»

31 December 2012

Tahun Baru 2013...Mengapa Orang Sambut Errkk??



JR selalu tak ambil kisah tentang tahun baru, apa lagi menyambutnya. Jadi minta maaflah jika JR terlupa nak ucap selamat tahun baru 2013 kepada korang. Lagipun sambutan atau mengagung-agungkan kedatangan tahun baru ni bukan budaya kita. Mengikut sejarah 1 Januari mula disambut sebagai perayaan tahun baru apabila Ketua Gereja Kristian Dunia, Pope Gregorius XIII meminta penganut Kristian Rome merayakannya pada 1 Januari 1582 dan hingga kini seluruh dunia merayakan sambutan tahun baru pada tarikh tersebut. 

Bila sebut saja tahun baru sudah tentu malam ni ramai yang akan sambut countdown. Ada artis pula yang terhinggut-hinggut menyanyi di pentas   dan yang paling menghairankan ialah pesta membakar duit (membakar bunga api)... Kalau duit yang dibakar bernilai beratus ribu ringgit tu disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur lagi baik kan?

Tapi sebagai orang Islam bolehkah kita menyambut tahun baru masihi ketika ramai orang Islam sendiri sudah lupa tentang tahun Islam (tahun hijrah)?

Mengikut Dr Zaharruddin Abdul Rahman, Pensyarah Kanan UIA, hukum menyambut tahun baru adalah HARUS secara bersyarat, iaitu:

1.  Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan.

2.  Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat

3.  Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam.

4.  Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara’ – anjurkan majlis ilmu.
 
Agak-agak korang bagaimana dengan sambutan tahun baru di Malaysia.. adakah menepati syarat itu? Tiada acara hiburan? Tiada artis terlolong-lolong?  Tiada percampuran lelaki perempuan? Yang ada cuma majlis ilmu?  

Apa pun yang JR kasihan ialah orang-orang Dewan Bandaraya yang pagi-pagi esok terpaksa mengutip sampah yang berlambak termasuk botol arak dan kondom di celah-celah tempat terlindung...Juga kasihan kepada ibu bapa yang 10 bulan lagi terpaksa jadi datuk dan nenek kepada cucu-cucu luar nikah hasil pesta sambutan tahun baru...

Yang bestnya kat Kedah negeri tempat JR tinggal ni esok murid-murid memulakan persekolahan, esok pejabat dibuka seperti biasa....
                                                                                                                               

Suami Yang Dah Mati Boleh Pulang Meniduri Isteri?


Cerita 1: Ketika itu usia JR 10 tahun. Suatu hari JR dan rakan bernama Man pulang ke rumah kira-kira setengah jam lepas waktu Maghrib kerana gila bermain bola di padang sekolah. Untuk pulang kami perlu melalui di depan rumah aruah Pak Kob yang baru meninggal seminggu yang lalu.

Ketika tiba di depan rumah aruah Pak Kob tiba-tiba kami yang berjalan kaki rasa sangat aneh kerana ternampak seseorang seperti Pak Kob sedang berdiri  atas tangga rumahnya. Bila kami memerhatikannya, dalam kegelapan ternampak dia membuka pintu memasuki rumah. Kami terkejut, kerana kami tau Pak Kob dah seminggu mati dan dia tidak punya waris di kampung itu.

Cerita 2: Masa JR mula-mula kawin dengan isteri dulu, isteri menceritakan kisah datuknya yang mempunyai ramai isteri. Salah seorang nenek tiri isteri JR sangat cantik berketurunan diraja Kedah. Malangnya kata isteri JR, datuknya tak pernah berjaya meniduri isterinya. Setiap kali dia cuba mendekati isterinya seperti ada tangan yang menamparnya, walaupun tangan yang menamparnya  itu tak pernah kelihatan. Dan setiap malam datuk kepada isteri JR walaupun tidur sebilik dengan isterinya tapi bila bangun dia mendapati berada di tempat lain: di dapur, di ruang tamu atau dalam bilik air. 

Bila ditanya isterinya, wanita itu meminta maaf kerana katanya walaupun suaminya dah lama meninggal tapi setiap malam 'aruah suaminya' akan pulang untuk menidurinya. Dan 'aruah suaminya' yang dah meninggal itu akan marah jika melihat ada lelaki lain yang cuba mendekati isterinya. Kerana itulah datuk isteri JR tak pernah berjaya meniduri isterinya..

Kerana tak tahan dengan gangguan itu lepas 10 hari berkahwin, datuk isteri JR menceraikan isterinya.

Tapi benarkah suami yang meninggal boleh pulang untuk meniduri isterinya?? Dan benarkah roh orang yang dah mati boleh pulang ke rumahnya seperti aruah Pak Kob yang JR ceritakan di atas?

Dan ini jawapannya dari ustaz:


Soalan
Ustaz, suami saya telah kembali ke rahmatullah kira-kira tiga bulan yang lalu. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini ada sesuatu yang pelik berlaku pada diri saya, iaitu pada setiap malam arwah mendatangi dan bergaul dengan saya. Kemusykilan saya:

i) Bolehkah suami yang telah kembali ke rahmatullah, mendatangi semula dan bergaul, sepertimana mereka hidup pada malam-malam hari sebelum kematiannya?

Hamimah Abdullah


Banting, Selangor.



Jawapan:

Puan,
Menjawab soalan pertama, di sini ada dua episod daripada soalan ini, pertamanya, mendatangi isteri setelah suaminya meninggal iaitu ‘tidur bersama’, mungkin berlaku sebagai suatu mimpi indah atau keduanya, benar-benar berlaku dalam keadaan sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya yang terdahulu.

Kalau berlaku itu atas nama mimpi, memanglah ia sesuatu yang mungkin, lebih-lebih lagi berlaku kepada isteri yang amat menyayangi suaminya yang telah pergi menemui Allah lebih dahulu daripadanya.

Adapun mendatangi isteri dalam maksud ia benar-benar sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya maka ini adalah tidak mungkin dan tidak boleh berlaku kerana orang yang telah meninggal telah berpindah ke alam baqa’ – alamul khulud – yang bermula daripada kubur.

Hadis Nabi s.a.w menyebut (yang bermaksud),”Alam kubur itu adalah suatu tempat tinggal sementara, tempat berhenti daripada tempat-tempat yang akan dilalui, menuju ke alam Akhirat, alam kubur adalah sebahagian daripada alam barzakh, maka yang telah dimasukkan ke alam kubur akan berada di dalamnya sehingga hari Kiamat yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia.”

Adapun yang berlaku setelah yang didakwa oleh banyak orang, khasnya kepada saya, puan mesti yakin bahawa itu bukanlah suami yang sebenar.

Kalaupun berlaku sungguh, tetapi bukan daripada suami. Tetapi ia dilakukan oleh makhluk lain yang bernama QareenQareen ini memang wujud, dalam al-Qurannul Karim, terdapat istilah Qareen ini sebanyak 12 kali. Misalnya kita merujuk kepada Surah as-Shaffaat, ayat 51 yang bermaksud, salah seorang daripada yang telah meninggal yang menghadapi balasan Allah S.W.T, mengakui dengan mengatakan bahawasanya, adalah pada diri saya dahulunya ada Qareen.

Qareen dalam tafsir seperti al-Qurtubi dan al-Maraghi, disebut sebagai kawan atau teman yang begitu rapat. Ertinya, insan yang menjadikan Qareen sebagai teman rapatnya maka dia telah mendapat sejahat-jahat teman. Qareen adalah satu jenis daripada jenis-jenis Jin ataupun Syaitan.

Pada umumnya, apabila manusia bersahabat dengan syaitan serta meminta tolong daripadanya dan berbagai-bagai lagi, maka jadilah dia Qareen. Oleh itu, selepas daripada kematian manusia, Qareen ini akan melakukan berbagai-bagai perkara yang tidak baik termasuklah dia boleh menganggu keluarga si mati dan mendatangi isterinya sebagaimana rupa suami terdahulu.

Oleh sebab itu puan tidak seharusnya mempercayai bahawa ‘dia’ adalah suami puan, kerana suami puan yang sebenarnya telah kembali ke rahmatullah.

(Dipetik dari kitab: “Menjawab Persoalan Makhluk Halus: Kaitannya Dengan Penyakit Dan Pengubatan – Bersama Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din”).


30 December 2012

Aduh...Comelnya Dia!!


Jika korang lelaki bujang sedang mencari pasangan
Jika korang ada abang atau adik lelaki yang belum ada calon isteri
Jika korang isteri misali yang bercadang nak dapatkan madu yang sungguh comel

Apa kata korang pinangkan seorang gadis yang sungguh comel kepada dia yang korang sayangi. Hadiahkanlah dia seorang gadis yang peramah, cute,  sentiasa merendah diri, senang dibawa ke mana-mana dan tak kuat makan, seperti ni:

WORLD'S SMALLEST WOMAN FROM INDIA :  Guinness World Record Winner    1. Born on 16 December, 1993, in Nagpur Jyoti measures 61.95 cm (2 ft) tall, making her shorter than the average two-year-old child.    2. She weighs just 11lb (5 kg).    3. Jyoti is 6.2 cm shorter than the former world's Shortest woman, 22-year old American Bridgette Jordan who stands at 69cm (2 ft 3 in).    4. Jyoti has a form of dwarfism called achondroplasia and will not grow any taller than her current height.    5. Due to her size, all of Jyoti's clothes and jewelry are custom made. Even plates and utensils are specially made, as normal-sized silverware is too big.    6. Jyoti has attended regular school since she was 4 and, other than a small desk and chair, she is treated like any other pupil.    7. Just like most other teenage girls, Jyoti loves fashion, make-up and talking on the phone.    8. Her dream of becoming a Bollywood actress is set to come true next year as she is due to star in two movies in 2012.    9. She is set to release an album with her favorite Bhangra/rap star Mika Singh next year.    10.Despite her tiny stature, Jyoti Amge is not the Shortest woman in history. This title continues to be held by Pauline Musters (Netherlands, 1876-1895) who measured just 61cm (24in)    > www.way2usefulinfo.blogspot.com <













Jyoti Amge with a melon

Nama gadis yang sungguh cute di atas ialah Jyoti Amge, 19 tahun, dari Nagpur, India. Dia adalah pemegang Rekod Dunia Guinness wanita terpendek di dunia. 

Dilahirkan pada 16 Disember, 1993, Jyoti cuma memiliki ketinggian 62.8  cm (2 kaki 0.7 inci) menjadikan Jyoti lebih pendek daripada purata kanak-kanak normal berusia dua tahun. Berat badannya pula cuma 12 Ib (5.5 kg)...lebih ringan dari sekampit beras cap Rambutan 10 kg yang selalu JR beli di supermarket. 

Jyoti menghidapi sejenis penyakit kerdil dipanggil achondroplasia yang menyebabkan dia tidak akan lebih tinggi daripada ketinggiannya sekarang. Disebabkan saiznya yang amat kecil itu, semua pakaian dan barang kemas yang dipakainya dibuat sendiri. Malah pinggan mangkuk dan perkakas dapur juga perlu ditempah khas untuknya. 

Jyoti telah menghadiri sekolah biasa seperti gadis lain. Dia dilayan seperti murid-murid lain di sekolah walau cuma menduduki meja dan kerusi khas yang sangat kecil.



Sama seperti kebanyakan gadis remaja lain, Jyoti suka berfesyen, memakai make-up dan berchatting. Cita-citanya ialah untuk menjadi aktres terkenal India dan berlakon di samping aktor yang diminatinya, Aaron Aziz Salman Khan. 

Dan satu lagi berita baik untuk mereka yang sedang mencari calon isteri...gadis ini belum berpunya!!

Amacam..jika berminat bolehlah melamar gadis kecil molek ni...jangan tunggu lama-lama nanti dia dikebas orang...

Sumber: pelbagai..

Kisah Benar: Wanita Mengandung Anak Ular



Di usia separuh umur, Rasheedan Bibi, merasa tak mungkin lagi dapat mengandung anak. Ketika merasakan perutnya membuncit seperti wanita hamil, dia menyangka dirinya tengah mengandung bayi.
Selang tujuh bulan kemudian, perutnya makin membesar. Tapi dia makin merasa sakit apabila perutnya kian membuncit. Merasa ada kejanggalan pada kehamilannya, Bibi pun cemas.
Warga Chora Saggar, Pakistan ini akhirnya memutuskan untuk memeriksa kandungannya di hospital terdekat walaupun dia hidup dililit kemiskinan. Doktor yang merawatnya lalu memutuskan untuk melakukan imbasan ultrasound
Dan keputusannya … astagfirullah!
Bukan silap mata bukan sihir, hasil ultrasound menunjukkan bahawa selama tujuh bulan dia membesarkan seekor ular di dalam perutnya.
Dipercayai kejadian aneh bin ajaib ini bermula dari air yang dia minum. Ketika itu Bibi meminum air melalui kendi di rumahnya. Rupanya terdapat benih ular di dalam air yang diminumnya lalu menyusup masuk ke perutnya ketika dia meneguk air.
Keanehan sudah terasa dua bulan selepas itu. Bibi mula merasakan sakit pada perutnya yang mula membesar. Nafsu makannya pun melonjak. Dia bahkan sanggup menghabiskan 14 potong roti dalam sehari.
Untuk mengeluarkan ular dari dalam tubuhnya, doktor minta dia untuk dibedah. Miskin tak mempunyai wang, Bibi pun meminta pertolongan kerajaan Pakistan.
Mujur kerajaan Pakistan mengabulkan permintaannya dan ular yang kini bersaiz besar itu pun berjaya dikeluarkan dari perut perempuan malang itu. 
JR: Moral kisah benar ini ialah berhati-hati dengan apa yang kita makan dan minum. Sebab itu doktor selalu menasihatkan kita makan dan minum makanan dan minuman yang dimasak. Jika wanita ini minum minuman yang dimasak, pasti dia tak akan termengandung anak ular....

Cuma sesuatu yang aneh dari berita ini ialah mengapa anak ular di dalam perutnya begitu jinak sehingga tak mencuba untuk keluar dari tubuh wanita itu dan tidak bertindak mematuk perutnya....Nasib baik ular yang dikandung begitu sopan santun.....

29 December 2012

Kisah Polis Dan Rogol Pelajar


Jika korang jenis spesis manusia yang suka menonton berita TV, antara berita terhangat minggu ini ialah kekacauan di India akibat kes rogol terhadap seorang pelajar perubatan perempuan berusia 23 tahun. Tiba-tiba saja akibat kes rogol itu rakyat India naik angin. Mereka menyerang polis yang didakwa tak ambil kisah tentang kes rogol yang sering berlaku di India. Malah dalam banyak kes polis tak mahu menerima laporan wanita dirogol. Bagi mereka kes rogol tak penting.


Itu yang buat rakyat India begitu marah dengan polis mereka. Nampaknya apa yang difilemkan dalam filem Hindustan: polis rasuah, polis buat kerja main-main, ketua polis berkawan dengan gangster benar-benar sebuah realiti di India.


Tapi sekali ni rakyat India dah tak sabar dengan kelakuan polis dan kerajaan yang tak ambil berat bagaimana nak mengatasi jenayah. Tunjuk perasaan diadakan di seluruh negara bagi mengecam polis dan kerajaan sejak seminggu lalu, selepas seorang pelajar wanita berusia 23 tahun dirogol sekumpulan enam lelaki di dalam sebuah bas, memukulnya dengan besi dan kemudian perogol mencampakkan gadis itu dari bas yang sedang bergerak laju.

Bayangkan kesakitan gadis itu - dirogol beramai-ramai dalam bas, dipukul dengan besi dan dicampak keluar dari bas yang sedang bergerak. Jadi tak heran bila rakyat India yang marah mengamuk meminta polis bertindak terhadap penjenayah. Menurut bilik kawalan polis di New Delhi seorang anggota polis telah meninggal dunia dan 100 orang termasuk 60 anggota polis cedera dalam pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan.

Dan bagaimana dengan mangsa rogol itu sekarang? Berita terbaru dari Singapura ialah mangsa rogol tersebut yang telah dihantar oleh kerajaan India bagi mendapat rawatan lanjut di Hospital Mount  Elizabeth Singapura telah meninggal dunia jam 4.45 pagi tadi.

Bagaimana jika kejadian yang sama berlaku di Malaysia adalah korang ingat rakyat Malaysia akan mengamuk meminta keadilan diberi kepada mangsa rogol seperti apa yang berlaku di India? Atau rakyat Malaysia yang terkenal dengan sifat sopan santun ini akan buat tak kisah atas apa yang berlaku dan sambil minum teh tarik di gerai tepi jalan berkata, "Ah..nak rogol pun rogollah, yang dirogol tu bukan anak bini aku, ada aku kisah??"

JR sendiri pernah mengalami beberapa kenangan tidak manis ketika membuat laporan polis. Pernah rumah JR kena samun tiga kali dalam tempoh setahun. Dalam kes samun kali kedua semua barang kemas isteri dan duit kami yang bernilai RM12,000 dikebas penyamun. Bila buat laporan polis, sambil senyum dan menyanyi kecil polis lelaki yang menerima laporan berkata: "Kes macam ni biasalah encik..ada kes lebih teruk dari ni pun berlambak setiap hari..." Ketika itu rasa nak tampar saja muka polis tu, mungkin bagi dia kes samun perkara biasa, RM12,000 tu nilainya kecil, tapi bagi rakyat marhaen macam JR menghadapi trauma disamun bukan perkara biasa dan hilang RM12,000 juga bukan perkara biasa..

Tahun lepas kereta JR dilanggar lari orang berdekatan R&R Seremban ketika pulang dari Batu Pahat. JR dapat mencatatkan nombor kereta yang menghentam JR. Bila nak buat laporan polis, polis tu seperti memperlekehkan laporan yang JR buat. Cara dia memberi nasihat seperti bermaksud jika buat laporan polis cuma membuang masa JR (atau buang masa polis?) kerana nanti perlu turun naik mahkamah di Seremban, sedang JR tinggal di Alor Setar. Tak baloi, katanya. Tapi bagi JR bukan baloi tak baloi masalahnya, tapi keadilan perlu ditegakkan.

Sampai sekarang JR tak tau apa jadi dengan kes langgar lari tu, sama ada polis siasat atau tidak kereta yang melanggar kereta JR itu, walaupun ketika membuat laporan polis, mereka berjanji akan menyiasat dan memberitahu JR perkembangannya. Mungkin fail laporan polis tu dah hilang atau dimakan anai-anai.....

Selamat Datang Ke Kelab Obesiti


Reaksi pertama JR bila jumpa kawan-kawan lelaki JR (terutama yang dah lama tak jumpa) yang didapati "mengandung" 5 hingga 9 bulan ialah dengan "menumbuk manja" atau mengusap perut mereka.

Dan kawan-kawan yang ditumbuk perut itu biasanya akan ketawa selepas menerima "belaian manja" sebegitu. Tapi itu biasalah, bila dah kawin bentuk fizikal badan turut berubah. Makan cukup (sebenarnya lebih dari cukup!) kurang masa untuk bersenam (main game internet ada masa pula!), metabolisme yang semakin berkurangan sejajar dengan peningkatan usia adalah antara faktor ramai lelaki "mengandung" anak yang tak pernah lahir-lahir tu.

JR selama ini menyangka JR tak akan menghadapi masalah obesiti. Maklumlah hampir setiap hari berjoging (kecuali Jumaat dan Sabtu), selalu cuba mengelakkan makanan berlemak dan berkalori tinggi hingga isteri selalu kecik hati kerana masakan lazat-lazat yang dimasaknya disentuh sikit-sikit saja, malam pula  jarang-jarang makan (kalau rasa kebulur sangat cuma makan 2 keping roti), JR rasa tak akan menghadapi masalah obesiti. Kawan-kawan pula selalu memuji masih dapat mentained badan sama seperti dulu menyebabkan JR selalu rasa diangkat bakul.

Dengan ketinggian 1.68 meter, berat badan yang paling ideal bagi JR (mengikut info sihat KKM) ialah antara 52-65 kg. Tapi bila diukur berat badan sebentar tadi, berat badan JR ialah 68 kg. Dah terlebih 3 kilo rupanya!! Walaupun di rumah memang ada alat timbang badan, tapi JR jarang-jarang menggunakannya kerana biasanya berat badan JR adalah sekitar 62-65 kg saja. Tak sangka pula ia dah naik perlahan-lahan...Mungkin sekarang musim kenduri kot, pernah pergi makan kenduri 6 rumah satu hari...Atau memang faktor metabolisme yang semakin menurun...

Jadi sekarang JR dah boleh masuk kelab obesiti. Tapi kadang-kadang pikir apa nak risau sangat dengan masalah obesiti jika Timbalan Menteri Kesihatan yang selalu menegur rakyat Malaysia supaya mengamalkan gaya hidup sihat pun bukan dalam golongan slim, betul tak?

Timbalan  Menteri Kesihatan (kiri)

Sapa berminat nak joint kelab obesiti bersama JR, boleh hubungi nombor talian berikut:

017-4**6**4

Keahlian kelab percuma..Antara kegiatan kelab yang dicadangkan ialah 

i)   peraduan makan nasi beriani paling banyak 
ii)  peraduan tidur paling nyenyak  
iii) peraduan duduk depan TV dan PC/laptop paling lama

Jika berminat nak masuk kelab ni, jangan lupa hubungi JR. Banyak jawatan AJK masih kosong belum diisi...... 

28 December 2012

Sayang Isteri Tinggal2kan, Sayang Suami Penjara2kan..


"Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan
Sayangkan anak tangan-tangankan"

Peribahasa ni dah sinonim dengan JR sejak di sekolah rendah lagi. Tapi sejak sekolah rendah juga JR selalu berkata peribahasa ni sangatlah tak lengkap. Mengapa hanya isteri dan anak yang disebut dalam peribahasa ni, apa hal pula dengan suami?? Kalau nak lengkapkan peribahasa ni perlu juga disebut: "sayang suami........."

Dan itulah masalahnya..apa perlu dibuat oleh isteri bagi menunjukkan dia sayangkan suaminya? Tinggal-tinggalkan sudah tentu tak boleh, tangan-tangankan lagilah tak boleh!

Mungkin sayang suami masak-masakkan supaya suami yang masa bujang slim-mlim jadi boyot-moyot kerana selalu makan makanan yang sedap-medap?? Atau jika tanya isteri JR dia akan kata sayang suami hadiahkan anak banyak-banyak supaya suami tak ada masa keluar rumah kerana hanya asyik melayan anak-anak yang ramai di rumah?? (Isteri JR hadiahkan 6 anak untuk JR...)

Tapi hari ni JR menemui jawapannya dalam sebuah berita akhbar apa perlu dibuat bagi menunjukkan sayang kepada suami:




Kes dera: Bapa Zana dijel 10 bulan
SHAHIZATUL FARHA S ROSLI
28 Disember 2012
Muka depan Sinar Harian edisi Johor hari ini
Muka depan Sinar Harian edisi Johor hari ini.
Kes dera: Bapa Zana dijel 10 bulan
Nordi dibawa keluar dari kamar perbicaraan selepas pertuduhan dibacakan di Mahkamah Majistret semalam.
JOHOR BAHRU – “Saya mengaku bersalah, tetapi tujuan saya bertindak demikian adalah untuk mendidik anak-anak saya kerana mereka terlalu nakal dan sering keluar pada waktu malam.

“Malah jiran saya juga pernah mengambil anak-anak tanpa pengetahuan saya, saya bimbang berlaku perkara tidak diingini kepada anak-anak perempuan saya kerana jiran mempunyai anak lelaki."

Itu pengakuan Nordi Adi, 57, ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya selepas mengaku bersalah melakukan penganiayaan terhadap tiga anaknya, namun meminta hukuman diringankan berikutan faktor usia dan pendapatan yang tidak menentu.

Nordi iaitu bapa kepada kanak-kanak yang dilarikan ibu tirinya ke Lampong, Indonesia, dikenakan hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tiga tuduhan mendera tiga anaknya.

Nordi yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dituduh menganiaya tiga anaknya Nurul Safiza Fitri, 11; Muhammad Nurhan, 9, dan Nurmasyieta Amiera, 8, sehingga menyebabkan kecederaan fizikal pada 21 Disember lalu kira-kira jam 6 pagi hingga 6 petang bertempat
di Flat Taman Kempas, Kempas, di sini.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd ‘Afif Mohd Ali dan Goh Sze Han mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali.

Nah...itulah jawapannya:

Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan
Sayangkan anak tangan-tangankan
Sayangkan suami penjara-penjarakan...

Mula-mula si-suami (Nordi) tinggalkan isterinya untuk kawin dengan wanita lain (wanita Indonesia), lepas tu wanita Indonesia tu pula tinggalkannya dan mungkin kerana tertekan, Nordi selalu tangan-tangankan anak-anaknya hingga akhirnya dia dipenjarakjan...

Sebenarnya JR kesian dengan nasib anak-anak Nordi. Dulu ibu kandung mereka tinggalkan mereka, kemudian ibu tiri mereka (wanita Indonesia) tinggalkan mereka dan sekarang ayah mereka pula tinggalkan mereka kerana terpaksa menjalani hidup di penjara. Mereka masih kecil (usia antara 8 hingga 11 tahun), mungkin mereka akan ditempatkan di rumah perlindungan Jabatan Kebajikan, tapi kasih sayang staf rumah perlindungan kanak-kanak pasti tak sama dengan kasih seorang ayah dan ibu kandung sendiri...

Harap sepanjang ketiadaan ibu bapa kandung di sisi mereka, masih ada insan yang menyayangi 3 kanak-kanak tu dan janganlah mereka dipisahkan dalam kediaman yang berbeza. Kasihanilah mereka....

Rebat RM200 Utk Smart Fon..Lawak Ke Ni??


JR pernah dengar ada orang kata "life is a big joke". Benarkah hidup cuma satu jenaka, manusia tak pernah serius dalam pengucapan kata-kata, semuanya ada udang di balik garpu..dan janji manis juga satu jenaka??

Masih teringat betapa seronoknya sesetengah anak muda kita bila dalam ucapan bajet  beberapa bulan lepas, Perdana Menteri kita dengan megahnya mengumumkan kerajaan bersetuju untuk memberi rebat RM200 untuk pembelian smart phone. Lalu ramailah yang berangan-angan nak beli smartpon kegilaan anak muda masa kini: i-phone, Samsung Galaxy, Blackberry, Sony Xperia T, HTC...

Tapi tiba-tiba baca pula berita yang betul-betul potong stim:

Rebat RM200 hanya untuk telefon pintar harga RM500


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan bahawa rebat RM200 untuk telefon pintar  yang diumumkan dalam Bajet 2013 hanyalah untuk telefon pintar yang berharga maksimum RM500.

SKMM telah menerbitkan kriteria berikut dalam lamanwebnya:
  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
  • Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah.
  • Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500.
  • Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baru.
  • Hanya satu telefon pintar untuk seorang belia.

Menurut notis yang disiarkan semalam, program rebat di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) telah diperuntukkan sejumlah RM300 juta oleh kerajaan yang akan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia.

Permohonan untuk rebat adalah terbuka dari 1 Januari hingga 31 Disember 2013 dan para belia yang berminat boleh memohon melalui lamanweb SKMM.

NONESetem biru kelihatan di sudut kanan laman web yang bertulis
Janji Ditepati, Mulai 1 Januari 2013, Bajet 2013.

Bagaimanapun,Malaysiakini mendapati lamanweb tidak boleh diakses sejak pagi ini.

Pada 28 September, di bawah Bajet 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G untuk belia berumur 21 hingga 30 tahun, dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah atau tanpa pendapatan bulanan, daripada peniaga yang dibenarkan bawah Pakej Komunikasi Belia.


JR ni tak layan sangat henpon canggih-manggih dan smart-hemat cam nie..JR sendiri pun cuma guna Nokia  ketinggalan zaman aje...lainlah korang pakai henpon harga ribu-ribu hingget...huhuhuhuhu...

Cuma JR yang kuno dalam teknologi henpon ni nak tau jugak...smartpon brand apa yg harga bawah 500 hingget tu..? CSL? i-Mobile? Atau smartpon buatan China yang smart nya hanya tahan beberapa bulan aje tu??

....and I hope life isn't a big joke!!!
(aitttt...tiba-tiba bila melatah cakap omputih pulak??)

27 December 2012

Tips Beli TV Baru


Sejak dua tiga hari lepas JR banyak bersembang pasal TV. Dari cerita nak beli TV baru sampailah cerita JR benar-benar beli TV baru.

JR tau korang boring, asyik cerita beli TV aje. OK, JR janji ini entri terakhir JR mengenai pembelian TV. Lepas ni nak cerita benda lain pulak, termasuk cerita hantu...

Tapi sebelum tu JR nak bagi sikit tips apa patut dibuat sebelum beli TV, mengikut pengalaman JR:

Jika korang nak beli TV baru apa korang akan buat? Sebelum JR beli TV baru 2 hari lepas, JR buat ni dulu:

- Pastikan TV yang nak dibeli dalam bajet berapa
- Nak beli TV jenis apa (plasma, LCD, LED atau 3D), sekarang TV plasma 32" paling murah di pasaran..
- Pastikan saiz TV yang dicadangkan: 32", 40", 42", 50"...atau sekarang dah ada TV 84"!!!
- Pastikan function yang perlu ada dalam TV yang nak dibeli, adakah setakat basic TV atau TV yang dilengkapi pelbagai kemudahan.
- Kemudian pergi survey dari kedai ke kedai sambil mendengar temberang jurujual
- Survey di ruang sembang-sembang internet mengenai pembelian TV. Boleh berkongsi pengalaman dengan mereka yang bercadang nak beli TV atau telah membelinya (termasuk pengalaman mereka yang tersilap beli TV dan menyesal seumur hidup!). Sekarang dah ada blog dalam Bahasa Melayu yang membincangkan mengenai pembelian TV. Salah satunya ialah blog Nizam Yunus. Blognya khas membincangkan mengenai   pembelian TV dengan harga terbaik berdasarkan saiz, jenis TV, model dan bajet yang ada. Jika korang berhajat nak beli TV baru atau TV korang bermasalah ...nah, inilah blog yang paling sesuai untuk berkongsi maklumat.
- Survey di ruang pasaran TV antarabangsa bagi melihat keseluruhan permintaan TV seluruh dunia dan membaca komen pengguna-pengguna TV berkenaan.

Misalnya bagi JR, mula-mula JR buat survey di kedai, kemudian JR pergi ke blog Nizam Yunus minta nasihatnya sebab JR sukar buat pilihan antara TV  Sony dan LG mana lebih baik untuk saiz yang sama dan bajet di bawah RM2,000. Dan ini jawapannya:



ximan Says: 
JR-saya cadangkan LS5700 model tv terbaik, harga bawah 2,000 mungkin boleh dpt.


Kemudian JR pergi ke website pasaran TV antarabangsa dan jawapan mereka tak jauh dari jawapan ximan dalam blog Nizam Yunus:


(sumber: http://internet-tvs-review.toptenreviews.com)

begitu juga dengan website ni:

(Sumber: www.avsforum.com)

Jadi sekarang korang faham mengapa JR beli smart TV LG 42LS5700 tu. Ia smart TV terbaik dalam kelasnya mengikut sumber-sumber survey JR. Tapi jika bajet dalam tangan melebihi RM3,000, mungkin ada TV lain yang lebih baik, termasuk TV 84" yang lebarnya lebih panjang dari Undertaker dan harganya  lebih RM60,000!!

Jika korang nak beli TV baru, JR cadang korang lawati blog Nizam Yunus, ia sangat membantu...