»

30 June 2012

Pompuan Macam Ni Pun Masih Ada Di Dunia Ni?

 

Ramai orang kata perempuan punya satu akal dan sembilan nafsu. Lelaki pula kononnya satu nafsu dan sembilan akal. Dari mana asalnya kata-kata itu tak taulah. JR pernah tanya seorang ustaz, dia kata tak pernah ada hadis mau pun dalam al-Quran yang menyebut hal ini.

Cuma perempuan lebih bernafsu dalam beberapa hal seperti berpakaian dengan fesyen terkini, elegan dan suka mempamerkan barang perhiasan adalah perkara biasa. Malangnya kerana ada perempuan yang seperti itu, ia turut menjejaskan nama baik suami mereka. Ramai pemimpin dunia yang jatuh kerana lagak isterinya. Salah satu punca kejatuhan Hosni Mubarak, presiden Mesir sebelum ini ialah kerana lagak isterinya Suzanne. Begitu juga kejatuhan presiden Tunisia tahun lepas adalah kerana lagak isterinya. Di Asia Tenggara pula kejatuhan presiden Marcos Filipina dikaitkan dengan perangai hodoh isterinya Imelda, manakala presiden Suharto di Indonesia juga serupa, dia jatuh kerana lagak keterlaluan isterinya Ibu Tien.

Mengapa para isteri pemimpin selalu berlagak keterlaluan? Adakah kerana mereka digelar di negaranya sebagai "Wanita Pertama" (First Lady) mereka mahu menunjukkan merekalah yang "pertama" dalam banyak hal?

Di Malaysia? Tak mau komen...ia kes sensitif...Rasanya isteri PM kita tak macam tu kot (ehem..ehem...)

Tapi yang paling pelik ialah isteri Presiden Mesir yang baru memenangi pilihanraya negara itu baru-baru ini, Naglaa Ali Mahmoud:


KAHERAH - Isteri Presiden Mesir, Naglaa Ali Mahmoud enggan digelar 'wanita pertama Mesir' sebaliknya lebih selesa dipanggil Ummu Ahmed bermaksud ibu kepada Ahmed iaitu anak lelaki sulung pasangan itu.

Naglaa

Wujud perbezaan di antara Naglaa dan isteri bekas presiden terdahulu, Suzanne Mubarak yang disifatkan sebagai elegan, berpendidikan tinggi dan dari keluarga Britain tetapi dikritik kerana memiliki sifat pentingkan diri, melampau dan suka menguasai  orang lain.

Sebaliknya, Naglaa adalah wanita Islam konservatif yang memakai hijab dan tidak pernah menjejakkan kaki ke universiti ataupun kolej. Pengkritik menyifatkan gayanya sebagai lambang kepada kestabilan pimpinan Islam konservatif di  Mesir.

Manakala penyokong suaminya berkata, tingkah laku sederhana dan latar belakang wanita itu membangkitkan semangat revolusi dalam demokrasi dan disenangi rakyat.

"Saya hanya mahu dipanggil isteri presiden. Siapa kata isteri presiden adalah 'wanita pertama?'," katanya. (SH)

Rupanya ada juga isteri pemimpin negara yang macam ni: bersifat sederhana dan tak mau digelar "Wanita Pertama". Ingatkan semua mereka macam yang lain-lain tu...

JR: Sampai sekarang masih konpius sapa "Wanita Pertama" Malaysia. Masa dulu DYMM Raja Permaisuri Agong digelar "Wanita Pertama", tapi sekarang isteri PM pula dipanggil "Wanita Pertama". Konpius sungguh!!

Berita Baik: Tom Cruise Dah Sah Bercerai


Berita baik untuk peminat Tom Cruise: aktor kacak Hollywood itu dah bercerai!
Jadi kepada sesiapa yang ada angan-angan nak menjadikan diri sebagai girl friend TC bolehlah buat permohonan kepadanya melalui Facebook atau Twitter.

Daily Mail melaporkan, Katie Holmes telah menfailkan cerai terhadap suaminya melalui peguamnya Jonathan Wolfe.
Ditanya mengenai punca keretakan rumah tangga pasangan itu, Wolfe memberitahu majalah People masalah yang dihadapi pasangan itu sangat peribadi.
"Baik Holmes mahupun Cruise masalah yang berlaku sangat peribadi," ujarnya.
Wolfe memberitahu, anak pasangan itu iaitu Suri akan berada di bawah pengawasan Holmes buat masa ini.
Pasangan itu berkahwin pada tahun 2008 dan akan menjadi penceraian ketiga bagi Cruise selepas gagal mempertahankan rumah tangganya dengan pelakon Nicole Kidman dan Mimi Rogers.


Bagi mereka yang dah berkahwin, diharap dapat mengekalkan perkahwinan sampai ke akhir hayat. Janganlah jadi seperti sebahagian aktor Hollywood, Bollywood atau Malsiawood yang sering kawin cerai. Kesian kat anak-anak...

Makan Kentut Boleh Ubati Darah Tinggi


Jika korang ingat tajuk entri ni cuma satu jenaka, ia sama sekali salah. Ia bukan satu jenaka, ia memang serius. Jika korang, saudara mara korang atau kenalan korang ada penyakit darah tinggi, cubalah makan kentut, kerana ia dapat menurunkan tekanan darah!!



Sebenarnya kentut merupakan satu tindak balas sistem badan yang menandakan seseorang itu masih sihat. Kentut menandakan sistem pencernaan daripada usus hingga anus berjalan dengan normal. Bayangkan jika korang tak buang angin langsung, apa akan jadi, perut pasti membusung seperti perut badak sumbu kan?


Berdasarkan satu kajian Zhongda Hospital di Southeast University, Nanjing, China, hidrogen sulfida yang terkandung dalam kentut memiliki kemampuan untuk membantu menurunkan tekanan darah.   

Sebelum kajian oleh Southeast Universiti, Nanjing ini, kajian oleh John Hopkins University juga telah membuktikan gas hidrogen sulfida dalam kentut sangat  efektif dalam mengawal tekanan darah kepada tikus dalam satu eksperimen yang dijalankan oleh universiti itu. 


Bagaimanapun Prof Yao Yuyu dari Southeast University belum memastikan jumlah kentut yang perlu diambil bagi mengurangkan tekanan darah. "Meskipun pengubatan ini berpotensi untuk dimajukan, tapi menggunakan kentut untuk mengubati tekanan darah tinggi masih perlu diuji lagi bagi menentukan dos nya kepada manusia," kata Prof Yao seperti yang tersiar dalam haohaoreport baru-baru ini.

Bagi korang yang ada business minded, apa lagi tunggu...kumpulkanlah kentut sebanyak mungkin dalam botol, tangki atau apa saja objek bertutup yang boleh menyimpan stok kentut. Jika satu hari nanti klinik swasta berebut-rebut mencari stok kentut untuk diberi kepada pesakitnya, korang bolehlah bekalkannya dengan harga berpatutan....

29 June 2012

Kesian...Samsung Galaxy Tab Diharamkan

Tak demokratik langsung kan? Nama saja kononnya Amerika tu negara demokratik, tapi bila ada produk dari negara lain masuk pelbagai cara dilakukan untuk menghalang kemasukannya. 

Ambik contoh Apple yang mendakwa Samsung Galaxy Tab telah meniru iPad model mereka. Di Malaysia sendiri ramai orang menggunakan telefon pintar dan tablet dari model Samsung ni. Dengan harga Samsung Galaxy Tab yang lebih murah sudah pasti ia menjadi pilihan ramai. Tapi semalam mahkamah Amerika telah membuat keputusan mengharamkan Galaxy Tab di negara itu.

Mengapa jadi begini? Baca di sini:



SAN FRANCISCO -  Sebuah mahkamah Amerika Syarikat (AS) di sini semalam mengharamkan penjualan Samsung Galaxy Tab 10.1 ekoran pertikaian dengan Apple. Apple mendakwa yang Samsung melanggar etika dengan meniru reka bentuk daripada model mereka, iPad.
Samsung tablet dianggap oleh kebanyakan penganalisis sebagai saingan terdekat Apple iPad.
Bagaimanapun pengharaman itu tidak membabitkan Galaxy Tab 10.1 II, edisi terbaru tablet.
Perbicaraan kes dijadualkan bermula di California pada 30 Julai ini.
Apple perlu membayar bon AS$2.6 juta bagi memfailkan injunksi yang dipohon Mei lalu, untuk membayar pampasan jika pengharaman itu difikirkan tidak perlu.
Menurut Hakim Mahkamah Daerah Lucy Koh, walaupun Samsung mempunyai hak untuk bersaing, namun ia tidak ada hak untuk bersaing secara tidak sihat dengan melanggar peraturan produk di pasaran.
(Sumber: sinar harian)

Sebenarnya apa yang JR tau pertikaian di mahkamah antara kedua-dua syarikat itu telah lama berlangsung dan merebak ke beberapa negara. Pada awal Ogos tahun lepas, Samsung menangguhkan pelancaran Galaxy Tab 10.1 di Australia apabila Apple memfailkan tuntutan mahkamah bagi menghalang penjualan produk itu di seluruh dunia.

Di Malaysia bagaimana? Mujurlah di negara kita kedua-dua produk Samsung dan Apple ini dibenarkan dijual dan bersaing. 

Sebenarnya di Malaysia banyak produk yang sama tapi tak serupa. Tengoklah kereta Malaysia model Naza tu, ia berasaskan kereta Peugeot, Kia dan banyak lagi...tapi tak apalah ia dilakukan atas kebenaran syarikat Peugeot dari Perancis dan Kia dari Korea.

Tiba-tiba teringat JR rekabentuk Proton Inspira  dan Mitsubishi Lancer yang sama tapi tak serupa. Lalu timbullah cerita lawak ni:


Sori jika ada ayat mencarut, JR copy jenaka ni dari rakan blogger ni..

Terima Kasih Cik Rose Atas Anugerah Terindah!!


Bagi korang yang selalu mengunjungi blog ni ada perasan tak apa-apa perubahan?
Tak kan tak perasan kot?
Kalau tak perasan, pasti JR kecik hati..
Cik Rose pun pasti kecik hati. Penat-penat, bersusah payah dia mereka cipta header baru untuk JR korang tak perasan pula...

Sebenarnya header di atas yang baru dirasmikan pagi ni adalah ciptaan Cik Rose Cute atau nama penuhnya Cherosliza Che Mat. Dia menghantarnya kepada JR malam tadi tapi pagi ni baru sempat memuatkannya di sini.

Terima kasih Cik Rose...

Terima kasihlah Cik Rose..JR sangat menghargai pemberian ini. JR sendiri bukan arif sangat hal-hal nak memperindahkan blog seperti ini. Nak belajar buat sendiri rasa malas pula, lagi pun kesibukan tugas sering menghalang JR duduk berlama-lamaan di depan laptop. Sebab tu header sebelum ni pakai header pasang siap aje...

JR suka dengan header pemberian Cik Rose ni. Nampak simple tapi menarik. Ia ringkas tapi menawan. Sesungguhnya header pemberian Cik Rose ini adalah anugerah terindah untuk JR. Selain dari anugerah sempena Hari Bapa baru-baru ini dari anak-anak JR, ini adalah satu lagi anugerah terindah untuk JR sepanjang bulan ini. 

Terima kasih Cik  Rose. JR sendiri tak tau bagaimana nak membalas budi baik Cik Rose, selain dari mengucapkan terima kasih:

Terima kasih daun keladi
Hati baik tak terbalas budi

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang Cik Rose dibawa mati

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah 
Budi Cik Rose dikenang juga

Bagi sesiapa yang belum pernah mengunjungi blog Cik Rose boleh melawatnya  di sini...

28 June 2012

Seram Malam Jumaat: Amukan Hantu 'Spirit Of The Coin'

Malam ni malam Jumaat kan? Apa yang paling best pada malam Jumaat? Selain dari berwirid panjang lepas solat maghrib dan baca yasin hingga ke waktu isyak, ramai orang buat kerja tak berfaedah pada malam Jumaat: bercerita tentang kisah hantu! 

Tak tau apa sebabnya mengapa kata orang tua-tua roh-roh jahat selalu muncul di malam Jumaat. Betul ke? Mana ada! Dalam Islam mana ada "roh"  orang mati? Bila dah mati terputuslah hubungan manusia dengan dunia. Jika ada yang kelihatan macam orang yang dah mati tu, itu adalah iblis. Memang kerja iblis suka menyesatkan manusia..

Entah mengapa bila bercakap tentang roh-roh sesat ni, tiba-tiba JR teringat zaman sekolah dulu. Masa tu JR di Tingkatan Enam di sebuah sekolah menengah di Penang. 

Ramai rakan-rakan sekelas JR tinggal di asrama. JR tak tinggal di asrama sebab rumah JR tak jauh sangat dengan sekolah.  Masa itu zaman jahiliyah, tau seronok aje, suka nak explore benda-benda pelik, kononnya nak tunjuk hebat dan terrer. Terlupa pula di zaman jahiliyah tu bermain dengan hantu sangat bahaya dan ia perbuatan khurafat. 

Rakan-rakan di asrama JR inilah yang memperkenalkan sebuah permainan penuh mistik 'spirit of the coin'. Pasti sebahagian besar korang terutama yang dulu tinggal di asrama pernah dengar permainan spirit of the coin ni kan?

Cara nak main permainan sesat ini mudah aje. Pertama kena sediakan wang syiling 20 sen atau 50 sen lama. Maksud lama tu, wang syiling yang dah tak pakai dan laku lagi di zaman ni, contohnya duit syiling zaman mula-mula Malaysia merdeka dulu yang di belakangnya ada gambar Queen Elizabeth. Yang kedua perlu disediakan kertas yang di dalamnya perlu di tulis huruf A hingga Z dan angka 0, 1 hingga 9 untuk memudahkan "roh"  itu mencatatkan jawapan yang ditanya. Kemudian di penjuru kertas ditulis "Yes", "No" dan "Home". Seorang tukang catat diperlukan dalam permainan ini untuk mencatatkan apa yang dikatakan oleh "roh" yang dihubungi.


Biasanya permainan khurafat ini melibatkan 3 hingga 4 orang. Keempat-empatnya meletakkan tangan di atas wang yang diletakkan di dalam ruang bertulis "home". Kemudian ketua kumpulan yang bermain akan menyeru "roh" (sebenarnya iblis) supaya datang: 

“Spirit of the coin, please come to the game... “ bla..bla..bla (dah tak ingat mentera sebenarnya...)

Tak lama selepas dipanggil tiba-tiba wang yang dipegang bersama itu akan bergerak ke arah "Yes" dan lepas itu kita bolehlah berkenalan dengan "roh" (sebenarnya iblis) yang datang itu dengan bertanya namanya, tarikh kematian dan punca kematian. Kebanyakan "roh" yang datang menceritakan punca kematian mereka yang sungguh tragis: kena bunuh, kena langgar, mati lemas, mati bunuh diri dan lain-lain. 

Lepas sesi berkenalan dengan "roh", kita bolehlah tanya macam-macam dengannya. Yang paling pelik semua jawapan (termasuk rahsia diri seseorang) dijawab dengan tepat. Hingga jika ada barang berharga yang hilang pun "roh" ini akan beritau di mana ia sebenarnya berada dan bila dicari memang jumpa balik! Begitulah hebatnya iblis, pandai mereka berbuat baik dengan manusia  bagi memesongkan akidah kita.

Bila dah boring bertanya roh sesat itu, perlu minta izinnya pula untuk menghantarnya pulang. Jika iblis tu bersetuju untuk pulang ia akan berhenti di "Home": 

“Spirit of the coin, please go back to  HOME..”. 

Yang jadi masalahnya ialah bila iblis tu tak mau balik, kenalah pujuk dia sampai dia berhenti di "Home". Syarat permainan ni ialah semua yang main tak boleh angkat jari dari wang syiling hingga si-iblis bergerak ke "Home". Jika ada yang menangkat tangan sebelum ia berhenti di "Home", alamat akan mengamuklah iblis itu.


Dan itulah yang JR nak ceritakan di sini...amukan hantu spirit of the coin berdasarkan pengalaman yang JR lalui sendiri. Kesemua  peristiwa berlaku di sekolah menengah JR di Penang tu:

Suatu hari (JR masih ingat hari Khamis), kira-kira jam 2.30 petang, ketika itu waktu belajar dah habis, tapi masih ramai pelajar yang belum pulang ke rumah. Sebahagainnya menghabiskan kerja sekolah, sebahagian lagi cuma sembang-sembang kosong. Ketika itulah seorang rakan JR mengajak kami bermain spirit of the coin. JR tak pernah bermain dengannya, buang masa aje!! Tapi lepas dicabar banyak kali JR pun main lah juga dengan tiga orang kawan lagi (semuanya lelaki) permainan yang JR ingat 'permainan bodoh' itu.


Bila dah mula main memang rasa seronok pula. Iblis la katakan, memang selalu offer benda-benda seronok aje di peringkat permulaan.


Macam-macam yang kami tanya untuk menguji sejauh mana terrer nya knowledge roh @ iblis tu...memang dia sungguh terrer, semuanya dijawab dengan tepat termasuk nama datuk nenek JR, berapa ekor ayam yang ibu JR bela di reban belakang rumah dan yang paling memalukan bila rakan JR tanya:

"Sapa agaknya pompuan dalam kelas ni yang J suka?".

Lalu duit syiling itu bergerak mengeja nama "Wati"

Lalu pecahlah ketawa rakan-rakan: "Hooooiii Wati, hang tau dak J ni taruh hati kat hang...hang suka dia dak??". Malunya ketika itu bila Wati yang sedang buat kerja rumah membeliakkan matanya dengan "manja" ke arah JR! Pecah rahsia aku!!


Macam-macam yang kami tanya roh sesat itu. Tanya masa depan pun ada, termasuk umur berapa nak kawin, nama bakal isteri dan lain-lain. Cuma satu tak sesiapa berani tanya: tarikh kematiannya!!

Dah hampir sejam bermain, tibalah kami di episod akhir...menghantar roh itu pulang. Tapi puas dipujuk roh itu tetap menjawab "No" "No" dan "No"! Dia tak mau balik, haru sungguh!!


Akhirnya kerana tangan pun dah lenguh, seorang kawan JR menarik tangannya dari syiling yang kami pegang bersama. Syiling itu terjatuh ke lantai dan tanpa sebab pintu kelas yang terbuka luas tiba-tiba tertutup dan berdentum dengan kuat sehingga satu kelas terasa bergegar. Beberapa budak perempuan dalam kelas menjerit dan kami berpandangan dengan rasa separuh terkejut dan separuh takut.

Lepas itu JR pun pulang ke rumah. Esok hari Jumaat, kebetulan Jumaat ada public holiday, hari Sabtu dan Ahad pula cuti sekolah, dapat cuti tiga hari..best...


Dan petang Khamis itu, iba-tiba JR ditimpa satu penyakit misteri: kencing tak mau keluar! Rasa pundi-pundi kencing memang penuh, tapi puas dicuba, air seni itu tak mau juga keluar. Ayah JR menghantar JR ke klinik swasta berhampiran rumah kerana dia mensyaki JR terkena penyakit batu karang..

Tapi ketika buat pemeriksaan di klinik, doktor yang merawat agak hairan kerana hasil ujian tidak menunjukkan ada kristal dalam pundi-pundi kencing. JR juga tak mempunyai tanda-tanda sakit batu karang, malah JR sendiri tak rasa apa-apa sakit pun, kecuali rasa nak kencing tapi tak mau keluar. 

Hingga malam, walaupun lepas makan dua kali ubat yang doktor beri, kencing tak mau keluar juga. Akhirnya kerana ubat doktor masih tak mau jalan, bapa JR membawa JR ke rumah seorang ustaz terkenal di kampung kami sebagai ikhtiar terakhir.

"Hmmm...ada 'benda' ikut ni" kata ustaz Y.

"Benda apa tu ustaz?" tanya bapa JR.

"Ada 'benda' di sekolah ikut budak ni.." jawab ustaz Y. Ketika itu baru JR teringat permainan spirit of the coin di sekolah petang tadi!! Rupanya iblis yang tau mau balik dari permainan itu mengikut JR dan mengunci pundi-pundi kencing sebagai hukuman "mempermainkannya".


"Lain kali jangan bermain dengan iblis, dalam dunia ni ada berbilion manusia, mengapa cari iblis untuk dibuat kawan?" marah ustaz kepada JR.


"Untuk seronok-seronok aje ustaz, bukan apa pun" jawab JR.


"Habis la ni seronok lah...kencing pun tak mau keluar?. Ingat...lain kali jangan mendekati iblis, takut nanti tergelincir akidah, susah jadinya"

"Baik ustaz, saya minta maaf, tak buat lagi nanti..." JR tertunduk kesal sambil menahan rasa kencing yang membuak-buak!!

Lepas ustaz Y membaca beberapa ayat sambil memicit-micit badan JR, tiba-tiba JR terasa badan agak ringan dan rasa kencing seperti tak tertahan lagi...

"Rasa nak kencing? Pergi ke bilik air cepat, semuanya dah OK" kata ustaz sambil menunjuk arah ke bilik air di rumahnya.

JR dengan laju berjalan ke bilik air rumah ustaz. Ketika itu berselisih dengan anak dara ustaz yang tersenyum sinis memerhatikan langkah JR yang tergesa-gesa. Malu.....

Setibanya di bilik air....auuuuuuu...leganya, masalah yang dah tertungak selama berjam-jam akhirnya selesai. Air kencing mengalir keluar dengan lancar!

Setibanya di rumah JR kencing berkali-kali, kerana masih takut iblis itu datang balik dan menyekat saluran kencing lagi. Tapi syukurlah perkara itu tak berulang lagi.

Bila JR ke sekolah pada hari Isnin berikutnya, dua orang kawan JR yang sama-sama bermain spirit of the coin tak hadir ke sekolah. Cuma JR dan seorang lagi rakan yang sama-sama bermain permainan sesat itu saja hadir ke sekolah pada hari itu. Rakan yang hadir menceritakan pada malam itu rumahnya telah diganggu oleh pelbagai peristiwa pelik: meja studinya bergerak, buku atas meja tiba-tiba "berdiri" dan yang paling dahsyat kerusi di sebelah ayahnya duduk tiba-tiba terangkat ke udara. Akhirnya kerana ketakutan ayahnya terpaksa memanggil seorang dukun yang berjaya memujuk iblis laknat itu keluar dari rumah mereka.

Petang itu lepas sekolah, JR dan rakan JR pergi ke rumah dua rakan kami yang tak datang ke sekolah pada hari itu. Rupa-rupanya kedua-duanya demam teruk dan mengalami simptom yang sama: sering meracau. Mujurlah akhirnya selepas beberapa hari kedua-duanya pulih dengan bantuan seorang ustaz.

Sejak kejadian itu kami berempat tidak lagi berani bermain permainan bahaya melibatkan iblis itu. Tapi yang peliknya masih ada rakan di asrama sekolah yang masih bermain sehingga satu peringkat berlaku satu kejadian histeria melibatkan beberapa orang pelajar perempuan. Selepas disiasat barulah diketahui bahawa histeria itu berpunca dari permainan spirit of the coin yang sering dimainkan oleh pelajar-pelajar perempuandi asrama mereka!

Kepada korang yang masih muda-muda dan masih belajar tu, jangan cuba bermain dengan permainan yang membahayakan lagi menyesatkan akidah seperti ini. Sampai sekarang JR menyesal mengapa terikut kawan bermain permainan bodoh itu. 


Betul kata Ustaz Y dalam dunia ni ada berbilion manusia, mengapa mencari iblis untuk dijadikan rakan permainan?

27 June 2012

Final Euro 2012: Italy Vs Portugal?

Bagi kaki-kaki bola pasti tak sabar-sabar menunggu dua slot terakhir yang akan menentukan pasukan yang akan mara ke pusingan akhir Euro 2012. Awal pagi esok Portugal akan bertemu dengan Sepanyol. Awal pagi Jumaat pula Italy akan bertemu Jerman.

Pasukan mana yang korang ramalkan akan bertemu di pusingan akhir Euro 2012: 
Portugal vs Jerman?
Portugal vs Italy?
Sepanyol vs Italy?
Sepanyol vs Jerman?


Ramai yang meramalkan pusingan akhir akan menemukan Sepanyol dan Jerman. JR juga meramalkan begitu. Sejak mula JR yakin Jerman dan Sepanyol akan ke pusingan akhir. Kedua-dua pasukan Sepanyol dan Jerman mempunyai kekuatan seimbang, rekod konsisten  dan ramai pemain terbaik dunia berkampung dalam kedua-dua pasukan.

Tapi kata orang bola itu bulat. Benda bulat tak seperti benda empat segi yang cuma akan jatuh ke satu arah saja. Benda bulat boleh bergolek dan kita tak boleh meramalkan ia akan bergolek ke arah mana. Sebab tu jangan terkejut jika pasukan favourit seperti Jerman dan Sepanyol boleh tewas kepada lawan masing-masing di separuh akhir!!

Pengendali Manchester City, Roberto Mancini juga meramalkan pasukan Italy dan Portugal akan bertemu di peringkat akhir Euro 2012.

"Ramai yang memilih Sepanyol dan Jerman beraksi pada perlawanan akhir. Itu mungkin tidak berlaku kerana saya percaya ada kejutan di separuh akhir nanti. Dalam bolasepak apapun boleh terjadi. Jadi saya fikir Portugal dan Italy akan mara" kata Mancini.

Tapi JR sendiri tak heran sangat jika Mancini pilih Italy ke peringkat akhir Euro 2012. Dia sendiri orang Italy pastilah dia mahu Italy menang ketika menentang Jerman. Kalau tanya pengendali Harimau Malaya, Datuk K.Rajagobal pun dia akan kata Malaysia mampu menewaskan Jerman jika bermain bersungguh-sungguh!!! (Jangan ketawa!!!)

26 June 2012

Pandai Juga Nurul Wahab Berdakwah...

Kadang-kadang malas sangat le JR nak tulis pasal artis-artis kita ni. Bukan pasal apa, kadang-kadang rasa meremang bulu tengkuk bila membaca kisah mereka. Kadang-kadang pula rasa nak telan panadol 4 biji kerana tekak rasa loya satu macam lepas baca perihal kehidupan mereka. Tak nak baca dah bahan bacaan ada depan mata, bacalah jugak...

Tapi bila artis-artis ni dah pandai cakap soal hukum agama, cakap tentang Quran dan hadis, cakap tentang dakwah Nabi Muhammad s.a.w, cakap tentang tanggung jawab sebagai seorang Muslim sedang orang yang bercakap itu sendiri pakai baju macam tak cukup kain, terselak sana terselak sini, hmmm...terpaksalah komen juga... 

Macam berita yang keluar dalam mStar hari ni:


Nurul Wahab Tidak Jahil Ajar Suami Tentang Islam
Nurul Wahab. RAJA FAISAL HISHAN
KUALA LUMPUR: Penyanyi Nurul Wahab menegaskan dia bukanlah manusia yang terlalu jahil tentang agama Islam sehingga tidak mampu untuk membimbing suaminya, Eric Daniel Depp, menjadi Muslim sebenar.
Nurul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab, 35, berkata, walaupun pada luaran penampilannya dilihat moden, namun dia tahu tentang tanggungjawab untuk mendidik suaminya yang berasal dari Perancis itu.
"Jangan ingat luaran saya berimej moden dan saya tidak tahu apa-apa tentang agama yang dianuti. Saya tidak perlu menunjuk atau membuktikan kepada sesiapa kerana ia adalah di antara saya dan Allah sahaja yang mengetahui.
"Lagipun, untuk membimbing seorang mualaf mengenali Islam bukannya boleh dibuat dalam masa sehari. Nabi Muhammad S.A.W pun mengambil masa lama untuk menyebarkan agamanya," katanya yang ditemui pada pelancaran duta produk kecantikan Skinz Infinate di Flora Terrace, di sini, petang Isnin.
Nurul dan Eriq Depp
Nurul diminta mengulas kononnya dia gagal membimbing suaminya yang baru memeluk Islam untuk menjadi seorang Muslim yang mengamalkan ilmu-ilmu agama itu.
Tambah Nurul, dia juga mempunyai cara tersendiri dalam membimbing hal-hal agama terhadap suaminya yang berusia 47 tahun itu dan berharap isu suaminya tidak diberi pendedahan Islam sewajarnya tidak lagi timbul.
"Mujurlah Eriq seorang yang begitu positif dalam memandang kehidupan dan isu-isu sebegini tidak mengecilkan hatinya pun. Setakat ini dia faham dengan amalan harian yang saya lakukan iaitu menunaikan solat lima waktu serta mengaji kitab Al-Quran.
"Kita tidak boleh terlalu memaksa kerana dia juga mempunyai pegangan agama lain sebelum ini, cuma untuk berubah arah semua itu perlu dibuat perlahan-lahan," tegasnya.
(Sumber: mStar)
Bagi JR berkahwin dengan orang yang asalnya bukan Islam adalah satu perjuangan dan cabaran besar. Bukan semua orang boleh melakukannya kerana kita memegang amanah besar dari Allah untuk membimbing pasangan kita mengamalkan ajaran Islam. Jika kena gayanya memang seseorang yang berkahwin dengan pasangan yang asalnya bukan Islam akan mendapat pahala yang sangat besar kerana berjaya membimbing pasangannya mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Bayangkan jika seorang wanita berkahwin dengan seorang lelaki yang asalnya bukan Islam dan kaki botol, tapi lepas berkahwin suaminya bertukar menjadi seorang Islam yang mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya, berpakaian seperti orang Islam, dirinya sentiasa  dekat dengan masjid, malah dia mampu mengimami solat berjemaah, alangkah besar pahala wanita yang mengahwini lelaki itu.

Tapi bagaimana seseorang itu nak membimbing orang lain jika diri sendiri pun tak terbimbing? Jika diri sendiri lintang pukang dalam soal pakaian dan aurat bagaimana nak membimbing orang lain berjalan betul bersandarkan ajaran Islam? Itu baru soal pakaian dan aurat, belum masuk bab ibadah lagi..

Rasanya tak perlulah seseorang itu bandingkan dirinya dengan Nabi dalam urusan berdakwah ni, kerana kedudukan kita (termasuk JR sendiri pun) jauh panggang dari api jika nak dibandingkan dengan Nabi. Jika sunah Nabi yang paling mudah dan basic pun, misalnya soal aurat tak berjaya dipatuhi, tak  payahlah bercakap soal dakwah,  lebih baik diam aje. 

Wartawan memang suka tanya macam-macam soalan kepada selebriti bila diwawancara. Tapi bila jawapan yang diberi hanya menunjukkan kedangkalan ilmu kita, lebih baiklah jangan jawab soalan wartawan. Orang putih pun dah kata silence is golden, silap-silap cakap  nampak macam lawak bodoh le pulak.....

Bila Anak Maki Ibunya "Haram Jadah"

JR pernah sentuh kisah ini dalam blog ini pada awal bulan lepas. Korang boleh baca entri JR tu di sini.

Hari ini JR terbaca berita mengenai hal ini sekali lagi dalam sebuah akhbar online. Beritanya begini:

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat enggan memohon maaf serta menarik balik kata-kata kasar 'haram jadah' yang dikeluarkan sebelum ini.


Beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli yang memohon agar Perdana Menteri memohon maaf serta menarik balik kata-kata tersebut yang dihemburkan dalam ucapan beliau di Felda Jengka 8 pada 8 Mei lalu.


 


Najib melalui jawapannya menjelaskan soal permohonan maaf tidak timbul memandangkan kata-kata tersebut (haram jadah) diungkapkan sebagai eskpresi kolokial (colloquial expression) semata-mata tanpa ditujukan kepada mana-mana individu.


Jelas Dr Mohd Hatta,apa yang dinyatakan oleh Najib melalui jawapannya itu tidak benar dan beliau perlu tampil memohon maaf bukannya cuba mengelakkan.


"Secara jelas kita lihat kata-kata haram jadah yang dikeluarkan oleh Najib itu ditujukan kepada peneroka yang menentang penyenaraian Felda.


Katanya lagi, mana mungkin beliau mengatakan tidak ditujukan kepada mana-mana individu sedangkan jelas ia dilemparkan kepada peneroka-peneroka yang tidak bersetuju dengan penyenaraian Felda serta kepada mereka yang membawa Felda ke mahkamah.


"Najib menghina mereka yang dianggap menentang supaya tidak diberikan bantuan RM15,000 iaitu kumpulan 'haram jadah' jadi ianya bukan satu ekspresi kolokial yang begitu umum tetapi tuju khas kepada pihak-pihak yang mencabar Felda.


"Kita mahukan Najib tampil memohon maaf jika beliau ingin memulihkan imejnya sebagai Perdana Menteri," jelasnya.


Dr Mohd Hatta menegaskan Najib perlu meminta maaf dan kenapa perlu takut untuk mengaku salah.
(Sumber: HD)

Tiba-tiba JR terbayang apa akan terjadi jika berlaku senario sebegini:

Senario 1: Seorang murid mengadu kepada bapanya guru matematik telah memakinya sebagai "budak haram jadah". Bapa murid itu yang marah pergi mengadu kepada Guru Besar sekolah. Guru Besar sekolah pula meminta penjelasan guru matematik mengapa dia memaki muridnya "haram jadah". Dengan selamba guru itu menjawab:

"Salahkah saya panggil budak tu "haram jadah"? Perdana Menteri pun panggil rakyatnya "haram jadah", mengapa pula saya tak boleh mengikut jejak langkah Perdana Menteri kita yang bijaksana itu?"

Senaro 2: Seorang kakitangan kerajaan membuat surat aduan kepada  Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)  kerana  Pengarah Jabatannya memakinya di hadapan staff lain sebagai "pegawai haram jadah". JPA telah menulis surat kepada Pengarah Jabatan tersebut meminta penjelasan mengapa dia memaki pegawainya dengan kata-kata "haram jadah". Pengarah Jabatan dalam jawapan bertulisnya kepada JPA menyatakan:

"Salahkah saya panggil pegawai bawahan saya "pegawai haram jadah"? Perdana Menteri pun panggil rakyatnya "haram jadah", salahkah jika saya mengikut jejak langkah Perdana Menteri yang saya sanjungi itu?

Senario 3: Seorang murid darjah 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR telah dimarahi oleh ibunya kerana malas belajar, sedang peperiksaan akan menjelang dua bulan lebih saja lagi. 


Tiba-tiba si-anak menjawab "haram jadah" kepada ibunya. 


Si-ibu yang naik angin apabila dimaki "haram jadah" oleh anaknya cuba memukul anaknya. Tapi anaknya dengan selamba menjawab:

"Sabar mak...jangan pukul saya. Salahkah saya panggil mak "haram jadah"? Perdana Menteri pun panggil rakyatnya "haram jadah", tak bolehkah saya mengikut jejak langkah Perdana Menteri yang merupakan idola saya itu?"

Kata pepatah Melayu: 
Bapa borek anak rintik
Bapa kencing berdiri, anak kencing berlari.


Yang lorek itu kendi
Yang merah itu saga 
Yang cantik itu budi
Yang indah itu bahasa

Budi Bahasa Budaya Kita

Kisah Mohammed Mursi Dan Gadis Kristian


Jika korang ada baca akhbar, jika korang bukan jenis manusia yang cuma terperosok dalam tempurung, pasti korang tau seorang presiden baru telah dipilih rakyat memenangi pilihanraya Mesir. Namanya Dr Muhammed Mursi. Dia dari Parti Keadilan dan Kebebasan yang ditaja oleh Ikhwanul  Muslimin, sebuah gerakan yang memperjuangkan Islam.


Dr Muhammad Mursi

Semasa zaman presiden-presiden Mesir sebelumnya, tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin sering dikritik dalam media Mesir, malah ramai antaranya dipenjarakan kerana mereka memperjuangkan Islam. Semasa demonstrasi jalanan menggegar Mesir untuk menumbangkan Presiden Husni Mubarak, pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin bersama-sama rakyat menuntut perubahan. Mereka mahukan kerajaan baru memerintah Mesir, kerana kerajaan lama yang ada telah berkuasa selama 58 tahun (sejak tahun 1954) banyak melakukan kesilapan ketika memerintah.

Tapi sekarang parti Islam telah memenangi pilihanraya Mesir. Mengikut sumber yang JR baca, bukan saja orang Islam yang menyokong  Ikhwanul Muslimin, tapi orang Kristian yang merupakan sebahagian dari penduduk Mesir juga menyokong calon presiden dari Ikhwanul Muslimin.

Ada dua calon yang bertanding dalam pilihanraya itu iaitu Dr Mohammed Mursi dan Ahmed Syaffiq. Dr Muhammad Mursi merupakan calon presiden dari Ikhwanul Muslimin manakala Ahmed Syaffiq merupakan perwakilan dari kerajaan lama pimpinan presiden Hosni Mubarak. 

Ada satu kisah menarik yang terjadi di salah satu daerah di Mesir mengenai kemenangan  Dr Muhammad Mursi ini:

Seorang gadis naik teksi. Setelah duduk dalam teksi, si pemandu bertanya, "Siapa yang anda akan undi? (dalam pilihanraya)” 



Si gadis menjawab, “Mohammed Mursi.” 


Pemandu teksi bertanya “Kenapa? Dia kan dari Ikhwanul Muslimin…Saya ini seorang Muslim dan nama saya juga Mohammed.” 


Si gadis lantas menjawab: “Saya Kristian dan nama saya Maria.” 


Si pemandu teksi hairan mengapa orang Kristian juga mahu mengundi Parti Islam dan berkata: “Bukankah Shaffiq  akan membenarkan Injil diajar dalam buku pelajaran sekolah dan menghapus ayat-ayat Al-Quran? Mengapa tidak menyokong calon yang tidak suka kepada Islam?"

Si gadis menjawab: “Bagaimana mungkin saya akan memberikan suara saya kepada orang yang tidak menghormati agamanya sendiri?” Si gadis berkata lagi.. “Ketika gereja saya diledakkan, Shaffiq ada bersama Mubarak, sementara pemimpin-pemimpin Ikhwan ketika itu dipenjarakan….Ketika ramai demonstran dibunuh tentera dan polis Mesir, Shaffiq menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri, sementara pemimpin-pemimpin  Ikhwan ada bersama para demonstran atas jalanraya."
 



Kelu lidah pemandu teksi dengan huraian si gadis Kristian itu dan akhirnya hatinya terbuka untuk turut sama menyokong Dr Muhammad Mursi.


Bila Dr Muhammed Mursi menang jawatan Presiden Mesir dia telah membuat ucapan yang hampir menyerupai ucapan Saidina Abu Bakar As-Sidiq bila dia dipilih sebagai Khalifah Islam yang pertama:"....taatilah aku selagimana aku mentaati Allah dan rasulNya dan jika aku mengengkari Allah dan rasulNya maka janganlah kamu mentaatiku."


Petikan ucapan Mursi selepas diisytihar menang:
"Wahai sekalian penduduk Mesir. Kalian telah meletakkan bebanan yang cukup berat di atas belakangku. Aku bukanlah manusia terbaik untuk memegang jawatan ini... Namun aku akan 
berusaha dengan sepenuh tenagaku untuk memenuhi segala janjiku. Semua rakyat mempunyai hak yang sama. Adapun bagiku tiada apa-apa hak. Yang ada hanyalah tanggungjawab...

"Bantulah aku untuk menegakkan keadilan di kalangan kamu. Tolonglah aku selagi mana aku mentaati Allah dalam menguruskan kamu. Jika sebaliknya dan jika aku derhaka kepada Allah serta aku tidak konsisten dengan apa yang aku janjikan, ketika itu tidak perlu lagi kalian taat kepadaku."


Pernahkah pemimpin-pemimpin kita dalam sejarah Malaysia bila menang pilihanraya menyeru rakyat jangan mentaati mereka jika mereka tidak melaksanakan amanah Allah? Rasanya tak pernah!!! Ramai yang begitu taksub pada kuasa dan terlupa bahwa kuasa di tangan mereka adalah amanah Allah dan rakyat...

Maaf jika entri kali ini agak berat...masuk topik politik sikit. Ramai yang tak suka sentuh topik politik, JR pun begitu...tapi sesekali perlu juga kita keluar dari tempurung ini.....

25 June 2012

Astaghfirullahalazim...Abby Abadi Dapat Hidayah Sesat?



Dah beberapa hari JR berehat dari menulis di blog buruk ini. Bukan apa, seperti biasa agak sibuk kebelakangan ini dan ia membataskan waktu untuk JR menulis.


Hari ni JR nak menulis entri mengenai artis. Korang pasti minat dengan cerita-cerita artis kan?

Masih ingat dengan pelakon Abby Abadi? Kan tak ingat pula kan, Abby Abadi yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam rancangan Gerak Khas tu la. Abby Abadi janda kepada pelakon bernama Norman Hakim tu la..Dah lama sangat rasanya tak nampak Abby berlakon di TV kan?


Anak perempuan JR masa kecil dulu sangat minat dengan Inspektor Aliza, kalau orang tanya bila besar nak jadi apa, dia akan jawab "jadi Inspektor Aliza!!". Anak JR ketika itu sangat minat dengan uniform dan topi polis Inspektor Aliza yang digayakan oleh Abby Abadi.

Tapi itu Inspektor Aliza di zaman dulu, zaman primitif... Inspektor Aliza atau Abby Abadi kini tak menampakkan rambutnya yang menawan itu lagi. Dia sekarang dah dibuka hidayah oleh Allah untuk bertudung dan kemanisannya semakin terserlah selepas mengenakan tudung..

Masa berjoging semalam JR ternampak pasal iklan Inspektor Aliza...err...Abby Abadi ni dilekatkan di beberapa batang pokok sekitar Jalan Sultanah, Alor Setar. Bukan iklan  mengajak orang ramai menyertai polis, tapi iklan mengajak orang ramai menyertai ceramah satu parti politik yang Abby sertai. Abby pun akan hadir dalam ceramah parti politik tu dan dia juga mungkin akan memberi ceramah kerana sebelum ini pun dia kabarnya pernah berceramah untuk parti politik ini.


Tapi susah juga menjadi artis ni. Tak bertudung salah, bertudung pun salah juga. Sampai ada yang kata Abby yang telah bertudung  mendapat hidayah sesat. Bertudung dikatakan mendapat hidayah sesat, jika tak bertudung mendapat hidayah apa pulak? 

Masa ni Abby tak sesat...mungkin kerana dia belum menutup aurat dia tak tersesat?


Bila dah bertudung dan menutup aurat dia dikatakan tersesat pulak....


Dan di bawah ini adalah rintihan Abby dalam twitternya yang ternyata kesal bila dia dituduh mendapat 'hidayah sesat':



Itulah rintihan Abby...Dulu semasa dia tak bertudung dan bersama  BN, dia tak dituduh pula sesat walaupun tak bertudung. Bila dia bertudung dan ikut Pas dia dituduh sesat pula.

JR tak mau komen apa-apa tentang hal-hal politik, kerana JR bukan ahli mana-mana parti politik pun.. JR juga tak faham tentang makna 'hidayah sesat', kerana setahu JR 'hidayah' itu cuma datang dari Allah dan ajaran Allah tidak  pernah sesat sedikit pun. Yang sesat ialah bisikan dan rasukan iblis, dan bisikan dan rasukan iblis bukanlah satu hidayah...

Astaghfirullahalazim.....