Hari ni hari Khamis kan? Dan malam ni malam Jumaat!
Dah lama juga JR tak siarkan kisah-kisah sensasi malam Jumaat. Selalu juga malam-malam Jumaat begini JR akan siarkan cerita hantu di blog ni.
Tapi malam ni rasa tak mau buat cerita hantu. Tapi nak buat cerita suami isteri. Jika korang suami isteri, memang elok dibaca apa yang JR nak siarkan ni. Kalau bukan suami isteri pun baik juga dibaca, kerana satu masa nanti, lambat atau cepat, korang akan jadi suami isteri juga.
Apa pun, yang penting dalam hidup ini kita jangan kemaruk dalam sesuatu hal. Tak apa kalau kemaruk makan jeruk, tapi kalau kemaruk nak kawin dengan beruk ia memang bahaya...
Tapi kalau kemaruk nak berlaki, ia lagi bahaya. Silap-silap yang dapat bukan laki tapi rugi, rugi dan rugi.
Macam pompuan kemaruk ni:
Kemaruk bersuami, wanita rugi RM200,000
31 Januari 2013

Syed Ismail (dua,kanan) melihat barang rampasan selepas sembilan ahli sindiket perdaya wanita Hong Kong diberkas.
KUALA LUMPUR - Gara-gara kemaruk bersuami, seorang warga Hong Kong kerugian hampir RM200,000 selepas terjerat dalam cinta internet yang didalangi sindiket berpangkalan di sebuah pangsapuri di Batu Berendam, Melaka.
Mangsa, 37, jalin hubungan cinta dengan seorang lelaki yang dikenali di sebuah laman sosial, awal Januari tahun lalu.
Selepas enam bulan perkenalan, mangsa memasukkan wang sebanyak enam kali ke dalam akaun bank milik warga tempatan. Alasan yang diberikan adalah untuk persiapan perkahwinan dan teman lelakinya itu berjanji untuk datang bertemunya di Hong Kong.
Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu selepas teman lelakinya itu tidak muncul seperti yang dijanjikan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, wanita itu menghubungi polis dan datang ke sini kelmarin bagi menyalurkan maklumat.
Katanya, polis kemudiannya serbu pangsapuri dan berkas tujuh lelaki warga Nigeria dan dua wanita warga Filipina, jam 12.25 tengah malam, semalam.
“Mangsa terpedaya dengan ayat serta janji-janji manis suspek. Ia menjadi punca mangsa memasukkan wang berjumlah RM192,621.61 ke dalam akaun sindiket. Suspek pula menggunakan gambar individu lain yang kelihatan kacak untuk menarik minat mangsa,” katanya pada sidang media di Bukit Perdana, semalam.
Syed Ismail berkata, dalam serbuan itu, polis merampas komputer riba, telefon bimbit, kad bank, pasport dan pelbagai dokumen lain.
Katanya, siasatan mendapati tujuh lelaki tersebut merupakan pelajar di kolej ibu negara dan Melaka.

Itulah padahnya kalau terlampau kemaruk nak bersuami. Yang dapat bukan suami kacak, tapi lelaki Nigeria yang warna kulit macam burung gagak...
Dan yang lebih malang wang hampir RM200,000 lesap menjadi debu dan asap...
Nota: JR seorang suami
enam anak mau makan setiap hari
masih ada 3 kuota yang belum dipenuhi
dan tak pernah bercadang untuk melengkapi....
(Sajak ke syair yang tersasar dari tajuk ni??)

.jpg)