang dibersihkan untuk tanam padi, ular mencari tempat baru untuk berteduh. Dan rumah terdekatlah yang menjadi mangsa...


11 comments:

  1. Belerang tu betul...selalu kami gunakan masa berkhemah di hutan....tabur keliling khemah (kawasan yang kecil) dan tabur dalam kawasan aktiviti berkaitan////seolah-oleh pagar dalam pagar

    ReplyDelete
  2. Moga JR dan family selamat hendakNYA.
    Saya tak takut tapi geli dgn haiwan tu.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. dulu punya macam besar sikit kot jr...bahaya

    ReplyDelete
  4. mungkin kena ulang tabur belerang tu..
    sebab mungkin dah hilang kena hujan

    ReplyDelete
  5. Aduh.. tetamu tahunan datang menjengok pulak ye JR..
    Kata mak ngah CH.. ular ni ada kembarnya..
    Apabila kembarnya hilang..
    Dia akan dtg mencari..
    Wallahualam JR..
    Betul ke tidak..
    Tapi mungkin betul jugak..
    Sebab rumah JR dekat dgn bendang..

    ReplyDelete
  6. takut nyer..umah ita pun ada jugak baru ni ..cantik je duk kat mesin basuh..ingat tali apa warna hitam..sekali bile tengok bergerok tu..apa lagi..menjerit je lah tau..hahahahha...lari untuk selamat kan diri dari musim banjir kot..

    ReplyDelete
  7. aduhai..menakutkan sungguh tetamu ni. lagi2 kalau tgh sorang2 kat rmh, mau keras kaku ketakutan nih.

    ReplyDelete
  8. tak cuba bercakap dengan ular tu ke supaya bagitau kawan-kawan dia jangan datang lagi. nak main, pi la tempat lain...

    ReplyDelete
  9. Memang menakutkan ni.... JR...orang kata tabur berlerang keliling rumah...atau di kawasan yang mungkin tempat kegemarannya...

    Tahniah pihak JPAM yang tangkas dan cekap..

    ReplyDelete
  10. ishh seram...kalau musim hujan la byk dia keluar eh

    ReplyDelete
  11. respect la pada JPAM..cekap dan cepat bertindak..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....