23 November 2015

Untung Ada Klinik Kerajaan

Jangan kerana cajnya rendah kita pandang rendah klinik kerajaan
Jangan kerana kena tunggu lama 

kita kata semua mereka lembab dan tak buat kerja
Fahamilah pesakit ramai, setiap doktor dan staff cuma punya dua tangan
Jika salah dikeji 
 tak ramai yang memuji:


Alhamdulillah, ada juga yang memuji...


Nota: JR paham sangat kerja mereka di klinik kerajaan kerana puan isteri adalah Sister di klinik kerajaan. Puan isteri selalu balik rumah lewat untuk habiskan kerja kerana sekarang banyak sangat report yang perlu disiapkan segera dalam pelbagai format. Semuanya konon untuk KPI. Lepas siap masak untuk dinner budak-budak (JR biasanya tak makan malam), ketika tukang komplen sedang enak-enak layan drama merapu di TV, isteri buka laptop habiskan kerja pejabat sampai tengah malam.

Hari Sabtu orang lain (termasuk kaki komplen) cuti tapi isteri dan staf lain kerap kena ke pejabat habiskan kerja yang dikehendaki sebelum target date. Semuanya demi KPI.

8 comments:

  1. aku ok je ..cuma kadang prosedur tu..bila melibatkan kos yg tinggi .... masa yang diambil agak lama ..... penah jd kat aku ..tp aku paham prosedur ...sbba ku pun org kerajaan ... nk cepat ade duit lbh ....dpt perkhidmatan swasta

    ReplyDelete
  2. serius cakap..saya dah lama sgt tak berurusan dgn klinik kerajan...sakit sikit2 pi klinik swasta ja..takah beratus rm kena bayar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kos RM400 untuk cabutan sebatang gigi geraham bongsu kira sangat murahlah tu..Apa yg saya tau biasanya kos pembedahan gigi geraham bongsu di klinik swasta (kalau salah betulkan) antara RM500-RM700...

      Delete
  3. Kekadang nasib berurusan dgn klinik kerajaan ni.. dpt yg ok.. oklah..
    Dapat yg tak ok tu yg jadi viral kat media sosial..
    Pengalaman org berbeza2 kan JR..

    ReplyDelete
  4. kerja2 sampingan yg terlalu byk ni membuatkan fokus pd kerja hakiki terganggu. Bkn je staff hospital, cikgu pun..

    ReplyDelete
  5. Dulu wife bersalin kt hospital kerajaan..servis tiptop pastu byr murah giler..rm38 je

    ReplyDelete
  6. Ye JR, sebenarnya staff hospital dan klinik kerajaan hanyalah mangsa keadaan. Mereka adalah frontline yg akan berhadapan dengan org sakit. Org sakit sifatnya cepat marah. Jadi, jika ada sebarang kekurangan fasiliti di hospital tu, staff yg perlu explain kepada pesakit walaupun itu adalah arahan pihak atasan (contohnya kes tak cukup katil ke), lepas tu guess who yg akan kena marah dgn pesakit? Dah tentulah bukan org atasan tu kan?

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....