»

31 March 2012

Cara Unik Memeriksa Dara Wanita (Foto)

Salam malam minggu buat semua pembaca blog JR

Pada malam yang masih terlalu muda ni, JR nak bawa korang ke sebuah negara di Afrika. Negara itu seperti kebanyakan masyarakat negara di Afrika dan Asia masih memandang soal dara begitu penting sebelum menjadi calon isteri. Sebelum berkahwin, calon suami biasanya akan memohon dari waris gadis yang ingin disuntingnya sijil pengesahan bahawa calon isterinya masih punya dara. Oleh itu ujian dara perlu dilakukan bagi mengesahkan seseorang calon isteri masih dara.

Di Malawi, sebuah negara kecil di selatan Afrika dengan penduduk 10 juta (75% Kristian, 20% Islam dan 5% agama lain), sebahagian masyarakat di pedalaman mengamalkan cara menentukan dara wanita mereka dengan kaedah yang sungguh unik. Pemeriksaan dara dilakukan oleh sekumpulan "pakar" (yang bukan merupakan doktor profesional) dengan membaringkan wanita-wanita yang hendak diperiksa sambil diperhatikan oleh orang ramai yang kesemuanya wanita (Jika ada lelaki yang cuba mengendap dan mencuri pandang, itu kes lain...). 

Kemudian "pakar dara" itu akan memeriksa wanita-wanita yang berbaring itu satu persatu. Wanita yang masih dara kemudiannya akan diberikan sijil yang mengesahkan bahwa mereka masih dara..

Lihat foto di bawah ini yang mengikut sumber upacara memeriksa dara dilakukan di pekarangan sebuah gereja di Malawi.


"Pakar dara" sedang memeriksa alat sulit wanita bagi memastikan dia masih dara atau tidak




Pemeriksaan dilakukan sambil diperhatikan oleh orang ramai (kebanyakannya waris gadis-gadis itu)




Mereka yang didapati masih dara akan diberi sekeping sijil pengesahan bahwa mereka masih dara.



(Sumber info: demotic.com & IH)


Nota: Entri ini sekadar untuk memberi info kepada korang tentang amalan unik sebahagian masyarakat dunia. JR memohon maaf jika foto yang dipaparkan tidak sesuai ditonton.

Siapa Bilang Seks Itu Kotor?

Siapa bilang seks itu kotor?
seks itu tidak kotor
tapi filem dan video seks memang kotor

Siapa bilang seks itu kotor?
yang kotor ialah bila seks dibicarakan sampai begitu mendalam sekali
sampai punggung dan seluar dalam pun dijadikan bahan berita

Siapa bulang seks itu kotor?
yang kotor ialah minda longkang manusia 
yang cuma ingat seks, seks dan seks
hingga anak-anak berani tanya ayah dan mama:: 
"abah, liwat itu apa?"
"mama, air mani tu boleh diminum ke?"

Siapa bilang seks itu kotor?
tanpa seks ayah tak akan kawin ibu
tanpa seks ibu tak akan sayang ayah

tanpa seks aku tak akan wujud di dunia ini
tanpa seks kau juga tak akan wujud dan membaca entri ku ini

Seks tidak kotor
seks hanya menjadi kotor
bila manusia mengotorinya
demi nafsu, nama, wang dan kuasa...


Singa Balas Dendam, Nyawa Buaya Ganas Padam...


Salam pagi Sabtu buat semua pembaca blog JR

Pagi ni JR nak bercakap sikit tentang ilmu kebal, kereta kebal dan kekebalan. 

Bukan saja manusia, binatang pun ada yang ingat dia kebal. Gajah yang besar ingat dia kebal, singa Raja Rimba ingat dia kebal, buaya Raja sungai juga ingat dia kebal. Buaya ingat kerana kulitnya tebal, kukunya besar dan kuat, rahangnya gagah, dia tak kan tumpas. Tapi ingat...

Jangan ingat kulit kau tebal
kau selamanya kebal.

Jangan ingat kuku kau besar dan kuat
semuanya kau boleh telan bulat-bulat.

Jangan ingat ekor kau pantas melibas
semua makhluk akan tumpas.

Kau harus tahu 
jika semua kami bersatu
sebilah lidi akan jadi penyapu
dan kau akan menangis tersedu

Di bawah ni foto-foto pertarungan sekumpulan singa dengan seekor buaya ganas yang gambarnya diambil oleh seorang fotografer, Tony Goldman,  di safari  Duba Plains, Botswana, selatan Afrika.  Kumpulan singa itu dikatakan naik angin apabila seekor anak mereka dibaham buaya tersebut dan bagi membals dendam mereka menyerang buaya ganas itu dengan geram....

Buaya itu cuba menyerang kaki salah seekor singa..
idegue-network.blogspot.com - Foto-foto Buaya Tewas Dicabik-Cabik Setelah Coba Makan Bayi Singa

Tapi rakan singa datang membantu
idegue-network.blogspot.com - Foto-foto Buaya Tewas Dicabik-Cabik Setelah Coba Makan Bayi Singa


Bersatu tenaga  menyerang...jangan ingat kulit tebal kau sangat kebal!!
idegue-network.blogspot.com - Foto-foto Buaya Tewas Dicabik-Cabik Setelah Coba Makan Bayi Singa

Strategi menyerang...seekor singa serang kepala, dua lagi cuba membaham badan buaya
idegue-network.blogspot.com - Foto-foto Buaya Tewas Dicabik-Cabik Setelah Coba Makan Bayi Singa

Buaya terdongak kesakitan selepas diserang bertubi-tubi
idegue-network.blogspot.com - Foto-foto Buaya Tewas Dicabik-Cabik Setelah Coba Makan Bayi Singa

Buku bertemu ruas...rahang kau kuat tapi rahang aku pun kuat juga!!
idegue-network.blogspot.com - Foto-foto Buaya Tewas Dicabik-Cabik Setelah Coba Makan Bayi Singa

Jom kita lapah kulit buaya yang dah mampos ni kita jadikan tali pinggang dan beg tangan...
idegue-network.blogspot.com - Foto-foto Buaya Tewas Dicabik-Cabik Setelah Coba Makan Bayi Singa


Tiada yang kebal di dunia ini
tiada yang kekal di planet ini
jangan cakap besar dan hari-hari kerjamu cuma melibas
segagah mana pun suatu hari kau akan  terkapar tumpas


Hanya Allah yang Maha Gagah dan Maha Besar....


30 March 2012

Indahnya Bermadu...


Salam buat semua pembaca blog JR

Semalam ketika menyusuri beberapa blog sahabat, JR singgah dalam satu blog yang berbicara tentang poligami. Secara kebetulan petang tadi JR menghadiri satu kenduri masuk rumah baru ipar JR. Tiba-tiba isu tentang poligami dibincangkan secara tak sengaja. Ia bermula apabila seorang ustaz usia 20an diusik rakan-rakannya kerana mempunyai dua orang isteri tapi dalam kenduri tadi kedua-dua isterinya tak hadir kerana kedua-duanya masih dalam pantang  bersalin.

Ketika itu tiba-tiba JR teringat nostalgia lama di kampung dulu. Di kampung JR di Pulau Pinang, tinggal sebuah keluarga harmoni di mana ketua keluarganya mempunyai dua orang isteri. Yang istimewa tentang keluarga ini ialah kedua-dua isteri dan anak-anak mereka tinggal dalam sebuah rumah besar yang sama. Rekabentuk rumah ini sangat menarik: di tengah rumah terdapat ruang tamu yang besar, di sebelah kanan ruang tamu ialah bilik isteri pertama dan bilik anak-anaknya manakala di sebelah kiri ruang tamu ialah bilik isteri dan bilik anak-anaknya.

Walaupun mereka mempunyai ibu yang berbeza, tapi anak-anak isteri pertama dan kedua sangat rapat antara satu sama lain. Begitu juga dengan isteri pertama dan kedua, mereka sangat rapat, selalu berjenaka dan bertepuk tampar penuh sopan antara satu sama lain. Ia bukan satu lakonan di depan orang ramai, kerana bila JR (ketika itu masih budak-budak) ke rumah mereka untuk mengajak anak mereka bermain, dua madu itu sering kelihatan bersembang mesra macam adik-kakak kandung, rapat sungguh!

Bila isteri pertama bersalin, isteri kedualah yang sangat sibuk menjaga isteri pertama dan anaknya hingga lepas pantang. Begitu juga bila isteri kedua bersalin, isteri pertamalah yang sangat sibuk menjaga isteri kedua dan anaknya hingga lepas pantang. 

Bila melihat cerita kezaliman ibu tiri terhadap anaknya yang banyak dipaparkan dalam drama Melayu, JR selalu bertanya: betul ke begitu, ibu tiri jahat? Ketika itu JR teringat jiran yang mempunyai dua isteri yang hidup mereka begitu harmoni kat kampung dulu itu. Sapa kata ibu tiri jahat? Bukan semua ibu tiri jahat...

Foto Senjata-Senjata Berbahaya Yang Enak Dimakan


Salam pagi Jumaat buat semua pembaca blog JR.

Korang dah breakfast kan? Bagi yang belum breakfast apa kata hari ini jangan cuba makan nasi lemak dan roti canai yang kaya dengan kolestrol tu. Cuba ubah-ubah sikit regim pemakanan.

Misalnya makanlah coklat, tapi jangan makan coklat yang lebih banyak gula dari bahan koko semulajadinya, kerana ia boleh menyebabkan tahap gula  dalam darah meningkat. Makanlah coklat asli yang lebih rasa pahit dari manis itu.

Kalau korang dah jemu dengan coklat-coklat biasa yang berbentuk empat segi tu, korang boleh cuba coklat-coklat dalam bentuk begini yang dijamin selamat dimakan:

Coklat peluru:
idegue-network.blogspot.com - Senjata-senjata yang terbuat dari Coklat

Coklat bom tangan:
idegue-network.blogspot.com - Senjata-senjata yang terbuat dari Coklat
Coklat bom tangan lagi:
idegue-network.blogspot.com - Senjata-senjata yang terbuat dari Coklat
Coklat pistol:
idegue-network.blogspot.com - Senjata-senjata yang terbuat dari Coklat
Kalau JR ada kilang coklat, JR nak buat coklat keris bagi mempromosikan senjata tradisional Melayu tu kepada pelancong luar.

Selamat mencuba.....

Gempa Bumi Di Johor: Kiamat Sudah Dekat



Salam malam Jumaat buat semua pembaca blog JR.


Korang orang mana? Korang orang Johor ke? Jika korang orang Johor, khususnya Mersing, korang terasa dan perasan tak dengan gempa bumi yang melanda Mersing kira-kira dua jam lepas? Mungkin ramai yang tak perasan tak? 
Mengikut sumber Bernama, satu gempa bumi yang 'agak kuat' (mengikut ukuran Malaysia yang jarang menerima kesan gempa), iaitu berukuran 3.2 pada skala Richter telah melanda  Mersing, Johor pada jam 9.43 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya berkata gempa itu berpusat di 16 km dari timur laut Mersing. Gegaran kecil  dirasai di sekitar kawasan itu, kata kenyataan tersebut.


3.2 skala Ritcher tak le kuat sangat. Bagi yang tinggal kat premis rendah mungkin tak terasa gegarannya..
sekadar gambar hiasan...ini bukan gempa kat Mersing tu..


Ia sesuatu yang ganjil kerana selama ini pusat gempa biasanya adalah di negara jiran dan kita menerima tempias kecil dari gegaran di sana. Tapi sebentar tadi pusat gempanya cuma 16 km dari Mersing.
Dulu tempias gempa pun tak pernah kita terima, tapi kini dengan usia bumi yang kian tua, segalanya telah berubah. Tidak mustahil jika tak lama lagi ada bangunan yang runtuh kerana digegarkan gempa yang skalanya lebih besar.
Apapun, terimalah gempa kecil itu sebagai peringatan Allah tentang kekuasaanNya. 


Dunia sudah semakin tua, kiamat sudah semakin dekat menunjukkan tanda-tandanya...
Bagi yang malam ini terlewat menunaikan solat Isyak kerana sesuatu urusan yang tak dapat ditunda, sila tunaikannya sebelum melelapkan mata kerana kita belum pasti esok milik kita....

29 March 2012

Tuhan...Apa Dosaku Telingaku Besar?



Jika telingaku tidak capang
mungkin kini aku sudah menggapai cita dan harapan

Jika telingaku tidak besar
mungkin kini aku sedang berlatih menembak di padang sasar

Jika telingaku sempurna
pasti hari ini aku tidak kecewa

Ya Tuhan
apa dosaku
mengapa aku di hina
kerana sebuah anugerahMu yang begitu sempurna?

Jika Kamarudin Osman seorang penyair mungkin itulah antara bait-bait nada kecewa yang diucapkannya.


Kamarudin, 19, dari Desa Bidara, Kuala Ketil, Kedah, terpaksa melupakan cita-citanya sejak kecil untuk menjadi polis apabila panel ujian fizikal PDRM mendakwa telinganya besar dan oleh itu dia tak sesuai menjadi konstabel polis. Kamarudin terkilan selepas gagal mengikuti ujian fizikal lain apabila fizikal badannya yang bertelinga besar itu dikatakan tidak memenuhi syarat diperlukan.

Kamarudin 
Kamarudin...apa salahku bertelinga besar?


“Saya tidak rasa telinga saya besar. Saya betul-betul berminat untuk menyertai pasukan polis. Bagi saya, minat dan komitmen itu lebih penting daripada segala-galanya,” kata Kamarudin.
Kamarudin adalah bekas kadet polis Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri selama tiga tahun dan dia  pernah mengikuti latihan menembak ketika di bangku sekolah. Dia yang memiliki ketinggian 172 sentimeter, mempunyai kesihatan yang baik selain aktif dalam bidang sukan ketika di bangku sekolah. 

“Saya terlalu meminati bidang kepolisan. Saya pernah ponteng sekolah untuk menghadiri kursus menembak. Saya tahu, perkara itu salah, tetapi minat saya mengatasi segalanya. Sejak kecil saya meminati bidang kepolisan ini. Saya yakin mampu melakukan yang terbaik sekiranya diberikan peluang ini", kata anak bongsu daripada enam beradik itu kepada Sinar Harian.

Menurutnya, panel pemilihan hanya mengambil masa tidak sampai 10 minit menilainya sebelum mengatakan dia gagal untuk meneruskan ujian seterusnya hanya kerana telinganya besar.
“Siapa yang inginkan telinganya besar, itu adalah takdir Tuhan. Tinggi, berat badan, ukur lilit dada dan pernafasan saya mengikut syarat yang ditetapkan, tetapi masih gagal meneruskan ujian lanjut," katanya lagi.

JR sendiri tak faham mengapa telinga besar dijadikan alasan oleh Panel Pemilihan PDRM untuk menolak permohonan  Kamarudin. Jika kerana tak cukup berat atau tinggi atau kerana tidak memenuhi pencapaian akademik yang disyaratkan, JR boleh faham. Tapi alasan telinga besar sangat lucu!!

Apa pentingnya sangat telinga kecil berbanding telinga besar untuk menjadi polis? Adakah bila menjadi polis, pistol perlu diselitkan di telinga dan oleh itu tak sesuai bertelinga besar kerana takut pistol jatuh ke tanah? Atau adakah kerana orang yang bertelinga besar menakutkan orang ramai yang akan berurusan dengan polis dan oleh itu anggota polis tak sesuai bertelinga besar?


JR harap JR salah membaca berita pelik ni. Jika korang nak baca sepenuhnya berita itu, klik di sini....



28 March 2012

Berkenalan Dengan "Buah Kote Mamak"


Salam buat semua pembaca blog JR.

Setiap kali berjoging di Taman Rimba, Alor Setar, JR selalu terpijak buah panjang berwarna hitam itu. Ia mengingatkan JR kepada buah sama yang selalu JR jumpa dan kadang-kadang makan ketika melaui jalan ke sekolah semasa bersekolah rendah di Penang dulu. 

Ketika joging, JR selalu nampak buah ni berdekatan trek joging di depan gelanggang lawn bowls Taman Rimba. Buah yang namanya sungguh unik lagi mencarut ni masa muda kulitnya berwarna hijau, bila masak pula ia berwarna agak kehitam-hitaman. Kalau nak makan perlu dipecahkan kulitnya, isinya yang hitam itu berlapis2 macam asam keping, rasanya pula pahit2 manis. Kata orang tua-tua bijinya bagus untuk pelbagai sakit kronik termasuk ubat kencing manis dan darah tinggi.

Inilah buah yang JR maksudkan tu, korang pernah tengok?:


Di utara (Perlis, Kedah dan Pulau Pinang), buah ini dipanggil dengan nama agak mencarut: buah KOTE MAMAK. Nama saintifiknya ialah Samanea Saman. Mengikut sejarah, pokok kote mamak ni bukanlah pokok asli Malaysia tetapi telah diperkenalkan ke Malaysia dari  Amerika Selatan pada tahun 1876. Di Malaysia, ia membiak liar di pinggir hutan dan jalan. Ketinggian pokoknya boleh mencapai sehingga sama tinggi dengan bangunan lima tingkat. Ini lagi gambar pokok kote mamak ni:





Di Malaysia, pokok ini berbuah di antara bulan Ogos hingga Oktober. Pokoknya boleh ditanam dengan menggunakan biji benih dan keratan batang. 


JR tak tau mengapa di Utara ia dipanggil  dengan nama yang agak lucah: pokok kote mamak.  Macam tak ada nama lain!! Tapi ada kawan beritau ia kerana bentuk buah tersebut yang  hitam, keras, panjang dan sedikit melengkung itu:




JR tak tau di negeri lain pokok ini dipanggil pokok apa? Tapi jika tak silap di negeri-negeri tengah Semenanjung ia dipanggil pokok hujan-hujan. Tapi jika pergi ke Utara Semenanjung tanya pasal pokok hujan-hujan tak siapa yang kenal. Tanya pokok kote mamak memang ramai yang kenal, cuma kadang-kadang malu nak sebut walaupun ia memang pokok yang berkhasiat untuk penyakit-penyakit kronik.

Hmmmm....khasiat punya pasal, anu si-mamak yang mendapat nama, tak patut betul.....

Gadis Melayu Kaum Paling Gedik Di Malaysia?


Salam pagi Rabu buat semua pembaca blog JR.

Pertama sekali JR harap korang jangan tersentak dengan tajuk entri JR di atas. Ia bukan kesimpulan JR, tapi satu persoalan berdasarkan statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, dari 2008 hingga  tahun lepas, sejumlah 7,662 orang dilaporkan hilang di seluruh negara dengan purata kehilangan dua orang sehari. Dua orang hilang setiap hari bukan satu jumlah kecil, beb. Kalau dua orang sebulan masih OK, tapi dua orang hilang sehari ia satu angka yang bagi JR sangat membimbangkan. 

Dari segi umur pula kebanyakan yang hilang (42%) adalah remaja berusia 14 hingga 17 tahun. Dari segi kaum pula, 71.8 peratus yang hilang adalah gadis dan wanita Melayu.



Berdasarkan rumusan polis kebanyakan yang hilang bukan kerana hilang diculik, tapi sengaja menghilangkan diri, kebanyakannya kerana mengikut teman lelaki mereka. Kalau berusia 12 tahun ke bawah bolehlah dikatakan diculik, tapi jika dah berusia belasan tahun hingga 20 tahun lebih, ia kebanyakannya memang sengaja lari dari rumah atau seperti dua kes terbaru baru-baru ini sengaja pura-pura dicolek.
Yang JR agak heran mengapa kebanyakan yang hilang (71.8 peratus) adalah Melayu? Kita kata Melayu kaum bersopan santun, kita kata Melayu berpegang kuat kepada agamanya, tapi mengapa Melayu yang bersopan santun dan kuat beragama itu yang paling ramai lari dari rumah?
Apa sebabnya? Adakah kerana...
- Adakah kerana faktor genetik: gadis Melayu lebih gedik, lebih gatal daripada gadis bukan Melayu? Kalau faktor genetik bahwa Melayu memang lebih gedik dari kaum lain tak boleh buat apa-apalah..
- Atau kerana ibu bapa Melayu kurang memberi kasih sayang kepada anak-anak mereka berbanding kaum lain yang lebih menyayangi keluarga mereka?
-Atau kerana orang Melayu kurang memberi didikan agama kepada anak-anak mereka berbanding kaum-kaum lain yang memberi penekanan agama kepada anak-anak mereka?
-Atau kerana faktor tekanan hidup: remaja Melayu dari keluarga berpendapatan rendah lari dari rumah kerana ingin mencari kehidupan yang lebih baik yang dijanjikan teman lelaki dan pihak-pihak lain yang mereka kenali?
JR cuma cuba meneka jawapannya. JR sendiri tak tau apa puncanya mengapa ramai gadis Melayu yang lari dari rumah.  Mungkin korang tau jawapannya?

27 March 2012

Jangan Menangis Awal Ashaari....


Bila melihat foto Awal Ashaari sebak dan mengesatkan air matanya sambil cuba ditenangkan oleh Scha Al Yahya, tiba-tiba menimbulkan seribu persoalan di benak JR. Apa sudah jadi dengan dua orang artis ni?


Scha cuba menenangkan Awal yang agak sebak apabila bercerita mengenai hubungan mereka (foto: star online)

Lepas tu baru JR tahu Awal ketika itu sedang sebak bila bercerita tentang hubungannya dengan Scha yang ada pasang surutnya. 
Tapi kisah pasang surut itu telah berakhir hari ini apabila Awal, 31, mengumumkan akan melangsungkan pernikahannya dengan Scha, 29, pada 4 Mei depan di Hotel Pullman, Putrajaya.
Berita itu diumumkan oleh kedua-dua pihak dalam satu sidang media khas yang diadakan di Ampwalk, Jalan Ampang kira-kira pukul 3.30 petang tadi.
Majlis resepsi kedua-dua mempelai pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 6 Mei 2012.
Tahniahlah kepada Awal dan Scha. Semoga perkahwinan anda akan berkekalan hingga ke anak cucu. Jangan biarkan perkahwinan anda berdua seperti beberapa orang artis lain yang tidak sabar mengemudi bahtera rumah tangga. Jangan biarkan bunga-bunga cinta gugur layu menjadi mimpi ngeri sepanjang hayat. Biar badai melanda bahtera tapi menyerah kalah tidak sekali. Hembuskan gemersik cinta agar ia sentiasa mewangi menerangi hati, kekal abadi indah mewarnai...

Gempaq: Suami Minta Bantuan Ayah Hamilkan Isterinya


Salam petang Selasa buat semua.

Di akhir zaman ni macam-macam peristiwa aneh berlaku. Sumbang muhrim - ayah rogol anak, atuk rogol cucu, adik rogol kakak, abang rogol adik, semuanya pernah berlaku. 

Tapi cerita yang berlaku di Belanda ni lain sikit. Ia cerita bapa mentua dan menantunya. Bukan bapa mentua rogol menantu tapi bapa mentua yang diminta oleh anak lelakinya untuk menghamilkan isterinya sendiri. Setelah 3 tahun cuba memiliki anak dari sperma sendiri dan sel telur isterinya, seorang lelaki akhirnya menyerah kerana usahanya mendapatkan anak masih gagal. Lelaki berusia 30 tahun yang tak didedahkan namanya itu akhirnya memutuskan untuk menggunakan sperma ayahnya sendiri bagi  mendapatkan anak, walaupun secara biologis anak itu adalah adiknya sendiri.


The couple have found a clinic which will honour their unusual request (file picture)

Bila proses kemahilan itu berhasil nanti dan nak itu dilahirkan, pasti struktur kekeluargaan menjadi kacau bilau. Mana tidaknya: anak yang dilahirkan isterinya secara biologis adalah adiknya manakala si-datuk pula menjadi ayah kandungnya. Apa anak itu nak panggil datuknya: panggil datuk atau ayah?

Apa pun peristiwa itu berlaku di Belanda. Bagi orang Islam menderma sperma dan menerima derma sperma orang lain hukumnya adalah haram. Institusi keluarga sangat murni, ia tak boleh dirosakkan oleh sesuatu proses yang menyebabkan institusi keluarga jadi huru-hara. Biarlah tak dapat anak sendiri dari dapat anak yang identitinya mengelirukan.


Sumber info: mailonline

Seterika Muka Untuk Hilangkan Kedutan (Teknik Baru Yang Boleh Dicuba)


Salam pagi Selasa buat semua pembaca blog JR

Apa kabar hari ni? JR nampak ada yang sedang ketawa, ada yang sedang tersenyum dan ada pula yang sedang mengerutkan muka. Kenapa mengerutkan muka? Kerja banyak belum selesai, memikirkan masalah famili atau ada masalah dengan pihak lain? Apapun masalahnya, awas jangan kerana terlalu kerap mengerutkan muka timbul kedutan di wajah yang menampakkan korang lebih tua dari usia sebenar. 

Kedutan di wajah merupakan masalah utama kulit yang dialami wanita dan lelaki bila usia melebihi 30. Berbagai perawatan kerap dilakukan  untuk memudarkan atau mencegah muka berkeriput. Tapi biasanya perawatan untuk meremajakan kulit memerlukan perbelanjaan besar, beratus atau beribu-ribu ringgit pasti perlu dikorbankan.

 

Berbeza dengan perawatan kedutan di salun dLotus yang terletak di Pondok Labu, Jakarta Selatan, Indonesia. Salun  itu memberikan harga yang cukup murah untuk mengembalikan keremajaan wajah namun perawatan yang ditawarkan memiliki kualiti tinggi yang memuaskan hati pelanggan.

Kini dLotus memperkenalkan perawatan terbarunya - Skin Face Galvanic - yang merupakan perawatan anti kedut dengan teknik setrika wajah.  Kain pun boleh setrika, mengapa wajah tak boleh, betul tak? Mengikut sumber di Indonesia,  dLotus bukan cuma menyediakan rawatan galvanic, rawatan lainnya juga tidak terlalu mahal. 

Korang pernah dengar tentang rawatan galvanic? Skin face galvanic merupakan rangkaian rawatan yang dapat memudarkan kedutan, menghaluskan kulit dan menjadikan kulit halus, mulus dan licin. Tu dia, pompuan tentu suka dengar ni kan? Produk skin galvanic tersebut terdiri dari sabun cuci wajah, krim wajah, spray wajah dan alat galvanic

Awal perawatan, pertama sekali wajah dibersihkan dengan sabun. Setelah itu wajah di beri krim di salah satu sisi, kemudian wajah disapukan spray wajah  agar wajah basah sehingga proses penyetrikaan lebih mudah. Kemudian wajah mulai disetrika dengan alat galvanic

 

Takut muka korang hangus dibakar seterika? Jangan bayangkan alat galvanic seperti setrika baju  besar dan panas di rumah korang. Alat galvanic yang dimaksudkan ni sangat kecil, lebih kecil dari henset Nokia 3310 yang nenek JR pakai. Dan yang lebih menyamankan ialah ketika alat itu diusapkan pada wajah ia tidak terasa panas sedikitpun. Alat tersebut  bekerja dengan begitu sempurna kerana memiliki arus galvanic yang dapat meningkatkan kuasa sirkulasi  pada sel kulit. 

Seorang penulis Indonesia dari Wolipop, berkesempatan mencuba perawatan Skin Face Galvanic, dan hasilnya cukup menakjubkan. Walaupuni hanya sekali rawatan terlihat perubahan kulit yang tak pernah dibayangkannya!!

Korang tertarik nak mencubanya supaya mendapat pujian pasangan dan rakan-rakan? Perawatan Skin Face Galvanic ini cuma berharga Rp 200,000 (RM67) sahaja. Prosesnya pun cukup santai dan tidak memakan waktu yang lama, hanya 30 minit saja kerutan di wajah dapat dihilangkan. 

Walaupun mungkin RM67 agak murah untuk rawatan serupa di negara ini yang biasanya menjangkau hingga beratus dan beribu ringgit, tapi berbaloikah korang untuk pergi ke Pondok Labu yang terletak di Jakarta itu? Kalau tempah Air Asia untuk perjalanan tahun 2013 mungkin boleh.....

(Sumber:Idegue.network)

26 March 2012

Takziah Kepada Mawi Dan Ikin


Salam malam Selasa buat semua pembaca blog JR

Terlebih dulu JR nak ucapkan takziah kepada Mawi dan Ikin kerana telah ditimpa musibah malang awal pagi tadi. Walaupun Mawi tak akan pernah membaca entri di blog buruk ni, tapi tak salah rasanya JR mengucapkan takziah kepadanya. 

Sebagai seorang yang pernah menjadi mangsa rumah disamun, JR memahami apa yang dirasai oleh mereka yang rumahnya dicerobohi. Apa lagi bila badan diikat dan kita dilayan dengan kasar, ia pasti meninggalkan trauma yang mengambil masa lama untuk dilupakan.

 

Dalam kejadian pada jam 4 pagi tadi itu rumah banglo Mawi  di Bangi dimasuki beberapa orang perompak dipercayai warga asing. Ia berlaku dua jam selepas Mawi tiba di rumahnya pada jam 2.00 pagi selepas selesai siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) di Johor Baru. Semasa kejadian terdapat ibu Mawi, nenek serta isteri dan anaknya. Kesemua mereka selamat dan tidak diapa-apakan perompak. 

Mengikut sumber mStar Online Mawi turut diikat perompak yang melarikan beberapa barang berharga termasuk telefon bimbit dan wang tunai yang dianggarkan bernilai RM10,000.

Ketika JR menulis ni pasti Mawi telah membuat laporan polis mengenai rompakan di rumahnya itu. Sebagai selebriti, pasti polis melayan Mawi dengan baik ketika membuat laporan. Tak seperti JR yang rumah disamun beberapa tahun lepas, polis buat layan tak layan saja bila laporan dibuat. Ia pasti kerana JR bukan selebriti dan nilai barang yang hilang pun tak seberapa, lebih kurang RM15,000 saja yang hilang, kebanyakannya barang-barang kemas isteri.

"Biasalah tu encik...samun, rompak dan curi berlaku setiap hari di Malaysia. Hari ni saja saya terima tiga aduan. Encik bernasib baik tak cedera, ada kes yang cedera tadi.." kata polis yang menerima laporan acuh tak acuh tanpa memandang muka kita di depannya pun.

Jadi itulah yang 'biasa'nya yang dikatakan polis itu. Pertama JR bukan selebriti dan VVVVVIP, kalau selebriti dan VVVVVIP ia pasti tak jadi  biasa, ia jadi luar biasa.  Kedua, jumlah kehilangan tak seberapa, tak sampai RM1 juta yang hilang, kecualilah selebriti hilang RM1,000 pun jadi berita. Dan ketiga tiada yang tercedera atau terbunuh semasa rumah JR disamun. Jika JR terbunuh dalam kejadian itu barulah ia jadi berita luar biasa mengikut perspektif polis agaknya..

Isu-Isu Pengisian Borang Permohonan UPU Lepasan SPM



Salam pagi Isnin dari JR untuk semua pembaca blog JR.

Malam tadi ketika menghantar ibu mentua ke klinik, JR terdengar perbualan dua orang awek yang kebetulan berada di sisi JR:

Awek  A: Hang dah hantaq ke UPU permohonan nak masuk IPTA  ka?
Awek  B: Dah...Hang pulak?
Awek A: Belum. Tengah isi la tadi, ni kena hantaq mak ngah mai klinik pulak...Errr..aku ada problem sikit la masa isi permohonan tu..
Awek B: Apa problemnya tu?
Awek A: Aku dok isi tapi tak nampak ruang untuk isi result SPM aku pun, hang isi dulu cam na? Tak kan tak payah isi result SPM kot? Habis cam na UPU nak timbang permohonan jika dia tak tau kelulusan kita?
Awek B:  Aku dah isi. Memang tak dak ruang untuk isi kelulusan kita pun. Aku pun tak tau...mungkin UPU link exam result tu dengan Kementerian Pelajaran kot, aku agak la...


Rupanya dua awek tu mungkin lepasan SPM yang sedang buat permohonan nak masuk kursus diploma di IPTA. Tapi mereka heran dalam borang UPU (Unit Pusat Universiti) tiada ruang untuk isi kelulusan mereka.

Kebetulan JR terbaca informasi daripada UPU yang menerangkan beberapa isu berkaitan kemasukan ke IPTA ni. Sementelah JR dah terbaca, eloklah juga JR memasukkan informasi daripada UPU tu di sini untuk  dikongsi bagi mempermudahkan urusan permohonan kemasukan korang atau saudara mara korang ke IPTA:

  • Tidak Dapat Mengemaskini Permohonan
Ramai pemohon menghadapi masalah untuk mengemaskini permohonan disebabkan kata laluan dan nama ibu yang salah.

Sebenarnya ia berkaitan dengan isu kesilapan pemohon mengisi kedua-dua ruangan 'kata laluan' DAN 'nama ibu'. Sila isi HANYA salah satu di antara kata laluan ATAU nama ibu. Jika isi kata laluan kosongkan ruangan nama ibu dan jika ingin guna nama ibu kosongkan ruangan kata laluan, tak perlu diisi kedua-duamya. Jika ingin guna kedua-duanya pastikan kata laluan DAN nama ibu diisi dengan betul tetapi jika lupa kata laluan dan nama ibu  sila hubungi UPU  untuk bantuan lanjut di talian berikut:

03-8870 6755/6766/6767/6777
Isnin – Khamis: 8.00pagi-1.00tgh, 2.00ptg-5.30ptg
Jumaat: 8.00pagi-12.15tgh, 2.45ptg-5.30ptg

  • Tahun SPM & Angka Giliran Tiada/Blank
Pemohon lepasan SPM Kategori A & B tidak perlu risau dan tidak perlu mengisi ruangan tersebut (telah dinyatakan dalam panduan permohonan) kerana ini hanyalah masalah paparan sahaja. Masalah ini disebabkan talian internet pemohon yang tidak stabil/intermittent. Pihak UPU akan update semula angka gilir & tahun SPM dari masa ke semasa.

  • Nama Tertukar Dengan Pemohon Lain
PERINGATAN: anda dinasihatkan agar mengemukakan permohonan secara berasingan. Sila selesaikan permohonan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan calon lain. Pihak UPU akan betulkan nama yang tertukar SPM dari masa ke semasa, sila buat SEMAKAN sebelum tarikh tutup.

  •  Tiada Ruangan Untuk Isi Keputusan SPM/STPM
Bagi pemohon lepasan SPM tahun 2011/2010/2009 & STPM 2011 tidak perlu mengisi keputusan peperiksaan anda kerana Kementeriaan Pelajaran Malaysia (KPM) akan membekalkan keputusan peperiksaan anda ke UPU (telah dinyatakan dalam panduan permohonan).

  • Hilang No. Unik ID
Untuk mengemukakan permohonan anda perlu memiliki no. unik id. Jika anda belum membeli no. unik ID ataupun telah kehilangan nombor tersebut anda perlu membelinya semula di Bank Simpanan Nasional(BSN).

Bagi yang berkelayakan dan belum buat permohonan, segerakanlah kerana korang punya seminggu saja lagi untuk melakukannya..


(Sumber : http://www.xpresi.org)