»

30 September 2012

Apa Hukumnya Berpakaian Tapi Telanjang???


Sementara menunggu ketibaan waktu Maghrib, mari kita ke sudut soal jawab agama sekejap. Tajuk entri di atas pasti agak mengelirukan: hukum berpakain tapi telanjang. Dah berpakaian, berpakainlah, mengapa pula dikatakan berpakaian tapi telanjang...apa maksud berpakaian tapi telanjang?

Sebenarnya ramai mereka di sekeliling kita yang berpakain tapi telanjang. Kalau tak percaya tengoklah pelbagai anugerah seni hiburan di TV saban tahun yang dipenuhi wanita-wanita bergelar artis yang berpakaian tapi telanjang.



Nak tau apa maksud berpakaian tapi telanjang?? Foto di atas adalah sebahagian dari orang Melayu (tak berani kata mereka orang Islam) yang berpakaian tapi telanjang. 

Untuk maklumat selanjutnya  jawapan ustaz mengenai berpakaian tapi telanjang baca petikan dari BH di bawah:

Hukum berpakaian tapi telanjang

 Bersama Ustaz Zahazan MohamedCetak
Mengapa masih ramai perempuan yang tidak mengambil berat persoalan aurat dengan memakai pakaian yang merangsang syahwat lelaki. Saya rasa tidak salah untuk mengatakan kejadian rogol dan buang bayi ini yang berlaku adalah kesan daripada perempuan yang mendedahkan aurat sehingga merangsang syahwat lelaki. Apa pendapat ustaz? 

PAK MAN
Gombak, Selangor.
 



Antara sebab utama masih ramai dalam kalangan perempuan yang masih memakai pakaian yang tidak menutup aurat atau menutup aurat tetapi tidak sempurna adalah faktor kejahilan berkaitan persoalan agama. Mungkin ada yang tahu hukum menutup aurat tetapi mereka ini sombong seperti yang disebut oleh Rasulullah SAW iaitu menolak kebenaran. 

Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang kelihatan bentuk tubuh dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk antaranya ialah pakaian yang dapat mempertajam bahagian tubuh terutama tempat yang membawa fitnah seperti buah dada, paha dan sebagainya. 

Golongan ahli neraka 

Dalam sebuah hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya: Pertama, kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu yang mereka buat untuk memukul orang (maksudnya pemerintah yang kejam). Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar bonggol (bukhtun) unta. Mereka ini tidak boleh masuk syurga dan tidak akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu dapat terhidu sejauh perjalanan sekian dan sekian. 

Mereka dikatakan berpakaian kerana memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi untuk menutup aurat kerana itu mereka dikatakan telanjang kerana pakaiannya terlalu nipis sehingga memperlihatkan tubuh seperti yang dipakai oleh sebahagian pakaian perempuan sekarang. 
Bukhtun adalah salah satu jenis unta yang mempunyai bonggol besar. Rambut orang perempuan seperti bonggol unta kerana rambutnya ditarik ke atas. Jika diperhatikan kepada hadis itu seolah-olah Rasulullah SAW melihat apa yang berlaku pada zaman sekarang ini iaitu ramai perempuan cenderung untuk membuat rambut dengan pelbagai fesyen dalam salun yang disebut sebagai salun kecantikan, manakala ramai lelaki yang bekerja di salun kecantikan dengan upah yang sangat tinggi. 

Ada juga perempuan yang berasa tidak puas dengan rambut asli kurniaan Allah. Kerana itu mereka membeli rambut palsu yang disambung dengan rambutnya yang asli supaya kelihatan lebih cantik sehingga ia menjadi perempuan yang menarik dan memikat hati. 
(Sumber: BH)


Damn..Bank Rompak Duit Aku Lagi!!!


Hari ni duit JR kena rompak lagi!!!

Ini bukan pertama kali bank rompak duit JR. Seingat JR ini kali keempat bank rompak duit JR.

Kejadian pertama berlaku beberapa tahun lalu. Kejadian berlaku di ATM bank cap kepala rimau di Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur. Ketika itu JR bekerja di sebuah agensi dekat-dekat situ. Hari tu JR nak ambik RM600 untuk settle hutang kereta. Tapi yang keluar cuma slip yang kata JR dah ambik RM600, tapi malangnya duit satu sen pun tak keluar. JR cuba periksa baki akaun dalam ATM, ternyata RM600 memang dah direkodkan diambil, tapi mengapa duit tak keluar??

Duit hilang??

Ketika JR mahu meninggalkan ATM untuk ke bank buat laporan, awek yang tadinya berada di belakang JR, memanggil, "Abang..abang..ni duit abang kot!!"

Rupanya ketika awek itu mau menjolok kadnya, berduyun-duyun wang kertas RM50, RM50, RM50 keluar dari mesin ATM. Nasib baiklah awek tu ada di belakang JR dan tau ceritanya, jika JR dah blah dan ada mat gian di belakang JR...mungkin lesaplah RM600 tu....

Kejadian kedua berlaku di ATM bank cap kepala rimau yang sama beberapa bulan lepas tu. Skrip cerita masih sama - ambik duit, tapi yang keluar cuma slip, duitnya tak keluar. Bila periksa akaun RM400 lesap. Memandangkan dah ada pengalaman duit mungkin akan keluar bila orang seterusnya memasukkan kad ke ATM, lalu JR tunggu orang di belakang jolok kad. Tapi bila dia jolok tak ada duit yang keluar pun!! Orang kedua dan ketiga di belakngnya juga jolok kad, tapi duit mereka memang keluar, duit JR tak keluar. Damn!!!

Lalu terpaksalah buat laporan di bank terdekat. Memang akhirnya dapat balik duit, tapi bukan boleh dapat cepat, tak silap dua minggu baru dapat balik duit tu..

Kejadian ketiga bank rompak duit JR berlaku hujung tahun lepas, kali ini di Bank Muamalat Alor Setar. Skripnya masih sama: slip keluar tapi duit RM1,000 yang diperlukan untuk bayar bil api, bil air, bil brokband dan pelbagai lagi bil tak keluar. Lepas JR buat laporan, pegawai bank meminta JR balik ke rumah dulu kerana mereka nak periksa akaun. Dia minta JR datang balik sebelah petang. Dan bila JR datang semula sebelah petang, wang RM1,000 dikembalikan oleh pegawai bank itu kepada JR. Alhamdulillah.

Dan pagi tadi adalah kejadian keempat duit JR dirompak bank. Bank cap kepala rimau lagi!! Ketika itu JR  nak ambik RM400 untuk beberapa perbelanjaan dapur. Memang duit keluar dari mesin ATM, tapi yang keluar cuma RM350.00, RM50 lagi pergi mana?? JR jenguk-jenguk mesin ATM dan memang nampak ada RM50 tersangkut dalam lubang mesin. JR cuba menarik duit itu...tapi tiba-tiba mesin tu macam toyol lapar menyedut balik duit RM50 itu masuk ke dalam perutnya. Alahai....malangnya nasib!!

Memanglah RM50 tak banyak mana, tapi jika makan KFC dengan sebuah famili kecil masih kenyang. Yang jadi masalahnya nak buat laporan ke bank hari ni tak boleh sebab hari ni bank tak beroperasi, esok (Isnin) baru bank buka, esok baru boleh buat laporan.

CATATAN: Minta maaf bank cap kepala rimau dan Muamalat,  kerana gunakan perkataan 'rompak'. Patutnya bukan perkataan 'rompak', mungkin perkataan 'simpan' lebih bersopan. Maafkan saya duhai bank kerana tersilap guna perkataan. Dan terima kasih kerana banyak berjasa menyimpan duit saya selama ini...

29 September 2012

Fulamak..Surat Cinta Anwar Kepada Aweknya Dilelong RM50,000!!


Surat cinta pemimpin Malaysia kepada aweknya ni bernilai RM50,000? Tinggi juga nilainya, lebih kurang sama dengan harga kereta Persona dan Myvi!!

Alangkah baiknya jika surat cinta JR kepada awek JR (isteri JR) atau surat cinta isteri JR kepada JR masa zaman kami sedang bercinta sakan dulu bernilai sebanyak itu. Kalau nilai surat cinta JR dan isteri separuh  dari nilai itu  atau 10% dari nilai itu pun sudah buat JR jatuh pengsan dan masuk ICU!! 

Berangan tak habis-habis, macamlah surat kita ada nilai kepada orang lain...Lainlah jika JR ini Perdana Menteri atau Ketua Pembangkang, buat apa pun orang perhatikan. Sebab tu surat cinta Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah bernilai RM50,000:



Surat 'cinta' Anwar pada Azizah dilelong RM50,000

  • Zulaikha Zulkifli
  • 10:37AM Sep 29 2012
Surat cinta Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mendapat bidaan paling tinggi apabila dibeli dengan harga RM50,000 pada Majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi.

Majlis makan malam yang bertujuan bagi mengumpul dana pilihan raya Pakatan Rakyat itu juga turut menyaksikan Wan Azizah membacakan surat 'cinta' yang ditulis Anwar semasa beliau berada dalam penjara Sungai Buloh sebelum dibeli.

Surat itu dibida dengan harga pembukaan RM50,000 dan dibeli oleh ahli Parlimen Beaufort
(bekas Timbalan Menteri Perumahan di bawah kabinet Datuk Seri Najib), Datuk Lajim Ukin.

Antara kandungan surat cinta itu bertulis supaya Wan Azizah berhati-hati dalam memberikan makanan kepada Anwar dan menjaga anak-anak mereka.

"Saya dah beri banyak barang untuk dilelong pada malam ini. Tetapi bila ditanya apakah benda paling berharga atau apa-apa yang dari penjara, lalu saya terfikirkan surat ini. Minta maaf jika saya menangis. Tetapi semasa saya tengok surat ini pun saya sudah menangis. Surat ini Anwar beri secara sembunyi dengan meletakkan di fail dokumen peguam," kata Wan Azizah sebelum membacakan surat tersebut.

Selain surat cinta tersebut, terdapat beberapa lagi barangan milik pimpinan Pakatan Rakyat yang dilelong untuk tujuan pengumpulan dana kewangan pilihan raya.
pakatan mega dinner anwar love letter 280912Antara barangan lain yang dilelong ialah sebuah gambar dan tongkat milik Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dibeli dengan harga RM12,000.

Gambar yang dilelong merupakan sebuah gambar yang diambil sehari sebelum beliau dimasukkan ke hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian bagi tujuan rawatan kesihatan manakala tongkat tersebut merupakan tongkat yang sering digunakan oleh Nik Aziz.

Gambar graduasi hitam putih milik bekas timbalan presiden PKR, Dr Syed Husin Ali turut dibeli dengan harga RM15,000 dan sebuah gambar dan plat kubah milik bekas presiden PAS, allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor dibeli dengan harga RM11,000.

Jumlah kutipan bagi keseluruhan hasil daripada bidaan ini ialah sebanyak RM182,000.

(Sumber: Malaysiakini)

Kantoi..Kantoi..Kantoi Yang Teramat Kantoi...


Korang pernah mengalami peristiwa terkantoi di depan orang ramai? Kalau dah terkantoi bagaimana nak menghadapinya? Pasti ketika itu sangat malu  kan..rasa macam hilang kepala, rasa macam nak terbang naik atas langit meninggalkan orang-orang yang sedang memerhatikan kita dengan senyuman sampai ke telinga tu...

Sebenarnya bab kantoi ni, semakin kita berpangkat besar semakinlah besar kantoinya jika buat silap. Ini kerana orang bawahan selalu ingat orang besar-besar otaknya pun besar. Mereka lupa kadang-kadang orang besar-besar ni pun macam gajah juga: kepala besar tapi otak kecik. Bukan semua orang besar cerdik, ada yang  bernasib baik saja dia jadi menteri, Timbalan Menteri atau Perdana Menteri (PM). 

Salah sorang PM yang bukanlah tersangat cerdik tu ialah PM Britain, David Cameron. Kelmarin berita Daily News melaporkan Cameron gagal menjawab soalan sejarah England ketika menyertai kuiz dalam rancangan temu bual bersama David Letterman.

Cameron gagal menterjemah perkataan Magna Carta (Great Charter atau Piagam Besar) dalam bahasa Inggeris dan gagal menjawab siapakah nama komposer Rule Britannia.


Kegagalan menjawab soalan itu membuatkan PM Cameron malu besar serta terkejut selepas dikritik oleh pengkritik dalam rancangan tersebut..Kantoi!!!!

British PM David Cameron (L) talks with US talk-show host David Letterman. The
prime minister was unable to provide the English translation of ‘Magna Carta.’ REUTERS photo
Cameron sedang terkantoi...

Kalau korang nak tau berita selanjutnya mengenai PM Britain yang terkantoi tu baca dalam Daily News di sini....


Kalau korang ditanya kedua-dua soalan tu korang boleh jawab tak? Kalau tak boleh jawab jangan malu...sebab korang bukan PM pun!! 

Rakyat selalu menganggap PM is a perfect person, PM perlu sempurna, tau segalanya melebihi apa yang rakyat tau dan PM juga mesti boleh buat semuanya. Sedangkan PM juga manusia biasa, banyak kelemahannya, dia bukan tau semua benda seperti juga kisah  Cameron tadi. Sebab tu Einstein si-genius tu tak jadi PM, sebab nak jadi PM tak perlu dari kalangan akademik yang bijak pandai, tak perlu ada gelaran prof, tak perlu orang genius. Sebab tu juga dalam sejarah dunia belum ada lagi orang genius jadi PM sebab nak jadi PM tak perlukan orang yang tersangat pandai, pandai tahap suam-suam kuku pun boleh jadi PM, yang penting dia pandai yakinkan orang dengan hujah-hujah nya, perlu ramai yes man di sekelilingnya dan perlukan sedikit nasib baik...

28 September 2012

Kotak Jerit Baru Saya


JR tau kotak jerit (shoutbox) ni banyak faedahnya. JR pun pernah cuba banyak kotak jerit. Mula-mula di zaman mula-mula meneroka blog dulu guna shoutmix. Tapi bila shoutmix dah tak percuma lagi, ganti dengan cbox pula. Tapi lepas ada seseorang menghantar mesej lucah dalam kotak jerit, JR buang cbox dari blog. Kira macam bagi talak tiga lah tu, walaupun cbox bukan salah apapun, yang salah si-pencarut itu...

Tapi baru-baru ni rindu pula nak masukkan balik kotak jerit...mana tau ada yang sudi menjerit untuk melepas tension? Mula-mula JR cadang nak rujuk balik dengan cbox, tapi malu pula...maklumlah dah bagi talak tiga, ikut orang tua-tua zaman dulu kena main 'cina buta' baru boleh rujuk balik....

Sebenarnya banyak pilihan kotak jerit free lagi di alam maya ini selain dari cbox, misalnya 99 shoutbox, I Shout BoxFree-ShoutboxShoutbox Ticket MyShoutbox Widget MeSaybox dan lain-lain. JR pun tak pasti yang mana satu lebih baik. Akhirnya JR pejam mata... one, two, som...dan pilih saybox. Apa lebih dan kurangnya saybox JR sendiri tak tau. Main cuba-cuba saja, kalau dah tak bersefahaman (guna ayat artis bila nak bercerai) cari gadis jerit atau janda jerit lain pula untuk jadi tukang jerit....

Siapa sudi jerit, datanglah untuk jerit sampai telinga pecah. Insyallah jika ada kesempatan JR akan datang jerit balik penuh romantis ke kuping telinga korang..

Bajet 2013: Jom Tengok Apa Kita Dapat


Korang ada tengok pembentangan bajet 2013 oleh PM sebentar tadi? JR memang sepanjang masa berada di depan TV, bila masuk kereta pula buka radio nak dengar apa yang kerajaan nak beri kepada rakyat. JR nak dengar sangat-sangat PM umumkan perkara-perkara ini dalam bajet 2013:

-  harga minyak petrol Ron 95 diturunkan
-  tol dimansuhkan
- PTPTN dimansuhkan atau sekurang-kurangnya cuma dikenakan pinjaman tanpa faedah
- harga rumah diturunkan (tak kisahlah kerajaan nak buat macam mana, nak kurangkan harga cukai bahan binaan ke atau apa pun kaedah..yang penting harga rumah diturunkan)
- harga kenderaan diturunkan (tak kisahlah kerajaan nak buat macam mana, nak kurangkan cukai import ke  atau apa pun kaedah..yang penting harga kenderaan diturunkan)
- harga barangan utama diturunkan (tak kisahlah kerajaan nak buat macam mana yang penting ada kawalan supaya harga barang tak menyusahkan rakyat terbanyak)
- harga insuran kenderaan diturunkan kerana harga insuran yang tinggi sekarang sangat menyusahkan setiap kali nak bayar cukai jalan.

Tapi bila PM habiskan ucapan bajet, apa yang JR harapkan itu tak diumumkan oleh PM pun. Yang JR dengar mengenai bajet 2013 ni dan masih ingat cuma:

 BRIM 2.0: RM500 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan kurang RM3,000.
- Brim 2.0: Bayaran RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan di bawah RM2,000.
- Bonus satu setengah bulan gaji untuk kakitangan awam (isteri JR terlompat bila mendengar pengumuman tu tadi...mungkin dia nak tukar LED baru..henset baru..laptop baru kot??)
- Pencen minimum bagi pesara kerajaan dinaikkan daripada RM720 kepada RM820 (mak mentua JR tentu seronok bila tau benda ni...eh, nak beli rantai baru sebesar ular kapak ke mak??)
- Belia berusia 21 hingga 30 tahun boleh menuntut rebat sehingga RM200 untuk membeli telefon pintar 3G  (korang yang berumur 21-30 seronok dengar berita ni kan???)
- Pesara tentera tidak berpencen mendapat bantuann one-off RM1,000
Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah diteruskan.
- Baucar buku RM250 kepada pelajar universiti diteruskan.

Memang JR nak ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana pemberian-pemberian itu terutama bonus kepada kakitangan kerajaan, kenaikan pencen untuk pesara, rebat henset RM200, bantuan BRIM dan lain-lain yang memberi manfaat kepada sebahagian rakyat Malaysia. Tapi bila dipikir balik, nampak bajet ni macam tak ada idea baru...hanya mengulangi dasar memberikan wang di sana sini...maklumlah pilihanraya dah dekat!!

Walaupun berterima kasih, tapi JR sebenarnya tak begitu terpesona sangat dengan pemberian berbentuk one off yang sekali bagi kemudian habis tu. Bagi BRIM RM500 esok, lusa habislah duit tu. Dapat bonus beribu-ribu bulan depan, lepas itu dibelanja habis tak sampai sebulan. Kesan yang paling teruk harga barang pasti naik. 1.4 juta kakitangan awam tentu seronok dapat bonus sebulan setengah gaji, tapi rakyat Malaysia bukan 1.4 juta, rakyat Malaysia berjumlah 28 juta. 1.4 juta kakitangan kerajaan tentu seronok dapat bonus satu setengah bulan gaji tapi 27 juta rakyat lagi menangis bila harga barang makin naik..

JR lebih suka jika kerajaan umumkan sesuatu tindakan bagi mengawal kenaikan harga barang, turunkan harga petrol, turunkan harga tol atau mansuh terus lagi baik sebab syarikat konsesi tu dah lama balik modal, PTPTN digantikan dengan biasiswa, harga rumah dan kenderaan diturunkan...Jika PM umumkan perkara-perkara ini ia lebih memberi kesan jangka panjang kepada rakyat terbanyak, membantu Pak Ali jiran lama JR yang cuma seorang petani, membantu Pak Tam Mat nelayan di Kuala Kedah, membantu Ah Seng kontraktor kecil yang selalu membantu membaiki rumah JR, membantu Maniam yang akan JR panggil datang ke rumah bila bilik air tersumbat, membantu adik-adik yang baru masuk universiti dan bila keluar nanti hutang berpuluh tahun untuk bayar hutang...

Kos sara hidup sekarang sangat tinggi berbanding dulu. Apa guna dapat bonus satu setengah bulan jika terpaksa sengsara satu setengah tahun?? Teringat kata-kata orang bijak pandai, jika nak tolong orang berilah pancing supaya orang itu dapat mengail, bukan beri ikan yang pagi diberi malam ia akan habis. Tapi kerajaan kita suka beri ikan dan bukannya pancing.... 

Gempar..Manusia Terpendek Di Dunia Ditemui Di Malaysia


Bangganya JR...Malaysia cipta rekod dunia lagi!!

Sebenarnya bukan rekod manusia terpendek di dunia, tapi manusia yang mempunyai nama terpendek di dunia

Sebelum tu JR nak tanya: korang tau tak sekarang ni siapa manusia yang mempunyai nama terpendek di dunia? Untuk makluman korang, dua nama terpendek di dunia ialah "Z" dan "O", kedua-dua Z dan O ini bersaudara, anak kepada Djainun (bapa) dan Dasma (ibu) yang berasal dari Indonesia.

Tapi sekarang rekod dari Indonesia itu telah dipecahkan oleh Malaysia. Ini kerana nama terpendek di dunia telah ditemui di Malaysia, milik seorang lelaki di Bintulu Sarawak. Namanya  cuma titik (.). Tengok namanya:-



Kalau "Z" dan "O" masih boleh dipanggil namanya tapi jika "." nak panggil apa??

Memang kelakar dan ajaib sungguh...

Catatan: JR percaya apa yang berlaku itu adalah kesilapan teknik. Maklumlah pilihanraya dah dekat, semua kerja nak cepat untuk dapat mandat, akhirnya banyak silap, banyak ralat...

27 September 2012

Cara Mudah Mengesan Jin Dalam Tubuh Anda


Memang tetamu jahanam ini boleh wujud di mana-mana. Dia sentiasa ada tak kira malam Jumaat macam malam ni atau bukan malam Jumaat. Dia boleh berada di luar rumah, di dalam rumah, di dapur, di bilik air, di atas siling, di mana-mana. Dia sentiasa memerhatikan kita, cuma kita yang tak nampak dia, sebab dia terlalu halus....

Tapi yang paling bahaya bila dia masuk ke dalam saluran darah kita dan bersemadi di situ, macam-macam yang boleh jadi kat kita.

Jin dan iblislah katakan, dia boleh berada di mana-mana.

Tapi bagaimana kita nak tau jin dan iblis telah bermastautin di dalam tubuh kita??

JR terbaca dalam satu blog mengenai ayat ruqyah yang boleh kita amalkan bagi mengesan kewujudan jin dalam tubuh. Ayatnya ada di sini: 


Cara mengesannya cuma dengan mendengar ayat ruqyah di atas, eloknya dengan menggunakan earphone, pasang earphone dengan volume yang paling kuat sekali.

Kemudian pejam mata dan beri tumpuan terhadap ayat yang didengari itu sampai habis dan  jangan ikut bacaan ayat2 tersebut samada di mulut atau di dalam hati.

Sekiranya badan korang  berpeluh-peluh, hati berdebar-debar, terasa nak muntah, pening kepala, terasa ada yang bergerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, jantung berdegup kencang:

itu tandanya badan korang telah dihuni oleh jin...BAHAYA!!!!

Jika itu yang terjadi pergilah menemui mana-mana ustaz bagi mendapatkan nasihat...tapi awas jangan pergi menemui bomoh atau dukun, takut nanti akidah korang tergelincir....

Terima kasih Ustazah Azimah....

Jangan Hina Orang Weee.....


Pagi tadi JR hantar mak mentua yang kurang sihat ke sebuah klinik kerajaan. Dia ada temujanji dengan pakar kulit kat situ.

Sesuatu yang menarik perhatian JR setiap kali pergi ke klinik atau hospital kerajaan ialah masa menunggu untuk jumpa doktor yang sangat lama. Tadi terpaksa tunggu hampir 3 jam baru dapat jumpa doktor. Letih..sampai sempat juga JR terlelap beberapa kali atas kerusi di ruang menunggu. Begitulah hebatnya klinik kerajaan..

Tiba-tiba JR teringat kata-kata Menteri Kesihatan tak lama dulu bahawa masa menunggu pesakit untuk jumpa doktor akan dikurangkan kepada 30 minit saja. Lepas 30 minit daftar dah boleh jumpa doktor, itulah janji pak menteri. Tapi tadi JR nak tergelak dengan janji pak menteri tu...janji 30 minit tapi 30 minit dah jadi 3 jam. Janji ditepati' la tu agaknya..Janji ditepati, tunggu 3 jam sampai sempat makan capati...hihihihi...

Satu lagi yang sangat menarik perhatian JR tentang klinik atau hospital kerajaan ni ialah ramai staf nya berbadan 'sihat'. Maksud 'sihat' di sini bukan 'sihat' kerana BMI (Body Mass Index)  seimbang, tapi BMI yang tak seimbang langsung...terlebih berat, gempal, obesiti....terutamanya wanita. Ramai  staf  di hospital kerajaan gempal. Kadang-kadang terpikir juga bagaimana orang yang terlebih sihat ni boleh merawat pesakit yang tak sihat? Bayangkan jika  guru slimming centre badannya penuh lemak, pasti nampak sangat lawak..

Mungkin masa mereka melamar kerja di hospital dulu badan slim, maklumlah masa tu masih anak dara dan anak teruna, tapi bila dah berpuluh tahun bekerja dan makan nasi lemak dan roti canai hari-hari angin dah penuh badan?

Gempal..Ini bukan jururawat kat Malaysia...ini di negara omputih..

JR pernah tanyakan soalan mengapa ramai staf klinik dan hospital kerajaan berbadan gempal kepada seorang rakan JR yang juga bekerja di hospital kerajaan. Jawapannya mudah tapi agak melucukan:

"Bagaimana staf kesihatan tak gemuk, tengoklah Menteri Kesihatan sendiri... badan macam guni beras!!"

Amboiii...sedapnya mulut, kata Menteri Kesihatan badan macam guni beras?? Mentang-mentanglah badan dia macam tiang letrik, pandai kata kat orang!! Jangan hina orang weeee... 

Tapi Menteri kesihatan yang mana dimaksudkannya...Datuk Seri Liow Tiong Lai Menteri Kesihatan Malaysia sekarang tak gemuk pun, tak nampak macam guni beras pun, slim aje dia??

Rupanya yang dimaksudkan kawan itu ialah Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid yang berbadan agak berisi tu: 

Gemuk - Rosnah Pun Perlu Beri Perhatian
Datuk Rosnah Rashid, Timbalan Menteri Kesihatan

Beberapa bulan lepas (kalau tak silap awal tahun) JR pernah tengok di TV Datuk Rosnah Rashid, Timbalan Menteri Kesihatan tu, menjawab satu soalan di Parlimen mengenai obesiti. Dia berkata orang Malaysia adalah yang paling gemuk di kalangan negara Asean. Dia juga menyatakan punca-punca kegemukan: makanan tak seimbang, kurang bersenam dan lain-lain dan menasihatkan rakyat Malaysia supaya mengamalkan cara hidup sihat agar tidak gemuk.

Ketika mendengar Timbalan Menteri itu menasihatkan rakyat supaya mengamalkan cara hidup sihat, JR  tersenyum simpul...ƪ(˘⌣˘)┐

Maaf bagi mereka yang menghadapi masalah obesiti..bukan nak menghina sesiapa kerana JR sendiri pernah terlebih berat badan satu masa dulu, tapi berjaya diatasi menerusi senaman berjadual dan makan secara terkawal...

Catatan: petang ni tak dapat bersenam kerana hujan lebat...

26 September 2012

Rita..Pakai Macam Tu Hari-Hari Kan Lebih Ayu??


Hari ini hari Rabu ke?? Ye la hari Rabu!! Terlupa pula bukankah hari Rabu hari pantang bercakap (wordless  wednesday)?

Pedulikan hari pantang bercakap tu. JR nak bercakap juga....

Pagi tadi seorang rakan menunjukkan gambar 'seseorang' kepada JR. 

"Kenal tak?" tanyanya sambil menunjukkan gambar seorang wanita cantik bertudung dan berbaju kurung berwarna biru. 

"Girl friend hang kot..." teka JR. Kawan ni dah beristeri, kalau bukan girl friend dia, siapa lagi? Atau bini nombor dua??

"Takkk, mana pula girl friend...Artislah..." jawabnya.

Hmmmm..artis yang baru berhijrahlah ni agaknya. Kan sekarang ramai artis dah berhijrah dari zaman jahiliyah memakai skirt singkat, baju belah dada  dan rambut bertelanjang kepada pakaian muslimah?

Rita Rudaini

Rupanya ia gambar Rita Rudaini ketika menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah semalam. Memang JR tak cam langsung, nampak Rita sangat manis dan ayu bila berhijab begitu. Malah lebih manis dan ayu dari wajahnya ketika tidak berhijab. Umur Rita dah 36 tahun, tapi bila berhijab nampak seperti berusia 23 tahun. Ye kan??

Sayangnya sebahagian artis kita berhijab cuma ketika menghadiri perbicaraan mahkamah syariah atau ketika mengerjakan umrah. Lepas itu berpakaian macam biasa balik, kembali ke zaman jahiliyah...alahai...

Rita...pakai macam kat Mahkamah Syariah tu hari-hari kan lebih manis dan ayu??

25 September 2012

Senyum Pun Tak Bolehh???


Lawak sungguh: senyum pun salah?
Yang kata senyum tak boleh ni bukan JR, tapi pihak berkuasa permotoran di sebuah negeri di Amerika Syarikat. 

Di New Jersey, Amerika Syarikat, Suruhanjaya Kenderaan Motor New Jersey mengharamkan pemandu kenderaan dari mempamerkan senyuman ketika mengambil gambar untuk dimasukkan dalam lesen memandu mereka.

Mengapa senyuman diharamkan? Kononnya wajah tanpa senyuman adalah wajah sebenar kita. Kononnya dengan tersenyum seseorang itu sengaja memperbesar-besarkan ekspresi wajahnya.

Di New Jersey bukan saja senyuman diharamkan, malah pemakaian kacamata dan penutup kepala juga tak dibenarkan, kecuali atas alasan agama.

Mujurlah di Malaysia kita masih boleh tersenyum. Malah kita boleh tersenyum membaca berita orang diharamkan tersenyum...

Baca berita penuh mengenainya:


New Jersey Bans Smiling in Driver's License Photos

Going to the department of motor vehicles can put a frown on anyone's face, but for New Jerseyresidents, smiling is officially against the rules.
The New Jersey Motor Vehicle Commission has cracked down on drivers smiling in their driver's license photos because their smiles could interfere with new facial recognition software.
New Jersey resident Velvet McNeil told the Philadelphia Inquirer Thursday that when she went to get her license at her local New Jersey motor vehicle center, she was told she could not smile for her photo. Shocked, McNeil said she walked out of the center.
"Your picture means a lot," she told the newspaper. "It's who you are."
Elyse Coffey, a spokeswoman for the Motor Vehicle Commission, said that there was no law banning smiles, only a simple request that drivers not smile "as if you've just won $5 million in the lottery."
"The digital photos allow us to conduct a facial recognition scrub, which allows us to check the photos of our 19 million faces to make sure each driver has only one driving record and you are who you say you are," Coffey said. "We're asking customers not to make exaggerated facial expressions."
Coffey said that residents are also asked to remove glasses and head wear, unless it is for religious reasons, as well as to keep their eyes open in order for the database to operate properly. (ABC News)

24 September 2012

Isu Dialog Filem Punya Hal Vanidah Imran Bercerai


Korang pasti sudah tau mengenai isu ni kan? Ye...isu mengenai perceraian Vanidah Imran dan suaminya Rashidi Ishak gara-gara dialog mereka dalam filem Untuk Tiga Hari.




JR sendiri sejujurnya bukan suka sangat menyentuh soal artis kita dalam blog ni. JR juga bukan peminat tegar Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Tapi bila dah sampai soal cerai berai kerana filem, ia bagi JR kes besar jugalah. Sekurang-kurang ia perlu dijadikan iktibar oleh penerbit, pengarah, pelakon dan produksi perfileman kita supaya berhati-hati dan cermat sikit soal-soal hukum agama ketika pembikinan filem. 

Ia bermula bila Tan Sri Harussani ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata  lafaz cerai yang diucapkan oleh Rashidi sewaktu melakonkan watak Zafrin kepada Vanidah dalam filem Untuk Tiga Hari itu menyebabkan perkahwinan mereka yang dah berlangsung selama 12 tahun itu menjadi tidak sah di sisi agama. Bukan main-main...tidak sah di sisi agama cuma gara-gara dialog dalam filem!!


Dialog itu pun sebenarnya ringkas aje:  

"Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga kita minta cerai.”

Tapi tengoklah kesannya...perkahwinan sebenar antara keduanya mengikut Mufti itu menjadi tidak sah!!

Yang menjadi isunya ialah yang bercakap tidak sah ini ialah seorang tok mufti! Kalau yang berkata tak sah ialah penerbit atau pengarah filem yang tidak mahir tentang agama lainlah, boleh masuk dalam bakul sampah. Tapi seorang mufti? Kalau mufti cakap politik bolehlah kita tolak tepi, tapi bila dia cakap soal hukum hakam masih tak percaya?

Mufti Perak itu selanjutnya dalam Utusan Malaysia telah menasihatkan Vanidah dan suaminya pergi ke Jabatan Agama Islam bagi membincangkan perkahwinan mereka.

Vanidah yang dihubungi  siang tadi berkata, dia dan suaminya telah meneliti skrip filem arahan Afdlin Shauki itu sebelum menerima tawaran membintangi karya berkenaan.

"Saya tidak faham bahagian mana dalam filem itu yang mengatakan Rashidi ada melafazkan cerai terhadap saya? Sebagai pelakon kami sangat berhati-hati dengan perkara sebegini dan tidak akan menerima sebarang watak yang menggambarkan sifat negatif suami isteri," katanya.
Vanidah seterusnya menegaskan dalam  dia tidak akan ke pejabat agama sepertimana yang dinasihatkan oleh Harussani kerana yakin tidak berlaku penceraian seperti yang didakwa:

"Saya tidak nampak sebarang sebab mengapa saya dan Rashidi perlu ke pejabat agama untuk merujuk status kami sebagai suami isteri kerana lafaz cerai tidak pernah berlaku"
Artis kita ni pun satu juga, mereka ingat mereka saja yang betul. Kalau dalam filem Melayu bolehlah semua hero atau heroin betul belaka. Tapi ini soal hukum agama. Kalau dah yakin sangat lafaz cerai tak berlaku, mengapa tak mau jelaskannya di pejabat agama?? Mungkin barangkali ada salah faham yang boleh dijernihkan di pejabat agama. Tapi jika masih tak mau ke pejabat agama sukarlah yang keruh itu dijernihkan...Tak gitu???

Perlu Ke Pakai Jam Tangan??


Pagi tadi ketika bergegas hantar anak perempuan JR ke sekolah tiba-tiba dia bertanya, "Awat abah tak suka pakai jam tangan??"

Ketika tu baru teringat memang JR dah empat tahun tak pakai jam tangan. Pernah satu masa ada tujuh jam tangan, macam-macam jenis termasuk rolex tiruan!!! Masa tu selalu tukar jam tangan, biasanya pakai jam tangan ikut warna baju....


Tapi sekarang dah empat tahun JR tak pakai jam tangan. Mengapa JR tak pakai jam tangan? Sebab JR tak rasa perlu ada jam tangan!!

Kalau berada di luar rumah dan nak tau pukul berapa, seluk poket tengok henset, kan di situ pun dah boleh tau masanya? Bukan ambil masa lama sangat tengok jam di henset, dua saat saja...Memang jika pakai jam tangan dalam tempoh satu saat dah boleh tau pukul berapa, tengok henset pula ambil masa dua saat...alehhh, cuma beza satu saat saja. Tak banyak beza pun. Dunia tak kiamat pun jika rugi satu saat...

Kalau dalam kereta pula dah ada jam dalam kereta, tak perlu pun tengok jam tangan. Kalau di rumah pula, jam dinding ada di mana-mana, di hall ada jam dinding, di bilik tidur ada jam dinding, di dapur pun ada jam dinding. Cuma di bilik air saja tak ada jam dinding sebab tu kot kadang-kadang mandi terlebih masa!

Sebenarnya tak pakai jam tangan dunia tak kiamat pun, jadi mengapa perlu pakai jam tangan? Malah kadang-kadang rasa nak tergelak pula bila tengok orang pakai jam tangan mahal-mahal. Lagi pun kebanyakan jam tangan zaman sekarang bukan ada aplikasi lain, cuma ada jarum tunjuk jam saja. Tak seperti jam tangan zaman dulu ada alarm, kalkulator dan sebagainya.

Jadi mengapa perlu pakai jam tangan?

Mungkin kerana jam tangan dah jadi sebagai sebahagian dari aksesori, terutamanya lelaki. Ya lah...lelaki (Islam) tak boleh pakai gelang, jadi pakailah saja jam tangan menggantikan gelang.

Atau pakai jam tangan, terutama yang mahal-mahal untuk tayang status sosial?

"Awat abah tak suka pakai jam tangan?' bertanya lagi anak JR ketika sampai di luar pagar sekolah.

Nanti buka blog abah. Di situ ada jawapannya!!

23 September 2012

Aku Cap Ayam & Parti Cap Ayam


JR selalu beritau isteri dan anak-anak, JR jenis manusia yang memang tak kisah menggunakan  "sesuatu yang cap ayam". Biarlah orang pakai jam rolex, pandu kereta Mercedes, guna henset iPhone, HTC, Samsung Galaxy Note, Blackberry dan lain-lain, bila bersenam pula pakai kasut Nike, Adidas, Lotto...JR cuma pakai yang biasa-biasa saja; CAP AYAM!!!

Malu...apa nak malu bila pakai barangan cap ayam? Yang malu ialah kita miliki rumah besar hasil duit rasuah, ada kereta besar hasil wang ihsan taukeh Wong kerana dia dapat projek, atau punya bini lawa atas bantuan bomoh Siam...itu yang patut rasa malu.

Kalau yang halal dan suci apa nak dimalukan? Cap ayam pun cap ayamlah.

Bercakap tentang cap ayam ni, tiga hari lepas satu parti baru ditubuhkan oleh budak-budak USM. Nama parti ini sungguh pelik: Parti Cap Ayam! Parti itu adalah parti orang muda...parti yang ditubuhkan oleh student USM untuk pilihanraya kampus yang akan berlangsung pada Selasa ini. 

Inilah dia foto penaja Parti Cap Ayam

See full size image
Parti Cap Ayam: parti berbilang kaum..

Di kampus sekarang ada dua kumpulan mahasiswa yang bertanding dalam pilihanraya kampus: kumpulan Pro-Aspirasi yang pro-BN dan kumpulan Pro-Mahasiswa yang pro-PR. Parti Cap Ayam yang baru ditubuhkan di USM ini pula mengikut kenyataan pemimpin-pemimpoinnya bersikap neutral, mereka tak sokong Pro-Aspirasi dan mereka juga tak sokong Pro-Mahasiswa. Bagi mereka apa yang penting bukan parti atau kumpulan, tapi kualiti, sebab itulah Parti Cap Ayam  menggunakan slogan "Kualiti Bukan Sekadar Nama".

Tengoklah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Parti Cap Ayam ini. 



Apa yang menarik perhatian JR mengenai Parti Cap Ayam ini ialah namanya yang unik dan slogan perjuangannya. Slogan perjuangan Parti Cap Ayam ialah "Kualiti Bukan Sekadar Nama". Slogan itu mengingatkan JR kepada satu rancangan realiti TV3 yang sudah masuk tahun kedua "Vokal Bukan Sekadar Rupa". 

Tapi Parti Cap Ayam ni cuma bertanding dalam pilihanraya kampus. Dalam pilihanraya umum ke-13 nanti Parti Cap Ayam tak boleh bertanding kerana ia perlu didaftarkan dengan Suruhanjaya Pilihanraya. Kalau Parti Cap Ayam bertanding dalam pilihanraya umum nanti tentu senario politik kita bertambah meriah. Sekurang-kurangnya mereka yang dah muak dengan paluan gendang kosong BN dan PR boleh memilih satu parti nuetral di tengah-tengah  dua kumpulan parti itu....