»

29 February 2012

Seram....Foto-Foto Zombie Mengamuk Di Sydney

Salam malam Khamis buat semua pembaca blog JR.

Korang pasti pernah dengar cerita tentang zombie kan? Bukan zombie Kg Pisang ciptaan Mamat Khalid, tapi zombie yang benar-benar wujud. Mengikut  cerita yang pernah JR baca, zombie bukanlah cuma dongengan, ia memang benar-benar wujud. Zombie sebenarnya berasal dari pulau Haiti sebuah pulau di Carribean. Zombie berasal daripada mayat yang dihidupkan dengan kuasa sihir mengikut amalan vodoo. Kebanyakan mayat-mayat hidup ini dijadikan hamba oleh orang-orang kaya Haiti untuk bekerja di ladang-ladang tebu mereka. Mereka bekerja tanpa gaji, mereka juga tak perlu makanan, mereka cuma hidup dengan bacaan mentera-mentera tertentu. Mereka merupakan sekumpulan mayat hidup yang punya jasad tanpa roh, mereka tak boleh bercakap, mereka hanya bekerja dan bekerja dengan penuh setia.

Itu zombie di tempat asalnya, Haiti. Baru-baru ini pada 25 Februari 2012 di Hyde Park, Sydney, Australia tiba-tiba menjelma seorang wanita dengan wajah menyeramkan. Sekumpulan kanak-kanak menjerit: "auuuuuuu...zombie, zombie, zombie, lariiiiiii!!!"

Tak lama kemudian lebih banyak jelmaan zombie muncul dan berkeliaran di sekitar kawasan itu - lelaki dan perempuan. Dengan wajah hodoh dan titisan darah memenuhi pakaian, mereka seperti ingin memusnahkan manusia di dunia ini. Lihatlah betapa seramnya ketika itu: 




Sebenarnya foto-foto wajah zombie di atas bukanlah gambaran zombie sebenar. Ia adalah manusia berpakaian zombie sempena pesta tahunan  Zombie Walk untuk derma Yayasan Otak  Australia yang diadakan di Sydney pada 25 Februari lepas.

Kalaulah Mamat Khalid ketika itu berada di Sydney, pasti akan membangkitkan ideanya bagi mengarahkan filem "Zombie  Hyde Park" pula....

Kisah Lelaki Tua Nafsu Kuda, Makin Tua Makin Berkuasa!!


Salam hari Selasa yang redup buat semua pembaca blog JR.

Tengahari ni JR nak berkongsi cerita dengan korang mengenai seorang lelaki istimewa dari Malaysia yang fotonya banyak disiarkan dalam akhbar hari ini. 

Apa istimewanya lelaki di bawah ni hingga gambarnya tersiar dalam banyak media kita (kabarnya termasuk media Indonesia)??


Adakah dia popular kerana dia hensem? Memang masa muda dia hensem juga kot, mana tau?

Atau dia popular kerana wangnya banyak?? Mungkin juga wangnya banyak, maklumkan kerjanya sebagai pengutip kotak yang mungkin menghasilkan pendapatan yang tinggi lebih tinggi dari pendapatan Mark  Zuckerberg, siapa tau?

Sebenarnya lelaki ni popular kerana walaupun sudah tua (berusia 61 tahun) tapi nafsunya masih sekencang kuda jantan. Akibat nafsunya yang tak terkawal  dia dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen Kota Baru semalam selepas mengaku bersalah atas dakwaan menggunakankan seorang wanita Indonesia sebagai hamba memuaskan nafsu seksnya.

Lelaki tua itu, Yusoff Mat Rani, 61 tahun, yang bekerja sebagai pengutip kotak dituduh menggunakan seorang gadis  Indonesia berusia 24 tahun dengan cara melindunginya bagi maksud eksploitasi seks dalam tempoh enam bulan pada Jun hingga Disember 2011.

Mengikut fakta kes, wanita itu datang ke negara ini pada Jun 2011 dan bekerja sebagai pembantu rumah di Wakaf Bharu  tetapi melarikan diri daripada majikannya atas alasan tidak tahan bekerja. Mangsa kemudian bertemu tertuduh sebelum tertuduh mengajak wanita terbabit ke rumahnya di Kampung Limau Manis, Kota Bharu. Dan di sanalah wanita itu dijadikan hamba seks, dia dipaksa mengadakan hubungan seks dengan lelaki tua itu sebanyak empat kali seminggu, malah kadang-kadang dua kali semalam. Memang dasar tua-tua keladi, makin tua nafsu seks makin tinggi!!!

Dan sekarang lelaki tua itu dihukum penjara 10 tahun. Pada usia 71 tahun nanti barulah dia akan keluar penjara. Tak tau lah sama ada ketika itu dia masih bernafsu kuda....
 

Nombor-Nombor Kenderaan Unik Di Malaysia & WWW...


Salam  buat semua pembaca blog JR.

Bagi korang yang ada kenderaan, korang pasti tau ada sesetengah pemilik kenderaan sangat gila dengan nombor pendaftaran yang cantik dan unik.  Satu masa dulu ramai orang berebut-rebut (terutamanya doktor) mahu nombor DR yang bermaksud doktor. Kabarnya nombor DR yang paling mahal ialah DR 6161 yang bila dilihat dari jauh nampak macam DR GIGI

Di Perlis pula ada seorang VIP bernama Razi menggunakan nombor RA21 yang dari jauh nampak seperti RAZI. Mereka yang gila nombor ini sanggup menempah nombor  yang sesuai dengan citarasa mereka dengan harga yang mahal, bukan lagi berpuluh ribu harganya tapi beratus ribu untuk nombor pendaftaran kereta sahaja.

Seorang penggemar nombor pendaftaran unik lagi menggunakan nombor NAJ 113:

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEivUdyMWpx85xowRzRSvxF3lWFDAJrEaYoYeqjQ2VoVs98EzHd6sTJgwix_A-pmKwdLfk5gvj1NHmlQhP2Ep82vGcVZTD48EfhuVIs5ZE24KHcGCkiCxWQmdth6VcJm7U5eb72t24zl_T4/s1600/383265_304370079597743_100000742617802_1035879_426146490_n.jpg

Nombor NAJ 113 ini bila dilihat sekali imbas nampak macam NAJIB. Pasti pemilik kereta ini bernama Najib!!

Tahu ke korang nombor kenderaan yang paling mahal di Malaysia? Nombor kenderaan yang paling mahal ialah nombor "MCA 1" yang dijual dengan harga RM300,100. Pengguna nombor ini ialah seorang tokoh parti MCA. Nombor kereta saja lebih mahal dari harga sebuah rumah!!

Tapi dalam banyak-banyak nombor, ada satu nombor yang walaupun cantik tapi orang tak mau. Nombor itu ialah BAB 1 kerana bila dilihat ia nampak macam BABI.

Sekarang ramai orang sedang tertunggu-tunggu pendaftaran nombor WWW. Mengapa orang tertunggu-tunggu  nombor WWW? Ini kerana WWW dilihat sebagai bermakna  "World Wide Web". Bagi mereka yang ingin menempah nombor WWW tempahan boleh dibuat di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai 30 April ini. Mengikut sumber JPJ, terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa.

Nombor bernilai utama iaitu nombor  angka 1 (WWW 1) hingga 10 (WWW 10) yang boleh ditempah dengan harga jualan minimum RM10,000, bagi nombor menarik pula  dijual dengan harga minimum RM2,000 manakala nombor popular dan nombor semasa masing-masing dibuka dengan harga minimum RM300.

Bagi JR, JR tak begitu kisah sangat dengan nombor-nombor ni, tapi JR tetap juga berminat dengan nombor-nombor yang agak senang diingat. Sebab tu kereta JR  pakai nombor 4444. Tapi nombor 4444 yang JR pakai tu orang Cina tak suka. Korang tau mengapa orang Cina tak suka nombor 4444? Sila teka....

28 February 2012

Cantik Juga Model Baru Kereta Proton Persona Ni Kan??


 
Salam pagi Selasa buat semua pembaca blog JR.
 
Pagi ni JR boring betul dengan internet yang merangkak macam kura-kura ni, lambat betul. Kalau internet ni berkuasa turbo kan ke baik??
 
Bercakap tentang turbo ni, korang tau tak kereta Persona model baru berkuasa turbo akan keluar tak lama lagi? Kabarnya Persona baru berkuasa turbo ni dinamakan "Tuah", semoga siapa yang memilikinya akan sentiasa mendapat tuah!  Hebat kan kereta berkuasa turbo, lepas ni banyaklah kereta model ni yang dipandu laju bagai kilat atas jalan. Tapi harap-harap walaupun dipandu  laju, tak lah sampai akan berlaku  banyak kemalangan.

OK la, jika korang nak tau spesifikasi selanjutnya mengenai kereta baru Proton model Tuah ni adalah seperti berikut:

Enjin 1.6 liter Turbo yang berkuasa seperti enjin 2.0 liter serta mematuhi piawaian Euro-Five
Vehicle Seek Lamp
Wiper Auto Speed
Auto side door folding mirror
Push Button Start / Stop
Sensors for Automatic Wiper and Headlamp
GPS Antenna for Navigation System
Impact Sensing Door Lock
Continuous Variable Transmission (CVT)
Security Alarm System, Immobiliser and Central Locking
Shift Lever with Tiptronic Mode and Paddle Shifter on Steering Wheel (bagi mod Automatik)
ABS & BA (Brake Assist)

Lihatlah gambar-gambarnya di bawah, hmmmm...menarik juga kan kereta buatan Malaysia ni?



Memang nampak sporty dan mewah kan, cuma beberapa masalah model Persona yang lalu seperti yang JR pernah dengar tak lah terjadi kepada model baru Persona Tuah ni. Misalnya janganlah lagi tingkap selalu jem, nanti bawa kereta yang nampak sporty dan mewah tapi terpaksa pula kena buka tingkap selalu macam kereta zaman P. Ramlee, jadi lawak la pulak....

27 February 2012

Konsert Artis Menghina Allah Di Malaysia, Salah Siapa??


Salam malam Selasa buat semua pembaca blog JR. Hari ni JR lewat sikit bersiaran kerana terbabit dalam tugas di luar perancangan...

Malam ni JR nak bincang sikit mengenai satu isu sensasi membabitkan dunia hiburan tanah air.

Jika korang peminat hiburan, korang pasti tau esok seorang artis Barat kelahiran Amerika, Erykah Badu akan  mengadakan konsert di Malaysia.

JR sejujurnya tak kenal pun artis ni, selain dari kulitnya yang gelap, matanya yang kuyu dan tabiatnya yang dikatakan selalu berpakaian tak senonoh, apa yang istimewanya dia pun JR  tak tau.

Tapi yang lebih JR tak faham ialah mengapa di negara yang mengaku dirinya Islam seperti Malaysia kita membenarkan artis seperti ini mengadakan konsertnya. Dah la suka berpakaian tak senonoh, artis ni juga bangga dengan tatoo di badannya yang kelihatan sangat menghina Islam. JR tak mau promot  foto wajahnya di sini, buat mencemar blog ni aje..Kalau korang nak tengok wajah Erykah dan tattoo menghina Islam nya tu, carilah di blog lain, misalnya kat blog nie....

Artis wanita berusia 40 tahun itu pernah mengaku bahwa dia beragama Islam, sebab itulah dia meletakkan tattoo ALLAH di dada kiri dan kanannya.  JR dengar dari beberapa sumber berita, artis ni  merupakan salah seorang "penganut Islam" mazhab Five Percenters, satu mazhab di mana para ulama sunnah wal jamaah secara sepakat tidak mengiktiraf mereka sebagai salah satu jemaah dalam Islam.

Selain dari kalimah Allah Erykah Badu juga memakai tattoo lambang Yahudi Israel di tengah dan di bawah kalimah Allah. Apa tuujuannya buat begitu, untuk menghina Allah dan mengagung-agungkan Yahudi Israel?

Erykah Badu dijadualkan mengadakan persembahan secara langsung di Malaysia esok (28 Februari)  di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) anjuran Pineapple Concerts Sdn Bhd.

Konsert “Erykah Badu Live in Kuala Lumpur” itu juga merupakan konsert di dalam siri jelajah ‘Australasia’nya dan Malaysia terpilih sebagai destinasi pertama, mungkin sebagai satu penghormatan kepada Malaysia sebagai sebagai sebuah negara Islam.

Penyanyi kelahiran Texas, Amerika Syarikat ini pernah dikritik hebat ekoran sebuah video klip yang dirakamkan di bandar kelahirannya itu yang menampakkan dia berjalan-jalan sambil menanggalkan pakaiannya satu persatu sehingga berbogel sepenuhnya pada tahun lalu. Mengaku dirinya Islam, tapi wanita Islam apa gerangannya ni yang sanggup mendedahkan keseluruhan auratnya kepada semua orang? Gila!!

Yang JR hairan bin ajaib, ketika dalam TV hari-hari sejak dua minggu lalu kerajaan kita mengutuk Yahudi Israel tapi dalam masa yang sama kerajaan yang sama telah meluluskan konsert kepada seorang artis yang sangat jelas menghina Allah dan mengagung-agungkan Yahudi Israel. Apa sudah jadi??

Salah siapa ini semua berlaku??

26 February 2012

Dilemma Gadis Berbulu Lebat


Salam petang minggu buat semua pembaca blog JR.

Tak perlu JR beritau, semua kita memang mempunyai bulu. Dan bulu yang paling lebat terletak di tempat-tempat tersembunyi dan strategik. Mungkin kerana tempat-tempat itu agak subur dan lembab, pertumbuhan bulu di tempat-tempat tersembunyi dan strategik itu lebih lebat dari tempat-tempat lain.

Tapi apa hal pula jika bulu tumbuh subur bukan saja di tempat-tempat tersembunyi dan strategik, tapi juga di seluruh tubuh? Dan yang lebih malang, ia berlaku ke atas  perempuan?

Dan itulah dilemanya...kisah ini berlaku di Bangkok. Baca seterusnya:

SUPATRA SASUPHAN sering dipanggil ‘muka monyet’ atau ‘gadis serigala’ namun keadaan tersebut tidak menghalangnya daripada berjaya dalam pelajaran.

Dia yang kini berusia 12 tahun menghidap Sindrom Ambras iaitu penyakit yang disebabkan oleh kecacatan genetik kromosom.



Menurut rekod, hanya 50 individu di dunia pernah mengalami penyakit tersebut.

Supatra ialah pelajar terbaik sekolahnya di Bangkok, Thailand.

Dia bercita-cita menjadi seorang doktor kerana ingin mengkaji lebih lanjut mengenai penyakitnya sendiri selain membantu keluarga dan masyarakat.

Semasa kecil, keadaan tubuhnya seperti kanak-kanak normal lain. Namun, apabila meniti usia remaja, bulu lebat mula tumbuh dalam kuantiti yang banyak di muka, telinga, kedua-dua belah tangan serta belakang badan. Walaupun bapanya membawa Supatra mendapatkan rawatan menggunakan kaedah laser, situasi abnormal itu tidak berubah sebaliknya bulunya menjadi semakin lebat.

“Pada mulanya ada orang suka mengejek saya dengan memanggil saya muka monyet tetapi sekarang tidak lagi. Saya berharap akan pulih satu hari nanti,” katanya yang gemar berenang, menari dan menonton rancangan kartun.

Bapanya, Sammrueng, 38, memberitahu, anaknya sukar bernafas kerana lubang hidungnya terlalu sempit.

Tetapi bukan itu sahaja cabaran yang dihadapi oleh Sammrueng dan isterinya, Somphon, 38, sepanjang mereka menjaga zuriat istimewa itu.

“Jiran-jiran sering mengumpat saya dan isteri dengan mengatakan kami selalu membuat dosa besar sehingga mendapat anak sebegini. Selain itu, gigi anak kami itu juga tidak membesar dengan normal manakala penglihatannya semakin kabur,” ujarnya.

Si ibu akan memotong bulu di kepala, telinga, belakang serta kedua-dua tangan Supatra setiap hari.

Bukan itu sahaja, anak mereka itu juga menggunakan syampu rambut yang khas untuk bayi kerana menghadapi masalah alergi dengan syampu biasa.



SAMMRUENG (tengah) berharap Supatra dapat sembuh daripada penyakit aneh yang dialaminya. 
(Sumber info: Kosmo Online) 

Apa Dayaku Tinggal di Negeri Miskin....


Salam  pagi minggu buat semua pembaca blog JR,

Jika korang rajin melihat TV (TV Malaysia), ada satu hari pada minggu lepas atau minggu sebelum tu (dah lupa hari sebenarnya), muncul seorang lelaki berambut putih  dalam satu majlis di Sabah. Di hadapan ratusan rakyat Sabah, lelaki itu mengutuk-ngutuk Kelantan sebagai sebuah negeri termiskin di Malaysia.

JR terbaca dalam banyak blog, ramai orang Kelantan marah kerana negerinya dihina sebagai negeri miskin. Mereka kata tak patut seorang Perdana Menteri Malaysia menghina salah sebuah negeri dalam Malaysia. Ada yang kata meludah langit kena tahi hidung sendiri!!

JR tak mau komen apa-apa hal ni, kerana JR tak suka sangat bercakap tentang politik di sini. Apa lagi, JR dah banyak kali la juga ke Kelantan, negeri yang dikatakan miskin tapi tak nampak miskin sangat tu.

Cuma sebentar tadi JR terbaca dalam satu blog  bernama mountdweller menulis satu entri yang sangat menarik mengenai kemiskinan di negerinya Kelantan, seperti katanya:
WALAUPUN NEGERIKU NEGERI MISKIN TAPI......

=-> Kelantan negeri miskin tiket Bola terMAHAL di Malaysia tetapi stadium sentiasa penuh

=-> Kelantan negeri miskin Baju TRW lengan pendek Rm 80,lengan panjang Rm 100 tetap di beli juga

=-> Keuntungan Tesco di kelantan antara yang TERTINGGI di Malaysia

=-> Cuba di ketuk pintu 10 biji rumah Banglo di kelantan, 9 melayu 1 cina je, tapi di Kuala Lumpur?

=-> Masa tiba tahun baru cina di kelantan, operasi kedai tetap berjalan seperti biasa,tapi di Johor dan Kuala Lumpur sunyi sepi sebab di kuasai golongan bukan melayu

=-> Kelantan negeri miskin di Malaysia tapi rakyatnya makan beras IMPORT dari Thailand

=-> Kelantan negeri miskin tapi ramai kaum hawanya yg mampu miliki EMAS sampai ke siku

=-> Kelantan negeri miskin tp produk bijak pandai datang dari negerinya

=-> Kelantan negeri miskin tapi dalam penerbangan tak kira Airasia, MAS dan Fireflyz selalu penuh!

=-> Kelantan negeri miskin tapi rakyatnya memiliki RUMAH SENDIRI bukan rumah sangkar burung (flat)

hanya orang yang pernah pergi ke kelantan jer tahu siapa monopoli perniagaan dan cara hidup orang kelantan

Ya Allah,Jadikanlah Negeri Kami Negeri Beragama, Tempat Istirehat Orang-Orang Miskin Dan Memerlukan.

p/s: Jika tak mampu hidup dalam negeri miskin,jangan sesekali datang ke Kelantan!!! TQ kpd yg Berkongsi Info... 


25 February 2012

Bahaya Minum Air Sambil Berdiri


Salam petang Sabtu buat semua pembaca blog JR.

Dah makan tengahari ke? Jika makan, korang pasti makan sambil duduk kan?

Jika minum pula?
Kadang-kadang ada yang kerana kesibukan mengejar masa minum sambil berdiri.

Tapi tau ke korang betapa bahayanya minum sambil berdiri ini jika selalu diamalkan?

Mengapa kita dilarang minum air sambil berdiri?
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjv69inWIgtZ_wXQG-9tE0xUKaKMLm8EfOamm4BaxxqX9QLnYP7Ut-8yVUBd7EbJyNWOeOJM-CtE8Sx4U5JESq61_YaULLmJns2fxqzSu0kJD2bJa7p46MiO74_brm2TPPlhyphenhyphenedwLZejY4L/s1600/minum_berdiri.jpg

Dalam sebuah kajian kesihatan akupuntur yang dibuat oleh sekumpulan ahli  akupuntur, membuktikan bahwa air minum yang masuk dengan cara minum sambil duduk lebih baik berbanding minum sambil berdiri. Ini kerana air yang kita minum ketika duduk akan disaring dengan sempurna oleh pos-pos penyaringan yang berada di buah pinggang.

Sebaliknya, jika kita minum air sambil berdiri, air yang kita minum itu masuk terus tanpa disaring lagi kerana pos-pos penyaringan hanya terbuka ketika fizikal badan kita dalam keadaan duduk. Sebaliknya jika kita minum sambil berdiri, pos-pos penyaringan tertutup dan oleh itu air akan terus menuju ke pundi-pundi kencing. Ketika air itu terus menuju ke pundi-pundi kencing, lalu terjadilah pemendapan yang mewujudkan kristal, seterusnya  menyebabkan penyakit batu karang yang boleh merosakkan sistem buah pinggang. Bayangkan jika ia berterusan, buah pinggang rosak dan korang perlu menjalani dialisis tiga kali seminggu yang begitu memeritkan, menyusahkan dan memerlukan kos yang tinggi.

Kerana bahayanya minum sambil berdiri itulah maka Islam sendiri tidak menggalakkan umatnya minum sambil berdiri:

i) Dari Anas dan Qatadah, Rasulullah saw bersabda:  "Sesungguhnya baginda  melarang seseorang minum sambil berdiri, Qotadah berkata:”Bagaimana dengan makan?” baginda menjawab: “Itu lebih buruk lagi”.
(Hadis riwayat.Muslim dan Turmidzi)

ii) Bersabda Nabi dari Abu Hurairah,“Jangan kamu minum sambil berdiri ! Jika kamu lupa (minum sambil berdiri), maka hendaknya ia dimuntahkan !” (Hadis riwayat. Muslim)

(sumber info: detikhealth)

24 February 2012

Damn U America Part 2



NONE


Semalam JR ada buat entri bertajuk 'Damn U America'! JR ada kata hari ni ada perhimpunan anti-Amerika membantah tindakan tentera Amerika yang membakar naskhah-naskhah al-Quran di Afghanistan. 

Dan petang tadi kira-kira 500 umat Islam dan mahasiswa berarak selepas solat Jumaat dari Masjid Tabung Haji menuju ke kedutaan Amerika di Kuala Lumpur bagi mengecam tindakan tentera Amerika membakar al-Quran itu.

Sambil melaungkan slogan anti-Amerika dan Yahudi, berselawat dan bertakbir, mereka juga merentangkan beberapa kain rentang dan poster yang tertulis "Respect our Quran" dan "Damn You US Army"

Bagi JR, siapa yang anjurkan perhimpunan ini tak penting, yang penting matlamat mengadakan perhimpunan Anti-Amerika si-lahanat itu patut disokong. Ia seperti perhimpunan beberapa hari lepas di Port Kelang membantah tindakan kerajaan kita yang membenarkan kapal Israel berdagang dengan Malaysia yang wajar juga ditentang kerana keuntungan yang mereka perolehi hasil perdagangan dengan Malaysia mungkin digunakan untuk membeli peluru membunuh orang-orang Palestin.

Ini ada lagi gambar-gambar perhimpunan anti-Amerika petang tadi:

  


NONE














(sumber foto: malaysiakini, malaysiainsider & harakahdaily}

Makan Atas Pokok, Tidur Atas Pokok, Beranak Pun Atas Pokok!!


Salam pagi Jumaat buat semua pembaca blog JR.

Korang dah makan ke? Makan apa? Bercakap tentang makan, korang pernah bayangkan  ada orang makan atas pokok tak? Monyet memang makan atas pokok, tapi manusia pun ada yang makan atas pokok tau? Bukan saja mereka makan atas pokok, minum atas pokok, malah mandi atas pokok, buang air atas pokok, tidur atas pokok dan beranak pun atas pokok!

Mengapa semuanya atas pokok? Jawapannya kerana mereka tinggal atas pokok!

Orang dulu memang suka membina rumah atas pokok  atas faktor keselamatan dari diserang oleh haiwan liar. Namun, sehingga hari ini rupanya masih ada sesetengah masyarakat membina rumah  atas pokok yang kelihatan sangat unik dan kreatif. Rumah pokok yang mereka bina ni berasaskan binaan kayu yang menggabungkan pokok-pokok besar yang disambung di antara satu sama lain. 

Jom JR bawa korang lihat koleksi gambar-gambar rumah atas pokok yang terbesar di dunia:


Apa pendapat korang, kreatif dan unik kan rumah-rumah tu? Tak teringin buat satu ke kat mana-mana hutan yang belum diteroka manusia?
Cuma sebagai rumah atas pokok risikonya tetap ada. Apa jadi jika pokok itu tumbang, ribut besar atau terjadi gempa bumi?
(Foto: melayu.net)

23 February 2012

Damn U America!!

  
Salam malam Jumaat buat semua pembaca blog JR


Jika korang rajin menonton berita TV, salah satu berita terpanas di seluruh dunia kini ialah mengenai penghinaan askar Amerika terhadap Islam. Mereka pernah kencing atas al-Quran, sekarang mereka (askar Amerika) membakar al-Quran di Afghanistan pula. Lahanat punya askar Amerika, damn U US Army!!

Di Afghanistan, Pakistan, Indonesia dan banyak lagi negara Islam ramai rakyatnya berdemonstrasi membantah perbuatan jelik askar-askar Amerika itu. Dah la masuk negara orang (Afghanistan), buat negara orang macam negaranya sendiri, berani pula mereka menghina agama rakyat negara yang didudukinya. Yang paling sakit hati, kerajaan negara-negara yang diduduki Amerika itu masih nak berkawan dengan si-lahanat Amerika itu. 

Kelmarin seramai 2,000 penunjuk perasaan mengepung pangkalan udara Bagram, utara Kabul. Mereka turut melemparkan bom petrol ke arah pagar pangkalan tersebut kerana marah kepada tentera Amerika yang membakar Al-Quran itu..

 
Demonstrasi anti-Amerika di Kabul: Damn America!!

Bagaimana dengan orang Islam Malaysia? Nak berpeluk tubuh sajakah melihat kitab suci kita dibakar? Tak tersentuh hati ke melihat kitab  Allah dipersenda, agama kita dihina?

Esok (24 Februari) satu demonstrasi akan diadakan di Kuala Lumpur bertempat di depan kedutaan Amerika, Jalan Ampang lepas solat Jumaat. Sesiapa yang tinggal di KL dan ada keberanian dan kejantanan untuk menyatakan "tidak" dan go to hell kepada si-lahanat Amerika bolehlah join demonstrasi tu esok. Bukan nak menyeru untuk membuat kacau, tapi Amerika perlu tahu bahwa di Malaysia juga  masih ada kelompok orang jantan Islam yang tak rela agamanya dipersendakan. 

Kesabaran orang Islam ada hadnya, Damn U America!!.

Aku Ini Binatang Jalang!!


Salam malam Jumaat buat semua pembaca blog JR.

Ketika sedang menaip ni, JR baru habis mengemas-ngemas bilik. Sebenarnya JR nak mencari sesuatu, tapi benda lain pula yang terjumpa. Benda antik!!

Tak sangka pula JR terjumpa sebuah buku puisi bertulis tangan. Korang tau puisi siapa di dalamnya? Puisi ciptaan JR lah!

Sebenarnya masa sekolah dulu JR sangat suka berpuisi. Hingga JR ada  antalogi puisi sendiri bertulis tangan yang JR baru jumpa tu.

Bila baca sajak-sajak lama JR tu rasa nak tergelak pula. Rasa heran pula dari mana datangnya idea-idea dengan bahasa-bahasa simbolik dan berbunga itu boleh keluar dari kepala otak JR ketika itu? Agaknya itu zaman tengah menggatal, zaman tengah bercinta, zaman patah hati, lalu banyaklah idea cintan-cintan menerjah masuk dalam minda.

Sekarang ni bukan saja JR tak pernah tulis sajak lagi (kerana dah hilang skill menulis gaya puitis), tapi jika ada orang bersajak pun jarang-jarang baca..

Masa JR tengah suka berpuisi dulu, JR suka baca puisi-puisi pengarang Malaysia dan Indonesia. Antara puisi yang JR paling suka baca ialah sebuah sajak bertajuk Aku:


Aku

Kalau sampai waktuku
Ku mau tak sorang kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu

Aku ini binatang jalang
Dari kumpulan terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang

Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak peduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi

Sajak ini bukan sajak ciptaan JR, tapi JR sangat tertarik dengan lenggang lenggok bahasanya hingga pernahlah juga terjerit-jerit JR membacanya dalam pertandingan membaca puisi di sekolah.

Apa yang menariknya tentang sajak ini? Antara yang menarik bagi JR ketika itu ialah perkataan 'aku ini binatang jalang'. Ketika itu JR berpikir: berani sungguh penulis sajak ni mengaku dirinya binatang jalang? Tak ramai orang di dunia ini yang berani mengaku dia seperti binatang jalang, dia yang terburuk, dia yang paling celaka dan jahanam? Siapa berani mengutuk dirinya sendiri?

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEikEKgHuwJDpgrwKODfpIhSZZAHTVzT97iDOjeNcsEG-Fao7uV9CIw00235IVjMiljqSjH5Ee2Rf8rlIkj1dXVEZ3QMp0nT7bXrCf0FsQFm_eftrvwZ6BwrZhyphenhypheny4bnU7K2rPtcj9xiUxE0/s1600/CHAIRIL.jpg

Semua kita cuma suka kata kitalah yang paling hebat, kitalah yang paling hensem, kitalah yang paling cantik, kitalah yang paling.....(semuanya yang baik-baik belaka). Tapi penulis sajak ini berani mengaku dialah binatang jalang, berani mengkritik dirinya sendiri, itulah yang buat JR salute padanya ketika itu.

Satu lagi yang JR suka tentang sajak ini ialah semangat juang penulisnya yang tak mau menyerah kalah, biarpun terluka, seperti katanya:

Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak peduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi

Korang tau siapa penulis sajak ini? Kepada  yang terlupa, penulis sajak ini ialah Chairil Anwar dari Indonesia. Korang tau bila sajak ni dihasilkan? Ia dihasilkan pada tahun 1943, hampir 70 tahun dulu...Ketika sajak ini dihasilkan pasti atuk dan nenek korang pun barangkali belum ada lagi di dunia ini, tapi JR masih suka dengan bait-bait puisi yang keras dan penuh bersemangat itu hingga kini...

Kerana Ikut Pepatah Melayu, Ibu Masuk Penjara


Salam pagi Khamis buat semua pembaca blog JR.

Korang pasti setuju dengan JR kan, banyak pepatah Melayu tak sesuai lagi dengan zaman. Memang banyak pepatah yang baik, tapi tak kurang juga yang jika diikuti akan membawa padah.

Misalnya pepatah "Biar mati anak, jangan mati adat". Nak ikut adat punya pasal sampai  sanggup korbankan anak? Sanggup ke korang (yang dah ada anak tu) sanggup biarkan anak korang mati untuk mempertahankan adat yang ada antaranya bertentangan dengan agama kita sendiri? Pasti ramai yang tak sanggup!! Susah-susah mengandung sembilan bulan, kemudian biarkan anak mati kerana nak mempertahankan adat.

Satu lagi pepatah ialah "Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan anak tangan-tangankan" Hmmm...sayang jenis apa tu sampai nak tinggal-tinggalkan isteri. Kalau tinggal lapan jam kerana pergi kerja tak apa la juga, tapi kalau buat tinggal hingga lapan bulan, silap-silap isteri akan cari "suami lain" baru padan muka.

http://media7.mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/02/Ibu-Cubit-Anak-Hingga-Lebam-Didenda-RM7000.jpg

"Sayangkan anak tangan-tangankan" juga kena tengok-tengok juga, jangan sebarangan "tangan-tangankan" anak, kerana jika silap "tangan-tangankan" anak jadilah korang macam cik akak kita ni:

MELAKA – Tindakan seorang ibu yang mencubit tangan anaknya sampai lebam kerana malas menukarkan baju mangsa menyebabkan wanita itu dijatuhi hukuman denda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Zaharah Hussain menjatuhkan hukuman itu ke atas Maszuridah Kuming, 34, selepas tertuduh mengaku salah atas pertuduhan yang disabitkan.

Mengikut pertuduhan, Maszuridah yang bekerja sebagai pembantu sebuah kedai makan di sini didakwa menyebabkan anak lelakinya yang berumur lima tahun mengalami kecederaan. Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh pukul 9 malam pada 20 Julai 2011 di sebuah rumah di Batu 7 1/2, Bukit Rambai di sini. 

Maszuridah didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam (kerana tidak mampu) dalam rayuannya memohon supaya hukuman terhadapnya diringankan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.

“Saya menjaga empat orang anak, saya turut menanggung keluarga dengan bekerja sebagai pembantu kedai makan selain anak bongsu saya yang berusia enam bulan masih menyusu badan,” kata Maszuridah.

Zaharah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM7,000 terhadap tertuduh. Tertuduh gagal membayar denda (kerana tak mampu) dan perlu menjalani hukuman penjara selama enam bulan. (Sumber: Harian Metro)


JR agak tersentuh hati membaca berita ini. Memang  sekali-sekala dalam mendidik anak (pengalaman JR sendiri) kita perlu "tangan-tangankan" mereka. Tapi "tangan-tangankan" itu perlu dibuat secara berhemah bagi mendidik anak agar tidak mengulangi kesilapan mereka. Kalau dah sampai "tangan-tangankan" anak hingga mereka tercedera, tak patut sangatlah. Ia bukan mendidik, tapi melepas geram!

Tapi kadang-kadang dalam menghakimi kes seperti ini kita juga perlu lihat latar belakang kejadian. Mungkin ketika itu ibu ini sedang mengalami tekanan, maklumlah nak menjaga empat anak dengan pendapatan yang sangat kecil bukanlah mudah, anak bongsu pula masih menyusu. Mungkin dalam keadaan tertekan seperti itulah menyebabkan jari jemari si-ibu telah terlebih menyepit hingga anaknya tercedera.

Sekarang kasih anak dan ibu terpisah bila ibu terpaksa masuk penjara. Kesian anak-anaknya seramai empat orang tu, terutama yang masih menyusu, sapa nak jaga? 

Jika ibu malang itu ada sedikit wang dan mampu mengupah peguam yang bijak, mungkin Hakim menjatuhkan hukuman berbeza....

22 February 2012

Telefon Pintar Terbaru Di Pasaran Malaysia Cuma RM500!!




 
Salam petang Rabu buat semua pembaca blog JR.

Petang ni JR nak sampaikan berita baik kepada mereka yang belum mampu memiliki telefon pintar yang harganya beribu-ribu tu. Telefon pintar yang JR maksudkan ni ialah telefon pintar baru bernama M3 Communicator yang akan berada di pasaran Malaysia pada bulan April ni - dua bulan saja lagi. 

Yang paling istimewa mengenai M3 Communicator ini ialah harganya cuma RM500 saja! Dan yang lebih membanggakan ialah  ia  diperbuat di negara ini, made in Malaysia

Tengok rupa model telefon pintar  made in Malaysia di sebelah kiri tu, sebiji macam i-phone 5 tak??



 



Telefon pintar M3 Communicator ni dikeluarkan oleh syarikat DMD Mobile Sdn Bhd.




















M3 Communicator ini turut dilengkap dengan touch screen, GPS,Wi-Fi dan bluetooth 4.0 dengan teknologi NFC  akan menggunakan platfom Android 4.0 (Ice Cream Sandwich).

M3 Communicator turut dilengkapi dengan perkhidmatan data prepaid pada harga RM10 sebulan membolehkan pengguna menikmati kemudahan internet dengan harga termurah.

M3 Communicator juga kabarnya akan menembusi pasaran Sri Lanka pada Mei ini dan seterusnya ke negara lain seperti Indonesia serta Eropah termasuk  Sepanyol menerusi perbincangan dengan syarikat telekomunikasi di negara terbabit. Hebat juga i-phone versi Malaysia tu ye, dapat menembusi pasaran negara omputih!!

Mengikut CEO DMD mobile, Datuk Dr Mohammed M.Daud, sasaran utama pengguna M3 Communicator yang akan dikeluarkan pada April nanti itu ialah golongan berpendapatan rendah. 
 
Hmmmm...jadi apa macam, nak beli tak? Jangan la tak yakin dengan barangan Malaysia pulak ye??

p.s: Mengapa telefon pintar buatan Malaysia ni panjang sangat namanya: M3 Communicator? Bergulung lidah nak menyebutnya!! Berilah nama yang mesra lidah sikit, misalnya M3 Comm ke, i-fon M3 ke,  atau apa-apa nama aje lah yang mudah sikit nak menyebutnya...



Jangan Mimpi Pakai Kereta Baru Lagi Lepas Ni


Salam pagi Rabu untuk pembaca blog JR.

Jika korang tak nak bercakap hari ni kerana dibelenggu peraturan Wordless Wednesday, tak apalah. Biar JR sebagai warga merdeka yang tak dibelenggu apa-apa peraturan buatan manusia saja bercakap dalam blog ni..

Dan hari ni JR nak bercakap pasal kereta.

Nasib baik JR dah ada kereta. Isteri juga ada kereta sendiri. Alhamdulillah..Walaupun bukan Ferrari, Porche atau Lamborgini, namun kereta-kereta yang kami miliki sudah memadai untuk menyempurnakan keperluan kami seharian.

Tapi bagi korang yang belum memiliki kereta, ketahuilah, sekarang ni amat sukar untuk membeli kereta baru dengan wang sendiri. Lainlah kalau bapa korang taukeh lombong emas yang korang boleh dapatkan duit percuma daripadanya untuk beli kereta baru.

http://www.sportscarcup.com/cars/silver-porsche-carrera-gt.jpg
Bagaimana aku nak beli Porche Carrera, jika pinjaman tak diluluskan??

Mengikut Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar (Peda), Armin Baniaz Pahamin seperti yang tersiar dalam Kosmo hari ini, peluang untuk mendapat pinjaman semakin sukar, hanya tiga daripada 10 permohonan diluluskan oleh institusi kewangan. Ini berikutan garis panduan baru yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia  berkuat kuasa 1 Januari lalu. Mengikut garispanduan Bank Negara itu, peminjam wajib mngisytiharkan gaji bersihnya selepas menolak semua potongan lain termasuk KWSP, Cukai Pendapatan, pinjaman rumah, kad kredit dan lain-lain kepada institusi kewangan yang nak memberi pinjaman membeli kereta. Kalau gaji RM6,000 pun, tapi jika lepas tolak segala hutang hanya ada baki di tangan cuma RM1,000, permohonan tak akan diluluskan oleh institusi kewangan. Dengan kata-kata lain, hanya peminjam yang kewangannya betul-betul mantap saja layak diluluskan pinjaman.

Bagi JR peraturan baru ni ada pro and con nya. Yang bagusnya hanya peminjam yang betul-betiul layak yang mendapat pinjaman membeli kereta. Tak perlulah lagi anak bini berlapar kerana suami nak bergaya dengan kereta baru untuk ditayang kepada girl friendnya (contoh melampau). Tak perlu juga suami gadai gelang bini untuk beli kereta baru hingga bini cuma pakai gelang plastik saja lepas tu (contoh melampau lagi). Bila tak banyak lagi kereta baru di jalanraya, jalan juga aman lah sikit, jem pun kurang, kemalangan pun kurang, kurang kematian, kuranglah kaki, tangan dan tengkok yang patah.

Tapi yang tak seronok pastilah taukeh-taukeh kedai kereta. Kalau kereta dah tak laku, kuranglah wang dalam kantong seluar mereka, kenalah ikat perut sikit, tak lah boleh berhibur waktu malam lagi, pekerja-pekerja  juga perlu dikurangkan, kesian...
 
Mereka yang punya keluarga besar juga susah nak beli kereta jika kedududkan kewangan mereka tak betul-betul mantap. Kenalah menaiki bas, LRT atau naik keretapi saja untuk perjalanana jauh. Susah....

21 February 2012

Lelong..Lelong..Lelong..iPad Dijual RM607 Saja


Salam buat semua pembaca blog JR.

Korang ada miliki iPad tak? Bagi korang yang belum memiliki iPad, apa kata korang beli iPad terbaru ni. Harganya cukup murah, korang tawaf 1Malaysia selama 1 bulan pun pasti tak dapat miliki 1 iPad semurah ni. Harganya cuma   AS$200 atau RM607.80 satu, tersangat-sangat murah kan?

 http://asiancorrespondent.com/wp-content/uploads/2012/02/Pak_iPad.jpg

Sebenarnya komputer tablet iPad yang harganya cuma RM600 lebih itu adalah ciptaan  jurutera-jurutera tentera udara Pakistan. iPad versi tempatan itu diberi nama PACPAD 1. iPad Pakistan ini menggunakan Android 2.3. 

Jika korang berminat nak beli pergilah pujuk-pujuk penjual karpet Pakistan yang nak balik ke negeri asalnya. Mintalah tolong mereka beli satu iPad ketika balik ke Pakistan untuk dibawa pulang ke Malaysia. Jika mereka tak balik lagi ke Malaysia lepas wang RM600 lebih itu diserahkan, anggaplah ia sebagai sedekah....


20 February 2012

Ngeri...Kerana Dadah Wajah Bertukar Jadi Alien


Salam malam Selasa buat semua pembaca blog JR.

Malam ni JR nak bawa korang ke Miami, Florida dengan menaiki jet eksekutif JR. Jom kita pergi ke Miami jumpa seorang pemuda bernama Carlos  Rodriguez. Carlos adalah seorang lelaki yang sempurna hinggalah suatu tragedi yang berlaku kepadanya hingga kepalanya jadi begini: 

 img

Kini kepalanya cuma tinggal separuh, macam alien aje kan? 

Penampilan Carlo Rodriguez agak melucukan kerana dia tidak memiliki dahi dan kepala bahagian belakang pula lebih menonjol,sebiji macam alien.Mengapa kepalanya cuma tinggal separuh? 

Sepatah kata-kata penyesalan Carlos yang kini dikenali sebagai Carlos 'Halfy' Rodriguez ialah: "Jangan memnggunakan dadah". Gara-gara hobinya menghisap dadah, lelaki tersebut kini kelihatan seperti alien kerana hanya memiliki separuh kepala dan otak sahaja.

Carlos  telah kehilangan sebahagian besar otak dan tulang tengkoraknya akibat satu kemalangan dramatis yang disebabkan  penggunaan dadah dan alkohol ketika memandu kereta. Ketika kemalangan berlaku tubuhnya tercampak keluar dari kereta melalui kaca depan yang menghiris separuh dari kepalanya keluar.

Bagi menyelamatkannya, doktor terpaksa memotong sebahagian besar sisa-sisa daging dan tulang di kepalanya yang masih berbaki untuk membantunya terus bertahan hidup. Dan inilah hasilnya:

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2012/02_02/half-head_160x140.jpg





Jika korang nak wajah se hensem mamat tu, pergilah dekati dadah. Jika tak jadi sehensem mamat tu pun, sekurang-kurangnya mungkin korang berpeluang berkenalan dengan malaikat maut yang sedia menjemput korang ke dunia bawah tanah beratapkan batu nisan...

(Sumber berita:  daily mail)

Kesian....Tragedi Anak P.Ramlee


Salam tengahari Isnin buat semua pembaca blog JR. Entah mengapa budak kenit @ internet ni bergerak macam kura-kura lagi. Fedup! Sekarang pun macam kura-kura juga...hmmmm...sebab lambat bayar bil ke??

Apa pun hari ni JR nak kongsi cerita mengenai anak seniman agung kita P.Ramlee. Memang P.Ramlee nama besar dalam sejarah seni negara. Dia seniman serba boleh: boleh jadi pelakon, pengarah, penyanyi, pencipta lagu, malah kata orang boleh menjadi dukun jika kecemasan.

Tapi bintang P.Ramlee tak menyebabkan anak-anaknya menjadi bintang sepertinya. Kecuali Dian P.Ramlee (anak angkat P.Ramlee), anak-anaknya yang lain bukan orang terkenal dan hidup senang seperti sesetengah artis lain. Anaknya Nasir (sudah meninggal) bukan orang senang, Sabaruddin juga cuma kerja sebagai pekerja am dan seorang lagi Sazali juga cuma seorang tukang sapu. Sazali P.Ramlee bukan sahaja tidak memiliki kereta mewah seperti artis-artis lain, kereta tak mewah pun dia tak ada, malah kapcai pun dia tak miliki. Yang mampu dia miliki dalam kemiskinannya cuma sebuah basikal. Begitulah malangnya nasib anak seniman agung kita.

Berita terbaru yang JR baca di Kosmo hari ini ialah Sazali P.Ramlee kini sedang terlantar sakit. Dia kini tak mampu bergerak, cuma berkerusi roda. Sazali, 53 kini terlantar sakit selepas kemalangan dua bulan lalu:


Sazali P.Ramlee berkerusi roda..

“Semasa kejadian itu saya balik dari kerja dalam keadaan hujan lebat. Jalan dipenuhi air menyebabkan basikal saya terlanggar besi penutup air kumbahan dan saya terjatuh di atas besi itu,” katanya kepada Kosmo semalam.

Memang nasib manusia ditentukan Allah, tapi kita perlu berusaha ke arah masa depan kita dan anak-anak supaya mereka dapat mengecapi kehidupan yang lebih baik dari kita. Jadikan tragedi anak P.Ramlee ini sebagai iktibar dalam mengharungi hidup yang cuma seketika ini....

19 February 2012

Ayoyo Doktor, Bagaimana Bini Aku Mengandung Lagi??


Salam buat semua pembaca blog JR.

Entri JR petang tadi agak serius: tentang pilihanraya. Serius selalu pun pasti korang boring kan? OK lah, kalau gitu entri malam ni agak santai, lawak pun ada...

Cerita yang JR nak bawa ni diriwiyatkan oleh seorang kawan JR ketika kami sama-sama menghadiri satu kursus dulu. Katanya ia kisah benar, kisah betul lagi sahih yang diceritakan oleh rakannya seorang pakar sakit puan.

Kata doktor sakit puan itu (JR namakan di sini sebagai Dr Y), suatu hari dia didatangi oleh seorang lelaki India berusia awal 30an. Lelaki India itu bekerja di estet dan tinggal di suatu kawasan pedalaman. Doktor Y agak terkejut kerana lelaki India awal 30an itu sudah mempunyai tujuh orang anak. Rupanya anaknya berderet, setiap tahun rahim isterinya mengeluarkan seorang bayi. Suburnya!!!

"Doktor, saya mau doktor tolong saya. Saya mau doktor tolong kasi bini saya jangan beranak lagi" rayu lelaki India bernama Samy itu.

"Oooo...itu mudah saja. Encik Samy jangan tidur sama isteri Encik Samy lagi lah, mesti tahun depan tak dapat anak punya!!" kata doktor itu berseloroh.

"Jangan la itu macam doktor. Saya sayang sama bini saya...servis kena bagi juga..." giliran lelaki India itu pula buat lawak.

Kasihan kepada lelaki India itu, Dr Y mengeluarkan sampel kondom dari laci mejanya.

"OK, begini Encik Samy..nanti malam, jika Encik Samy mau tidur dengan  isteri Encik Samy,  Encik Samy jangan lupa pakai ini kondom" katanya sambil menunjukkan kondom itu kepada Samy.

http://health.infoniac.com/uimg/condom-viagra.jpg


"Ini kondom bagaimana mau pakai doktor?" tanya Samy yang tak tahu kegunaan kondom.

"OK begini ya Encik Samy, dengar baik-baik saya cakap dan perhati betul-betul ya..Sebelum Encik Samy mau tidur sama  isteri, Encik Samy kena pakai ini kondom dulu. Encik Samy buat ini macam," kata doktor itu sambil memasukkan kondom itu ke dalam jarinya dan menariknya hingga ke panggkal jari, "Lepas masukkan ini kondom itu macam, Encik Samy boleh tidur sama isteri Encik Samy"

Samy memerhatikan demonstrasi cara penggunaan kondom itu dengan penuh minat sambil mengangguk-angguk kepalanya.

"Ooo...mudah saja. Saya faham, saya faham.." kata Samy dengan penuh yakin.

Dua bulan kemudian tiba-tiba Samy muncul lagi di klinik Dr Y. Mukanya kelihatan seperti orang yang sedang menahan marah.

"Dr penipu, doktor tipu saya..." jeritnya hingga menarik perhatian ramai orang.

"Sabar Encik Samy..Apa yang sebenarnya terjadi ni?" tanya Dr Y terkejut.

"Doktor cakap bini saya tak boleh mengandung bila pakai itu kondom, tapi ayoyo doktor...dia mengandung juga!!" kata Samy.

Dr Y juga terkejut. Memang kondom tak menjamin pasangan tidak mengandung 100%, tapi keberangkalian untuk mengandung sangat kecil, cuma sekitar 3%. Mungkinkah isteri Samy termasuk dalam golongan 3% itu??

"Encik Samy tiap-tiap malam pakai kondom ka bila mau tidur dengan isteri?" Dr Y meminta kepastian.

"Ya...saya tak pernah miss satu kali pun pakai, tapi dia mengandung juga!!"

"Encik Samy pakai cara betul ka, mungkin Encik Samy pakai cara tak betul?" teka Dr Y.

"Saya pakai betul la doktor. Apa doktor ajar itu hari, itu saya buat. Saya memang taruh itu kondom di jari saya macam doktor suruh buat" jawab Samy dengan wajah sugul.

"Apa...Encik Samy taruh itu kondom dijari sebelum tidur dengan isteri? Hahahahha..." Dr Y tergelak besar.

"Doktor tunjuk hari tu pakai di jari, saya ikutlah..." jawab Samy hairan.

Doktor Y masih tak dapat menahan ketawanya. "Aiiisay Encik Samy...tak kan pula saya mau tunjuk itu kondom pakai di......"