16 May 2015

Rohingya - Kejamnya Sebuah Kehidupan


Ketika kita sedang sedap-sedap hadap makanan yang berlambak-lambak atas meja:


ingatilah 8,000 pelarian Rohingya seagama dengan kita yang sedang kelaparan atas sampan usang di tengah lautan berdekatan Thailand, Malaysia dan Indonesia. Sudah berminggu-minggu mereka di tengah lautan, ada yang berbulan-bulan, tanpa makanan mencukupi. Mereka kurus kering, ramai yang sakit terutama kanak-kanak dan orang tua. Ada yang mati kelaparan dan sakit dan terpaksa dikuburkan ke dalam laut. 


Ada sampan usang Rohingya yang cuba hampiri perairan Thailand, Malaysia dan Indonesia. Tentera laut dan udara Thai membantu beri mereka makanan dan ubat tapi pelarian yang berada dalam sampan itu tak dibenarkan mendarat di Thailand. Mereka perlu berada di tengah laut entah berapa lama lagi.

Ada juga pelarian yang kelaparan cuba memasuki perairan Malaysia. Menurut berita, tentera laut Malaysia mengusir mereka ke tengah laut semula. Akhirnya sebahagian mereka dapat mendarat di wilayah autonomi Islam Acheh, Indonesia yang masih sanggup menerima saudara seagamanya.


Kita saudara seagama mereka di sini, makanan tak habis-habis, makan dari awal pagi hari ini sampai awal pagi esoknya. Jika pelarian Rohingya ramai yang mati kerana tak cukup makan, kita di sini mati kerana terlebih makan. 

Kita di sini makanan berlambak tak habis buang dalam bakul sampah. Kejam dan kontrasnya sebuah kehidupan...


Sambil sedap-sedap makan, ingat-ingatlah mereka. Mereka Islam, kita juga kan Islam...?

9 comments:

  1. tak tau nk gmbr mcm mne kesiannya nasib diorg..kdg2 terbayang kalau diri sndiri mcm diorg..
    Ya Allah. mudahkan la urusan mereka.

    ReplyDelete
  2. bersyukur apa yang ada..jangan membazir :-))

    ReplyDelete
  3. Mcm double standard. Bila Palestin dlm kesusahan, berduyun2 rakyat M'sia nak tolong Palestin yg beribu km dari M'sia. Tapi bila Rohingya jiran kita sendiri dlm kesusahan ramai yg tak peduli. Dlm lslam perlu utamakan jiran dekat dulu dari jiran jauh. Tapi mazhab org M'sia tak sama dgn mazhab Shafie, Hanbali, Maliki, Maliki mau pun Syiah. Kita double standard. Pelik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Typing error: bukan 'Shafie, Hanbali, Maliki, Maliki mau pun Syiah' tapi 'Shafie, Hanbali, Maliki, Hanafi' mau pun Syiah.

      Delete
  4. perlu di buat kem khas untuk bantu pelarian rohingya ini, demi saudara seislam... jgn kata takde duit, hasil Kutipan GST berlambak, rakyat malaysia pun pasti mahu menderma.

    ReplyDelete
  5. Penang akan buat kempen makan sampai habis untuk elak sisa makanan dibuang dan menambah masalah pelupusan sampah.

    Nampanya kita kena kembali pada asas agama Islam...

    ReplyDelete
  6. Pelikla apa kes la yg payah sgt nk tlg rohingya ni ek...

    ReplyDelete
  7. lega sikit hati bila dapat berita yang mereka dah selamat mendarat di Acheh..semoga Allah pelihara mereka semua.

    kejam betul kerajaan Myanmar..

    ReplyDelete
  8. Allah s.w.t. sebaik-baik pelindung..

    *memang tak boleh imagine macam mana boleh tergamak halau mereka dari negara sendiri.. penghapusan etnik ni semua siapa yang ajar ni...??haiiihhhh...*

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....