»

30 May 2012

Awan-Awan Ajaib Di Dada Langit

Masa kecil-kecil dulu JR masih ingat JR sangat takut memandang ke langit, terutama di waktu petang. Ini kerana pelbagai rupa bentuk yang kadang-kadang menakutkan sering kelihatan di langit. Ada yang berbentuk binatang seperti serigala dan singa yang sangat besar, ada yang berbentuk seperti raksaksa, ada yang berbentuk seperti sesuatu yang menyeramkan dengan wajah seperti bersedia untuk membaham kita di bawahnya. 

Tapi kadang-kadang ada juga paparan indah yang JR saksikan di dada langit. Tapi kerana takut terpandang sesuatu yang mengerikan, JR lebih suka tidak memandang ke langit, jalan lurus bagai robot!

Tapi bila dah semakin matang, JR jadi sebaliknya: suka merenung langit, suka berkhayal tentang awan gemawan yang sebenarnya sangat indah ciptaan Tuhan. Tiba-tiba teringat puisi Usman Awang, Kekasih:


akan kutenun awan-gemawan 
menjadi selendang
menudungi rambutmu,
akan kujahit bayu gunung
menjadi baju
pakaian malammu,
akan kupetik bintang timur
menjadi kerongsang
menyinari dadamu...

Dan di bawah ini adalah antara segugus awan indah di angkasa raya ciptaan Yang Maha Esa yang pernah dirakamkan oleh manusia:



Awan ini dirakamkan di Bangkok yang bagi penganut Kristian dikatakan menyerupai malaikat..


Awan menyerupai burung helang



idegue-network.blogspot.com - Foto Foto Awan Yang Menyerupai Sesuatu
Awan menyerupai ikan dirakamkan di Ireland



idegue-network.blogspot.com - Foto Foto Awan Yang Menyerupai Sesuatu
Awan yang menunjukkan arah ke kanan dirakamkan di Australia


idegue-network.blogspot.com - Foto Foto Awan Yang Menyerupai Sesuatu
Awan menyerupai kuda laut



idegue-network.blogspot.com - Foto Foto Awan Yang Menyerupai Sesuatu
Awan menyerupai arnab yang sedang berlari



idegue-network.blogspot.com - Foto Foto Awan Yang Menyerupai Sesuatu
Awan menyerupai seekor anjing pemburu yang sedang mengejar mangsanya dirakamkan di England


idegue-network.blogspot.com - Foto Foto Awan Yang Menyerupai Sesuatu
Sekali imbas awan ini kelihatan seperti UFO


Awan menyerupai anjing



Dan awan ini seperti apa...mungkin seperti lebuhraya utara selatan?


Ini adalah antara rupa bentuk awan yang masa kecil sangat JR takuti, bentuknya seperti raksaksa yang sedang berdiri!!

Maha suci Tuhan yang mencipta sesuatu yang ajaib di angkasa raya bagi menunjukkan kepada kita kebesaran dan kekuasaanNYa...

29 May 2012

Pergi Bersama Bulan, Pulang Bersama Bintang





Sejak akhir-akhir ini, sejak 4-5 hari lepas, JR agak sibuk. Orang musim cuti-cuti Malaysia ni pergi holiday, tapi JR rasa 24 jam macam tak cukup masa untuk habiskan kerja. Keluar waktu pagi masih ada bulan tersenyum di dada langit dan bila JR pulang ke rumah pulang bersama bintang-bintang yang indah begemerlapan menaburi angkasa raya.


Nampaknya 4-5 hari ni memang JR pergi bersama bulan dan pulang bersama bintang. Bunyinya seperti romantik tapi badan rasa sangat letih kerana lepas jam 10.30 malam baru dapat menjenguk blog cabuk ini.

Tapi tak apalah, mulai esok situasi kembali normal buat sementara, insyaallah. Dan mulai hari Jumaat JR akan menghilang lagi, dan kali ini mungkin untuk beberapa hari tak bersiaran.....

Apa pun buat rakan-rakan blogger, selamat berblogging......

28 May 2012

Siang Mengemis Malam Jadi Orang Kaya




Dalam sebulan berapa kali korang makan di restoran fast food, tak kiralah  sama ada ia KFC, Mc Donald, Pizza Hut, Marrybrown dan sebagainya? Tahukah korang ada keluarga yang hampir setiap malam makan di restoran fast food? Dan yang paling istimewa mereka bukan dari kalangan orang kaya..

Di Jakarta, Indonesia gelagat seorang pengemis yang sentiasa kelihatan di beberapa tempat tumpuan ramai menarik perhatian seorang wartawan untuk mengekori kehidupan sebenarnya. Alangkah terkejutnya wartawan itu selepas dia mengetahui pengemis itu pada setiap malam membawa keluarganya makan di restoran fast food. Sedangkan wartawan itu sendiri yang menyangka hidupnya adalah lebih baik dari pengemis itu cuma sesekali sahaja makan di luar rumah.


Siang dia mengemis wang daripada orang ramai:


idegue-network.blogspot.com - Siangnya Mengemis, Malamnya Makan di Fast Food 

idegue-network.blogspot.com - Siangnya Mengemis, Malamnya Makan di Fast Food 

Malam pula dia akan makan di restoran fast food:

idegue-network.blogspot.com - Siangnya Mengemis, Malamnya Makan di Fast Food 

27 May 2012

Lelaki Kucing, Lelaki Kambing Atau Lelaki Anjing?




Suatu hari  ulamak terkenal Indonesia, Prof Dr Hamka (kini Allayarham) secara kebetulan bertemu dengan seorang aktivis Partai Komunis Indonesia, DN Aidit

Hamka

Hamka adalah seorang ulamak yang sentiasa bercakap dengan gaya lemah lembut dan berhemah, manakala Aidit pula terkenal  dengan gaya percakapannya yang agak kasar, outspoken dan agresif. Sebagai seorang ulamak, antara penampilan biasa Hamka ialah bersongkok dan menyimpan janggut sejemput. Aidit, tokoh komunis itu pula selesa dengan berkot dan wajahnya bersih tanpa misai dan janggut.

 
 Aidit

Aidit: Pak...boleh saya berbicara sedikit.

Hamka: Silakan.

Aidit: Pak..jika menyimpan kumis (misai) itu namanya kucing, tapi jika menyimpan janggut apa namanya? (menyindir Hamka yang menyimpan janggut)

Hamka: (Terdiam, mungkin sedang mencari jawapan)

Aidit: (Ketawa dan bercakap kuat) Mungkin bapa tidak tahu jawapannya, kalau begitu jawapannya ialah kambing, kerana bukankah kambing ada janggut tapi tidak ada kumis?

Hamka: Oh, begitu...jika menyimpan kumis tanpa janggut  itu kucing namanya dan jika menyimpan janggut tanpa kumis pula kambing namanya, bagaimana pula dengan orang  yang tidak menyimpan kumis dan janggut? (menyindir Aidit)

Aidit: (Terdiam...barangkali tidak tahu jawapan)

Hamka: Bukankah yang tidak ada kumis (misai) dan janggut itu ANJING namanya?

Aidit: (Terdiam dan meninggalkan Dr Hamka!!)

CATATAN: Cerita di atas JR kutip dari majalah Mastika yang JR baca beberapa tahun lalu. Dialog di atas JR olah semula berdasarkan ingatan JR, kerana majalah itu tiada dalam simpanan JR lagi. JR sangat meminati Dr Hamka (1908-1981) dan hingga sekarang masih menyimpan beberapa buku agama karyanya yang mempunyai aliran falsafah yang sangat tinggi.

Harap tiada yang tersinggung dengan kata-kata Dr Hamka itu...

26 May 2012

Saturday Night Wordless: Tired..Tired..Tired


Letih sangat malam ni. Belum rehat-rehat dari pagi. Kerja, kerja, kerja...

Letih sangat. Tak berdaya nak tulis entri. Aku tengok laptop atau laptop tengok aku??

Solusi terbaik: ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ...

Esok pasti ada matari. Dan esok kita jumpa lagi....

Al-kisah Insuran Punya Hal





Korang ada pengalaman membaharui insuran kereta atau motor? Bagi JR antara pengalaman paling terrible dan horrible ialah ketika membaharui insuran, tak kira insuran kereta atau insuran motor. 

Kerenah syarikat-syarikat insuran ketika membaharui insuran kini memang sangat menyakitkan hati. Syaratnya macam-macam, campur pula caj-caj tambahan yang macam-macam, akhirnya caj insuran jadi mahal satu macam. Tak macam dulu, mudah saja, bayar pun tak mahal macam sekarang. Pada hal dalam seratus yang baharui insuran, berapa kerat sangat akhirnya akan claim insuran? Mengikut satu sumber, cuma 3% saja pengguna kenderaan yang pernah claim insuran, jadi bayangkan berapa bilion ringgit yang syarikat insuran kebas dari kita dalam setahun?

Kalau gitu tak guna kerajaan mansuhkan insuran motor, tak guna juga jika kerajaan kurangkan kadar insuran kereta jika akhirnya syarikat insuran sembelih pemilik kenderaan dengan caj yang bukan-bukan.

Jadi bila JR baca keluhan pembaca ni dalam sebuah akhbar, JR memang setuju:


Yang seronoknya ialah syarikat insuran dapat untung berbilion-bilion ringgit setahun....

25 May 2012

Gambar Nora Danish Selak Seluar Dalam..


JR tak nak komen entri dan gambar di bawah. JR nak tunggu dulu komen tuan empunya tubuh-tubuh seksi tu bahwa gambar ini fitnah belaka, guna teknik photo impose, photoshop dan entah apa-apa photo lagi yang JR tak mahir sangat.

Baca entri di bawah yang JR petik dari http://bestoneoffour.wordpress.com dan buatlah penilaian sendiri betul atau tidaknya:


Hari ini tersebar satu gambar yang sangat mengejutkan bagi Kak Nam dan mungkin anda semua turut terkejut. Menurut sumber, seorang pembaca telah mengirim satu keping gambar melalui email. Khabarnya daripada pengirim itu, gambar itu adalah gelagat seorang pelakon popular bersama teman-temannya dalam sebuah majlis yang diadakan baru-baru ini.
Mungkin kerana terlalu letih menari dan kembung perut dengan minuman keras, pelakon tadi tersungkur berbaring hingga tidak menyedari terselak seluar dalamnya. Maklumlah pakaian pelakon itu malam ketika dia berparti pun bukanlah panjang sangat hingga boleh tersingkap menampakkan seluar dalamnya. 
Lebih mengejutkan lagi, sejak akhir-akhir ini, nasib pelakon ini memang bertimpa-timpa malangnya. Kak Nam rasa mungkin giliran dia pula kali ini. Biasalah adat industri hiburan, kadang-kadang kita di atas dan terselamat, tapi tidak mustahil esok kita terjatuh tersungkur sampai susah nak bangkit semula.

24 May 2012

Berita Baik: iPad 4 Cuma RM999!!



Berita baik..berita baik..berita baik!!!

Mengapa perlu buang duit untuk beli iPad 3 yang dijual pada harga sekitar RM2,000 jika di pasaran kini sudah ada iPad 4 yang harganya cuma RM999

Yang JR maksudkan dengan iPad 4 ini ialah:


Yeah...1Malaysia Pad!!

Maklumat selanjutnya mengenai 1Malaysia Pad adalah seperti berikut:


PUTRAJAYA: MalTechPro Sdn Bhd pada Khamis memperkenalkan tablet pertama buatan Malaysia dikenali '1Malaysia Pad' yang dilengkapi aplikasi terkini dan skrin sesentuh.
Mensasarkan jualan awal sebanyak 5,000 unit dengan harga pengenalan RM999, tablet selebar 7 inci itu juga dilengkapi dengan kemudahan 1Malaysia Messenger.
Pengerusi Eksekutifnya Datuk Sohaimi Shahadan berkata menerusi kemudahan itu, pemilik tablet yang sama boleh berhubung secara percuma dengan pesanan ringkas, menghantar gambar, rakaman video dan rakaman suara.
"Tablet itu dicipta dengan pelbagai aplikasi tambahan yang mesra pengguna dan bercirikan identiti Malaysia di samping aplikasi sama yang terdapat pada tablet jenama lain," katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran di sini.
Sohaimi berkata tablet yang menggunakan sistem android itu juga dilengkapi dengan sambungan jalur lebar tanpa wayar dan 3G. "Syarikat kami juga bersedia untuk mengubah suai aplikasi itu mengikut kehendak pengguna yang ingin membeli dengan jumlah besar untuk kegunaan jabatan atau agensi masing-masing," katanya.
Selain itu katanya, pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai kad diskaun siswa boleh membeli tablet tersebut dengan diskaun istimewa.
Mereka yang berminat boleh menempah secara dalam talian di laman web www.maltechpro.com atau mengunjungi ejen jualan yang terdapat di seluruh negara.-BERNAMA

Ngeri..Video Kaki Kena Potong



Amaran kerajaan Malaysia: merokok membahayakan kesihatan.
Amaran JR: hanya mereka yang berani dibenarkan menonton video yang akan dipaparkan di bawah..

Pada Januari tahun lepas ibu JR meninggal dunia kerana penyakit diabetes. Sebelum itu kaki ibu JR telah dipotong atas nasihat doktor bagi mengelakkan kerosakan organ-organ lain yang boleh mengancam nyawanya. Tapi dua minggu selepas kakinya dipotong, potongan kedua pula terpaksa dilakukan kerana kerosakan di kakinya merebak dengan cepat sehingga ke paha. Kasihan ibu, kesan psikologi kerana kehilangan kaki sangat mengganggu jiwanya. Dia sering terlupa sudah tidak punya kaki dan kadang-kadang dia meracau ingin kakinya dikembalikan. Bukan sedikit air mata jantan JR tumpah ketika itu. Malah ketika menaip entri ini kesengsaraan ibu ketika itu masih tak dapat dilupakan...


Dan seminggu selepas kaki ibu dipotong untuk kali kedua, ibu pergi meninggalkan kami buat selamanya. Alfatihah...

Memang benar kata orang, ada yang boleh menghadapi kenyataan hilang sebelah tangan, tapi sukar menghadapi kenyataan untuk kehilangan sebelah kaki. Hilang satu tangan sekurang-kurangnya orang itu masih bebas bergerak, tapi hilang satu kaki dia hanya berkerusi roda dan sentiasa rasa resah dan bersalah kerana perlu menyusahkan orang bila memerlukan sesuatu (walaupun kami anak-anak tak pernah rasa susah).

Kaki pesakit diabetes: hanya tinggal kulit dan tulang...

Bagi korang yang masih sihat, jangan ingat diabetes tak boleh menyerang di kala usia masih muda. Pengalaman JR ketika menjaga ibu di hospital menyaksikan pelbagai kes diabetes, termasuk ada yang baru di sekolah menengah dah mengidap diabetes. Dan bila diabetes semakin merebak, sedikit luka di kaki boleh menyebabkan kecederaan yang besar dan  mungkin ketika itu untuk menyelamatkan nyawa, kaki terpaksa dipotong.


Jangan ingat kerana korang ahli sukan, korang terselamat dari diabetes. Pemakanan juga perlu dijaga. Ipar JR yang pernah menjadi striker team bola digeruni di sebuah universiti di utara tanah air juga kini menderita kerana diabetes dan bergantung hidup dengan ubat yang perlu ditelan setiap hari sepanjang hayat.

Elok juga bagi mereka yang suka minum dan makan benda-benda manis terutama minuman dalam tin dan malas bersenam menyaksiakan video bagaimana doktor memotong kaki pesakit diabetes. Videonya ada di sini..

Jagalah kesihatan kerana kaki yang dianugerahkan Allah hanya dua dan jika ia hilang, tiada kaki ganti yang dijual di kedai runcit, pasar malam, pasar borong atau supermarket. Mungkin jantung, hati atau buah pinggang boleh diperolehi dari penderma, tapi bukan kaki..

Jaga pemakanan anda kerana seperti pesan Nabi Muhammmad s.a.w semua penyakit adalah berpunca dari perut..

23 May 2012

Ajaib..Jambatan Tertinggi Di Dunia Menembusi Awan




Korang tau apa nama jambatan tertinggi di dunia dan di mana letaknya?

Jawapannya jambatan tertinggi di dunia ialah Le Viaduc de Millau yang terletak di Millau, Perancis. Jambatan ini tersangat tinggi, setinggi 343 meter hingga kita boleh melihat awan di bawahnya:


idegue-network.blogspot.com - Jembatan Tertinggi di Dunia yang Menembus Awan 

idegue-network.blogspot.com - Jembatan Tertinggi di Dunia yang Menembus Awan 

idegue-network.blogspot.com - Jembatan Tertinggi di Dunia yang Menembus Awan

idegue-network.blogspot.com - Jembatan Tertinggi di Dunia yang Menembus Awan 

idegue-network.blogspot.com - Jembatan Tertinggi di Dunia yang Menembus Awan 


Jambatan ini dirancang pembinaannya oleh Michel Virlogeux dan Norman Foster dan telah siap dan digunakan secara rasmi pada 14 Disember 2004.

Jika JR berpeluang ke Perancis (mudah-mudahan murah rezeki dapat ke sana suatu hari nanti..), pasti jambatan ini salah satu senarai tempat yang akan dilawati..

Terima Kasih Tuhan Hari Ini Hari Rabu!!



Dah beberapa hari JR menyedari beberapa ekor iblis mengekori JR terutama bila JR mendekati laptop. Ada yang bertenggek di telinga kanan, sebahagian lagi bertenggek di telinga kiri. Cilaka punya iblis!!!

Sama ada bertenggek di telinga kiri atau bertenggek di telinga kanan, iblis-iblis itu tak jemu-jemu membisik benda yang sama: "JR...berhentilah dari menjadi blogger. Kau bukan dapat apa pun dari menjadi blogger. Jika iklan Nuffnang cuma mampu beli semangkuk ABC, lebih baik kau jadi penjual ais krim lagi baik. Buang masa saja menjadi blogger tak famous, cuma syok sendiri, bersara aje lah itu lebih baik...."

Berkat kerja keras iblis-iblis itu, memang dua tiga hari ni malas betul hati JR nak publish entri. Tulis entri pun bagai melepas batuk di tangga aje (kebetulan sekarang musim hujan, ramai orang termasuk JR batuk-batuk).


Nasib baik juga hari ini hari Rabu, boleh jadikan  'wordless Wednesday ' sebagai alasan untuk tidak menitip sebarang entri dalam blog cabuk ini. Thanks God, It's Wednesday!!!

22 May 2012

Apasal Facebook Dah Tak Laku?




Korang ada akaun Facebook kan? 

Berita buruk tentang Facebook ialah namanya yang gah tu semakin tak gah kini. Perkahwinan pengasasnya Mark Zuckerberg dan Priscilla Chan baru-baru ni tak mampu mempertahankan populariti Facebook di pasaran ekonomi. Malah populariti Facebook makin jatuh merudum pula..


Facebook yang percaya mereka adalah laman sosial terpopular dunia cuba membuktikannya dengan memasuki pasaran saham mulai Jumaat lepas. Saham Facebook diniagakan pada harga permulaan  USD 38. Pada awal perdagangan saham melonjak menjadi USD 42.50 dan kemudian meningkat lagi kepada USD45. Ia satu petanda baik bahwa Facebook memang mempunyai nilai ekonomi tersendiri.


Namun ia tak bertahan lama kerana saham Facebook perlahan-lahan menurun hingga akhirnya ditutup dengan harga USD 38.23. Dan kelmarin harga saham Facebook jatuh lagi kepada harga cuma USD 34 menyebabkan Mark Zuckerberg secara peribadi kerugian USD 2 juta dalam sekelip mata.  



Mengapa saham Facebook tak laku di pasaran? Penganalisis saham sendiri sehingga kini belum menemui jawapan! Jika korang adalah graduan atau student ekonomi yang mahir soal-soal berkaitan saham, korang boleh jelaskannya kerana JR juga tidak faham sangat walaupun kemerosotan saham  Facebook  mungkin sebahagian dari realiti ekonomi dunia sekarang yang tak menentu ini...

Aura Ustaz Azhar Idrus: 30,000 Sujud Di Padang Kota



Bukan mudah nak kumpulkan seramai 30,000 orang untuk hadir dalam sesuatu majlis apa lagi majlis agama. Konsert penyanyi gah dari Barat pun sukar nak tarik penyertaan 30,000 orang penonton. Pemidato hebat seperti Anwar Ibrahim pun bukan selalu mendapat kehadiran lebih 30,000 orang. Acara-acara kerajaan yang melibatkan PM, TPM dan menteri pun sangat susah untuk menarik kehadiran 10,000 orang walau makan dan pengangkutan percuma disediakan penganjur.

Tapi malam 19 Mei lepas 30,000 orang hadir untuk mendengar ceramah agama Ustaz Azhar Idrus. Sambil berceramah ustaz ikon remaja yang paling popular masa kini itu sempat juga memetik gitar. Maklumlah ustaz ini bekas guru muzik dan selain dari fasih berbahasa Inggeris dan gaya komunikasi yang hebat, dia memang boleh menarik penyertaan ramai orang setiap kali berceramah.

Dan pada 19 haribulan lepas ustaz Azhar Idrus bukan saja berjaya menarik penyertaan 30,000 orang mendengar ceramah agamanya, tapi mereka bersama-sama bersolat maghrib dan isyak berjemaah di Padang Kota. 30,000 orang berjemaah maghrib dan isyak di Padang Kota, lokasi pelancongan dan hiburan tersohor Pulau Pinang itu adalah sesuatu yang sungguh hebat dan menakjubkan! Segalanya kerana aura seorang ustaz bernama Azhar Idrus! Sehingga mengikut mereka yang hadir terpaksa berjalan kaki 4 kilometer kerana begitu banyaknya kenderaan yang berbaris untuk mengikuti ceramah ustaz hebat ini..

Sambil mendengar ceramah agama Ustaz Azhar Idrus, mereka juga dapat mendengar persembahan bekas pencipta lagu Search dan Wings,  Bob Lokman; Penyanyi Ali XPDC, Gitaris Sham Kamekaze, pemain bass Spring, Jon; dan Imam Muda, Asraf. Memang hebat malam itu! 

JR yang pada mulanya memang nak balik kampung di Pulau Pinang untuk menziarahi famili pada hari itu tak jadi balik kerana ada urusan kecemasan lain di Alor Setar. Jika tidak mungkin JR akan sama-sama berada di tengah puluhan ribu jemaah bersolat maghrib dan isyak di Padang Kota. Ruginya....

Walaupun tak pergi ke Padang Kota, tapi JR kepilkan foto-foto kehebatan majlis yang dihadiri oleh ustaz Azhar Idrus itu yang diambil dari pelbagai sumber:









21 May 2012

Gempar: Foto Ustaz Azhar Idrus Diapit Artis Jelita

Korang pasti kenal atau sekurang-kurangnya pernah dengar nama ustaz Azhar Idrus kan? Siapa tak kenal ustaz yang dah jadi seperti ikon agama masa kini itu? Latar belakang kehidupannya yang berwarna warni, pernah bekerja di kilang batik, pernah jadi wartawan sebuah akhbar popular, malah pernah jadi guru muzik dan kemudian berguru dengan pelbagai tokoh agama menjadikan ustaz yang fasih berbahasa Inggeris ini begitu menarik perhatian.

Dan oleh itu jangan heran jika JR sendiri sangat meminati pendekatan ceramah ustaz Azhar Idrus yang santai, menarik dan diselangi jenaka yang menghiburkan itu. Tak pernah rasa jemu jika mendengar ceramahnya...

Dan jangan juga heran jika kalangan artis-artis wanita yang jelita sendiri meminati cara dia menyampaikan ceramah agamanya. Selepas mendengar ceramahnya mereka berposing pula dengan ustaz Azhar :

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/545138_417385324961259_197667700266357_1240237_245810042_n.jpg


Kelihatan dalam foto di atas artis-artis wanita yang telah berhijrah dari zaman "jahiliah" yang tidak menutup aurat kepada zaman menutup aurat termasuk Irma Hasimie, Yatt, Diana Amir, Helliza Helmi dan rakan-rakan mereka yang lain tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan ustaz Azhar Idrus. Allahuakbar!!


(Sumber foto: kerabu bersuara)

20 May 2012

Will Smith Tampar Muka Lelaki Yang Menciumnya


Korang minat tak dengan Will Smith? JR sangat meminati lakonan pelakon kulit hitam ini kerana lakonannya yang bersahaja dan kadang-kadang melucukan itu.

Tapi jangan ingat Will Smith boleh dipermain kerana jika tak kena gaya dia juga ada angin. Dan semalam di Moscow, Smith menampar seorang wartawan ketika berjalan di red carpet untuk tayangan perdana "Men In Black III". 

Mengapa Will Smith mengamuk? Ini sebabnya:

MOSCOW: Bintang Hollywood Will Smith menampar seorang wartawan televisyen lelaki yang dikatakannya cuba mencium bibirnya ketika berjalan di permaidani merah untuk tayangan perdana "Men In Black III" di Moscow.
In this photo combo from video images taken from AP video, top left image, U.S. actor Will Smith, center right, is embraced by reporter Vitalii Sediuk, white suit, from the Ukrainian television channel 1+1, on the red carpet before the premiere of "Men in Black III" Friday, May 18, 2012, in Moscow. At top right, Smith reacts after the two men embraced. In bottom left image, Smith slaps Sediuk after the male television reporter allegedly tried kissing Smith. In bottom right photo, Smith walks away from Sediuk. (AP Photo via AP video)l

Wartawan dari televisyen Ukraine saluran 1 +1, Vitalii Sediuk,W mendekati Smith dan mengajaknya ke permaidani di luar pawagam dan cuba untuk menciumnya.
"C'mon man, what the hell is your problem buddy?" kata Smith sambil menolak Sediuk dan menampar perlahan pipi dengan tangan kirinya.
"Dia beruntung saya tidak menumbuknya," kata Smith kepada wartawan dan peminat yang ramai.
"Oh, saya berkata ini di hadapan kamera. Ia bagus sekali."
Smith berkata beliau menganggap Sediuk cuba mencium mulut, tetapi ia tidak jelas sama ada wartawan itu berniat berbuat demikian atau hanya mahu mencium pipinya kerana beliau segera berpaling untuk mengelak. (Sumber: mS)

Gempar: Ibu Lahirkan Bayi Bersama Al-Quran

 
Hari ini JR nak berkongsi dengan korang tentang satu kejadian yang berlaku dua minggu lalu yang sangat menggemparkan Nigeria, sebuah negara pengeluar minyak terbesar di Afrika. Ia kelihatan seperti kejadian tak logik, tapi  Allah tak pernah berhenti menunjukkan kuasaNya kepada manusia agar kita sentiasa menyedari Dia wujud memerhatikan kita. 

Di Nigeria, seorang ibu berusia 32 tahun sangat terkejut apabila bayi yang dilahirkannya membawa senaskhah alQuran kecil bersama kelahirannya. Ibu dan nenek bayi yang menyaksikan kejadian pelik tersebut di mana kedua-duanya  beragama Kristian sejurus itu terus memeluk agama Islam.




Bayi itu dilahirkan di Mushin, Lagos pada 7 Mei 2012 lalu. Ibunya bernama Kikelomo Ilori yang bekerja sebagai seorang model selepas memeluk Islam telah menukar namanya kepada Sherifat diikuti nenek bayi tersebut yang juga menukar namanya kepada nama Islam.


Kelahiran bayi itu menarik perhatian ramai ulama yang mengaggapnya sebagai satu keajaiban Tuhan. Seorang ulama Nigeria, Ustaz Abdul Rahman Olanrewaju Ahmed memberikan nama Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo kepada bayi tersebut.

Bagi menghindari syirik dan khurafat, Ustaz Abdul Rahman menyatakan  si-ibu dan bayinya bukanlah seorang nabi, walaupun dia lahir sambil memegang alQuran. Menurutnya, kejadian itu merupakan kehendak Allah, untuk mengirim bayi tersebut ke dunia dengan cara yang menakjubkan.

Kelahiran bayi bersama alQuran itu menimbulkan kontroversi di negara di mana  38% daripada penduduknya beragama Kristian manakala 50% beragama Islam  itu. Bagi sebahagian penganut Kristian mereka menganggap kejadian itu tak masuk akal dan mustahil walaupun ibu dan nenek bayi serta jirannya menyaksikan sendiri kelahirannya. Bagi mereka yang beragama Islam kebanyakannya bersyukur dengan kelahiran bayi itu dan menganggapnya sebagai salah satu bukti kebesaran Allah. 

Bagi JR tiada istilah keajaiban bila Allah mahu menunjukkan kuasaNya. Allah boleh melakukan apa saja, jika orang mati pun boleh dihidupkanNya, apalah yang nak diherankan jika bayi dilahirkan bersama al-Quran. Seperti kataNya: "kun faya kun" (bila Dia berkata jadi, maka jadilah..).

(sumber info: ghanamma.com)

19 May 2012

Pelik..Restoran Dalam Tandas Pun Ada!!

 
Korang pernah makan dalam toilet? Makin hancing, makin kuat bau toilet itu  makin sedap rasa makanan yg dijamah.  Makan atas toilet bowl, pingan mangkuk semuanya berasaskan apa yang ada dalam toilet..hmmm..sungguh menyelerakan..boleh tambah nasi sampai tiga pinggan!!

Bagi korang yang rasa nak termuntah membayangkan makan dalam toilet, bersabar dulu. Belum cuba belum tahu. Jadi kenalah cuba, baru tahu.

Sebenarnya toilet pun jika dihias dengan cantik, kita boleh makan di dalamnya dengan berselera. Tak percaya tengok toilet di bawah ni:






Apa macam, nak cuba makan dalam toilet tak? Kalau nak makan dalam toilet korang pergilah melawat China kerana ada sebuah Toilet Restaurant di sana. Toilet Restaurant ini terletak di Shenzhen, China.

Sebenarnya restoran ini bukan terletak dalam tandas tapi ia cuma restoran biasa yang berthemakan tandas dengan kerusi, meja, pinggan mangkuk dan hiasan di dalamnya semuanya menyerupai apa yang ada dalam tandas. Yang lebih menyelerakan ialah ais krimnya yang dibentuk menyerupai benda yang perlu kita buang setiap pagi:

 

Apa yang membezakan restoran itu dari tandas biasa ialah rasa makanannya yang dikatakan sungguh sedap serta suasana romantik dan aroma menyegarkan di dalamnya..

Selepas membaca entri ni ada tak yang berminat untuk cuba membuka restoran berthemakan tandas kat Malaysia? Jika berminat pergilah ke Shenzhen, China menemui pemiliknya Mr Wang Tzi-wei, mungkin dia nak tubuhkan satu cawangan Restoran Tandas di Malaysia?