»

30 April 2013

Menteghi Besaq Kami


Agaknya dah lama juga JR tinggalkan kelas dialek Utara (1 Hari 1 Dailek Utara). Nampaknya JR tak dapat menunaikan janji, janji tak ditepati, janji dicapati la pulak..

Tapi kalau  hangpa (korang) tengok tajuk entri di atas, ia menggunakan dialek Utara. Harap-harap hangpa paham maksud tajuk tu noooo...

Jangan risau, mungkin 4-5 hari lagi JR nak mulakan balik kelas dialek Utara tu. Atau jika tak sempat sebab sekarang sibuk berkempen, JR akan mulakan lepas 5 haribulan nanti..

Ketika menulis ni JR baru membaca satu artikel di Sinar Harian yang bertajuk 'Apabila MB Dipanggil Pak Cik'. Agak menarik tajuknya, sebab tu JR baca artikel akhbar online tu sampai habis.

Sebenarnya artikel berkenaan mengenai catatan seorang wartawan Sinar Harian bernama Rizal yang tidak menyangka orang tua yang dujumpai di sebuah kampung adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak. Dia tak perasan orang tua itu adalah Menteri Besar sebab penampilan Datuk Seri Azizan yang bagai orang kampung biasa, cuma berkain pelikat dan berbaju t-shirt cap pagoda (kalau tak silap JR, harga t-shirt cap pagoda di pasaraya Mydin tak sampai RM10).

Sebenarnya Menteri Besar Kedah yang lebih rakyat Kedah kenali sebagai Ustaz Razak, memang seorang yang sangat merendah diri. Dia sendiri tak tinggal di Kediaman Menteri Besar di Mentaloon yang merupakan sebuah banglo agam serba mewah itu. Sebaliknya untuk jimatkan wang rakyat, dia cuma tinggal di sebuah rumah kampung serba sederhana dekat Yan.

Menteri Besar Kedah ini juga tak suka berpakaian hebat-hebat seperti menteri-menteri lain. Dia cuma membeli baju di kedai biasa yang harganya tak sampai RM20 sehelai (alamak....lebih mahai dari baju aku!!).

Baca selanjutnya catatan wartawan Sinar Harian dalam artikelnya bertajuk 'Apabila MB Dipanggil Pak Cik' yang bagi JR agak menarik ini:


ASSALAMUALAIKUM,” laung seorang anak muda sambil tertinjau-tinjau di sisi bangunan pinggir Terusan Wan Mat Saman yang selari dengan jalan Alor Setar - Sungai Petani, pada suatu pagi dua tahun lalu.Seketika kemudian, kedengaran suara salam dijawab dari  belakang bangunan. Anak muda bertubuh tinggi, berambut lebat itu segera mencari arah datangnya suara.

Tiba di sana, dilihat sekumpulan empat lelaki agak baya sedang bersembang di satu ruang yang pintunya terbuka. Seorang daripada mereka - yang paling tua - berbaring di pangkin.

“Saya Rizal, skuad Sinar (Harian) baru di kawasan Yan,” kata anak muda itu dengan senyuman seperti dipaksa. Dia dipersilakan masuk.

Lelaki yang berbaring di pangkin bangun. Setelah berbasa basi untuk seketika, lelaki itu bertanya: “Hang tau dak saya ni sapa?”

“Minta maaf pakcik, saya tak tau ...,” jawab si anak muda, jujur.

“Tak pa, hang boleh tanya depa ni,” balas lelaki itu yang berkain pelikat dengan baju pagoda.

Barang kali kerana kasihan kepada si anak muda, seorang lelaki lain kemudian berkata: “Inilah Ustaz Azizan, Menteri Besaq Kedah.”

Anak muda itu hilang kata-kata! Dia seperti tidak percaya.

“Saya bukan tak kenal MB Kedah, tapi hari tu dia nampak lain sangat. Dengan baju pagoda, kain pelikat, tak pakai cermin mata, kopiah pun tak pakai... itu yang saya panggil dia Pakcik,” kata Rizal mengimbas peristiwa itu kepada saya beberapa minggu kemudian.

Ya, mungkin ramai yang tidak tahu, Ustaz Azizan sejak dilantik Menteri Besar, tidak pernah menghuni Seri Mentaloon di Alor Setar. Kediaman rasmi MB Kedah itu hanya diguna untuk acara rasmi.

Dia masih tinggal di rumah lamanya di bahagian belakang bangunan Markas Pas Jerai di Batu 15, Padang Lumat, dekat Guar Chempedak itu selain sebuah lagi rumah di Jalan Sultanah, Alor Setar yang dibeli daripada keluarga mertuanya.

Walaupun sudah bergelar MB, Ustaz Azizan masih mengekalkan gaya hidup biasa.

Setiausaha akhbarnya, Helmi pernah menceritakan,  Azizan hingga sekarang jika mahu beli seluar, baju, tempatnya adalah sebuah kedai di Pekan Simpang Empat Kangkong.

“Dia selalu suruh aku pi kedai tu, Kedai Timor. Kata dia, baju, seluaq di kedai tu murah-murah. Kita sendiri tak sanggup pakai yang tak dak brand macam tu,” kata Helmi. Difahamkan, kebanyakan baju yang dipakainya berharga tidak lebih RM20 sehelai.

Selain Kedai Timor,  Azizan juga biasa beli pakaian di sebuah kedai India Muslim di Lebuh Chowrasta di Pulau Pinang.

“Satu hari, mamak kedai tu mungkin sebab baru  perasan tengok muka Ustaz  di TV, dia kata, Haji, ini hari saya tak mau jual lagi pada Haji. Ustaz tanya, sebab apa? Dia kata, sekarang Haji sudah jadi menteri, orang besaq. Elok pakai baju, seluaq yang tempah, bukan yang dia jual,” katanya.

Ustaz Azizan tetap Ustaz Azizan.

Tidak lama dulu, saya dijemput hadir kenduri kahwin anaknya di Kampung Teras Jernang, Bangi. Lokasi kenduri sebuah rumah kampung tidak jauh dari kampus UKM.

Ketika bersalam, Ustaz Azizan berpesan, “mai makan kenuri sudah naa, jang dok buat berita buh dalam surat habaq.”

Selepas makan, saya bertanya kepada Setiausaha Politiknya, Sanusi, apa sebab Ustaz Azizan tak buat kenduri di Alor Setar?

Jawab Sanusi: “Ini kenduri kahwin anak yang kedua dia buat lepas jadi MB. Kali pertama di Kedah. Belanja terlalu tinggi (sebab nak kena sedia hidangan banquet). Untuk tampung kos, Ustaz terpaksa pinjam dari beberapa orang exco RM20,000 seorang.

“Kali ni dia tak sanggup nak meminjam lagi, sebab itu dia buat di sini. Di sini tak perlu nak jemput orang-orang besar sebab kenduri kampung saja,” katanya.

Ujar Sanusi lagi, Ustaz Azizan cukup menjaga integriti dan dia tidak mahu ada pihak ambil kesempatan menaja majlis peribadinya.

“Sebagai Menteri Besar, apa yang dia buat ini memang ambik risiko. Mungkin ada yang berkecil hati apabila dia tidak buat kenduri kahwin anak di Kedah. Tetapi inilah prinsip Ustaz yang tidak mahu timbul fitnah dalam pentadbirannya,” katanya.

Rakyat Kedah kini di persimpangan sama ada mahu mengekalkan kerajaan sekarang dengan Ustaz Azizan juga dikekalkan sebagai menteri besar, ataupun ini kali mahu tukar kepada menteri besar yang baru pula.

Soalnya, jika mereka mahu tukar kepada BN, apakah Datuk Mukhriz Mahathir sedia untuk jadi pemimpin yang ‘down to earth’?

Selamat mengundi!

Harap-harap korang yang tinggal di negeri-negeri lain yang Menteri Besarnya hidup serba mewah itu tidak mentertawakan Menteri Besar kami. Janganlah ingat kerana Menteri Besar Kedah cuma tinggal di rumah kampung, pakai baju  murah, malah nak buat kenduri anak pun kena pinjam duit kawan-kawan, dia tak layak jadi Menteri Besar. 

Jangan ingat hanya mereka yang berpakaian jenama mewah, tinggal di banglo besar lagi agam, mempunyai deretan kereta mewah dan punya isteri yang subang bergemerlap di telinga, pakai gelang dan cincin berlian berjuta-juta ringgit saja layak jadi menteri. Khalifah Umar Al-Khatab juga tinggal di rumah kecil dan cuma tidur di atas pelepah kurma tapi dia menjadi Khalifah yang sangat dihormati rakyat dan dikagumi negara-negara lain pada zamannya...

29 April 2013

Perang Norman KRU - Faizal Tahir: Siapa Betul????


Semalam jadi perang twitter antara Norman KRU dan Faizal Tahir. Memang bahang PRU-13 dah betul-betul panas hingga menjangkiti artis. Artis pun dah berani menunjukkan mereka dipihak mana. Jika minggu lepas pelakon veteran, Abu Bakar Omar isi borang masuk Pas, kemudian hari Sabtu lepas pula pelakon Mustafa Kamal bersama 100 peserta konvoi motor berkuasa tinggi menyertai ceramah Pas di Putrajaya.

Dan semalam pula ada perang saudara antara dua artis kerana isu PRU-13.

Pada pandangan korang antara dua pandangan dua orang artis ni, pandangan siapa yang betul?



JR tak mau masuk sebelah mana-mana pihak dalam perang saudara dua artis ini. Lagi pun JR tidaklah minat sangat cerita-cerita artis sampai tahu serba serbi pasal mereka.

Cuma JR pernah dengar dalam satu ceramah agama, seorang ustaz berkata kita tak boleh gunakan perkataan "kalau" bagi meramalkan sesuatu yang tak pasti kerana ia boleh menyebabkan mereka yang menyebutnya jatuh "syirik kecil". Siapa kita nak meramalkan masa depan yang menjadi rahsia Allah???

Orang tua-tua selalu berpesan soal mati hidup, rezeki dan jodoh pertemuan di tangan Allah. Jadi tak perlulah kita sebagai manusia berlagak seperti Allah   yang Maha Tahu masa depan dan rezeki seseorang. Bila Dia kata "Kun Fayakun", maka jadilah seperti yang dikatakanNya tanpa melihat apa ramalan orang tentangnya....

28 April 2013

Doa Azhar Sulaiman Dipanah Petir: Pandangan Ustaz


Pelakon Azhar Sulaiman (JR tak minat sangat dengan lakonannya) memang suka bikin kontroversi. Sama ada kontroversi itu sengaja dibuat untuk cari publisiti sebab dia pun dah tak laku sebagai pelakon atau ada sebab lain, tapi kontroversi yang dibuatnya kadang-kadang nampak macam budak-budak lelaki yang belum bersunat. Nampak sangat tak matured walau usia dah lebih 40 tahun...

Beberapa bulan dulu Azhar Sulaiman pernah catitkan dalam Facebbooknya dia sudah murtad, dua hari lepas pula heboh dalam Facebooknya dia mendoakan dirinya dipanah petir:




Lalu ramailah orang yang komen dalam facebooknya: aminnnnnn..semoga doa kau dimakbulkan Allah...

Sekarang ni musim ribut petir. Dua malam lepas JR terkejut besar bila tiba-tiba bunyi guruh yang sangat kuat berdentum di langit dan seperti sangat dekat dengan rumah. Sebab itu bila Azhar Sulaiman berani bersumpah dipanah petir JR sangat terkejut. Ketika kita minta disimpang diri dan keluarga dari musibah, Azhar Sulaiman pula berdoa ditimpa musibah. Tak taulah kalau dia ingat sebagai pelakon doanya kepada Allah itu juga cuma satu lakonan..

Tapi apa hukumnya pula bila ramai orang mengaminkan doa Azhar? Bolehkah kita mendoakan aminnnn... kepada orang yang meminta kepada Allah dirinya  ditimpa musibah?

Ini pandangan Ustaz Hanif Haron (Mudir Darul Hadis Pulau Pinang) mengenai perkara itu:



27 April 2013

Aku Tak Mau Sehidup Semati....


Masa bercinta sering pasangan mengucapkan untuk sehidup semati. Tapi berapa ramai pasangan yang pernah sehidup semati? Ada????

Bagi JR memang adalah juga pasangan yang sehidup semati. Contohnya Minah Rempit yang membonceng Mat Rempit. Di tengah jalan mereka terlanggar lembu. Tapi lembu tak mati, sebaliknya Mat Rempit dan Minah Rempit itu yang mati. Tapi mereka tak dikebumikan dalam satu lahad. Memang sehidup sematilah, tapi sehidup semati setragis ini tak romantik langsung.

Baru-baru ini pasukan arkeologi dari Instutut Arkeologi dan Sejarah Universiti Cluj Napoca, Romania menemui satu pasangan yang memang layak dipanggil sehidup semati. Pasangan ini dikatakan meninggal antara tahun 1450 hingga 1550. Yang romantisnya ketika ditemui oleh pasukan arkeologi, rangka tulang mereka masih dalam  keadaan baik dan dikuburkan dalam keadaan berpegangan tangan. So sweeeeetttt....

Sepasang kerangka yang hidup sekitar 1450-1550 itu ditemukan oleh tim arkeolog Rumania di halaman bekas bangunan biara.

Mungkin semasa hidup mereka adalah pasangan yang romantis dan akhirnya Tuhan mentakdirkan mereka meninggal juga dalam keadaan begitu romantis, masih berpegang tangan....

JR pernah beritau isteri masa zaman bercinta bagai nak rak dulu bahwa JR tak mau kami sehidup semati. Kalau salah seorang dari kami mati, biarlah seorang lagi hidup. Kalau kedua-duanya mati serentak bagaimana dengan anak-anak, sapa nak membesarkan mereka??

(Sumber foto: merdeka.com)

26 April 2013

Jawapan Kepada Soalan Misteri Anak Ramai Tepi Rel Keretapi


Dalam entri semalam, JR ada buat teka-teki mengapa biasanya mereka yang rumahnya tepi rel keretapi mempunyai anak ramai? Seperti JR katakan dalam entri tu, ia adalah berdasarkan teka-teki yang diberikan oleh Guru Besar sekolah semasa JR di Tingkatan Lima dulu. Guru Besar berjanji akan memberi jawapan esok dan siapa memberi jawapan yang tepat akan mendapat hadiah.

Malangnya esok Guru Besar tak masuk kelas, kerana dia cuma masuk kelas bila guru subjek berkenaan tidak hadir sekolah.

Beberapa hari kemudian baru Guru Besar (Cikgu Zaaba) masuk. Itu pun kerana hari itu hujan dan tiada subjek pendididkan jasmani di atas padang.

Bila masuk saja kelas, Guru Besar terus bertanya, "Apa macam teka-teki cikgu hari tu, sapa tau jawapannya?"

Lalu ramailah yang menjawab, tapi tak ada seorang pun yang betul.

"Jawapannya begini.." kata cikgu Zaaba.
"Jawapannya begini..."
"Jawapannya begini.."

Tiga kali dia mengulang, tapi jawapannya tak muncul juga!

Hingga akhirnya dia berkata: "Kamu akan tau jawapannya BILA DAH KAWIN NANTI...Itulah jawapannya.."

Jadi apa jawapannya? 

Tiga tahun kemudian ketika belajar di UM, tiba-tiba soalan yang serupa diajukan oleh seorang kawan dari Kelantan. Tiba-tiba JR teringat kepada Cikgu Zaaba yang pernah memberi jawapan, "Kamu akan tau jawapannya BILA DAH KAWIN NANTI"

Ketika semua rakan-rakan lain tak dapat menjawab soalan itu, JR pun menjawab, "Orang yang dah kawin mesti tau jawapannya kan?"

"Haaa...betul tu" kata kawan dari Kelantan itu.

Dan rupanya, inilah jawapannya, sama lebih kurang seperti apa yang dijawab oleh blogger Kamsiah:


❤Kamsiah❤ said...
hehe..sama mcm cikgu saya cakap dulu2...
bila semua student jwb tak tau
ini jawapan cikgu tu..

"keretapi tu bunyi kuat,bising...so org yg tgh tido boleh terjaga..bila terjaga,susah nak tido semula..so dot dot dot la.."
dulu2 tak faham,dh kawen baru faham hehe




Tahniah Kamsiah!!

Memang bunyi enjin keretapi sangat kuat, kemudian bunyi sirennya lagi, orang tidur mati pun mesti terbangun....JR yang tinggal dalam jarak 200 meter dari rel keretapi pun kadang-kadang terjaga dengan bunyi bising keretapi, apa lagilah bagi mereka yang tinggal betul-betul tepi rel keretapi. Faham-faham sajalah bila ayah terjaga, nak tidur balik ambik masa. Kemudian tersentuh mak dan tengok pula gaya tidur mak yang sangat seksi itu, maka seperti kata Samsiah.....apa lagi, dot dot dot lah.....

Dan kalau ada rezeki, sembilan bulan kemudian dapatlah kita adik baru....

Sapa yang belum kawin, ingat ye..jangan tinggal tepi rel keretapi jika tak nak anak ramai!

Kepada blogger lain, lawatilah blog Samsiah di sini...Samsiah rajin memasak dan resepi-resepi terbaru sentiasa menghiasi blognya....

Mencari Seorang عمر بن عبد العزيز .... Apakah...?


Tengahari tadi, seperti biasa JR bersolat Jumaat di Masjid Al-Bukhary, Alor Setar. Ia masjid terbesar di Alor Setar yang dibina menerusi dana jutawan terkenal Malaysia, Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Hari ini khatib masjid Al-Bukhary memberi khutbah tentang mencari pemimpin yang beriman. Kata khatib, masyarakat seharusnya dipimpin oleh muslimin yang benar-benar beriman kepada Allah. Katanya jika masyarkat dipimpin oleh pemimpin yang beriman, keseluruhan masyarakat itu akan selamat dan malaikat di langit turut akan mendoakan kesejahteraan masyarakat itu.

Bagaimana contoh pemimpin yang beriman? Kata khatib contoh pemimpin yang beriman sudah ada dalam sejarah Islam. Dia memberi contoh Umar Abdul Aziz (عمر بن عبد العزيزkhalifah Bani Umayyah yang sangat terkenal dengan sifat-sifatnya yang mementingkan masyarakat melebihi dari kepentingan diri dan keluarga. Itulah contoh pemimpin yang beriman kerana itulah sifat-sifat pemimpin yang difirmankan Allah dalam al-Quran. 

Antara contoh betapa tinggi iman Umar Abdul Aziz ialah bila dia dilantik sebagai khalifah, Umar kelihatan sangat sedih dan menangis tidak henti-henti sehingga selama berhari-hari dia berkurung dalam bilik dan menimbulkan kegelisahan kepada isterinya Fatimah. Bila isterinya bertanya apa yang disedihkannya sehingga air matanya tumpah keseluruhan muka dan janggutnya, kata Umar dia takut tidak dapat melaksanakan amanah Allah kepada rakyatnya. Dia takut sepanjang pemerintahannya masih ada rakyat yang miskin dan dizalimi kerana akhirnya dia akan menanggung dosa kerana tidak berlaku adil kepada mereka.

Kerana takut kepada Allah, Umar Abdul Aziz telah menjadi khalifah yang sangat adil kepada rakyatnya, tidak mementingkan anak isterinya (contoh paling terkenal ketika anak memasuki pejabatnya, Umar menutup lampu biliknya kerana dia tidak mahu menggunakan harta negara untuk keluarganya . Dalam satu peristiwa lain Umar menampar tangan anak kecilnya kerana anaknya mahu mengambil sebiji epal yang merupakan harta rampasan perang yang menjadi milik negara).

(Ketika itu JR teringat jika seorang Perdana Menteri menang dalam pilihanraya pada minggu depan adakah dia akan mengurung dirinya dalam bilik dan menangis tak henti-henti jika tak dapat menunaikan amanah Allah kepada rakyatnya seperti Umar Abdul Aziz? Atau Perdana Menteri yang menang dalam pilihanraya pada minggu depan akan ketawa besar, megah dengan kemenangannya sambil dipeluk oleh anak isteri dan bakal-bakal menteri dan kemudian menghadiri berbagai majlis meraikan kemenangannya tanpa setitik air mata keinsafan pun yang keluar??)

Kata khatib seorang pemerintah yang menangis di dunia kerana insaf dengan kesusahan rakyatnya, apabila di akhirat nanti terhapuslah segala air matanya  itu. Sebaliknya seorang pemerintah yang membiarkan rakyatnya menangis di dunia kerana kesusahan dan dizalimi, di akhirat nanti Allah akan membiarkan dia menangis dengan deraian air mata kerana membiarkan rakyatnya menderita semasa dia berkuasa dahulu.

(Ketika itu JR teringat rancangan "Bersamamu" di TV3 yang sentiasa dipenuhi cerita orang-orang kurang bernasib baik  di negara kita yang dikatakan makmur ini. Dan setiap kali menonton "Bersamamu" pasti ada suara sayu dan tangisan dari mereka yang bernasib malang itu. Apakah pemerintah yang membiarkan rakyatnya menangis di dunia seperti dalam rancangan "Bersamamu" mereka akan menangis di akhirat nanti seperti yang dikatakan oleh khatib?)

Di dalam kereta bersama anak-anak selepas solat Jumaat, JR bertanya dalam hati: mungkinkah suatu hari nanti  negara ini akan memperolehi seorang pemerintah yang lebih mementingkan negara dan rakyat berbanding keluarganya seperti khalifah Umar Abdul Aziz? Tiada lagikah golongan miskin dan terbiar di negara ini hasil kebijaksaan seorang pemerintah seperti zaman pemerintahan Umar Abdul Aziz dimana ketika pemerintahannya tak ada  seorang pun rakyatnya yang hidup melarat sehingga tiada yang layak menerima zakat? 

Juga JR tertanya-tanya dalam hati: lepas PRU-13 ini adakah lagi rancangan "Bersamamu?". Mungkin rancangan "Bersamamu" tidak ada lagi bila kita sebagai rakyat dapat memilih pemerintah sesederhana Umar Abdul Aziz....

NOTA: Serius benar kan entri JR petang ini? 
Malam ini, insyaallah, JR akan menulis sesuatu yang lebih santai tentang jawapan kepada teka teki:  "Mengapa Orang Yang Tinggal Di Tepi Rel Keretapi Punya Ramai Anak?". Apa yang JR lihat dalam komen, memang ada yang menjawabnya dengan tepat. Siapa gerangan dia...nanti JR akan umumkan....

25 April 2013

Mengapa Orang Yang Tinggal Tepi Rel Keretapi Punya Ramai Anak??


Masa JR di Tingkatan Lima di sebuah sekolah menengah di Penang dulu, kami mempunyai seorang guru besar yang mempunyai dua karekter berbeza - serius dan lawak. 

Setiap kali perhimpunan sekolah, guru besar kami ini sangat serius. Ucapannya selalu tegas dan kadang-kadang seperti tanpa belas kasihan. Jika ada murid yang menghadapi masalah disiplin, dia sendiri yang merotan mereka ketika perhimpunan di hadapan guru-guru dan murid-murid lain. JR sendiri pernah sekali kena rotan di hadapan perhimpunan gara-gara menconteng papan hitam ketika cikgu keluar kelas!

Itu sisi tegas cikgu besar yang nama ringkasnya ZAABA itu. Tapi satu sisi lagi, cikgu besar ini adalah seorang joker yang agak hebat. Ketika di Tingkatan Lima, jika ada cikgu yang tak dapat masuk kelas dia akan menggantikannya. Subjek yang selalu dia ajar ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah. 

Biasanya sebelum mula mengajar guru besar akan buat lawak dulu. Itu seperti dah jadi trade marknya. Dan kerana trade marknya yang menghibur itu ramai murid suka bila dia mengajar.

Satu hari cikgu Zaaba tanya kami: "Sapa kat sini yang rumahnya tepi rel keretapi?"

Beberapa orang murid mengangkat tangan.

"Berapa orang adik beradik kamu?" tanyanya.

Masing-masing menjawab, ada yang lima beradik, ada yang enam beradik, ada yang tujuh dan yang paling ramai 11 beradik. Kebanyakannya ramai adik beradik.

"Kamu tau tak, mengikut satu kajian, suami isteri yang tinggal tepi rel keretapi mempunyai anak yang ramai? Sebab itu penduduk India antara yang paling padat dan ramai di dunia, sebab di India ramai penduduknya tinggal tepi rel keretapi..." jelas cikgu besar.

"Mengapa orang yang tinggal tepi rel keretapi ada ramai anak??" tiba-tiba tanya Norida, Penolong Ketua Kelas.

"Hahahaha..." cikgu Zaaba ketawa, "Itu yang cikgu nak tanya kamu. Tapi kamu juga boleh tanya kawan-kawan kamu di sini yang tinggal tepi rel keretapi mengapa ibu bapa mereka mempunyai anak yang ramai?"

Tapi semua kawan-kawan kami dalam Tingkatan 5 Alfa yang kebetulan rumahnya tepi rel keretapi menggeleng-geleng kepala, tanda mereka pun tak tau mengapa adik beradik mereka ramai. 

"Tak apalah jika kamu tak tau. Balik rumah pikir sendiri. Jangan tanya ibu bapa, nanti mereka marah. Esok jika ada sesiapa yang bagi jawapan yang paling tepat akan dapat hadiah..." janji cikgu Zaaba.

Korang tau tak mengapa kebanyakan orang yang rumahnya dekat rel keretapi mempunyai ramai anak?

Siapa yang tau jawapan, sila beri sebab-sebabnya. 

Esok, insyallah, JR akan beri jawapannya....

24 April 2013

20 Fakta Pelik Yang Korang Guarantee Tak Tau Punya...


Semua manusia pasti rasa dirinya cerdik kan? Malah kita (termasuk JR) akan rasa tersinggung bila orang kata kita kurang cerdik, walaupun dalam hal-hal tertentu kita memang sah kurang cerdik (termasuk JR!). 

Sebenar-benarnya seperti firman Allah, ilmu yang ada pada manusia ini sangat sedikit, cuma ibarat setitik air di lautan saja. Jadi jangan malu jika orang kata kita kurang cerdik, kerana orang yang berkata itu pun sama tak cerdik seperti kita juga, dia cuma memilki ilmu sebanyak setitik air di lautan luas saja...

Dan fakta-fakta di bawah, JR guarantee sebahagian besarnya pasti korang tak tau. Ada 20 fakta di bawah, jika korang tau semuanya, dapat markah 20/20, itu bermakna korang dah dapat menguasai setitik air di lautan yang maha luas itu. Tapi jika korang cuma tau 1 atau 2 atau tak tau langsung 1 fakta pun, korang pun 2x5 dengan JR jugalah setitik air di lautan luas pun tak dapat di miliki...

Dan inilah 20 fakta yang JR guarantee korang tak tau semuanya:

1.  83% lelaki yang mati kerana serangan jantung ketika sedang mengadakan hubungan seks adalah terdiri dari mereka yang sedang mengadakan hubungan seks dengan wanita yang bukan isterinya (oleh itu jangan curang dengan pasangan..)

2.  Google menjana keuntungan USD 700 sesaat (RM2,140 sesaat). Kayanya depa!!!

3.  Setiap saat terdapat 372 orang yang melayari google cuma untuk melihat bahan lucah (korang tak masuk dalam kategori ni kan...?)

4.  Di pulau Samoa, terlupa mengingati tarikh lahir isteri adalah satu jenayah yang boleh dihukum oleh mahkamah (nasib baik JR bukan saja hafal tarikh lahir isteri, tapi juga hafal nombor IC dan nombor PIN banknya!!!)

5.  Carian kedua paling popular pada laman Yahoo ialah 'google'

6.  Jika maklumat dalam wikipedia dikumpulkan dalam bentuk buku ia akan mengandungi 2.25 juta muka surat yang mengambil masa 123 tahun untuk membaca keseluruhannya (boleh ke hidup sampai 123 tahun?).

7.  Kajian menunjukkan mereka yang tidur lewat lebih pintar dari mereka yang tidur awal dan bangun awal (bagaimana dengan orang yang macam JR: tidur lewat tapi bangun awal??)

8.  Seekor penguin hanya mampu menikmati orgasme sekali dalam setahun (kesiannya dia....)

9.  Apabila seekor penguin jantan jatuh cinta, ia akan mengembara ke seluruh pantai bagi mendapatkan cebutir batu kerikil paling sempurna untuk dihadiahkan kepada kekasihnya (romantiknya encik penguin!!)

10. Jika korang merenung bintang, korang sebenarnya sedang merenung masa silam, kerana kebanyakan bintang yang jaraknya berjuta tahun cahaya itu telahpun mati (siapa yang ambil sains angkasa tolong beritau JR sama ada fakta ini benar-benar tepat atau tidak..)

11. Setiap manusia yang mengalami ejakulasi ketika hubungan seks tanpa disedari telah memindahkan 1587 GB data ghairah dalam masa 3 saat.

12. Air yang ada dalam gelas di hadapan kita sebenarnya telah banyak kali melaui proses kitar semula dan telah diminum oleh ramai orang sebelum kita.

13. Pada zaman Rom purba lelaki yang didapati bersalah merogol akan dihukum dengan memecahkan testikel (buah zakar) mereka di antara dua batu (hukuman yang paling ngeri, perogol bersiri tentu kecut habis jika tau hal ini)

14. 1,700 tahun diperlukan oleh seseorang untuk menonton semua video dalam Youtube.

15. Jika korang menyimpan kentut korang di sesuatu bekas selama 6 tahun 9 bulan, gas yang dihasilkan itu adalah menyamai sebutir bom atom yang boleh memusnahkan sebuah bandar besar (jom kita simpan kentut..manalah tau ia boleh dijadikan senjata bagi melawan penjenayah.)
.
16. Jika korang mempunyai harta sebanyak 1 bilion (seperti kebanyakan hartawan dan tokoh politik kita) dan membelanjakan RM1,000 sehari ia akan mengambil masa selama 2,740 tahun untuk dihabiskan semua wang itu (kalau ada duit banyak berdermalah seperti Syed Mukhtar al-Bukhary, sebab kalau simpan 3,000 keturunan pun tak habis..).

17. Brazil yang menghadapi masalah kemelesetan ekonomi pada tahun 1932 dan tidak mampu menghantar atletnya ke Olimpik di Los Angeles (LA) telah mengarahkan atlet-atletnya belayar ke LA dengan menaiki sebuah kapal dipenuhi kopi dan menjual seberapa banyak kopi bagi membiayai perbelanjaan mereka.

18. Apabila ditanya apakah permintaan terakhirnya sebelum ditembak mati oleh skuad penembak, penjenayah bernama James W.Rodgers menyatakan dia cuma mahu sehelai jeket kalis peluru (nak mati pun masih nak buat lawak yang sangat cerdik)

19. Bumi akan berputar dalam satu pusingan dengan selisih 2 minit 1 saat pada setiap dua tahun sekali.

20. Firaun Tutankhamun mengupah seorang pengorek hidung bekerja dengannya yang disediakan penginapan khas, makanan dan 3 ekor lembu setiap kali bertugas.

Sapa tau fakta di atas semuanya, dapat markah 20/20....sila angkat tangan!!!

(Dikitar semula dari sumber ini...)

23 April 2013

6 Mei 2013 Cuti Umum.....Horeyyyyyy!!!


Tengok tu anak-anak JR dah bersorak bila dengar 6 Mei 2013 Cuti Umum.

5 Mei hari mengundi PRU-13, 6 Mei Cuti Umum pulak, memang cantik!

Bagi yang nak balik kampung untuk mengundi parti pujaan hati mereka tak payah ambik cuti tambahan lagi pada 6 Mei. 5 Mei hari Ahad, memang kebanyakan negeri (kecuali Kedah dan Terengganu) cuti. Kelantan pun dah isytihar cuti pada 5 Mei.

Jadi bagi mereka yang  balik kampung tak payah lagi kalut-kalut lepas mengundi terus balik ke rumah semula. Bahaya balik tergesa-gesa. Sekarang bila dah ada cuti, baliklah esok (6 Mei) ke rumah dalam keadaan tenang....

Tapi Cuti Umum ni pun ada syaratnya tau. syaratnya ialah:

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan mengisytiharkan 6hb Mei ini iaitu sehari selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diumumkan, sebagai cuti umum jika berjaya menguasai pentadbiran di Putrajaya.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata ianya bagi memberi keselesaan kepada rakyat khususnya pengundi di perantauan untuk kembali ke ibu kota bagi meneruskan tugas mereka.

"InsyaAllah, Pakatan Rakyat akan isytiharkan 6 Mei sebagai cuti umum jika Pakatan Rakyat mendapat majoriti untuk bentuk kerajaan di Putrajaya.

"Jadi rakyat tidak perlu untuk tergesa-gesa balik ke tempat kerja masing-masing selepas selesai membuang undi," katanya yang juga calon PAS bagi parlimen Pokok Sena kepada Harakahdaily.

(Sumber di sini....)

So nak cuti ke tak????

22 April 2013

Awesome: Kapalterbang Termurah Malaysia Harga Cuma RM7,000


Terkejut juga JR bila 3 hari lepas ada seorang kawan berkata ada orang kampungnya di Sik, Kedah nak jual kapalterbang dengan harga RM7,000 saja.

JR ingat dia melawak, tapi dia bersungguh-sungguh berkata dia serius, kapalterbang yang dicipta orang kampungnya itu cuma berharga RM7,000.  Ini bukan kapalterbang mainan budak-budak, kata kawan itu. Kalau nak kepastian katanya datanglah ke kampungnya di Sik, tengok dengan mata sendiri.

Kapalterbang cuma berharga RM7,000....pelik sungguh!! RM7,000 tu lebih kurang sama dengan harga motor Yamaha RXZ. Tapi ini bukan motor, ini kapalterbang!

Mengikut reseach JR harga kapalterbang berpuluh hingga beratus juta ringgit. Contohnya harga sebuah kapalterbang  boeing  737 adalah sekitar USD30 juta (RM91.3 juta). Jika kapalterbang yang lebih besar harganya jauh lebih tinggi, misalnya jika boeing 777 harganya sekitar USD210 juta (RM639 juta).

Tapi kapalterbang made in Sik ini harganya cuma RM7,000. Kalau begitu JR nak beli satulah kapalterbang RM7,000 tu, tak cukup duit boleh kongsi dengan isteri. Senang untuk isteri berulang alik ke tempat kerjanya di Pendang yang jauhnya kira-kira 35 km dari rumah kami....

Tengahari tadi ketika JR membelek-belek beberapa akhbar online, JR terbaca mengenai cerita kapalterbang yang kawan JR katakan itu. Tersenyum sampai nak carik mulut bila membaca kisah kapalterbang RM7,000 tu. Inilah rupa kapalterbang itu:

Ramainya pengunjung...

Sebenarnya ia cuma replika kapal terbang yang dibina penduduk-penduduk  Kampung Batu Besar, Sik sempena Pilihanraya Umum-13. Ini adalah cara mereka menyambut pilihanraya yang cuma datang 5 tahun sekali saja itu dengan membuat replika kapalterbang.

Mengikut beritanya, orang ramai dari luar tak putus-putus mengunjungi kampung Batu Besar semata-mata mahu melihat atau mengambil gambar replika kapal terbang itu dan memasuki kabinnya. 


Idea membina replika kapal terbang itu datang dari seorang ulama terkenal Kedah yang juga Penaung Madrasah Al-Rahmaniah, Tuan Guru Haji Salleh Musa.

Benarlah seperti kata kawan JR dari Sik itu...replika kapalterbang yang dibina  ini memakan kos sebanyak kira-kira RM7,000 yang dibuat dari kayu, besi, buluh, batang paip, lampu dan lain-lain. Kapalterbang ini  berukuran 58 kaki panjang, 56 kaki lebar dan perimeter 40 kaki dan berjaya disiapkan dalam masa sekitar dua bulan hasil perkongsian wang orang kampung dan kerja keras pemuda-pemuda kampung tersebut.

Mengikut cerita orang kampung, setiap hari sekitar 1,000 hingga 2,000 orang melawat kampung itu untuk melihat kapalterbang itu. Menariknya, ada pelawat yang terpaksa datang semula kerana tidak dapat masuk ke dalam replika itu disebabkan pengunjung terlalu ramai.


Pelawat semua peringkat usia mahu menaiki 'kapal terbang'.

Keadaan bahagian dalam kapalterbang

Tempat duduk pilot...

Memang awesome dan kreatif kan?

Kalau korang nak tau dengan lebih lanjut baca di sini...

21 April 2013

Video Pelajar Perempuan Persenda Solat: Salah Siapa??


Salah siapa bila jadi macam ni? Budak-budak pompuan ni tak takut kepada Allah Yang Maha Melihat apa yang mereka buat ke bila mereka mempersenda perintah Allah?? 

Mungkin nak salahkan 100% budak-budak pompuan ni tak boleh juga. Nak salahkan sekolah kerana membiarkan kelakuan tak senonoh ini terjadi di asrama sekolah pun tak boleh juga.

Budak-budak pompuan ni anak siapa? Anak mak bapa merekalah kan? Jadi ibu bapa tak boleh nak lepas tanganlah apa yang berlaku kepada anak-anak mereka.



Kejadian ini sebenarnya bukan berlaku di Malaysia, tapi di Indonesia. Ia boleh dilayari melalui laman Youtube yang berdurasi selama 5 minit 34 saat yang menunjukkan sekumpulan murid-murid pompuan di sebuah Sekolah Menengah Atas (SMA) mempersenda rukun-rukun solat yang diselang seli dengan musik rancak lagu One More Night dendangan Maroon 5. 

Akibatnya budak-budak pompuan tu telah dibuang sekolah serta merta selepas video mempersendakan solat itu diketahui oleh pihak sekolah.

Video itu dipercayai dirakamkan pada 9 Mac lalu tapi cuma diketahui oleh pihak sekolah pada 30 Mac. Pengetua sekolah atas dasar mahu menjaga imej sekolah telah membuang serta merta pelajar-pelajar itu dari sekolahnya. 

Sekali lagi timbul persoalan: SALAH SIAPA KEJADIAN SEPERTI INI BERLAKU???



Sumber info di sini.


Pilihanraya Artis


Teringat masa JR di Tingkatan 6 dulu. Satu hari kami pelajar-pelajar lelaki yang tak laku (tak ada steady girl friend) berbincang hal masa depan yang menyeronokkan - isu perkahwinan. Seorang kawan menyatakan jika ditakdirkan dia kahwin dia berharap tak akan berkahwin dengan artis. Artis yang dimaksudkan kawan itu ialah pelakon.

Katanya kahwin dengan pelakon sangat bahaya kerana mereka pandai berlakon dan kita tak boleh meneka sama ada apa yang kita lihat pada dirinya memang benar-benar begitu atau ia cuma salah satu episod lakonan mereka.

Tapi bagaimana pula jika artis menjadi ahli politik, menjadi wakil rakyat? Semalam tiga orang artis otai bertanding sebagai calon pilihanraya PRU-13. 

Antara mereka ialah Aishah yang bertanding atas tiket Pas di Parlimen Jempol menentang bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad.

Aishah dan Tan Sri Isa Samad

Dayangku Intan pula akan bertanding sebagai calon PKR di Parlimen Pangerang, Johor menentang bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Datuk Seri Azalina (kiri) dan Dayangku Intan (kanan)

Seorang lagi artis, Herman Tino pula bertanding atas tiket Bebas di Tanjung Karang menentang Pengerusi BN Selangor dan bekas Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar.

Herman Tino (kiri) dan Datuk Seri Noh Omar

Ketiga-tiga artis ini adalah artis otai yang tak aktif lagi menyanyi. Antara mereka JR lebih mengingati Aishah yang selain pernah popular dengan lagu "Janji Manismu", satu lagi lagu dendangannya "Pulanglah"  akan menjadi lagu wajib yang berkumandang di radio setiap kali tiba Hari Raya. 

Tapi yang paling hebat untuk  artis-artis otai kita ni ialah mereka menentang orang-orang hebat yang semuanya pernah menjadi menteri. Bolehkah artis-artis yang dulu hebat dengan nyanyiannya ini  mengalahkan bekas menteri-menteri yang juga sangat hebat dalam putar belit politik?

Artis menjadi orang penting dalam politik bukanlah tak pernah terjadi di dunia ini. MG Ramacahndran seorang hero filem Tamil pernah menjadi Ketua Menteri Tamil Nadu, India. Ronald Reagan bekas Presiden Amerika era 1990an dulu pula adalah bekas pelakon terkenal Hollywood. Begitu juga Arnold Schwarzenegger pelakon Hollywood yang pernah menjadi gavernor Calirornia, Amerika. Dan di negara jiran kita, Filipina seorang pelakon yang sering menajdi hero filem-filem Filipina, Joseph Estrada pernah menjadi Presiden Filipina 10 tahun lalu.

Bagaimana dengan artis-artis Malaysia yang bertanding dalam PRU-13 ini? Adakah bintang mereka secerah Ronald Reagan, Arnold Schwarzenegger, MG Ramachandran atau Joseph Estrada yang pernah menjadi pemimpin terkenal di negara masing-masing?

Jika Allah sudah menyatakan kun fayakun, maka seiapa pun boleh menang dalam PRU-13 ini.....Pilihan adalah di tangan rakyat Malaysia dan ketentuan serta takdir Illahi akan menetukan masa depan mereka dalam politik.

Gud luck....

20 April 2013

Corat-Coret Penamaan Calon: Catatan Pengalaman


Seperti yang JR catatkan dalam blog ni semalam, hari ni JR nak pergi tengok proses penamaan calon PRU-13. Ia sesuatu yang cuma berlaku 4-5 tahun sekali, rugi sangat jika tak pergi menikmati kekecohan kemeriahannya.. 

Lepas sarapan dan bersiap, JR terus pergi ke lokasi penamaan calon yang terdekat dengan rumah JR - kawasan Parlimen Alor Setar. Penamaan calon untuk Parlimen Alor Setar dilakukan di Kompleks Belia dan Sukan (berhadapan Stadium Darulaman). 

Ketika JR sampai kira-kira pukul 9.15 pagi orang dah ramai. Mula-mula JR ingat nak joint grup yang menempatkan penyokong BN di depan Stadium Darulaman. Penyokong BN memang nampak sangat tersusun, semuanya berbaju biru, tak seperti penyokong PR yang bajunya ikut suka hati..

Bila JR cuba-cuba korek dari seorang adik di situ, dia kata kalau nak baju biru free pergilah jumpa abang di depan tu. Katanya duit pun dapat, sambil menunjuk lima jari, menandakan setiap penyokong BN dapat RM50.

Tapi tak payahlah kata hati JR, aku mai ni bukan nak baju free atau duit RM50, aku mai ke sini nak tengok kemeriahan hari penamaan calon.

Lepas tu JR menuju ke arah kumpulan yang lebih ramai - kumpulan penyokong PR. Penyokong PR pakai baju anika warna, tak seperti penyokong BN parti orang kaya yang banyak duit dan boleh bekalkan baju biru untuk semua penyokongnya. Terpaksa tawaf separuh stadium untuk pergi joint grup PR, kerana grup BN dan grup PR dipisahkan oleh pasukan polis dan besi penghadang.

Antara perkara menarik yang JR lihat dalam penamaan calon di Parlimen Alor Setar ini ialah:

i) Penyokong semua parti berkumpul dengan aman. Walaupun ada jeritan, ada nyanyian untuk menaikkan semangat tapi tak nampak pelakuan atau aksi melampau seperti yang JR baca berlaku di Kuantan. Di Kuantan dilaporkan ada segelintir penyokong BN yang menunjukkan seluar dalam, menjulang bendera yang dibuat dari seluar dalam, malah meletak seluar dalam di atas kepala (berita di sini.....) Tapi orang Alor Setar tak kira penyokong BN atau PR  nampaknya lebih bertamadun, berdisiplin, tiada kelucahan melampau di sini.. 

ii) Ayat yang paling popular di kalangan penyokong PR ialah "Ini kalilah.." Ramai yang menyebutnya - Cina, Melayu dan India.

iii) Melihat satu suasana unik apabila nampak ada penyokong Melayu bawa bendera roket dan penyokong Cina pula membawa bendera Pas.

iii) Sekumpulan penyokong PR menaikkan imej seekor lembu besar (menyindir rasuah pembelian lembu oleh Shahrizat) tapi kemudian telah ditegur oleh polis yang meminta ia diturunkan.

iv) Nak tergelak melihat penyokong beberapa parti yang bilangannya boleh dikira dengan jari, iaitu  parti Berjasa (ingatkan parti tu dah mati...rupanya masih hidup..) dan Penyokong parti Bersama (2 hari lepas baru dengar nama parti tu...). Heran juga bagaimana dua parti kecik ni bertanding, buat hilang wang deposit aje... 

Kira-kira pukul 11.00 pagi pegawai pengurus pilihanraya mengumumkan Parlimen Alor Setar akan ditandingi oleh Datuk Seri Chor Chee Heung (BN), Gooi Hsiao Leung (PKR), Abdul Fisol Mohd Isa (Berjasa) dan Jawahar Raja Abdul Wahid (Bersama).

Bagi DUN Bakar Bata akan ditandingi oleh Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (BN),   Jawahar Raja (Bersama) dan Mohd Ikmal Ahmad (PKR).
   
Bagi DUN Kota Darul Aman pula akan ditandingi calon BN Loh Gim Hui, calon DAP Teoh Boon Kok serta dua calon Bebas iaitu Liew Kard Seong dan A. Jayagopal.   
   
Bagi DUN Alor Mengkudu, bekas Exco BN, ustaz Fadzil Hanafi akan bertanding sebagai calon Bebas untuk menentang calon PAS (Ahmad Yahaya) dan calon BN (Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah).
   
Apa pun, alhamdulillah...semuanya berjalan lancar tanpa kejadian tak diingini berlaku.

Selamat mengundi 2 minggu lagi...

Nota: Sori tak ada gambar, dalam kalut-kalut keluar rumah tertinggal henset yang sedang dicaj dalam rumah....


19 April 2013

Senarai Pusat Penamaan Calon PRU-13


Korang semua pasti tau kan, esok ialah hari penamaan calon PRU-13.

Setiap kali pilihanraya, tak kira pilihanraya umum atau pilihanraya kecil, jika berpeluang JR pasti akan hadir ketika hari penamaan calon. Kehadiran JR lebih kepada untuk memeriahkan hari penamaan calon. Apa lagi pilihanraya umum cuma hadir setiap 4 atau 5 tahun sekali, jika tak pergi rugilah. Kena tunggu 4-5 tahun lagi untuk merasai kemeriahan pilihanraya yang lebih meriah dari menyambut raya itu. Kerana apa JR kata lebih meriah dari menyambut raya? Ini kerana orang Melayu, Cina dan India misalnya menyambut hari raya masing-masing pada hari berbeza. Tapi dalam hari penaamaan calon semua kaum berkumpul sama-sama dengan pelbagai gaya yang nampak sungguh meriah. Sambil mengibar bendera parti masing-masing, ada yang bersorak,  bertakbir dan menyanyi...

Jika korang nak merasai kemeriahannya, pergilah ke pusat penamaan calon yang terdekat dengan kediaman korang pagi esok. Pusat penamaan calon di buka pada pukul 9 pagi, tapi seperti biasa sejak pukul 7.30 pagi dah ramai orang berkumpul. Apa yang seronoknya berdasarkan pengalaman JR ialah apa yang kita lihat di depan mata  99% tak sama dengan apa yang dilaporkan dalam berita TV tengahari dan malam itu...

Jika berminat nak memeriahkan hari penamaan calon esok, korang boleh menyemak senarai pusat penamaan calon PRU-13 di sini....

Esok, insyaallah, JR akan berada di pusat penamaan calon Parlimen Alor Setar di Kompleks Belia dan Sukan, Alor Setar. Kalau berpeluang JR juga akan pergi ke pusat penamaan calon Parlimen Kuala Kedah di Pejabat Daerah Kota Setar.

Cuma JR berharap kemeriahan hari penamaan calon esok berlangsung dalam keadaan penuh tertib dan santun, tak dicemari dengan insiden-insiden kotor seperti ketika JR hadir di pusat penamaan calon pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 2008 dahulu. Memalukan...apabila melihat kumpulan lelaki dan perempuan yang membawa bendera biru  menepuk-nepuk punggung sambil memberi isyarat lucah. Pakai tudung bukan main tapi menari-nari tarian lucah sebagai provokasi...sungguh tidak sopan!!

Harap kelakuan tak bertamadun seperti ini tak akan berlaku esok....