24 November 2015

Ikut Perasaan Panggil Ambulan, Ikut Hati Jandalah Isteri


Hari ini JR belajar satu ungkapan baru:

Ikut perasaan panggil ambulan 
Ikut hati menjandalah isteri

Kata-kata itu diungkapkan oleh cikgu Y, rakan seexercise  di Taman Rimba Alor Setar.

Memang layaklah ungkapan itu diucapkan oleh cikgu Y kerana sebagai bekas pengajar di Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar, dia memang seorang pemikir yang hebat. Kata-katanya selalu dibungai falsafah. Bekas pengajarlah katakan...

Pagi tadi seperti kebanyakan hari-hari lain, JR pergi exercise di Taman Rimba. Masuk pusingan kelima, ternampak cikgu Y sedang berjalan di depan.

"Eh cikgu" sapa JR bila hampir melintasinya, "Macam mana hari ni berjalan pula? Selalunya cikgu berlari bukan main laju!"

Memang setiap kali jumpa cikgu Y dia akan melintasi JR. Maklumlah dia berlari, JR pula sejak lutut ada sikit masalah, JR tak berlari lagi, cukup dengan berjalan laju (brisk walk)..

Image result for brisk walk cartoon
                                Sekarang JR cuma mampu brisk walk...

"Mana boleh berlari banyak-banyak, cukup lari 3 round aje.." balas cikgu Y, "Kalau ikut hati memang nak lari lagi, tapi mana boleh:

Ikut perasaan panggil ambulan 
Ikut hati menjandalah isteri"

Hahahaha..JR tergelak bila terdengar ungkapan falsafahnya. 

Ya la tu...3 round cukuplah berlari. 3 round bermakna 3 kilometer berlari tanpa henti. Untuk seseorang yang dah berumur lebih setengah abad, dah pencen, mampu berlari 3 kilometer sehari tanpa henti boleh dikira hebat juga.

JR masa sebelum lutut ada masalah, berlari anak pelan-pelan 6 round (6 kilometer) sehari, tapi bukan berlari anak tanpa henti macam cikgu Y. Bila jantung rasa nak luruh lepas berlari, JR cuma berjalan dan kemudian bila nafas dah OK  sambung lari lagi pelan-pelan sampai habis 6 round. Begitulah - berlari..berjalan..berlari..berjalan..berselang langkah.

Tapi sekarang JR tak berlari lagi. Cukup aje dengan brisk walk, dengan brisk walk 6 kilometer  sehari pun peluh membasahi t-shirt sampai boleh diperah!

Kata-kata cikgu Y: ikut perasaan panggil ambulan, ikut hati menjandalah isteri betul juga. Beriadah pun kena ada caranya, ada limitnya, tak boleh paksa diri dan kena buat ikut kemampuan. Kalau tak ikut kemampuan itulah jadinya: tiba-tiba sedang beriadah tiba-tiba rebah dan kena panggil ambulan. 

Setakat panggil ambulan tak apa lagi tapi kalau sampai isteri jadi janda dan anak-anak jadi piatu kerana ayah gila exercise, ia sangat kejam dan tak patut..

8 comments:

  1. Betul dah kata2 cikgu Y tu..
    Mendalam maksudnya..
    Buatlah sesuatu mengikut kemampuan sendiri kan JR..
    Kira rajin JR exercise..
    CH ni exercise turun naik tangga dlm rumah tu jer ;)

    ReplyDelete
  2. Hebat pepatah Cikgu Y tu! hahaha

    JR dan Cikgu Y mmg hebat....
    Saya sekarang ni, mampu lari non stop 2 km aja...hahaha..
    Kena tingkatkan lagi usaha ni...

    ReplyDelete
  3. mmg puitis...
    ai yg muda ni pun tak mampu kot.... risau lemak hilang ..nk ternak lemak pun susah k lekat

    ReplyDelete
  4. Kakcik tabik dan kagum dengan mereka yang sudah berusia tapi mampu beriadah sentiasa... :)

    ReplyDelete
  5. mendalam sungguh makna peribahasa cikgu Y tu ye.

    ReplyDelete
  6. jawapan ringkas tapi ada penghuraian yg panjang ...

    ReplyDelete
  7. Dah lama.. dah lama.. dah lama tak lakukan aktiviti berjogging..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....