Hari ini hari kedua SPM. Tak ada anak JR yang ambik SPM tahun ini. Yang bongsu masih di Tingkatan Empat, lima orang anak lagi dah lepas SPM.
Rasa terharu dengan seorang lelaki Cina berusia 60 tahun yang masih cuba untuk ambik SPM kali keenam. Usia bukan penghalang untuk memperolehi kepuasan diri. Semoga percubaannya kali ini membuahkan kejayaan..
Teringat SPM di zaman 1980an dulu, ia tak sesukar sekarang. Masa dulu tak ada istilah straight A's, orang tak pernah tanya berapa dapat A, orang cuma tanya dapat gred apa? Kalau SPM dapat gred 1 ia keputusan terbaik, gred 2 pun masih boleh lanjut pelajaran ke peringkat lebih tinggi, ambil STP dan kemudian ke U. Kalau gred 3 masih dikira lulus SPM juga tapi tak boleh lanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, kenalah cari kerja atau ulang SPM sekali lagi jika ada cita-cita nak belajar hinggga ke U.
Walaupun zaman dah berubah tapi sijil SPM masih ada dari dulu sampai sekarang, tak seperti PT3 yang dulu dikenali sebagai PMR dan sebelum itu SRP. Cuma dulu SPM juga dikenali sebagai MCE (Malaysian Certificate of Education) @ Cambridge.
Zaman 1980an dulu kalau lulus SPM pangkat 3 pun dah boleh kerja dengan kerajaan dengan mudah, malah kalau setakat nak jadi kerani rendah cuma perlu lulus SRP (sekarang PT3). Kalau ada SPM gred 3 dah boleh jadi Ketua Kerani (Chief Clark), pegawai kastam, pegawai imegresen, masuk polis dah boleh jadi sarjan. Masa itu kalau lulus STP, masuk polis dah terus jadi inspektor. Sekarang kalau nak jadi inspektor polis kena ada ijazah, itu pun bukan senang nak dapat..
Zaman dah berubah, dulu lain tapi sekarang lain. Dulu tahun 1980an dapat ijazah tawaran kerja datang bertimpa-timpa, cuma nak pilih yang berkanan di hati saja mana kerja yang sesuai.
Sekarang lulus universiti ada ijazah perguruan dari UPSI belum tentu dapat jadi guru, ada yang cuma berniaga di pasar malam. Ada yang ada ijazah kejuruteraan 2nd class upper pun cuma jual burger tepi jalan....
Dulu belajar tak seteruk sekarang tapi peluang kerja banyak, mungkin kerana ketika itu negara belum maju....
Apa pun untuk pelajar Tingkatan Lima, selamat mengambil SPM...
Sekarang lulus universiti ada ijazah perguruan dari UPSI belum tentu dapat jadi guru, ada yang cuma berniaga di pasar malam. Ada yang ada ijazah kejuruteraan 2nd class upper pun cuma jual burger tepi jalan....
Dulu belajar tak seteruk sekarang tapi peluang kerja banyak, mungkin kerana ketika itu negara belum maju....
Apa pun untuk pelajar Tingkatan Lima, selamat mengambil SPM...
Saya pun melalui zaman SPM 80an tu JR.Belajarnya pun tak sestress budak2 sekarang ...dapat pangkat 1 dah boleh melangkah jauh masa tu...
ReplyDeleteSaya pun melalui zaman SPM 80an tu JR.Belajarnya pun tak sestress budak2 sekarang ...dapat pangkat 1 dah boleh melangkah jauh masa tu...
ReplyDeleteKadang-kadang keberkatan ketika belajar itu yang membuatkan pintu rezeki dibuka seluas-luasnya.
ReplyDeleteSekarang ni, dengan guru dan pensyarah pun para pelajar tak pandai nak jaga adab.
Jauh beza yang sekarang dengan yang dulu.. semakin susah dirasakan.
ReplyDeletezaman berubah..segalanya dah berubah...
ReplyDeleteteringat saya gigih apply mcm2 keje ketika form 6 dulu..konon sijil SPM boleh cari makan..last2 kena marah kat ayah baru tumpu belajar..
Sekarang ni, ade degree pun tidak menjanjikan apa2..
ReplyDeletebesar2 dah anak ye
ReplyDeletebetul tu jr..setuju sangat..:-))
ReplyDelete