»

31 October 2012

Wordless Wednesday: Motor Idamanku


Aku teringin motor seperti ini:

idegue-network.blogspot.com - Inilah Sepeda Motor Terpanjang Di Dunia
Motor sepanjang LRT


idegue-network.blogspot.com - Inilah Sepeda Motor Terpanjang Di Dunia
Anaconda mesti jealous ada makhluk yang lebih panjang darinya


idegue-network.blogspot.com - Inilah Sepeda Motor Terpanjang Di Dunia
30 orang rakan-rakan boleh bonceng aku pergi makan angin


idegue-network.blogspot.com - Inilah Sepeda Motor Terpanjang Di Dunia
Tapi JPJ boleh lulus ke??

30 October 2012

Sampai Hatimu Sandy Buat Aku Begitu.......


Mengapa kau lakukan itu Sandy?? Cukup dengan hanya satu dengusan kencang, kau berlari, memecut laju  mengalahkan  Michael Schumacher. Aku  cuba mengejarmu Sandy tapi tak berjaya. Bagaimana dapat ku kejarmu Sandy kerana lebuhraya Malaysia hanya membenarkan kelajuan maksimum 110 km sejam, sedang kau memecut 144 km sejam.

Dan apa saja yang kau temui di depanmu, kau hancurkan. Bangunan runtuh, pokok tumbang, kereta kau terbangkan, jambatan kau runtuhkan. Dahsyatnya kau Sandy!!

Kau kejam Sandy, bukan sedikit yang telah kau bunuh dalam pelarianmu yang amat kencang itu, hingga kini sudah 14 yang mati. Kau bunuh mereka Sandy...mengapa kau sekejam itu Sandy??

Jika korang tengok TV, korang tau kan sekarang Amerika sedang dilanda taufan Sandy. Taufan itu kini sedang membadai timur laut Amerika dengan kelajuan 90 batu (144 km) sejam. Antara yang terkena amukannya termasuk New York, New Jersey, Maryland, Pennsylvania, West Virginia dan North Carolina hingga ke Kanada. Setakat ini 13 orang disahkan telah mati di Amerika dan seorang lagi di Kanada. Seramai 10 juta warga New York yang dulu berbangga dengan kehidupan serba canggih dan mewah kini tidak tentu arah mencari perlindungan dan akhirnya mencari Tuhan menadah tangan berdoa agar musibah yang lebih dahsyat tidak menimpa mereka.

Sandy mengamuk...


Di dunia ini banyak taufan dan ribut ganas, dan Sandy adalah salah satunya. Yang mengghairahkan menariknya tentang taufan-taufan ganas ini ialah rata-ratanya diberi nama wanita: Sandy, Katrina,Wilma, IreneAble, Barbara, Carol, Dolly, semuanya nama wanita....

Mengapa taufan dan ribut selalunya mengambil nama wanita??

Mengikut ceritanya taufan dan ribut mengambil nama wanita kerana sifat taufan dan ribut itu sendiri yang dikatakan menyerupai wanita yang mudah mengamuk dan naik  angin.  Sebab tu mat salih ambil nama wanita untuk diberi nama kepada taufan-taufan ganas itu. Mengikut ceritanya lagi ada satu jawatankuasa khas di bawah United Nation bagi menamakan taufan-taufan ini. Walaupun sebahagian daripada ahli jawatankuasa pemberi nama taufan ini adalah wanita, mereka tetap bersetuju taufan ganas perlu diberi nama wanita. Mengapa? Mungkin hanya wanita yang lebih mengenali wanita...

Bagi pembaca blog ni yang terdiri dari wanita jangan biarkan angin selalu naik seluruh badan, takut nanti ada taufan yang mengambil nama korang...
:) 

29 October 2012

Mengapa Encik Suami Berperut Boroi???


Walaupun Raya Korban tak ramai orang bercuti balik kampung, tapi ada la juga yang bercuti. JR terjumpa beberapa kenalan yang dah lama tak nampak batang paha hidung sebelum ni. Ada yang terjumpa di masjid, ada yang terjumpa di kedai, di market, di warung nasi lemak.

Suatu yang pasti dengan rakan-rakan yang dah lama tak jumpa ni ialah perubahan bentuk tubuh. Ramai yang dulu masa di sekolah, masa masih student, badan begitu slim river dan cute, tiba-tiba kini lemak dah menakluki separuh badan. Lengan dan paha dah nampak membengkak, muka juga jadi bulat dan perut.....(itu part yang paling JR terliur)..membulat macam mak labu....boroi...


Selalunya bila nampak rakan  berperut boroi yang dah lama tak jumpa JR akan menumbuk lembut perut mereka sambil membelai manja....hahahaha...itu adalah gangnam style (강남스타일) salam perkenalan gaya JR yang telah sinonim dengan JR.

Tapi tau ke korang mengapa lelaki yang dah berkahwin biasanya berperut boroi? Konon-kononnya lelaki yang dah berkahwin ramai yang berperut boroi  kerana: 


  • Lelaki yang dah kahwin ni senang buncit disebabkan faktor kelamin.Sebenarnya kebuncitan lelaki ini berlaku apabila cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui alat sulit lelaki semasa hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon yang membuatkan perut senang buncit.
  • Bila ade sexual intercourse, orgasm & etc kelenjar pituari kat otak akan merembes hormon yang encourage cell growth.
  • Lepas kahwin, selalu ada sexual activities. Kadar testosteron menurun masa air mani keluar akan menyebabkan kadar metabolisme menurun. Sebab tu perut senang buncit sebab badan susah nak bakar lemak/kalori.
  • Hormon estrogen (pengumpul lemak) yang tinggi dalam badan yang merosakkan hormon testosteron. Kurang hormon testosteron, muscle produced akan berkurang.


  • JR baca info di atas di blog ni, jika si-blogger ni temberang, maka temberanglah juga JR kepada korang.....

    Jadi bagi yang dah kawin kalau cik abang tu asyik risau dengan perutnya yang semakin memboroi, katakan ia proses normal dan berilah dia info di atas tu. Begitu juga bagi yang belum kawin dan ibu korang selalu menyindir perut boroi ayah korang, beritaulah ibu jangan risau kerana ia proses biasa bagi lelaki yang dah kawin. Kalau mak korang masih nak argue, beritaulah info di atas...

    Jadi lelaki yang berperut boroi jangan risau. Cuma yang patut risau ialah bagi lelaki seperti Aaron Aziz, Ady Putra, Ashraf Muslim, Brad Pitt, Christiano Ronaldo, David Beckham dan..dan..dan..JR tentunya...yang walaupun dah kawin tapi perut masih tak mau buncit-buncit. Mengapa tak mau buncit, nak kata tak aktif dalam seks seperti kata blogger di atas tak logik pula...tak kan anak dah setengah dozen membuktikan tak aktif??

    28 October 2012

    Aku Takut Bankrap!!!


    Hari ni JR terbaca berita yang menakutkan. Memang takut sebab jumlahnya bukan sikit. 50,000....jumlah yang boleh memenuhkan setiap sudut Stadium Darulaman.

    Berita Harian

    Eksklusif: 50,000 muflis muda

     (2) Oleh Sophia Ahmad


    Kuala Lumpur - Lebih 50,000 orang muda berusia bawah 34 tahun diisytiharkan muflis di negara ini dalam tempoh lima tahun lalu.

    Kebanyakan mereka bankrap disebabkan kegagalan membayar balik pinjaman sewa beli kenderaan, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan pinjaman perumahan.


    Malah, ada juga yang menjadi mangsa penipuan disebabkan penggunaan butiran peribadi mereka oleh peminjam tidak dikenali.



    Tapi itu muflis dunia, bang. Habis-habis harta kena lelong, sekurang-kurang badan  masih tak kena lelong. Kira nasib baiklah juga..

    Bagaimana dengan muflis jenis  ni....ia lebih menakutkan:



    Muflis akhirat
    Tenggelam dalam keseronokan dan kenikmatan dunia, hingga terlupa untuk bekalan ke akhirat. 

    Apa guna punya wang berjuta di dunia jika di akhirat tidak membawa apa-apa bekalan....muflis!!!

    Risiko Banyak Makan Daging Korban


    Selama tiga hari Raya Korban ni dah berapa kilo agaknya daging memasuki perut korang? JR sendiri tak pasti berapa gram atau berapa kilo daging lembu segar bertukar menjadi lemak, kemudian berkumpul di lapisan kulit perut, paha dan lengan JR. Dan paling menakutkan dah berapa gram lemak berkumpul di saluran jantung selama tiga hari ni??

    Bukan tak boleh makan, tapi awas dik, jaga-jaga kawan-kawan, jangan makan berlebihan daging lembu kerana banyak risiko dari pengambilan berlebihan daging lembu. Kajian mendapati risiko mendapat barah kolorektal meningkat sebanyak 12 peratus hingga 17 peratus melalui pengambilan sebanyak 100 gram daging merah.

    Sempena Raya Korban ni JR nak kongsikan artikel mengenai pengambilan daging untuk makluman korang:



    Oleh Dr. NORSUHANA A.H.

    Daging membekalkan keperluan nutrien penting seperti protein, zink, selenium, vitamin A, B12, dan asid folik kepada tubuh. Tahukah anda perbezaan antara daging merah dengan daging putih?

    Kedua-dua daging ini dibezakan berdasarkan kandungan mioglobin. Kandungan mioglobin daging putih seperti ayam adalah kurang daripada 0.05 miligram, manakala daging merah mengandungi mioglobin dalam kuantiti yang lebih tinggi.

    Kajian mendapati bahawa pengambilan daging merah seperti daging lembu, kambing, dan biri-biri pada kadar yang berlebihan mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan. Penyakit barah, diabetes jenis dua, dan kardiovaskular merupakan antara penyakit berisiko yang bakal dihidapi sekiranya mengambil daging merah dalam jumlah dan kekerapan yang tinggi.

    Barah kolorektum, pankreas, dan payudara antara penyakit barah yang sering dikaitkan dengan pengambilan daging merah. Banyak kajian epidemiologi menunjukkan bahawa perkaitan antara pengambilan daging merah dengan penyakit barah.

    Laporan terkini yang dikeluarkan oleh seorang saintis Barat, Ferguson (2010), mendapati bahawa risiko mendapat barah kolorektal meningkat sebanyak 12 peratus hingga 17 peratus melalui pengambilan sebanyak 100 gram daging merah.

    (Petikan Dewan Masyarakat Oktober 2010)

    27 October 2012

    Al-Kisah Eidul Adha Pertama


    Cita-cita JR dan famili untuk keluar rumah ke Penang selepas solat Eidul Adha semalam tak kesampaian. Perlu meraikan tetamu, apa lagi tetamu itu jiran sekomuniti. Sembang punya sembang sambil menjamah ketupat raya tiba-tiba bila tengok jam dah hampir jam 1.00 tengahari. Waktu masuk solat Jumaat ialah pada jam 1.05 tengahari. Lalu tanpa sempat mandi lagi (nasib baik badan bersih), JR dan anak-anak lelaki bergegas ke Masjid Bukhary (masjid terbesar di Kedah) untuk bersolat Jumaat.

    Lepas solat Jumaat, JR terus balik ke rumah. Ingat nak terus pergi ke Penang, tapi perut pula sibuk menyanyikan lagu hard rock...jadi lepas makan baru bertolak ke Penang pada jam 4.00 petang. Tiba di rumah pesaka di TG dah jam 5.00 petang. Kata adik JR pagi tadi memang ramai keluarga berkumpul (JR ada 9 adik beradik). Tapi disebabkan JR tiba lewat cuma 5 adik beradik JR yang ada di rumah ketika itu. Yang lain dah balik ke rumah masing-masing. Melepaslah untuk mendengar cerita-cerita menarik dari adik beradik yang lain. Selepas ibu dan ayah meninggal JR jarang-jarang balik kampung, kecuali jika ada kenduri dan kematian saudara mara atau ada urusan yang sangat mustahak. Jadi rasa hati agak terkilan kerana JR tiba lewat dalam perjumpaan keluarga yang jarang-jarang diadakan itu.

    Hampir jam 7 malam kami meninggalkan TG balik ke Alor Setar. Bila tiba berhampiran sebuah masjid cantik di Bertam, terdengar suara azan. Lalu JR berhenti di Masjid Bertam Perdana untuk tunaikan solat. Masjid biru yang diberi nama Masjid Abdullah Fahim sempena nama datuk Tun Abdullah Badawi ini memang sangat cantik dan luas.



    Mengikut maklumat yang JR perolehi dari jemaah yang bersama-sama menunaikan solat Maghrib di masjid itu, masjid ini baru siap dan dibuka untuk jemaah kira-kira tiga minggu lepas. Masjid ini belum dirasmikan lagi. 

    JR dan famili rasa agak bertuah kerana dapat bersolat Maghrib di masjid indah yang baru siap ini. Mungkin kerana ia masjid baru hanya satu saf yang penuh, kebanyakannya jemaah yang sedang musafir dalam perjalanan... 





    Lepas solat jemaah di Masjid Abdullah Fahim, kami terus memasuki lebuhraya ke Bukit Pinang untuk beraya di rumah adik ipar JR pula. 

    Tiba di rumah JR dah hampir jam 12 malam. Letih sangat-sangat tapi bila tiba di dapur nampak pinggan mangkuk bersepah. Biarlah isteri dan anak-anak yang juga keletihan tidur, JR pula buat secawan kopi pekat untuk mencuci pinggan mangkuk, basuh pakaian isteri dan anak-anak dan menyapu sampah di ruang tamu dan dapur.

    Bila kerja rumah siap, rasa mengantuk hilang pula. Ini yang tak best, bila semua orang dah tidur mata kita pula yang masih terbeliak. Sukar pula nak tidur mungkin gara-gara kopi pekat yang dihirup sebelum menghabiskan kerja rumah sebelum itu. Hingga jam 2.30 pagi mata masih enggan lena. Entah pulul berapa terlena, sedar-sedar terjaga dari tidur untuk solat Subuh pada jam 6.20 pagi...

    Hari ini ada dua kenduri sempena ibadah korban. Lepas solat Zohor nanti perlu keluar rumah lagi....

    26 October 2012

    Salam Eidul Adha


    Sempena dengan Eidul Adha yang jatuh pada hari ini, JR memohon maaf jika ada salah silap sepanjang menerjunkan diri dalam dunia blog ni. Sesungguhnya yang baik daripadaNya yang buruk daripada diri JR sendiri...


    Kepada yang mengerjakan korban, selamat menjalani ibadah korban.

    Kepada pengguna jalan raya, berhati-hati di jalan raya. Jangan jadikan diri kita sebahagian dari statistik hari raya korban...

    Sebentar lagi JR nak bergerak bersama famili dari Alor Setar ke SPU Penang. Destinasi utama sebuah pekan kecil bernama TG. Lepas menziarahi keluarga di SPU pada lewat petang bergerak balik ke beberapa destinasi di Kedah. Harap-harap dapat tiba balik di rumah pada lewat malam, insyaallah......


    Semoga semua kita berjumpa lagi nanti dalam keadaan sihat sejahtera, amin....

    24 October 2012

    Pengguna Lebuhraya PLUS..Berhati-Hati Esok


    Korang yang pagi-pagi esok atau tengahari esok atau petang esok nak menggunakan lebuhraya PLUS, sila berhati-hati kerana mengikut pengurusan PLUS lebuhraya itu akan sesak esok kerana dijangka 2 juta pengguna akan menggunakannya. Laluan yang turut dijangka sesak ialah Lebuhraya Baru Lembah Klang, Lebuhraya Persekutuan Laluan 2, Lebuhraya ELITE, Lebuhraya Linkedua, Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Lebuhraya Butterworth-Kulim dan Jambatan Pulau Pinang. 

    Seeloknya pengguna jalan raya patuhilah nasihat waktu perjalanan (TTA) yang dikeluarkan PLUS untuk mengelak korang terbabit dalam jem yang teruk.

    Tapi kalau jem juga, bawalah roti banyak-banyak..boleh juga disapu dengan jem tu.....

    JR bernasib baik kerana kampung JR cuma 100 km saja dari rumah. Bertolak dari Alor Setar lepas solat Eidul Adha, dalam satu jam sampailah ke Penang (Seberang Perai)...

    Tak terlalu awal rasanya nak ucapkan salam Eidul Adha....

    Abby Abadi Kembali Dalam Gerak Khas


    Masih ingat tentang siri yang pernah sangat popular Gerak Khas? Dan Abby Abadi sebagai Inspektor Aliza?

    Anak-anak lelaki JR masa belum bersunat dan kecik-kecik dulu sangat teruja dengan drama Gerak Khas tu sampai nak tukar TV pi channel lain pun tak boleh. Nak Gerak Khas juga! 

    Tadi ada Gerak Khas secara live pula:


    Nampak wanita paling kiri yang membawa sepanduk "Soi Lek Wajib Minta Maaf"?


    NONE
    Zoooommm...Ini lagi foto wanita itu (kanan)



    Zooommm...Fotonya lagi (dua dari kiri)

    Siapa dia?

    Dialah Inspektor Aliza aka Abby Abadi. 

    Inspektor Aliza menyertai 1,000 orang berhimpun di depan pejabat MCA tengahari tadi bagi membantah kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang menghina Islam:

    -Jika ikut hukum Islam 1.2 juta rakyat Malaysia hilang kerja
    -Jika ikut hukum Islam lelaki Islam boleh rogol wanita  bukan Islam
    -Jika ikut hukum Islam Malaysia akan jadi negara korup dan huru hara.

    Tadi JR baca kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani yang turut mengecam Soi Lek. Ramai yang dah berani bersuara sekarang. Yang masih tak berani bersuara cuma mungkin rakan-rakan Melayu yang bersekutu dengan apek tua tu saja....

    (Foto-foto Abby Abady di atas JR curi ambil dari MK)

    Nota Kaki: Salam Aidul Adha untuk semua umat Islam. Yang nak memulakan perjalanan berhati-hati di jalanraya..
    Sambil makan daging korban nanti, tepuk dada tanyalah diri sendiri sebanyak manakah pengorbanan yang telah kita lakukan untuk agama? 

    23 October 2012

    Mati Atas Perut


    Sebenarnya entri ni patutnya keluar 2-3 hari lepas. Tapi sebab 2-3 hari lepas  ada isu lain yang lebih penting, tertangguh la sekejap pengeluaran entri ni. 

    Tak apalah, lupakan sekejap hal tu..sekarang JR nak bawa korang ke trek joging......

    Hari Sabtu lepas, ketika dah habis joging, JR dah bersiap siaga nak masuk dalam kereta...tiba-tiba telinga lintah JR terdengar sembang dua lelaki berusia dalam 40an yang berdiri di sebelah kereta JR. Memandangkan cerita mereka menarik, JR tak jadi masuk kereta. Mula-mula JR buat-buat ikat kasut, kononnya tali kasut terkeluar, sambil telinga terus di pasang untuk menangkap bualan  lelaki-lelaki itu. Bila dah selesai mengetatkan tali kasut yang tak longgar, JR buat-buat stretching pula, sambil terus menadah telinga:

    Lelaki A: Hang perasan dak, Mat Romeo (bukan nama sebenar) dah lama tak joging?
    Lelaki B: Mat Romeo...Mat Romeo mana pulak?
    Lelaki A: Alah..Mat Romeo tu la..yang selalu berjoging dengan pompuan tu. Yang putih-putih berbadan sedap dan rambut panjang tuh...
    Lelaki B: Oraang yang hang kata pernah kena pecat sebab bercinta dengan bini boss dia...yang tu ka??
    Lelaki A: Haa betoi...yang tu la...
    Lelaki B: Kalau yang tu, memang dah lama tak nampak dia...dah dua minggu tak nampak...dia holiday kot?
    Lelaki A: Memang la dia holiday...holiday rest in peace dalam tanah!! Dia dah meninggal dah, tiga minggu dah dia meninggal...
    Lelaki B: Laaa...mati accident ka?
    Lelaki A: Ish hang ni, orang cerita tak dan habis lagi dah nak menyampuk...Dia mati kena heart attack!
    Lelaki B: Aittt...muda-muda lagi dah kena heart attack? Umur dia baru lebih kurang 35 tahun kan??
    Lelaki A: Sapa kata umur dia 35...umur dia dah 50 tahun lebih dah...tapi orang hensem, pandai pula jaga body, tak makan tua la...lain la macam kita ni umur baru 40 lebih, tapi dah nampak macam 70...hahahahahha...
    Lelaki A: Hang tau dak dia mati macam mana?
    Lelaki B: Hang tak cerita macam mana aku nak tau..awat dia mati jatuh pokok petai ka?
    Lelaki A: Hahahha..mana pulak mati jatuh pokok, matinya sangat mengaibkan...dia mati atas perut pompuan!!
    Lelaki B: Haaaa...perut pompuan? Pompuan tu bini dia ka?
    Lelaki A: Bukan bini dia...bini orang!!! Dia mati atas perut bini orang!!!
    Lelaki B: Masyaallah....

    Memang lelaki yang dikatakan meninggal atas perut bini orang tu selalu JR nampak berjoging sebelum ini. Tak seperti JR yang selalu berjoging ala-Lone Ranger, si-otai hensem ni selalu berjoging berkepit dengan wanita muda. Wanita muda ni pula selalu bertukar-tukar orang, maklumlah spesis kacak, badan selalu bertuah...

    Bagi JR ini bukan cerita pertama kisah lelaki mati atas perut pompuan...sebelum ni pun pernah dengar sedang asyik melakukan seks, tiba-tiba si-lelaki diserang sakit jantung dan meninggal. Pernah dengar beberapa tahun lepas kisah seorang warga emas dari Pendang jika tak silap  yang setiap minggu datang ke Alor Setar untuk melanggan pelacur. Tapi satu hari sedang mengadakan hubungan terkutuk dengan pelacur tu, tiba-tiba  lelaki tua tu jatuh tersembam di atas dada pelacur pasangannya dan dia mati serta merta. Sakit jantung di sarang pelacuran...bagaimana perasaan isteri, anak menantu dan cucu-cucunya??

    Masa JR mula-mula kerja dulu boss JR pernah cerita tentang seorang Menteri keturunan India mati atas perut seorang wanita. JR tak ingat nama Menteri India tu, mungkin kalau buat carian dalam google jumpa kot...Korang tau wanita pasangan Menteri tu keturunan apa? Bukan wanita India, bukan Cina, bukan Indonesia, tapi wanita Melayu...

    Tapi dalam kes mati diserang jantung ketika berada atas perut pompuan tu, setahu JR cuma berlaku ketika melakukan hubungan terkutuk dengan kekasih gelap saja. Tak pernah pula JR dengar ada suami yang mati atas perut isterinya. Mungkin Allah sengaja nak timpakan pembalasan yang begitu mengaibkan itu kepada mereka yang melanggar perintahNya....

    22 October 2012

    Imam Tua Dan Imam Muda: Siapa Lebih Berani?


    Sejak  orang yang bernama Datuk Seri Dr Chua Soi Lek itu menghina Islam beberapa hari lepas, JR tertunggu-tunggu apa komen ilmuan-ilmuan Islam kita, terutama dari kalangan tok-tok mufti. Maklumlah mereka ni orang bijak pandai tentang hukum hakam, nak dengar juga apa kata mereka, mana tau ada fatwa ke atau at least ada pandangan ke, apa ke... Lagi pun yang bercakap hina Islam tu seorang Datuk Seri, tok-tok mufti kita semuanya bergelar Datuk Seri dan Datuk, malah bergelarTan Sri pun ada. Jadi bila yang hina Islam itu seorang Datuk Seri, orang yang paling layak menjawabnya ialah ilmuan Islam yang ada gelaran hebat-hebat itu juga. Kalau pelajar Tahfiz seperti Johan Asari tu menjawab nanti dikata tak setaraf pula...

    Tapi tunggu punya tunggu orang-orang bergelar ni bercakap, tak muncul jua suara sakti mereka. Kata beberapa blogger tok mufti kita tak berani cakap sebab Datuk Seri yang hina Islam tu orang yang ada kuasa dalam kerajaan, ye ke? Tapi tak kan pula hal-hal agama dihina pun nak tengok orang tu ada kuasa ke tidak baru berani jawab? Oooops..bersangka baiklah kita, jangan kata begitu kepada tok mufti kita, mungkin mereka sedang bercuti rehat kot..sebab tu tak boleh beri komen lagi??

    Tup..tup..tup..tunggu komen yang tak kunjung tiba dari orang tua-tua yang kita hormati itu, terlihat pula komen seorang Imam Muda:




    Jadi betullah kata orang, ini zaman orang muda. Kalau orang tua belum bersedia nak bersuara, biar orang muda yang melontarkan suara garang mereka.

    Apa pun JR respek dengan keberanian Imam Muda Fakhrul menegur Datuk Seri tu. Sekurang-kurangnya ada juga ilmuan Islam yang berani berkata benar: katakan benar, biarpun pahit!!

    Tabik spring untuk Imam Muda Fakhrul!!!

    Nota: Maaf, sebab ini kali ketiga JR menulis perkara yang sama. Sebenarnya hatiku sangat sakit bila agamaku dihina, aku tak boleh tahan untuk menulis dan aku tak rasa takut untuk itu!!!


    Apple Mini i-Pad Dilancar..Lihat Harga & Spek


    Korang memiliki iPad? Bagi penggemar iPad, ini ada berita terbaru mengenai iPad.

    Apple kini muncul dengan satu lagi gajet yang dijangka mendapat sambutan hangat iaitu versi mini tablet iPad keluarannya. Pelancaran mini iPad ini akan dilakukan esok di Francisco. Tapi pihak Apple enggan memberikan maklumat lengkap mengenai tabet baru keluarannya itu. Jadi kenalah tunggu esok untuk mengetahuinya. 


    Harga tablet baru ini juga masih menjadi rahsia. Mengikut satu sumber yang JR baca (sumber AFP) harganya antara USD249 (RM760) hingga USD399 (1,217). Ada pula (sumber T3) berkata harganya antara USD250 (RM762)  hingga USD300 (RM915).

    Ada pula sumber dari China mengeluarkan kenyataan mengenai harga dan spek mini iPad baru ini seperti berikut:





    Untuk pengesahan selanjutnya tunggu esok. JR sendiri tak perlu tunggu esok sebab JR tak berminat untuk memiliki mini i-Pad baru tu...


    21 October 2012

    Newspaper Cup: Tahniah Harimau Muda!!



    Sebagai rakyat Malaysia, JR tumpang bangga kerana pasukan bolasepak 21 tahun negara, HARIMAU MUDA muncul JUARA Newspaper Cup mengalahkan Vietnam melalui jaringan tunggal Hazwan Bakri minit ke-57 sebentar tadi. 

    Walaupun pasukan kita cuma menang 1-0, ia sudah cukup menceriakan peminat-peminat bolasepak kita, apa lagi bermain di stadium keramat Pleiku, Vietnam di hadapan peminat-peminat fanatik tuan rumah bukannya mudah.


    Harimau Muda


    Tahniah, viva Harimau Muda...mengaum terus mengaum, mencakar terus mencakar!!! 

    Sapa Peduli???


    Dah malas nak ulang tulis entri pasal benda yang sama. Baru kelmarin JR tulis mengenai keberanian orang itu menghina hukum Islam. Tapi sapa peduli apa yang kita tulis?

    Kita cuma orang kecil, orang yang cuma boleh tunjukkan suka, marah, sedih ...tapi sapa peduli?? Kalaupun orang itu baca....(yakin 99.9999999999% dia tak baca) dia akan gelak besar: Lu sapa mau ajar gua????


    Hari ini (pagi tadi) orang itu hina Islam lagi dalam satu ucapan di mesyuarat puaknya:  


    Kata orang itu 8 daripada 11 negara yang melaksanakan hukum Islam menjadi antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat di dunia. 

    Jadi dah 9 kali, termasuk hari ni, dia hina Islam. Sekali lagi: sapa peduli dia nak kata apa pun kepada Islam?? Sapa peduli dia hina Islam?? Dia orang besar, dia boleh ulang hina Islam 44 kali, tapi sapa peduli?

    Benarkah jika laksanakan Islam negara itu akan bertukar jadi negara korup, tak stabil dan tak selamat? Mengapa dia boleh anggap hukum dan undang-undang Allah begitu teruk dan ketinggalan zaman hingga negara boleh jadi porak poranda jika ia dilaksanakan??

    Yang paling kelakar beberapa orang VVVIP beragama Islam juga ada mendengar ucapan orang yang menghina Islam itu. Malah orang yang merasmikan majlis itu orang Islam juga. Tak marah pula mereka bila agamanya dihina.  

    Mungkin dalam Malaysia ni ramai juga kot orang Islam seperti VVVIP-VVVIP tu yang tak marah bila agamanya dihina.....

    Subhanallah..Solat Bersejadahkan Ketulan Ais


    Korang pernah dengar sebuah tempat bernama Lofoten?? No..no..bukan Lot 10, tapi Lofoten..pernah dengar?

    Kalau Lofoten tak pernah dengar, pernah dengar sebuah negara bernama Norway? Norway adalah sebuah negara di utara Eropah yang musim dinginnya lebih panjang dari musim panas. Sesiapa yang pernah tengok berita pasti masih ingat tentang seorang lelaki gila bernama Anders Behring Breivik yang baru-baru ini telah membunuh 77 orang atas alasan mahu melindungi Norway dari menjadi negara Islam.

    Lofoten adalah sebahagian dari semenanjung Artic yang terletak di utara Norway merupakan petempatan manusia yang paling utara di dunia. Lofoten sentiasa dilimpahi pelancong kerana pemandangannya yang sangat cantik. Korang pasti masih ingat waktu belajar geografi di sekolah dulu, bila saja disebut Artic kita akan membayangkan salji di mana-mana. Begitulah juga dengan Lofoten yang disebut Artic Paradise dan land of the midnight sun itu, salji hampir ada sepanjang masa kecuali di musim panas. Suhu biasa di Lofoten ialah 0 celcius, tapi di musim panas suhu biasanya sekitar 14 celcius. Suhu terpanas pernah dicatatkan ialah 30.4 celsius. 

    Bayangkan, 14 celcius sudah dikatakan panas, sedangkan  kita duduk dalam aircon 18 celcius sudah menggeletar sejuk...

    Pemandangan di Lofoten dengan ihsan makcik google:

    View from Olenilsøy over to Sakrisøy in Lofoten, Norway - Photo: Terje Rakke/Nordic life/Innovation Norway

    .
















































    Tapi perspektif JR untuk entri hari ini bukan kepada keindahan alam Lofoten tapi tentang penduduknya. Penduduk Lofoten adalah seramai 25,000 orang, di mana 2% daripadanya (kira-kira 500 orang) adalah beragama Islam. Dengan mukjizat Allah seruan untuk mengembangkan dakwah Islam akhirnya sampai   di petempatan penduduk paling sejuk di Eropah itu beberapa tahun lepas. Itu antara sebab orang gila bernama Anders Behring Breivik itu mengamuk, Islam sangat cepat berkembang di Eropah, hingga ke tempat paling utara di dunia itu pun ada orang Islam). Allahuakbar!!

    Seorang pendakwah sedang memberi penerangan dan risalah mengenai Islam di Lofoten

    Lihatlah bagaimana masyarakat minoriti Islam mengerjakan solat di Lofoten.  Tanpa masjid, mereka bersolat jemaah dalam jeket kulit yang tebal hanya berkubahkan langit dan berlantaikan ketulan ais:


    idegue-network.blogspot.com - Foto Sholat di Atas Salju

    idegue-network.blogspot.com - Foto Sholat di Atas Salju

    idegue-network.blogspot.com - Foto Sholat di Atas Salju

    Bayangkan kita di Malaysia, masjid besar-besar dan cantik-cantik, kebanyakan bernilai berjuta-juta ringgit. Tapi bila azan berkumandang nak penuhkan dua saf untuk solat jemaah pun susah, kecuali solat Jumaat dan Hari Raya.

    Ada pula masjid yang tersangat cantik tapi cuma sebagai bahan pameran untuk pelancong...oh, Malaysia tanah airku!!!

    Masyarakat Islam Lofoten yang bersolat atas ketulan ais itu tentu jika diberi peluang sangat teringin nak melawat Masjid Kristal....


    20 October 2012

    Terhina


    Kalau hina dua ibu bapaku, aku pasti tersinggung.
    Kalau hina bangsaku, aku juga rasa tersinggung.
    Kalau hina ajaran agamaku, aku lagi rasa tersangat-sangat-sangat tersinggung.
    Jadi tolong jangan hina ajaran agamaku. Kami tak hina pun ajaran agama kau mengapa kau dah banyak kali sangat menghina ajaran agama kami?

    Mereka kata dah 8 kali kau hina ajaran agama kami. Walau cuma 1 kali aku sangat tersinggung, apa lagi jika dah 8 kali kau hina agama kami, aku sangat sakit hati..Dulu kau pernah hina ajaran Islam, lepas itu hina lagi, sekarang masih menghina...mengapa??

    Kau hina hukum Allah, Tuhan kami. Kau kata jika hukum Allah dilaksanakan 1.2 juta rakyat Malaysia akan hilang kerja, kerana kasino akan ditutup, kedai 4 nombor ekor, toto dan premis arak akan ditutup, malah  siber kafe dan pusat refleksologi juga kau kata akan ditutup.

        
     

         

    Tiga hari lepas kawan kau di Kedah juga menghina Islam. Dia marah bila model dalam papan iklan  di Alor Setar tak dibenarkan berpakaian menjolok mata termasuk model lelaki yang tak dibenar mendedah aurat (berseluar pendek).


    Sepatutnya kau dan kawan kau tak perlu kacau ajaran agama kami. Jika agama kami melarang kami minum arak dan berjudi itu hal agama kami lah, apa kau peduli? Kami tak mau teguk arak, tak mau pergi berjudi, itu hal kamilah, bukan susahkan sesiapa pun jika kami menjadi orang baik. 

    Bila kami mau model berpakaian sopan seperti yang dituntut Islam dan semua agama lain, ia bukan susahkan sesiapa pun, bukan model itu boleh mati kerana sakit jantung pun jika disuruh berpakaian sopan.  Jadi mengapa kau marah jika model diminta berpakaian sopan? 

    Kami taulah dulu kau pernah mengaku menjadi bintang video porno, tapi kami tak kisahpun kau jadi bintang video porno, yang kami nak jadi baik mengapa kau jealous sangat pula?

    Kami  taulah kau dalam kumpulan parti yang berkuasa di negara ini. Kami juga tau kau berani hina Islam sampai dah 8 kali sebab kau tau tak siapa boleh buat apa dengan kau, sebab kau dan kawan-kawan kau dari kalangan orang berkuasa.

    Memang hari ini kau berkuasa dan boleh hina ajaran Tuhan kami, tapi esok, lusa, tulat dan tahun depan hanya Allah yang lebih berkuasa menentukan masa depan kita....

    Fatwa Perkasa (NGO Umno): haram undi MCA

    MAAF, BUKAN JR NAK BERCAKAP POLITIK, CUMA NAK CAKAP SOAL AGAMA....

    19 October 2012

    Pasangan Artis Pencuri??


    Dua artis laki bini ni mencuri pakaian bernilai RM2,000 dari gedung beli belah??

    Mengapa tuduh mereka mencuri, ada bukti ke...gambar, video, CCTV. Kalau tak ada bukti mengapa nak tuduh orang pulak?

    Tapi kata orang kalau tak ada angin mana mungkin pokok bergoyang?
    Habis jika beruk goyangkan pokok tak ada angin pokok boleh bergoyang juga...so, jangan jadi beruk, nanti dapat dosa kering...


    Apa pun bagi JR, sama ada mereka tak mencuri atau betul-betul mencuri tak penting. Yang penting asal JR dan keluarga serta korang tak mencuri, kerana kita warga prihatin yang baik hati.

    Kata orang zaman dulu: kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Kata orang zaman sekarang: kalau takut dilanda kontroversi jangan sesekali jadi artis.....(⌣́_⌣̀)  (⌣́_⌣̀)

    Bagi mereka yang tak tau hujung pangkal cerita ini boleh baca di sini....

    Hari-Hari Saya Menyorok


    Korang dah menyorok? Pasti dah kan...dah masuk petang ni, tak kan tak menyorok lagi..

    Apa yang korang menyorok pagi tadi? Nasi lemak, nasi goreng, roti canai atau cuma roti bakar?? Apa-apa sajalah, yang penting hari-hari mesti menyorok..

    Sebenarnya korang paham tak masud "menyorok" dalam ayat di atas? Bukan "menyorok" bermakna bersembunyi, buat apa nak bersembunyi dengan nasi goreng, nasi lemak atau roti canai, kecualilah korang spesis tikus yang suka sorok-sorokkan makanan di celah-celah almari.

    Sebenarnya ketika pergi Pasar Besar Alor Setar tadi, JR terdengar perbualan dua orang warga emas yang sedang bercakap tentang "menyorok"

    Warga Emas (WE) 1: Aku bila mai market, mesti aku menyorok di sini. Makanannya sedap..
    WE 2: Aku pula hari-hari menyorok di rumah. Kadang-kadang orang rumah buat nasi lemak, habeh malaih pun dia buat pek-nga*...

    Jadi berdasarkan bayang-bayang kata yang JR beri di atas tu pasti korang dah tau makna perkataan menyorok kan??

    Betul...menyorok dalam dailek Utara bermakna makan pagi. Malangnya perkataan "menyorok" dah jarang-jarang orang Utara gunakan. Sebab tu bila tadi dengar dua warga emas tu bercakap tentang "menyorok" JR tersenyum simpul..rupanya perkataan lama tu masih ada orang gunakan. Maklumlah sekarang orang lebih suka cakap orang putih: breakfast

    Apa pun sama ada minum pagi, breakfast atau menyorok, ia perlu dilakukan hari-hari. Mengikut pakar pemakanan orang yang suka tinggalkan menyorok akan lebih mudah menghadapi masalah obesiti berbanding mereka yang hari-hari menyorok. 

    Sebab tu hari-hari JR menyorok...


    *pek-nga: sejenis lempeng orang Utara