»

28 February 2013

Cara Bijak Elak Orang Lain Potong Q..


Pernah korang pergi ke kaunter nak buat bayaran atau nak uruskan ape-ape ke... tapi kebetulan hari tu sistem panggilan nombor tak berfungsi kerana sesuatu hal?

Yang paling tak seronok ada yang tak berdisiplin, datang lambat tapi nak dilayan cepat. Ada yang potong Q...itu yang betul-betul menguji kesabaran.

Tapi ada satu cara bagi mengelakkan orang lain potong Q. Tak perlu apa-apa modal, cuma guna kasut:

https://m.ak.fbcdn.net/sphotos-e.ak/hphotos-ak-ash3/539675_585720648123231_2071956387_n.jpg

Nostalgia Roti Kapai


Petang semalam isteri JR beli biskut untuk ibunya, seorang pesakit diabetik. Biasalah untuk pesakit diabetik banyak pantang larang makannya. Kalau biskut, tak boleh biskut manis. Biskut jenama Julie's Osborne Crackers yang isteri beli tu katanya tak manis, sesuai untuk pesakit diabetik seperti ibu mentua JR:

Julie's Osborne Crackers 250g


Bila JR cuba sekeping biskut Julie's Osborne tu memang rasanya tawar - sesuai dengan lidah JR yang tak boleh menerima makanan yang manis-manis.

Tapi selepas memakan biskut tawar dan agak keras itu, tiba-tiba JR teringat kepada satu biskut yang dah berdekad-dekad tak merasainya.

Roti kapai!!!

Korang pernah dengar roti kapai? Orang Utara terutama generasi tak muda seperti JR mesti tau roti kapai, sapa yang tak tau kena lucut kewarganegaraan Utaranya...hehehehe...

Bagi orang Utara, biskut kering disebut "roti", kapal disebut "kapai". Jadi bila dikatakan "roti kapai" maknanya "biskut kapal". Kononnya biskut ini selalu menjadi bekalan pelaut zaman dulu, kerana ia tahan lama, sedap dan baik untuk kesihatan, sebab tu ia disebut roti kapai.

Masa JR kecil-kecil dulu stok roti kapai sentiasa ada di rumah. Roti kapai berbentuk bujur, sedikit melengkung, warnanya putih dan agak keras. Ia biskut tawar yang mengikut orang tua-tua dulu mengenyangkan tapi tak membawa penyakit. Paling sedap bila biskut ini dicicah dengan kopi panas yang masih berasap, makan pula masa hujan tengah turun....badan yang sejuk pun boleh bertukar jadi suam selepas mengunyahnya 5-6 keping (tu dia...punya bagus punya iklan!!).

Bagi yang kreatif seperti ibu JR, biskut ini juga boleh dibuat bubur dan serawa...memang sedap!

Masalahnya biskut berkhasiat dan pernah menjadi makanan popular  di Utara tu seperti dah menjadi sejarah zaman dulu. Sejak berpuluh tahun dari JR mula-mula kawin sampai sekarang anak-anak pun tak lama lagi mungkin akan kawin, biskut ini sukar ditemui. Empat tahun lepas JR pernah bertemu dengan seorang peniaga Cina yang menjual biskut ini di luar pasar Alor Setar. Katanya biskut itu dibelinya dari Penang (negeri asal JR), kerana ia tidak ada di Kedah. Sempat juga JR membeli beberapa kilo, memang rasanya masih menyamai roti kapai yang JR kenali di zaman kanak-kanak dulu.

Cuma bila dah habis bekalan roti kapai dan JR cuba mendapatkannya dari peniaga  yang sama, dia sudah tak berniaga lagi di situ hingga sekarang.

JR cuba mencari maklumat mengenai biskut roti kapai ini, sayangnya JR tak menemui banyak cerita dan gambarnya dalam google. Satu-satu gambar mengenai roti kapai ni ialah dalam blog nurulnadia.marissa@myresipi.com, itu pun tak berapa jelas gambarnya:

2012_05_30_16_15_59_534

27 February 2013

Terhinanya Minda Aku Bila Tengok Drama Ni


Alhamdulillah hari ini cuaca dah elok semula. Kelmarin dan Isnin hujan tak henti-henti turun di sini. Dalam keadaan sebegitu apa lagi yang dapat dibuat, cuma berkurung dalam rumah.

Sempat pula dalam berkurung dalam rumah ni tengok drama Melayu di TV3 antara pukul 7 hingga 8 malam (slot Akasia). Nak buat macam mana orang rumah suka tengok drama yang entah apa-apa tu. Dah TV depan mata di ruang tamu, kan nak pejam mata, tengok jugalah, walaupun tak sepenuh masa kerana waktu solat maghrib di antaranya.

Lepas itu pukul 10 hingga 11 malam ada drama Melayu di TV3 pula (slot Samarinda). Kerana kebetulan JR "ter"tonton (tak sengaja tonton) dua slot drama tu kelmarin dan Isnin, JR nak ulas sikitlah pasal kedua-duanya, sebab nampak banyak persamaan antara keduanya. JR minta maaf jika korang peminat fanatik drama Melayu kiranya ada teguran JR nanti menusuk kalbu korang.

Persamaan pertama antara kedua-dua slot drama Akasia dan Samarinda yang sedang ditayang di TV3 sekarang ialah kedua-duanya dibintangi oleh Datuk Rahim Razali yang berlakon sebagai bapa yang tegas dalam dua-dua drama itu. 

Persamaan kedua, kedua-dua hero drama ini (Fahrin Ahmad - Akasia dan Johan Asari - Samarinda), kedua-duanya dituduh berzina apabila mereka ditangkap ketika sedang tidur dengan wanita dalam keadaan tak sedar diri selepas mereka diberi pil khayal. 

Persamaan ketiga, kedua-dua hero (Fahrin dan Johan) tidak mempertahankan diri mereka apabila dituduh berzina. Mereka tidak cuba melakukan seperti orang berakal yang apabila dituduh berzina akan cuba membersihkan nama mereka dan keluarga. Apa lagi dalam kes Johan di mana wanita yang memerangkapnya sedang mengandung anak orang lain.

Itu yang menyebabkan JR ketawa besar bila melihat kedua-dua drama ini. Tertanya-tanya dalam hati: mengapa kedua-dua hero ini apabila dituduh berzina - sedangkan mereka tak melakukannya - tak cuba membersihkan diri dengan melaporkannya kepada polis (kerana difitnah) atau melakukan ujian DNA di hospital atau klinik bagi membuktikan mereka tak bersalah? Dalam drama Samarinda, Johan dan wanita itu sudah berada di hospital apabila dituduh merogol, tapi mengapa dia cuma menangis di depan doktor dan tak cuba meminta staff hospital mengambil DNA dia dan wanita itu bagi membuktikan dia tak bersalah?

Kedua-dua drama ini berlatarbelakangkan Malaysia di zaman ini, bukan Malaysia di zaman Hang Tuah atau zaman P.Ramlee. Kalau drama ini berlatarbelakangkan zaman Hang Tuah, JR boleh faham kerana masa itu balai polis untuk dibuat laporan belum ada, hospital juga belum ada untuk dibuat ujian DNA. Jika berlaku di zaman P.Ramlee pun boleh faham juga, kerana zaman itu juga teknologi DNA belum ada di Malaysia.

Tapi drama-drama ini berlatarbelakangkan zaman sekarang, zaman ketika polis kita cekap menyelesaikan kes dan hospital sudah ada teknologi DNA. Johan dan Fahrin dalam kedua-dua drama ini melakonkan watak orang-orang berpendidikan tinggi yang tak mungkin sengaja buat bodoh apabila diri mereka dan keluarga dihina dan maruah tercemar. Lainlah kalau dalam cerita ini Johan dan Fahrin diberi watak lelaki lembam dan ibu bapa mereka juga hilang akal hingga menyerah segalanya kepada takdir.

Bila "ter"tonton drama-drama serupa ini minda JR rasa sangat terhina. Mengapa buat drama yang memperbodohkan minda penonton? Ingat semua penonton suka tengok ke drama-drama yang memperbodohkan minda mereka? 

Kalau tak silap JR ini bukan pertama kali TV siarkan drama-drama serupa ini.  Dah banyak dah drama memperbodohkan minda penonton sebelum ini, tapi penerbit dan pengarah buat juga drama-drama bodoh itu. Mungkin kerana penerbit dan pengarah drama kita beranggapan orang Melayu tak kisah bila minda mereka dihina dan diperbodoh, maka drama-drama memperbodohkan penonton seperti itu akan terus tersiar lagi di masa hadapan...

JR minta maaf jika ada yang tersinggung atau tak setuju dengan apa yang JR tulis. Itu hanya pandangan peribadi JR yang bukan peminat fanatik drama-drama Melayu...

Selamat menonton jika ingin terus menonton, jangan marah...

26 February 2013

Terasa Minda Sangat Terhina


Ketika singgah untuk membeli akhbar di kedai mamak pagi tadi, mamak penjual paper tu menghulurkan akhbar Kosmo kepada JR.

"Bukan ini paper la mamak.." kata JR sambil memberi isyarat tak mau, "Ini  paper budak-budak"

"Sori, sori...Metro?" tanyanya.

"Bukan Metro...saya mau Sinar Harian!!" mata JR masih tercari-cari akhbar  Sinar Harian.

"Oooo, Sinar Harian sudah habis. Itu paper banyak laku sekarang. Encik cuba cari itu paper di kedai buku depan, mungkin sana masih ada Sinar Harian".

Lalu terpaksalah JR ke kedai buku di seberang jalan. Nasib baik ada. Itu pun dah tinggal tak banyak lagi Sinar Harian, mungkin sekejap lagi habislah.

"Sudah mau habis ka?" tanya JR kepada mamak kedai buku (mamak lagi!!!)

"Yaa...ini Sinar Harian banyak laku sekarang...Kalau petang mesti habis..." jawab mamak.

Memang JR sekarang selalu beli akhbar Sinar Harian. Dulu JR baca Utusan Malaysia atau Berita Harian, kadang-kadang beli paper, kadang-kadang baca edisi internet. Tapi yang tak bestnya Utusan Malaysia dan Berita Harian ialah terlalu banyak berita politik di dalamnya. 


Berita politik kedua-dua akhbar tu pula hanya ada dua warna: putih dan hitam. Satu pihak digambarkan putih-seputihnya, satu pihak lagi digambarkan hitam sehitam-hitamnya

Bila baca dua akhbar ni rasa minda sangat terhina. Mak bapa kita hantar kita belajar tinggi-tinggi tapi bila baca akhbar kita diminta percaya yang putih tetap putih, yang hitam tetap hitam. Macam di dunia ni hanya wujud malaikat yang baik dan iblis yang jahat, mana pergi manusia yang di dalamnya ada sifat baik dan buruk? Terhinanya minda diperbodoh begitu.

Lepas JR tinggalkan Utusan Malaysia dan Berita Harian, JR berjinak dengan Kosmo dan Metro pula kerana di situ tak banyak berita politik. Tapi dua paper ni hari-hari asyik cerita isu-isu ngeri: cerita orang mati, cerita orang kena bunuh, rogol atau kena pukul. Kadang-kadang cerita mistik: hantu, jin, pocong  dan entah apa-apa lagi.

Sekarang JR beralih kepada Sinar Harian dan media-media online yang lain. Berita mereka lebih seimbang.

Yang membezakan Sinar Harian dengan Utusan Malaysia dan Berita Harian ialah Sinar Harian kelihatan lebih neutral. ('Lebih neutral' bukan bermakna coverage Sinar Harian 50:50, tapi 65:35 atau 70:30 adalah cukup baik jika dibandingkan dengan akhbar-akhbar lama yang coverage antara dua pihak itu ialah 98:2). Dalam Sinar Harian, tiada gambaran satu pihak putih seputih-putihnya manakala satu pihak lagi hitam sehitam-hitamnya. Bila melaporkan yang putih, diceritakan bahawa dalam putih ada juga hitamnya. Begitu juga bila melaporkan yang hitam, diceritakan juga bahawa dalam hitam ada putihnya.

Pilihanraya umum ke-13 dah semakin dekat. Bila pilihanraya rakyatlah yang akan menjadi hakim untuk menghukum parti-parti yang bertanding. Dalam mahkamah perlu ada pendakwa raya dan pembela, barulah mahkamah akan berlangsung dengan adil. Bila baca Sinar Harian, terasa perjalanan mahkamah berjalan dengan adil kerana kita sebagai hakim dapat mendengar suara pendakwa dan pembela. Jadi lebih mudah hakim nak buat keputusan.

Tidak seperti bila membaca Utusan Malaysia dan Berita Harian hanya ada suara pendakwa, tanpa suara pembela. Bagaimana hakim nak memutuskan kes jika hanya pendakwa dibenarkan bercakap di mahkamah?  Terasa minda sangat terhina!

Sama juga seperti bila melihat berita di TV, juga hanya ada berita putih dan hitam. Ketika itu terasa minda sangat terhina!!

25 February 2013

Kekejaman Di Kedai Mamak


JR baca tajuk entri dan gambar ni dalam satu blog (tak payah beritaulah blog mana):

Sunday, February 24, 2013

Berselerakah korang nak makan di kedai mamak lagi lepas tengok dapur sebuah kedai mamak seperti gambar di atas?

Bagi JR agak kejam untuk buat kesimpulan terhadap sesuatu isu hanya kerana satu kes. Lainlah jika blogger tu pergi check 10 kedai mamak dan mendapati 9 kedai mamak kotor seperti tu, lepas tu bolehlah dia buat kesimpulan kedai mamak memang kotor. 

Seperti agak kejam untuk kita buat kesimpulan semua orang Islam Malaysia jahat hanya kerana ada seorang Islam Malaysia dipenjara kerana membunuh. 

Atau sangat kejam untuk kita buat kesimpulan semua orang Melayu suka buang anak hanya kerana kebanyakan kes buang anak melibatkan orang Melayu.

Atau tak adil jika kita buat kesimpulan semua orang Yahudi menyokong perjuangan Palestin hanya kerana terdapat ramai Yahudi di Amerika yang menyokong Palestin (termasuk kisah seorang gadis Yahudi Amerika yang berjuang bersama orang Palestin hingga akhirnya terbunuh digilis kereta kebal Israel).

Atau tak adil jika kita buat kesimpulan semua orang Islam menyokong Israel hanya kerana beberapa negara Islam seperti Turki dan Mesir ada hubungan diplomatik dengan Israel atau Malaysia yang ada hubungan dagang dengan Israel.

Bukan semua begitu hanya kerana ada satu dua kes begitu...

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) mungkin  puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) mungkin puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk."  (al-Hujuurat Ayat 11)

Nota: Sejujurnya JR juga tak suka makan di kedai Mamak, bukan kerana keadaan dapur mereka tapi kerana kari mereka yang tak sesuai dengan perut JR...

24 February 2013

Tengok Kak Ton, Comel Tak?


"Produk Kak Ton memang berkesan. Tengok Kak Ton, comel tak?"

"Comelllllllllllll..."

Tengok Kak Ton...comel tak?...Comelllllll...

Mungkin bagi kita, iklan produk kesihatan dan kecantikan ni dah mangli sangat (mangli: dialek Utara bermakna dah biasa sangat), kerana sejak beberapa minggu lalu hari-hari tersiar di TV3 (TV lain tak pasti ada ke tidak iklan ni).

Masa iklan ni mula-mula tersiar di TV, JR perhatikan semua ahli keluarga kami yang berada di depan TV senyum besar. Malah anak-anak JR bukan lagi senyum tapi mengutuk pula:

"Perasan betoi....."

"Hahahaha..dia ingat dia comey ka?"

"Tak comey pun, mak tok lagi comey.."

Rupanya iklan ni bukan saja jadi topik sinis dalam keluarga JR, tapi dalam media sosial pun ia turut diperkatakan:




**tengok kak ton comel tak**comel kak ton** bhahaha. sakit perut aku tengok iklan ni :D

"Tengok Kak Ton, comel tak?" "Comel Kak Ton" HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.. Ya Rabbi, ampunkan dosa aku sebab selalu kutuk bila tengok iklan ni.


 Tengku Faris Tg Khalid · 309,272 like this



Ada pula buat cerita kartun pasal Kak Ton:



Apa pun, bagi JR, mengambilkira usia Kak Ton (mungkin dah dekat 60 tahun?), dia masih boleh tahan comelnya... Nenek-nenek kita pada usia emas dah tak pikir lagi soal comel tak comel, mereka cuma pikir soal solat, pergi surau dan mengaji...

Memang iklan dibuat untuk memancing populariti produk. Tapi jika popular dengan   menjadikan diri sendiri sebagai bahan lawak, berbaloi ke??