»

02 March 2015

MRSM: Akhirnya Dia Buat Keputusan Muktamad..


Selepas 3 hari berpikir dan kadang-kadang bermenung, akhirnya Sha, anak perempuan JR buat keputusan penting malam tadi. JR beri masa untuk dia berpikir selama 3 hari, dia perlu buat keputusan sebelum 12 tengah malam tadi sama ada nak teruskan pengajian Tingkatan Empat di SMK Sultanah Asma, Alor Setar atau terima tawaran MARA untuk belajar di MRSM Merbok, Sungai Petani.

JR sendiri tak mau campur tangan keputusannya. JR tak ingin dipersalahkan kerana memaksa anak memilih sesuatu yang bukan minatnya. JR cuma beri panduan setiap pilihannya ada baik dan buruk, selebihnya terpulang  kepadanya untuk memilih jalannya sendiri.

Sebelum Sha buat keputusan, JR beritau dia  JR sebagai ayah akan menyokong apa pun keputusannya. Dan JR beritau Sha  lepas dia buat keputusan, dia perlu membakar jambatan di belakangnya. Maksudnya jika dia dah buat keputusan sama ada untuk kekal di SMK Asma atau berpindah ke MRSM Merbok dia tak boleh berpatah balik lagi, anggap saja jambatan untuk pulang telah terbakar!

Dan akhirnya lebih kurang pukul 9 malam tadi Sha buat keputusan:

KE MRSM MERBOK!!!

Menghormati keputusannya, pagi tadi lebih kurang pukul 9.30 pagi JR bawa Sha ke klinik untuk buat medical check-up di Klinik Kesihatan Bandar, Alor Setar. Kena bayar RM1 saja untuk pemeriksaan X-ray, ujian makmal air kencing, pemeriksaan mata, gigi, tekanan darah dan lain-lain. Tak lama menunggu pun, lebih kurang 2 jam lebih selesailah semuanya..

Lepas itu pergi bawa dia untuk beli keperluan persekolahannya. Pakaian seragam MRSM tak sama seperti sekolah biasa - warna baju, jenis kasut dan lain-lain semuanya berbeza. Perlu juga beli pakaian seragam untuk sukan, pakaian ketika prep dan keperluan-keperluan lain semasa di asrama. Semuanya baru. Pi pi mai macam orang Penang kata, habis juga RM640. Itu tak masuk lagi Yuran Kemasukan RM333 dan beberapa keperluan lain yang perlu dibayar di ko-op lepas pendaftaran pada hari Rabu nanti.

Tapi walaupun perlu dihabiskan kurang lebih  RM1,000 la juga untuk ke MRSM, sebagai ibu bapa wang tak perlu dijadikan isu. Pelaburan untuk mendewasakan anak tak boleh diukur dengan nilai wang. Semoga bila kita mati nanti mudahlah untuk menjawab tentang tanggung jawab terhadap anak di hadapan Allah Azzawajalla...


Walaupun barang yang dibeli nampak macam tak seberapa, tapi bila campur-tolak-bahagi-darab nilainya RM600+++ juga...

13 comments:

  1. Alhamdulilah..semoga terus berjaya ye sha..amin

    Benih yg baik..kLau dicampak ke mana2 tetap tumbuh subur..insyallah..

    ReplyDelete
  2. Akhirnya keputusan muktamat telah termetri...syabas sha....semoga berjaya seterusnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 sha pandai jaga diri...kalu ada orang nak buli sya bgtau cikgu atau warden...malaysia boleh...sya boleh...go girl...

      Delete
  3. Sosok JR sebagai ayah yang bijaksana, yang tidak menghakimi seorang anak untuk bebas memilih atas apa yang mereka kehendaki, namun diluar itu sanga ayah masih tetap memantau dan memberikan pengarahan yang bijak.

    selamat ya..

    ReplyDelete
  4. selamat menempuhi alam baru...

    ReplyDelete
  5. mudah2an segala2nya berjalan lancar... harap2 dia akan meneruskan pelajaran terus sampai ke SPM... saya ada anak sedara yang terpaksa tukar sekolah masa naik tingkatan 5 sebab keputusan kurang baik masa exam di tingkatan 4... mencabar sungguh MRSM ni...

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...akhirnya Sha buat pilihan sendiri...tahniah...

    ReplyDelete
  7. Tak apa..biar dia belajar buat keputusan. Good luck ye Sha.buat Ayah awak bangga ye

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. Semoga sha beroleh kejayaan disana..

    ReplyDelete
  9. kelebihan MRSM ni mudah nak dpt gi belajar kat oversea . semoga kuat menghadapi cabaran baru ...

    ReplyDelete
  10. Barangan sekarang memang mahal2 semuanya.. takde pilihan.. terpaksa juga..

    ReplyDelete
  11. Boleh tahu tak. Beli barang keperluan tu di Kedai mana ya. Anak dpt tawaran mrsm. Boleh tahan juga ya nk beli kelengkapan ni

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....