»

31 August 2012

Kantoi Malam Sabtu: Cerita Kak Ros Dan Pelajar Tahfiz



Foto di bawah mengikut sumber asalnya diambil semalam ketika Datuk Noh Omar, Menteri Pertanian mengadakan rumah terbuka di Dewan PKNS, Kelana Jaya. Biasalah, bila Menteri buat rumah terbuka, semua VVIP akan dijemputnya termasuk PM, Menteri dan rakan-rakan politik dan bisnesnya. Turut diundang ialah sekumpulan pelajar Tahfiz.


Kak Rosmah Mansor juga dijemput, seperti biasa dia datang dengan gaya rambut kembangnya yang sudah terkenal 1Malaysia itu. Dan sebagai isteri PM yang sentiasa ramah dan berhemah dia bersalaman dengan ramai orang termasuk dengan pak menteri dan lelaki-lelaki lain yang bukan muhrimnya. Biasalah..Bila melihat kumpulan pelajar tahfiz itu Kak Ros yang ramah menegur mereka dengan penuh santun sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam.

Tapi...



Lihatlah pelajar-pelajar tahfiz itu....Rona serba salah terpancar di wajah mereka. Nak sambut ke tidak tangan auntie kita tu?? Tak sambut nanti ada yang berkecil hati, nanti ada yang kata tak hormat orang tua. Nak sambut pula nanti orang kata sia-sia saja mengaji agama tapi tak paham agama. Kalau orang tua tak paham agama tak apa juga, tapi orang muda tak paham agama, peliknya...

Kalau korang menjadi pelajar-pelajar tahfiz ni apa korang nak buat??

Pompuan Punya Pasai Masa Depan Berkecai


Selalu JR dengar kata-kata ini: ramai pemimpin dunia yang jatuh kerana pompuan. Ada pemimpin yang jatuh kerana kaki pompuan. Yang terbaru seingat JR ialah Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi yang terpaksa meletak jawatan kerana skandal seksnya. Bekas presiden Sukarno dari Indonesia juga jatuh antaranya kerana dia kaki pompuan.

Tapi ada juga yang jatuh kerana terlalu percaya kepada nasihat pompuan yang dekat dengan mereka, termasuk isteri sendiri. Yang terbaru ialah bekas presiden Mesir dan bekas presiden Tunisia yang diturunkan oleh pemberontakan rakyat kerana mereka terlalu percaya dengan nasihat tak guna isteri masing-masing. Kejadian yang sama sebelum itu berlaku kepada presiden Filipina (Marcos) yang terpaksa berundur kerana isterinya Imelda. Banyak lagi contoh mereka yang jatuh kerana pompuan.

Dan ini cerita bola di Malaysia pula...Dua orang pemain Terengganu kabarnya terpaksa kena tendang dari skuad Terengganu...segalanya kerana pompuan!! Nampaknya lepas ni mereka tak boleh main bola lagi lah, terpaksalah cari kerja lain, jadi peraih ikan di pasar Kuala Terengganu ke, atau jadi nelayan pantai ke atau kerana mereka bekas pemain bola boleh jadi tukang kasut membaiki kasut bola....

Dua Pemain Penyu Dihukum Bawa Perempuan Balik Hotel



MUSLIM (kanan) tidak mendapat simpati Butler ekoran masalah disiplin.

DUA pemain Terengganu, Ismail Faruqi dan Muslim Ahmad perlu melupakan hasrat mereka untuk meneruskan kempen Piala Malaysia musim ini bersama skuad Penyu ekoran masalah disiplin.

Ia selepas kedua-dua pemain didapati melanggar peraturan dan pulang ke bilik penginapan kira-kira pukul 3 pagi beberapa jam sebelum bertemu Kedah di Stadium Darul Aman, Selasa lalu.

Jurulatihnya, Peter James Butler ketika dihubungi mengesahkan bahawa kedua-dua pemain itu tidak akan bermain kerana kecewa dengan kegagalan kedua-dua mereka mengikut peraturan yang ditetapkan.
“Saya tegaskan, Ismail dan Muslim tidak akan bermain untuk saya lagi. Balik pukul 3 pagi dan bawa gadis ke hotel. Ia benar-benar tidak boleh diterima,” katanya ketika dihubungi semalam.
Menurut Butler, perbuatan itu menunjukkan kedua-dua pemain tersebut tidak menghormati beliau, pasukan, pihak pengurusan serta seluruh rakyat Terengganu.
“Jika tiada sebarang keajaiban, mereka tidak akan bermain untuk saya lagi. 
“Saya memerlukan pemain yang berdisiplin dan komited dengan pasukan,” katanya.
Menurut Butler, dari segi pasukan, kedua-dua pemain itu tidak akan dibenar bermain selagi beliau menjadi jurulatih Terengganu tetapi bagi pihak pengurusan, ia belum diputuskan lagi.

Jelasnya, beliau akan berbincang dengan pihak pengurusan mengenai tindakan yang perlu diambil terhadap kedua-dua pemain itu.

Dalam pada itu, menurut Butler, ketiadaan kedua-dua pemain itu tidak akan meninggalkan kesan besar kepada Terengganu untuk mengharungi kempen Piala Malaysia musim ini kerana mereka mempunyai ramai pemain muda yang berbakat.
“Erison Da Silva seorang pemain pertahanan yang hebat dan persembahan Joseph Kalang Tie juga sering kali tidak mengecewakan. 
“Selain itu, kami mempunyai pemain Piala Presiden seperti Muhd. Fakhrurazi Musa yang boleh dipanggil apabila diperlukan,” katanya.
Jelasnya, kekalahan tipis 1-2 ketika bertemu Kedah di Alor Setar, Selasa lalu tidak akan melunturkan semangat pasukannya dan yakin Terengganu akan kembali memberi saingan.

“Saya bimbang kerana pemain kita yang sepatutnya boleh bermain dengan baik gagal mempamerkan aksi sebenar kerana tidak mendapat rehat yang cukup.

“Tetapi kita akan bangkit bermula dengan kemenangan ke atas Kedah, Sabtu ini,” katanya. (Sumber: Kosmo)

30 August 2012

Merdeka..Merdeka, Rumah Buruk Tinggal Rangka


Esok 31 Ogos 2012. Bermakna dah 55 tahun rupanya negaraku merdeka. 55 tahun merdeka banyak perubahan yang dicapai, walaupun tak sepantas perubahan di negara jiran Singapura, Hongkong, Korea atau Jepun tapi sekurang-kurangnya Malaysia lebih maju dari Papua, Myanmar, Bangladesh, Sudan, Somalia dan Kongo. 

Entah mengapa bila saja menjelang ulang tahun merdeka setiap tahun, JR akan teringat wajah Cikgu Ahmad CL yang pernah mengajar JR di sebuah sekolah menengah di Penang  dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 dulu.

Cikgu Ahmad CL adalah seorang guru yang paling kacak di sekolah kami ketika  itu. Dengan kulit putih kemerahan ala mat salih, hidung mancung dan rambut ikal berjambul, dia adalah guru yang paling popular di kalangan murid-murid perempuan. Maklumlah cikgu hensem, murid-murid perempuan yang baru menempuhi fasa awal kegedikan seorang gadis sentiasa mencari jalan untuk mencelah bila sahaja dia mengajar subjek Bahasa Melayu.

Tapi yang menyebabkan JR sentiasa ingat tentang Cikgu Ahmad CL bila menjelang ulang tahun merdeka bukan tentang kekacakannya, tapi ialah  semangat patriotismenya yang sungguh tinggi. Seminggu sebelum 31 Ogos setiap tahun, pada setiap hari bila sahaja tiba subjek Bahasa Melayu dia akan membacakan sebuah puisi merdeka yang sangat menarik perhatian kami. Dengan wajah hensemnya, dengan suara garau ala-Jamal Abdillahnya, setiap hari menjelang 31 Ogos dia akan mengulangi bait-bait puisi yang sama. Kerana selalu sangat diulang-ulang puisi itu setiap hari menjelang merdeka, hampir satu kelas turut menghafal puisi pendek merdeka yang dideklamasinya di depan kelas itu:

Merdeka..merdeka..
Rumah buruk tinggal rangka
Yang kaya semakin kaya
Yang miskin papa kedana...
Merdeka..merdeka
Rumah buruk tinggal rangka!!

Walaupun dah puluhan tahun berlalu, tapi cara Cikgu Ahmad CL mendeklamasikan puisi merdekanya itu masih JR ingati, seperti ingatnya JR tentang bait-bait puisinya. Suara garau jantannya bergema memenuhi kelas sambil tangannya menggawang ke udara terutama bila tiba bait, "Rumah buruk tinggal rangka!!"

Bila beraya ke rumah kakak di Baling baru-baru ini, JR sengaja melalui jalan lama dan rupanya 'rumah buruk tinggal rangka' seperti dalam bait puisi Cikgu Ahmad CL masih wujud lagi di negara ini. Malah bila JR pulang ke kampung JR di Penang - salah sebuah negeri termaju di Malaysia - juga masih ada 'rumah buruk tinggal rangka'. 


Mengapa masih wujud 'rumah buruk tinggal rangka' di negara yang telah 55 tahun merdeka ini entahlah. Mungkin sudah begitu nasib sebahagian rakyat di negara merdeka yang terpaksa tinggal di 'rumah buruk tinggal rangka'?? Atau ada pihak yang terlupa menepati janji???

Salam hari merdeka ke-55. Semoga semua janji ditepati....

29 August 2012

Malang Penggali Kubur Tergali Kubur Sendiri


Kata orang malang tak berbau. Kata orang juga jodoh dan maut di tangan Tuhan. Kalau Allah dah kata jadi, maka jadilah sesuatu itu..kun fayakun. Bila Dia kata ajal pemain bola adalah di atas padang bola, bila Dia kata ajal pemelihara ular adalah di tangan ular kesayangannya, bila Dia kata ajal penggali kubur adalah dalam kubur yang digalinya sendiri, tiada lagi yang boleh dilakukan bagi mengelakkan takdir yang telah ditentukanNya:

Penggali kubur maut tertimbus liang lahad di Mentakab
M.FEISAL NORAWI
28 Ogos 2012
Penduduk kampung memenuhi kawasan sekitar kubur Kampung Penak.
Penduduk kampung memenuhi kawasan sekitar kubur Kampung Penak.
Penduduk kampung melihat kubur milik Minah Ishak yang runtuh ketika digali di Kampung Penak, semalam
Penduduk kampung melihat kubur milik Minah Ishak yang runtuh ketika digali di Kampung Penak, semalam.
MENTAKAB – Seorang penggali kubur menemui ajal dalam liang lahad apabila dihempap ketulan tanah besar ketika sedang menggali kubur milik seorang warga emas dalam kejadian di Kampung Penak, pagi semalam.

Mangsa, Mohd Zailan Hamid, 46, dipercayai mati akibat patah tengkuk dan kecederaan teruk di kepala selepas tertimbus hampir keseluruhan badan ketika melakukan kerja akhir menyiapkan liang lahad milik Minah Ishak, 76, yang mati sakit tua lepas Subuh semalam.

Kejadian berlaku ketika Zailan bersama seorang lagi rakannya Mohd Nasir Musa, 40, berada dalam kubur terbabit untuk melakukan kerja-kerja akhir pada liang lahad kira-kira jam 10.15 pagi.

Menurut seorang lagi penduduk kampung, Nizri Bakar, 57, dia melihat Zailan dan Mohd Musa menyiapkan bahagian akhir liang lahad sebelum secara tiba-tiba ketulan tanah besar jatuh di atas badan Zailan dan menimbus keseluruhan badannya.

“Saya sedang bercangkung tepi kubur, tiba-tiba satu ketulan tanah menghempap Zailan yang sedang baring dalam liang lahad, Zailan terkambus lebih setengah meter, hanya kaki kanan dia yang terjulur keluar. Masa itu saya menjerit memanggil rakan-rakan lain yang sedang berehat minum di kawasan kubur supaya mengeluarkan Zailan.

“Kami gali beramai-ramai dengan tangan, takut nak guna cangkul sebab kepala dan badannya tertimbus dalam tanah,” katanya.

Sementara itu seorang lagi penduduk kampung Abdul Halim Musa, 43, berkata, dia dan penduduk kampung mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan kepala mangsa yang tertimbus.

“Masa gali saya nampak ada banyak darah pada kepala Zailan, ketika itulah saya dapat lihat arwah alami cedera teruk di kepala, tengkuk dan tulang pipi arwah patah. Kami angkat Zailan ke atas, tidak berapa lama kemudian dia menghembuskan nafas terakhir di sisi penduduk kampung,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Zundin Mahmood mengesahkan kejadian.

Menurutnya, mayat Zailan telah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) untuk bedah siasat.
(Sinar Harian 29 Ogos 2012)
Al-fatihah untuk Allayarham Zailan. Semoga rohnya ditempatkan Allah di kalangan mereka yang beriman. Dan semoga kematian tragis secara tertimbus itu melayakkan beliau dimasukkan Allah dalam kategori mereka yang mati syahid: 
“Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)


28 August 2012

Jamuan Raya Dan Kari Daging Kucing Campur Cili


Cepatnya masa berlalu kan? Tiba-tiba saja dah masuk hari ke-10 Syawal. Kebanyakan anak kota yang beraya di kampung telah pulang semula ke rumah masing-masing di kota. Jika minggu lepas ramai yang bercerita tentang kemeriahan beraya di kampung masing-masing, kini giliran ramai orang bercerita tentang jamuan raya pula. Boleh dikatakan setiap Syawal semua jabatan kerajaan mengadakan jamuan raya untuk staf dan tetamu jemputan mereka. Bukan saja jabatan, setiap bahagian dan unit berlumba-lumba mengadakan jamuan raya masing-masing. Di agensi swasta juga begitu, hari-hari ada saja yang mengadakan jamuan raya masing-masing. Yang rajin bertandang ke jamuan raya, memang sebulan ni berat badan boleh naik 10 kilo kerana banyak sangat lemak, kalori dan kolestrol yang dicampak masuk ke perut yang dah jadi macam telaga buruk!!

Dah le di pejabat banyak jamuan raya, bila balik ke rumah ada lagi jamuan raya, itu yang perut tak tahan tu. Jika minggu pertama kebanyakan orang balik kampung, masuk minggu kedua, ketiga dan keempat pula masing-masing pula sibuk buat rumah terbuka di rumah masing-masing terutama di hujung minggu. Kerana waktu siang hari Sabtu dan Ahad ramai sangat orang buat rumah terbuka, ada pula yang buat rumah terbuka di waktu malam.

Di jamuan raya dan rumah terbuka ni banyak masakan enak-enak kita jumpa, selalunya masakan yang popular di sesuatu negeri. Kadang-kadang ada masakan unik yang menarik perhatian ramai. Tahun lepas ada seorang dalam komuniti JR buat daging kambing panggang yang keenakannya sukar dilupakan. Ada pula yang masak daging unta, juga daging arnab. 
Yang JR belum pernah dengar orang masak daging zirafah, agaknya jika rendang daging zirafah mungkin juga sedap juga di makan di musim Syawal ini ye tak??

Apa pun, asalkan masakan dari daging yang halal semua tetamu pasti akan tersenyum sambil mengurut perut boyot masing-masing.... 

Dalam makan-makan kedarah mengikut nafsu di musim Syawal  ni, semalam JR terbaca tentang satu menu masakan paling unik yang digemari oleh beberapa kaum pendatang di negara ini: kari daging kucing campur cili. Bagi yang nak ke jamuan raya dan akan mengadap rendang daging atau ayam sekejap lagi, artikel di bawah ini sangat tak sesuai dibaca:


Bicara Isnin Sinar: Enak makan kari daging kucing?
SUHARNE ZAINUDIN & ANITA ABU HASAN
27 Ogos 2012
Jimmy , pemuda berasal dari Myanmar.
Jimmy pemuda berasal dari Myanmar: "kucing memang enak dimakan"
"DAGING kucing memang enak dimakan, malah  lebih lazat  apabila dimasak kari,” kata Jimmy, pemuda berasal dari Myanmar.

Hari berkenaan, kami berkunjung ke rumah sewa Jimmy di Perak  selepas mendapat maklumat pemuda tersebut dan rakan-rakan serumahnya adalah penggemar daging kucing.

Tetapi sayang, kerana ketika kami datang, hanya Jimmy berada di rumah manakala rakan-rakannya yang lain pergi ke kuil di Ipoh dan Jimmy tidak tahu waktu mereka pulang.

“Daging kucing yang dimasak kari sangat enak dicampur cili supaya lebih pedas,” ujar Jimmy.  Aduhai, tekak kami yang haus  kerana berpuasa serta-merta bertukar loya tatkala membayangkan pemuda tersebut  mengunyah daging  haiwan itu.

Lalu kami tanyakan kepadanya, tidak kasihankah  memakan haiwan comel itu? Jawabnya, sudah menjadi kebiasaan orang Myanmar menjadikan kucing sebagai lauk.

Kucing menjadi makanan biasa  oleh penduduk kampungnya  di Yangon, sama seperti  arnab,  anjing dan kura-kura.

“Jika di kampung saya, kucing menjadi lauk kebiasaan. Malah  dagingnya selalu  dimasak menjadi  hidangan lazat  di dalam  majlis keraian. Kami akan  berkumpul beramai-ramai  dan menikmati daging kucing,” ujarnya sambil menyifatkan bukanlah perasaan pelik  ketika memakan daging kucing.

Menurut Jimmy lagi, daging kucing sama enak seperti  arnab  dan hanya  dimakan oleh orang lelaki kerana dipercayai untuk kekuatan tenaga dalaman. Manakala, golongan wanita tidak memakan daging kucing.

“Rakan-rakan serumah kamu makan kucing??” tanya kami lagi.

“Ya. Rakan-rakan serumah saya juga menggemari daging kucing. Mereka selalu membawa daging kucing balik ke rumah untuk dibuat lauk yang enak,” ujar Jimmy . Lagi sekali, tekak kami menjadi ‘kembang’.

“Mereka beli kucing itu?” kami memancing satu persoalan.

“Oh, tidak,” jawab Jimmy.  
(Sinar Harian 27 Ogos 2012)
Catatan: Beberapa tahun lepas JR kehilangan seekor kucing yang kami sekeluarga sangat menyayanginya. Sebelum itu ada beberapa jiran juga kehilangan kucing mereka. Sehingga kini JR  tidak tahu ke mana kucing itu dan juga kucing-kucing jiran JR itu menghilang. Adakah binatang comel itu sudah 'selamat' di dalam kuali dijadikan kari masak cili??

26 August 2012

Selamat Berehat Duhai Perut


Dok tak dok (loghat Utara yang bermaksud tanpa disedari..) dah 8 hari kita berada dalam bulan Syawal. Bagi yang berpuasa sunat enam berturut-turut sejak 2 Syawal, hari ini mereka dah 'menyambut raya'. 
JR pula baru hari ni nak memulakan puasa sunat Syawal. Menjadi kelaziman JR setiap tahun memulakan puasa sunat Syawal pada minggu kedua Syawal, kerana minggu pertama banyak sangat berziarah ke rumah saudara mara hingga sukar untuk menolak merasa hidangan yang pelbagai itu. Biasanya JR berpuasa berselang hari, hari Jumaat dan Sabtu pula tak berpuasa...

Selama seminggu Syawal ini JR tak pasti berapa kilo lemak yang telah berjaya dikumpulkan dalam badan hasil kemasukan lemang, ketupat, nasi beriani, mi, laksa, bihun, kuih muih dan pelbagai lagi makanan berasaskan  kolestrol. Yang pasti dalam seminggu ni rasa badan letih semacam, pernafasan kurang selesa dan kadang-kadang perut yang sendat meragam, mungkin tanda protes kerana ia dizalimi dengan pelbagai benda yang disumbat tanpa rasa belas kasihan. 

Tapi hari ni duhai perut engkau boleh berehat seketika kerana tuanmu berpuasa enam. Tiada makanan yang akan menceroboh masuk ruang kamarmu hingga ke waktu maghrib. Selamat berehat duhai perut..

Kepada korang yang dah menyempurnakan puasa sunat enam, alhamdulillah...Kepada yang belum boleh memulakannya selepas ini. Puasa sunat enam bukan saja baik untuk kesihatan, tapi sangat dianjurkan oleh agama kita:

1) "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( hadis sahih riwayat Imam Muslim). 

2) “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya” (hadis riwayat Imam al-Tabrani)

24 August 2012

Sanggup Potong Kemaluan Demi Bola


Tak ada benda lain lagi ke nak di potong di Syawal Mubarak ini? Potong rambut ke, potong kuku ke, potong lemang, potong ketupat, potong dodol, banyak lagi benda boleh dipotong, tapi mengapa mamat ni memilih nak potong kemaluannya sendiri? 

Tak kan kerana sebiji bola yang beratnya tak sampai satu kilo tu dia sanggup potong kemaluan, tak cerdik sungguh!! Kalau pun marah kepada pasukan bolasepak Kedah yang asyik kalah aje tu, janganlah sampai bernazar pelik-pelik sampai nak potong kemaluan. Kalau anak berderet macam JR tak apa juga, potong kemaluan masih ada anak menyambung zuriat, tapi buat belum kawin kan ke naya...alamat tak ada zuriat le sampai kiamat...Tak cerdik sungguh si-mamat tu!!!

Itulah cerita mamat dari Kedah (betul ke dia ni orang Kedah?) yang menggelar dirinya Jat Raindy yang buat cabaran dalam facebook untuk memotong kemaluannya jika pasukan bolasepak Kedah berjaya di dalam saingan Piala Malaysia.

http://speakerpecah.blogspot.com

(Sumber: speakerpecah.blogspot)



Asalkan mamat bernama Jat ni tak jadi macam Johari Pain dah le. Johari Pain pernah mencabar dalam facebook untuk memotong kemaluannya jika atlet terjun negara, Pandalela Rinong berjaya memperoleh pingat dalam sukan  Olimpik 2012 di London baru-baru ni. Johari menulis perkara tu beberapa jam sebelum Pandelela bersaing dalam peringkat akhir acara 10 meter Platform Wanita, tapi bila Pandalela berjaya memperoleh pingat gangsa untuk Malaysia Johari Pain tak pula berani mengotakan janjinya untuk potong kemaluannya tapi memohon maaf kepada semua peminat sukan tanah air atas keceluparan mulutnya. Tau pula dia takut!!

Kalaulah Johari Pain berani mengotakan janjinya untuk memotong kemaluannya, pasti ramai rakyat Malaysia termasuk JR yang sanggup jadi tok mudim untuk buat kerja yang sangat mengujakan itu. Lepas kena potong  barulah mungkin dia tau pain atau tak pain, sakit atau tak sakit daging 20 gram nya tu disembelih dengan parang tumpul.... 

Dan sekarang sorang lagi pengikut Johari Pain muncul di Kedah. JR juga tak yakin Kedah akan pergi jauh dalam saingan Piala Malaysia, tapi jika tiba-tiba terjadi sesuatu yang upset dan Kedah berjaya membuktikan siapa mereka yang sebenar, beranikah Jat mengotakan janjinya? Atau dia akan jadi seperti Johari Pain yang telah membuktikan kebaculannya itu??

Apa pun salam Eidul Fitri hari keenam buat semua. Sapa yang kukunya panjang, bolehlah potong lepas ni. Sapa yang rambutnya dah mengurai macam mat rock boleh juga potong di mana patut. Atau jika masih ada lemang yang nak dipotong, boleh juga dipotong. Yang penting jangan potong kemaluan, nanti tak ada pompuan yang sudi buat suami, kerana daging anugerah Allah yang tak sebesar mana tu bukan ada jual di gerai daging atau di kedai spare part, kalau dah dipotong habislah...

22 August 2012

Salam Eidul Fitr Yang Terlewat


Assalamualkum  
       dan
Salam Eidul Fitri yang..yang..yang sangat-sangat terlewat!

Terlebih dahulu JR merakamkan jutaan terima kasih kepada korang yang masih terbuka hati untuk menyelak, membuka dan menerjah blog JR yang dah lama sangat tak diupdate ni.

Entri terakhir JR ialah pada 5 Ogos. Hari ni 22 Ogos, dah masuk hari raya keempat. Maknanya dah 17 hari JR tinggalkan blog ni, tak masukkan entri, patutlah nampak ia seperti berjerebu dan berabuk...korang perasan tak?

Rasanya tak perlu JR jelaskan mengapa begitu lama JR tinggalkan blog ni sampai berjerebu dan berabuk. Kecualilah ada yang hantar show cause letter minta JR jelaskan...

Apapun, biar pun terlewat, JR nak ucapkan salam Eidul Fitr yang terindah kepada korang yang sudi menjejaki blog ini. 
Hari ni JR tak ke mana-mana...melepak di rumah aje. Tiga hari lepas puas JR dan keluarga  bergerak ke serata penjuru Kedah hingga ke Pulau Pinang berhari raya, hari ni nak berehat saja di rumah. Perut pun dah rasa berat macam batu kerana semua yang bernama juadah tanpa segan silu dah masuk perut. Hari ni kalau boleh nak santaikan sikit perut dengan makanan ringan-ringan aje. Lagi pun hari ni Tuanku Permaisuri dah mula kerja, tak adalah lagi suara merengek ajak bertandang ke situ dan ke sini...

Bagaimana dengan korang? Banyak jemputan open house tak? Harap berwaspada, kasihanilah perut yang diasak dengan pelbagai muatan yang membebankan sepanjang Syawal.

Ada yang dah mula berpuasa enam? Ramai yang dah tiga hari berpuasa enam, jadi cuma tinggal tiga hari lagi aje nak habiskan puasa. JR belum lagi memulakan puasa enam, mungkin minggu depan baru nak mula puasa, insyaallah..

Sekali lagi salam Eidul Fitri yang terlewat....

05 August 2012

Rindu Tak Dengan I???i

Salam Ramadan yang ke-16.
Soalan cepumas sempena Ramadan ke-16: Rindu tak dengan I? Soalan gedik kan??

Sebenarnya dah 10 hari JR tak bersiaran di blog ni, ada sesiapa perasan tak? Pasti ramai yang tak perasan dah 10 hari JR tak menulis, kerana pastinya tak ada sesiapa di dunia ini yang merindui entri JR yang kerapkali entah apa-apa ni...

Pasti juga tak ada sesiapa yang ingin tahu mengapa dah lama JR tak menulis. Oleh itu JR tak perlu beri sebab mengapa tinggalkan blog ni sampai dah berabuk. Apapun dalam masa 10 hari ni banyak juga peristiwa yang berlaku kepada JR:

i) JR sakit perut diikuti demam dan rasa 'tak sedap badan' selama empat hari. Dalam tempoh itu memang tekak rasa sangat tak berselera untuk makan sama ada ketika berbuka dan ketika bersahur (biasanya sahur cuma minum air kosong kerana tekak rasa meloya)

ii) Dalam keadaan badan kurang sihat puasa masih diteruskan. Ubat yang diberi doktor untuk makan 3 kali sehari cuma makan 2 kali sehari untuk disesuaikan dengan waktu puasa.

iii) Dalam keadaan badan tak sihat dan lemah itu JR ponteng terawih selama 2 malam.Tapi bila badan dah rasa OK sikit, terus sambung terawih 20 rakaat seperti biasa.

iv) Selama Ramadan ini selera JR untuk makan nasi tertutup langsung sama ada ketika berbuka atau sahur. Selama 14 hari tak makan nasi langsung. Tapi semalam (hari ke-15 puasa), tiba-tiba perut rasa begitu teringin nak makan nasi!! Dan sebaik saja berbuka lepas kena tiga ulas buah tamar, JR langsung ambik nasi. Biasanya sebelum ini lepas makan sedikit tamar dan minum JR akan solat maghrib dulu dan lepas solat baru makan apa-apa makanan ringan yang ada, tapi malam tadi JR tukar aturcara: ambik tamar, makan sepinggan nasi dan lepas itu baru solat maghrib. 
Semoga malam ini dan berikutnya nafsu untuk makan nasi akan kembali terbuka....

Korang bagaimana? Ramadan memang bulan penuh dugaan dan hanya mereka yang tabah akan menjalani perjuangan ini dengan kemenangan di penghujungnya...