»

31 January 2012

Hebat..Wanita Seksi Rogol 10 Lelaki Macho

Salam buat semua pembaca blog JR.

Hari ini JR terlewat muncul lagi. Apa nak buat agak sibuk.

Hari ni JR nak ceritakan korang satu misteri yang melanda sebuah pekan kecil bernama Tambov di barat Russia. Sekumpulan doktor di hospital pekan kecil itu agak pening kepala dengan kehadiran beberapa pesakit lelaki akhir-akhir ini. Pesakit-pesakit ini datang dengan simptom sakit yang sama: mereka menghadapi keracunan klonidin serta rasa sakit dan sengal pada alat sulit mereka. Anehnya lelaki-lelaki ini tidak begitu ingat apa yang sebenarnya berlaku kepada mereka, kecuali mereka diajak minum oleh seorang wanita cantik berambut merah di sebuah apartmen. Menurut mereka, wanita itu sangat peramah, santun dan mesra.

Lepas minum di apartmen wanita itu, mereka tak ingat-ingat apa-apa lagi, kecuali berada di suatu kawasan sunyi dengan satu rasa sakit yang amat sangat di bahagian sulit mereka. Akhirnya  hospital tersebut merujuk kes pelik  ini kepada pihak polis.

Polis mula mensyaki sesuatu yang tak kena apabila jumlah pesakit lelaki dengan aduan yang sama meningkat di hospital. Siasatan polis kemudiannya membawa kepada penangkapan seorang wanita berusia 32 tahun yang dituduh  merogol 10 lelaki kacak dan macho dengan menggoda mereka melalui  kecantikannya. Wanita itu yang dikenali sebagai Valeria K kemudiannya menerima gelaran Black Widow kerana hobinya yang gemar mengumpul labah-labah beracun di samping suka mencederakan lelaki kacak  selepas merogol mereka dengan cara yang sangat ganas.

http://www.wc-news.com/wp-content/wc-news-photos/black-widow/Black-Widow.jpg
Valeria: cantik tapi ganas

Valeria dalam pengakuannya memberitahu bahawa dia memujuk lelaki-lelaki kacak dan macho ke apartmennya. Di apartmennya, lelaki-lelaki ini dihidangkan  minuman keras.

Sesuatu yang lelaki-lelaki itu tidak tahu ialah minuman yang dihidangkan kepada mereka itu bukanlah minuman biasa. Valeria mengaku mencampur klonidin ke dalam minuman itu bagi mengkhayal dan membuatkan kesemua mangsa pengsan selama 24 jam. Selepas mangsanya pengsan, Valeria mengikat pangkal alat sulit lelaki-lelaki yang sudah terangsang itu dengan tali. Tujuan dia berbuat demikian adalah supaya alat sulit lelaki-lelaki itu terus menegang selama berjam-jam dan di ketika itulah  Valeria akan merogol mangsanya berapa kali dia suka sepuas-puasnya  hatinya.

Setelah selesai merogol mangsanya berkali-kali hingga puas, Valeria akan mengheret mangsa dan mencampakkannya ke kawasan yang jauh dari penempatan manusia.  Anehnya, sebaik sahaja tersedar mangsa tidak dapat mengingati apa-apa, kecuali mereka pernah bertemu dengan seorang wanita cantik yang sangat baik hati dan peramah!! (Sumber: wcnews.com).

JR: Dalam dunia di akhir zaman ini macam-macam perkara pelik boleh berlaku. Tidak ada manusia yang suka dirogol, baik wanita mahu pun lelaki, kerana hubungan indah hanya terjalin dengan mesra jika ada cinta di hati keduanya...

30 January 2012

Mengapa Kalau Marah Wanita Suka Tunjuk Payudara??


Bukan sekali. Bukan dua kali. Bukan sepuluh kali. Kalau dihitung-hitung mungkin dah dekat 100 kali tengok foto-foto dan berita sebegini. Dah banyak kali JR baca berita yang hampir sama: bila marah terhadap sesuatu perkara, sekumpulan wanita memegang sepanduk sambil berarak ke jalan raya tanpa memakai baju. Ia kerap berlaku di Eropah dan Amerika tapi sangat jarang berlaku di Asia.

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgAPLZ64MOW3GR-TYOoPksBpNvkvM-DeYMbzfAgNm5upNEOQRJAyLNfEkBzzY06hSvj7D6RCeUGniCM5Hm8pZzWgMSuTzqAXVKtgfYuwfdyeOOxOQuzVVk-lTMvaFqrqQeC89_eJswHPko/s400/topless-peta-protetsters%5B1%5D.jpg
 Tunjuk payudara di Perancis

Marah kerana diskriminasi gender, tunjuk payudara kat orang. Barang naik harga, tunjuk payudara kat orang. Marah kerana alam sekitar tercemar, tunjuk payudara kat orang. Semua perkara yang tak puashati perlu diakhiri dengan tunjuk payudara!!

  https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjGAzA6WCI_syqIAKq8UDy1eWWpqr1RWnj4Sc2RGKDz0yEHNAmpXPi0Tx7jcjCkwbuCEzgh7AyiCVM_49LHy_9L_9OKz31Drjs9pgjuIXXmXv1jARKL7hOMM24k1LVPvyLDLHFYQxIYnpST/s400/Topless+protest.jpg
 Tunjuk payudara di Russia

Soalnya yang JR tak paham: mengapa wanita kalau marah, perlu tunjuk payudara kat orang lain??

Benda lain pun masih banyak boleh tunjuk kat orang: tunjuk bibir mongel mereka, tunjuk jari halus mereka, tunjuk tumit kaki licin mereka. Tapi dalam banyak-banyak benda, pelik sungguh mengapa payudara juga yang menjadi minat mereka untuk ditunjuk?

http://de.acidcow.com/pics/20100208/femen_organisation_04.jpg
Tunjuk payudara di Ukraine 

Apakah mereka ingat payudara itu ada kuasa sakti boleh mengubah tanggapan seseorang hingga akan menyokong perjuangan mereka? Tak mungkinlah, kerana sebesar atau sekecil mana pun payudara mereka, setegang atau sekendur mana pun payudara mereka, jika mereka tunjuk ia tidak akan mengubah apa-apa. Kerana keadilan yang mereka perjuangkan, kesama rataan yang mereka tuntut tidak bergantung kepada besar atau kecil payudara mereka, tegang atau kendur payudara mereka. Ia tak ada kena mengena dengan payudara mereka. Kecualilah mereka pesakit kanser payudara dan nak minta derma untuk pembedahan, itu ada juga relevannya tunjuk payudara rosak mereka....

Apapun, hanya wanita saja yang dapat menjelaskan mengapa payudara menjadi jawapan terhadap banyak perkara dalam hidup mereka...

29 January 2012

Orang Islam Dibenarkan Bawa Anjing Masuk Rumah


Salam petang Ahad buat semua pembaca blog JR.

Hari ni JR agak terlewat bersiaran di blog ni. Maklumlah hari ni sibuk sikit sebab ada urusan persekolahan anak. Ketika di sekolah tadi JR terjumpa seorang waris yang bercerita tentang rumahnya yang sering dimasuki pencuri. JR juga pernah tinggal di suatu kawasan perumahan di sebelah balai polis, tapi jenis penyamun ni tak pernah heran dengan kehadiran polis. Hingga suatu masa kerana banyak sangat jenayah, JR pernah terfikir untuk memelihara anjing!! Tapi fikiran tu cuma datang ketika marah, bila dah cool balik, rasa takut pula kerana bukankah ada riwayat menyatakan malaikat tak masuk rumah mereka yang memelihara anjing?

Tapi salahkah orang Islam membela anjing untuk keselamatannya?

Kata Ustaz Zahazan, tak salah jika orang Islam nak membela anjing. Malah katanya hadis bahwa malaikat tak masuk rumah orang Islam yang memelihara anjing adalah berdasarkan satu hadis yang lemah.




Baca selanjutnya penjelasan ustaz:

DALAM satu riwayat, Rasulullah SAW menanti kedatangan Malaikat Jibril membawa wahyu Ilahi. Namun, Malaikat Jibril yang dinantikan tidak kunjung tiba sehinggakan ada yang mengatakan Muhammad telah ditinggalkan oleh Tuhannya.

Tidak lama kemudian Malaikat turun membawa surah ad-Duha. Ketika Nabi SAW bertanya kepada Malaikat Jibril sebab mengapa ia tidak datang, maka Malaikat Jibril menjawab: “Kami tidak masuk rumah yang di dalamnya ada anjing dan patung.”

Hadis ini dinilai sebagai da’if (lemah). Kerana itu ada sebahagian ulama membolehkan anjing masuk rumah.


Tetapi perlu difahami bahawa yang dimaksudkan dengan ‘masuknya malaikat ke rumah’ adalah masuknya mereka membawa rahmat, sehingga sekiranya hadis itu dinilai sahih sekalipun, maka saudara tidak perlu keliru.


Perlu diketahui setiap ketika, malaikat selalu menyertai kita di mana pun kita berada, sama ada dalam keadaan mentaati Allah atau sebaliknya. Adanya malaikat pada ketika seseorang itu melakukan kederhakaan adalah ia menyaksikan dan mencatat kegiatan manusia.

 
Hanya dalam beberapa keadaan saja malaikat tidak menyertai manusia antaranya ketika seseorang masuk tandas dan melakukan hubungan suami isteri.

Ada juga hadis menyebut: “Nabi SAW diundang ke rumah si A, dan Baginda tidak datang. Kemudian ketika diundang ke rumah si B, Baginda datang. Ketika Baginda SAW ditanya mengenainya, Baginda SAW bersabda: Di rumah si A ada anjing. Kemudian Baginda diberitahu bahawa di rumah si B juga ada kucing. Lalu Baginda SAW menjawab: Sesungguhnya kucing tidak najis.”


Jika demikian keadaannya, maka yang dikemukakan Rasulullah SAW adalah persoalan anjing adakah ia najis atau tidak. Dalam perkara ini juga dapat bertemu dengan pelbagai pendapat. Mazhab Abu Hanifah berpandangan anjing tidak najis kerana anjing dapat di manfaatkan untuk menjaga dan berburu. Hanya mulut anjing atau air liur serta kotorannya yang najis.


Mazhab Maliki pula amat longgar. Anjing menurut pandangan mereka tidak najis. Baik anjing yang dijadikan sebagai penjaga atau pemburu. Bagi mereka yang najis hanyalah bejana (bekas) berisi air.


Jika ada seekor anjing memasukkan lidahnya, lalu ia menggerakkannya, lalu ketika itu kita dituntut untuk membuang air itu dan mencuci bekasnya sebanyak tujuh kali dan salah satunya dengan air tanah.


Apabila kaki atau anggota lain badannya menyentuh bekas berisi air itu, maka ia tidak najis dan tidak perlu dicuci salah satunya dengan tanah. Oleh itu, mungkin orang berpegang pandangan ini, mereka meletakkan anjing di rumah untuk menjaga keselamatan atau kepentingan lainnya. 

JR: Pernahkah korang terfikir untuk memelihara anjing di rumah kerana geram dengan penjenayah yang selalu menceroboh rumah korang??  Walaupun jawapan Ustaz Zahazan tidak menghalang orang Islam memelihara anjing, tapi mengenangkan air liur dan najisnya yang suka dibuang merata tu, sanggup ke korang memeliharanya? Buat payah aje....
 

28 January 2012

Ulamak: Tak Salah Lelaki & Wanita Bukan Muhrim Bercampur



JR pernah dengar ceramah seorang ustaz muda beberapa tahun dulu. Ustaz ini kata ulamak terbahagi kepada beberapa kategori:

- ulamak makan gaji (ulamak kerajaan)
- ulamak parti politik
- ulamak bebas


Ulamak bebas ni pula kata ustaz tu terbahagi kepada dua kategori:


- ulamak Allah
- ulamak ular dalam semak.


Kata ustaz tu, ulamak makan gaji dan ulamak politik cuma boleh percaya separuh saja dari apa yang mereka cakap, separuh lagi...tepuk dada tanya selera..


Tapi yang paling bahaya ialah ulamak ular dalam semak. Ulamak jenis ini menggunakan ketinggian ilmunya untuk memesong akidah umat Islam terutama yang cetek ilmu tanpa merujuk kepada ijtimak umum ulamak.



Dan bercakap mengenai ulamak, baru-baru ini ada satu pandangan kontroversi dari seorang ulamak Arab Saudi bahawa  tak salah lelaki perempuan bercampur. Ulamak yang memberi pendapat ini bernama  Sheikh Ahmed Bin Qassem Al-Ghamdi:
Saudi cleric Sheikh Ahmed bin Qassim al-Ghamdi has said there is nothing un-Islamic about genders mixing or listening to music. (File photo)
Sheikh Ahmed


Ulamak bernama Sheikh Ahmed Bin Qassem Al-Ghamdi ini sangat yakin dengan pendapatnya hingga dia mencabar sesiapa yang tak bersetuju dengan pendapatnya supaya  berdebat dengannya secara ilmiah bagi membuktikan dia tersilap. Ada berani??

Ramai pihak di Arab Saudi sendiri yang mengkritik pendapat ulama tersebut dan ramai yang menyerang peribadinya melalui laman sosial seperti Facebook dan lain-lain. Ulamak itu sebaliknya mengajak mereka yang tak bersetuju dengan pendapatnya  berbincang secara ilmiah dan bukannya menyerang peribadinya. Sheikh Ahmed juga menyeru ulama yang tak sealiran dengannya berfikiran terbuka apabila berhadapan dengan mereka yang tidak sealiran dengan pendapat  mereka.

Sheikh Ahmed berkata pendapatnya itu dikeluarkan berdasarkan kajiannya yang mendalam terhadap segala pendapat ulama sebelum ini.
 Baca laporannya di sini.
JR: Sebagai seorang yang cetek ilmu agama, JR tak mau komen apa-apa mengenai hal ini. Namun bagi JR 'bercampur' juga banyak kategorinya, misalnya percampuran ketika di tempat kerja pasti tak sama dengan percampuran ketika menyambut tahun baru atau ketika di kelab malam.  Percampuran yang boleh menimbulkan fitnah dan percampuran yang menghampiri zina tetap tidak wajar berlaku.

Wanita Ketagih Seks Tidur Dengan 1,000 Lelaki


Hebat...hebat...hebat...Macam-macam cara orang buat rekod dunia. Ini boleh dikatakan rekod merogol lelaki la ni. Bukan 10 lelaki yang dah dirogol wanita hebat ni, bukan 100 tapi 1,000 dah dirogolnya. Salute!!!!

Brita dari Somerset, England, menyatakan sejak pertama kali berhubungan seksual pada usia 15 tahun, wanita ini menjadi sangat ketagih seks. Setiap bulan dia mampu tidur dengan ramai jantan baru. Kini dalam usianya yang  menginjak 42 tahun,dia mengaku sudah 1,000 lelaki yang  ditidurinya.

Crystal Waren (42 tahun) mengenali seks sejak usia 15 tahun. Dia pertama kali membuat hubungan dengan teman sekolahnya. Dan sejak saat itu dia mengaku sangat ketagih seks, seks dan seks setiap hari...

Pada usia 17 tahun saja, jumlah koleksi lelaki yang berhubungan seks dengannya menjadi 40 orang.

Sex addict Crystal Waren

 Chrystal Waren

Ketika berusia antara 17 hingga 20 tahun, Crystal mulai berpelisiran dari pub ke klub memburu lelaki untuk memenuhi nafsu ghairah seksnya. Walaupun membuat hubungan seks dengan ramai lelaki, tapi Crystal mengaku sentiasa menitik beratkan kesihatan bagi mengelakkan terkena penyakit merbahaya. 

"Saya tidak tahu mengapa saya sangat suka menikmati seks. Seperti ketagihan yang lain, saya rasa  moody dan kecewa jika lelaki gagal memuaskan nafsu saya" jelasnya.

Chrystal dengan bangga menyatakan dalam sehari dia mampu mengadakan hubungan seks dengan 7 lelaki berbeza.

Malangnya Tuhan Maha Adil, walaupun dia mengimpikan anak buat menyeri hidupnya, tapi hingga kini dia belum dikurniakan anak. Kalau dapat anak pun pasti Chrystal tak tahu siapa bapa kepada anak itu, bapa nombor 1, 100, 500 atau 1,000??

(Sumber: mirror.co.uk)
 

Aksi Ghairah Tasha Shilla: Monyetkah Yang Goyang Pokok??


Salam pagi Sabtu buat semua pembaca blog JR.

Pagi-pagi ni nak mengumpat pasal artis sikit. Oops..bukan mengumpat, menasihat...

Ramai yang menyampah dengan kelakuan tak senonoh artis kita. Bukan semua tak senonoh tapi kerana nila setitik, habis kotor underwear sebelanga!! Kalau hang dah popular, hang jagalah penampilan diri sikit. Janganlah buat perkara-perkara over yang menarik perhatian orang. Janganlah juga kunjungi tempat-tempat yang orang tahu ustaz malu melaluinya. Bila dah pergi kelab malam kemudian menari aksi ghairah, kemudian ada tangan gatal ambik gambar pula, payah pula kau nak nafikan apa yang orang nampak...

 Baca selanjutnya:

Pelakon Tasha Shilla berasa kecewa dengan tuduhan kononnya dia berkelakuan liar dan sanggup menari dengan aksi ghairah di sebuah kelab malam ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25 pada 25 Januari lalu. 

 http://3.bp.blogspot.com/-x1ajp4iNnKU/Td9hm94yz8I/AAAAAAAACoo/t6AQlAM-PVk/s1600/tasha%2Bshilla%2B%25282%2529.jpg


Menyifatkan tuduhan itu sebagai melampau, Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak bagaimanapun mengaku berkunjung ke kelab tersebut tetapi tidak berkelakuan seperti yang didakwa.

"Saya bukan bodoh atau tidak sensitif untuk berkelakuan di luar kawalan seperti yang diperkatakan. Sebagai selebriti, sudah tentu saya sedar dan peka dalam menjaga tindak-tanduk terutamanya ketika berada di tempat awam. Saya kecewa apabila orang menuduh saya begitu sedangkan saya hanya menari biasa dan bukannya menari di tiang dengan aksi ghairah," katanya dalam nada kesal.

"Saya tidak mahu menjadi hipokrit dan menafikan kononnya saya tidak pergi ke kelab seperti yang diperkatakan. Hakikatnya, apa yang saya jelaskan adalah sesuatu yang benar-benar berlaku. Saya harap dengan penjelasan ini, masyarakat akan tahu perkara sebenar," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut. (Sumber: mStaronline)

JR: Penjelasan Tasha tu kita terima aje la. Noktah. Janganlah berprasangka buruk dengan artis-artis kita yang sejak azali memang suka berkelakuan buruk tu. Jangan juga tuduh bukan-bukan kerana mungkin yang menari ghairah tu orang lain, kes pelanduk dua serupa? 

Pepatah Melayu ada menyatakan kalau tak ada angin mana bisa pokok bergoyang. Lupakan pepatah itu kerana dalam kes Shilla mengapa kita tak mau berprasangka baik: mungkin pokok bergoyang bukan angkara angin, tapi pokok bergoyang kerana digoncang  monyet miang?

27 January 2012

Bila Orang Gaji Jepun Aku Merajuk...


Ewah, petang tadi JR memang rasa nak merajuk berblogging. Nak mogok berblogging konon, gara-gara berukband slow sangat. Tapi tiba-tiba la nie, nak tarik balik mogok tu kerana internet pun dah laju sikit...

Hmmm...lepas solat Maghrib tadi isteri minta JR basuh pakaian. Biasalah hidup suami isteri, kena tolong menolong, termasuklah bab-bab  membasuh ni. Ingat bila malam ni basuh pakaian, esok pagi bolehlah jemur. Bab jemur menjemur ni pun JR memang terrer...suka sangat tolong jemur pakaian!! Isteri boleh goyang-goyang kaki atas katil, biar suami budiman ni saja yang jemur pakaian, termasuklah pakaian-pakaian dalamnya tu...ihik!!

Tapi bab basuh baju ni, JR bukan buat sendiri, JR sebenarnya cuma berikan saja kepada orang gaji Jepun kat rumah tu, dialah yang urus kerja basuh dari A sampai Z. Dah tiga tahun lebih orang gaji Jepun ni kerja dengan JR. Sebelum ni guna orang gaji mat salih, tapi lepas dia pencen, gunakan khidmat orang gaji Jepun pula.

Yang jadi masalahnya orang gaji Jepun yang kerja dengan JR ni tadi tiba-tiba saja merajuk, dia tak mau basuh pakaian yang berlambak tu. Puaslah JR pujuk-pujuk, tekan-tekan dia macam biasa, tapi dia terus merajuk, tak mau basuh juga. Akhirnya JR tinggalkan dia.

Dan sebentar tadi, lepas dua jam, JR cuba lagi memujuk orang gaji Jepun tu buat kerja biasanya. Haaa...tiba-tiba dia mau basuh pula. Arigato, arigato!!

Inilah orang gaji Jepun JR tu, namanya Miss Hitachi:



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhVydB7GqmP_A0Q8ySK8aJI0gW8bAgF04awKTK3oJNKcnHNNY0zzj7nMQpnrXDhMTTRFORiIzA8aJqE-hPII_djgMbBMudnOmNVExEJlSk2_rL8kAGvkffK-8dzEUzX5oDRGhveC2LlO9pE/s1600/DSC07599.JPG


Rupanya tadi Miss Hitachi tak mau buat kerja sebab tekanan air rendah. Bila tekanan air rendah sistemnya tak mau jalan...

Nota Kaki: Orang gaji Jepun: mesin basuh Hitachi
                        Orang gaji mat salih: mesin basuh Electrolux
                        Arigato: terima kasih

Aku Nak Mogok Blogging


Nampaknya hari ni JR benar-benar merajuk. Dan di klimaks kepada rasa merajuk tu ialah perasaan meluap-luap untuk mengisytiharkan MOGOK!! 

Mogok apa? Bukan mogok lapar, bukan mogok tak mau tidur dengan bini, tapi 

MOGOK BLOGGING!!

Mengapa  mogok blogging?  Kerana frust sangat-sangat dengan kelembapan berokband 4-5 hari ni.  Bayangkan lepas solat Jumaat tadi JR sampai tertidur di depan laptop, tapi bila terjaga benda yang ditekan masih tak keluar-keluar....Hampeh!!

Maafkan JR kerana malam tadi cerita berokband slow, hari ni cerita pasal berokband slow lagi..Nak buat cam na itulah realitinya.

Jadi jawapan kepada kelesuan berokband itu, terpaksalah JR berniat untuk mogok.

Nak tunggu UniFi datang ke Kedah aduuuhhh...dua tahun lagi baru sampai!! Sekarang cuma baru ada UniFi di kawasan industrial Kulim dan Sungai Petani. Alor Setar pula tahun 2013 bila semua kucing dah tumbuh tanduk baru UniFi tiba di sini, lambat sungguh! Kata nak capai taraf negara maju, tapi nak handle masalah kelajuan internet pun belum berjaya, cizzzz....

Betul ke JR nak mogok? Entahlah....jika terpaksa itulah jawapannya. Tapi jika internet dah laju sikit, tak jadi mogoklah, huhuhu....


26 January 2012

Menyampah Betoi Aku Dengan Berok Nie, Macam Nak Bako Ajer....


Grrrrrr....Menyampah betoi aku!!

Dah menjadi tradisi berblogging JR, jika ada orang ziarah JR, JR dengan santun (ewah, angkat bakul!!) akan cuba sedaya upaya ziarah orang tu balik. Jika ada blogger peramah lagi budiman yang komen entri JR, maka JR pula akan komen entri terbarunya balik:

Orang memberi kita merasa
Orang berbudi kita berbahasa
Orang ulas kita balas

Tapi semenjak dua menjak cuti Raya Cina ni, JR menghadapi masalah yang sangat serius lagi menyakitkan hati: berokband sekor ni tak habis-habis macam berok kena belacan, bergerak slow yang teramat slow,  kura-kura tua nak mampos pun lebih laju dari berokband ni!! Nak capai blog korang pun ambik masa sampai 10 minit baru dapat. Bila komen pula ambik masa lagi 5 minit baru dapat published, damn!! Ape ke jadah jadinya nie, slow sangat? (*sori: guna bahasa brutal sikit)

Bila ditanya kepada syarikat pembekal berokband tu, pekerjanya (manusia, bukan berok) menyatakan ia mungkin kerana cuti Raya Cina ramai yang balik kampung, so talian heavy sikit. Macam highway juga katanya, walaupun ada 2-3 lorong tapi bila ramai yang menggunakannya pasti jam!!

OK gitu ye? Tapi kalau dah hanpa tau bila cuti Raya Cina ramai yang balik kampung awat hanpa tak mau tingkatkan kapasitinya masa musim cuti, akai mana? Duit pengguna hanpa kebas, kerja lebih awat pula hanpa tak mau? Dasar kapitalis, cuma pandai hisap darah pengguna aje!!

Apapun, bagi pembaca-pembaca blog ini, jangan anggap JR sombong jika korang dengan penuh santun singgah ke blog JR, tapi JR tak singgah  ke blog korang balik. Keadaan tak mengizinkan. Nak habiskan entri ni pun ambek masa lebih  setengah jam baru boleh publish, bukan kerana masa menaip yang panjang, tapi kerana berokband yang tak stabil ni. Kalau keadaan dah stabil, JR akan singgah ke blog korang. Sorrrrriiii...

Aktor Popular Hollywood Peluk Islam Lepas Dengar Azan...Alhamdulillah..


Liam Neeson

Baca selanjutnya:

BINTANG Hollywood, Liam Neeson (yang memegang watak penting dalam filem Star Wars dan Narnia) dilaporkan oleh laman web thesun.co.uk sedang menimbang untuk memeluk agama Islam selepas mendengar azan.

Aktor berusia 59 tahun yang merupakan penganut Katholik itu mengakui bahawa perasaannya tersentuh selepas mendengar azan ketika dia sedang menjalani penggambaran di Istanbul, Turki, baru-baru ini.

“Pada minggu pertama saya mendengar bunyi azan yang berkumandang sebanyak lima kali sehari, ia membuatkan saya berasa terganggu. Namun, lama-kelamaan bunyi itu mula menusuk ke jiwa saya dan ia kedengaran begitu indah, perkara yang paling indah.

“Terdapat kira-kira 4,000 buah masjid di bandar raya itu. Sebahagiannya kelihatan begitu memukau dan menarik minat saya untuk bergelar seorang Muslim,” katanya.

Neeson yang dibesarkan di Ireland Utara merupakan seorang penganut Katholik yang warak dan pernah berkhidmat di gereja.

Malah, nama aktor itu juga diberikan bersempena nama seorang paderi di kawasan perumahannya.

Bagaimanapun, aktor yang telah kematian isterinya iaitu pelakon Natasha Richardson dalam satu kemalangan ketika bermain ski pada 2009, difahamkan kerap mempersoalkan mengenai kepercayaan.

“Saya dibesarkan sebagai penganut agama Katholik tetapi kita sering bertanya kepada diri sendiri, secara tidak sedar, apakah tujuan kehidupan kita di muka bumi ini? Saya kerap membaca pelbagai buku yang berkaitan Tuhan, kewujudan-Nya dan kepercayaan bahawa Tuhan tidak wujud (athisme),” katanya lagi.

Filem terbarunya, The Grey yang berkisar tentang sekumpulan pasukan penggali minyak yang terdampar di Alaska, akan mula ditayangkan di United Kingdom pada Jumaat ini.

Beliau juga dikenali kerana lakonannya sebagai seorang pejuang Scottish yang menentang penindasan kaum bangsawan Inggeris di wilayah Scotland dalam filem 'Rob Roy' dan juga berlakon sebagai pahlawan jedi dalam episod pertama dan kedua filem Star Wars.

Suaranya juga digunakan untuk watak singa gergasi bernama Azlan yang berjuang menegakkan kebaikan dalam trilogi filem Narnia.(Sumber: mStar)

JR: Bila Allah hendak turunkan hidayah, dengan mendengar beberapa kali seruan azan pun sudah cukup untuk terbuka hatinya bagi mengenali Allah. Tapi bagi mereka yang berhati batu, berminda jumud, nama saja beragama Islam, tapi seruan azan tidak pernah melenturkan hati mereka untuk sujud kepada Allah. Ada yang rumah cuma terletak di sebelah surau, tapi hanya menjejak kaki ke surau ketika solat Eidul Fitr dan Eidul Adha. Ada yang namanya ada title Haji tapi ketika waktu maghrib mereka bersolat dengan batang kayu dan bola kecil di atas hamparan sejadah hijau bernama padang golf. Naudzubillah...

Mengapa Pompuan Suka Menjerit?


JR dapat idea untuk menulis entri ni bila pergi melawat ipar yang sakit di hospital Pulau Pinang dua hari lepas. Di hospital hari tu ada seorang wanita Cina yang tak habis-habis menjerit hingga mengganggu pesakit lain.

Soalnya mengapa wanita suka menjerit?

Dan terbaru JR terbaca berita mengenai cadangan supaya satu undang-undang dibuat bagi menghalang pemain tenis wanita daripada menjerit yang seringkali  menyebabkan penonton kurang senang dengan gelagat mereka.

Sampai perlukan undang-undang, begitulah dahsyatnya suara jeritan wanita!!

 http://madmikesamerica.com/wp-content/uploads/2011/06/sharapova_playing_tennis_womens-tennis.jpg

Pemain Poland, Agneiska Radwanska, antara pemain yang paling suka menjerit di dalam gelanggang juga menyatakan dia menyokong cadangan Persatuan Tenis Wanita Dunia (WTA) untuk menghadkan bunyi jeritan pemain wanita di dalam gelanggang tenis.

"Tetapi saya rasa jeritan pemain kali ini terlalu kuat. Saya rasa pemain tidak perlu menjerit sekuat itu. Jadi WTA perlu membuat sesuatu" kata Radwanska yang suka menjerit itu.

Tapi bagaimana nak menghadkan suara jeritan wanita yang maha nyaring dalam gelanggang tenis tu? Pasti ada caranya yang wanita saja tau.

Mungkin perlu masukkan alat voice silencer dalam kerongkong mereka kot, huhuhuhu...

25 January 2012

Perlukah Rasulullah DiNobatkan Sebagai Tokoh Seks Islam??


Ni ke cara nak menyanjung Rasulullah? Perlu ke dibuat kempen serupa ni? Perlu ke? Nak menyanjung Rasulallah atau nak mengutuknya?  Islam jenis apa ni?

Baca berita ni:

Kelab Taat Suami pagi ini melancarkan kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.

Kempen selama 12 hari itu (bermula hari ini) adalah untuk meraikan kelahiran Nabi Muhammad pada 5 Februari depan atau 12 Rabiul Awal mengikut kalendar Islam.
http://www.tokobakso.com/wp-content/uploads/2012/01/Kelab-Taat-Suami-kecewa.jpg
Kelab Taat Suami

Menurut Presiden Kelab Taat Suami Malaysia, Fauziah Ariffin, kempen itu diadakan bagi mengajak umat Islam terutamanya pasangan suami isteri untuk "mengamalkan kehidupan Rasulullah".
(Sumber: Malaysian Insider)

JR: Jika nak hidup berpandukan "amalan kehidupan Rasulullah", mengapa hanya ditonjolkan tentang kehidupan berumah tangga Rasulullah, kehidupan berkeluarga Rasulullah?? Kemudian kehidupan berumah tangga dan kehidupan berkeluarga Rasulullah diputar belitkan pula mereka sebagai "kehidupan seks" Rasulullah, tak ada perkataan lain yang lebih tertib ke?

Mengapa tak dinobatkan Rasulullah sebagai "Tokoh Berkeluarga Islam" dan bukannya "Tokoh Seks Islam"? Mengapa perlu disebut tentang seks yang mungkin akan disalah takrif oleh orang bukan Islam?
Tak cerdik betul Kelab Taat Suami ni!! Jika pun anda mahu isteri mentaati suami, tak perlulah martabat Rasulullah  diinjak-injak begitu.

Bagi JR kempen tak cerdik seperti ini tak perlu!!!


Fullamak...Ramai Ibu Suka Susu Anak Ketika Sedang Memandu


Pemandanngan seperti ini mungkin agak luar biasa di Malaysia. Tak pernah lagi JR nampak. Nasib baik tak pernah nampak, kalau nampak mungkin silap-silap boleh mengakibatkan kemalangan. Penumpang di sebelah pemandu menyusu bayinya biasalah nampak, tapi pemandu sendiri yang sedang memandu kereta sedang menyusu bayinya, hmmm....bahaya sangat-sangat kalau berani buat macam tu!!


Pihak polis Wellington, New Zealand pening kepala kerana kes ibu menyusu bayi ketika sedang memandu di sepanjang Lebuhraya Aucland agak besar. Bulan ini saja mereka menahan tiga pemandu wanita yang sedang menyusu bayinya. 

"Mereka ditahan serta dinasihatkan agar tidak mengulangi tindakan itu yang membahayakan ibu dan anak" kata seorang pegawai polis, Inspektor Shanan Gray.

Nampaknya ibu-ibu di New Zealand sangat prihatin dengan kesihatan anak-anak mereka. Walaupun New Zealand adalah pengeksport terbesar susu tepung, termasuk susu tepung bayi, tapi ibu-ibu negara itu masih suka menggunakan susu sendiri berbanding susu lembu untuk bayi mereka. Mungkin kerana mereka tak mau anak-anak mereka menjadi anak angkat lembu, seperti sebahagian besar anak-anak di Malaysia ini...

Apapun, itu lebih baik dari menyusu anak ketika sedang memandu motor. Bayangkan jika menyusu anak sambil memandu motor....

(Sumber info:asiaone.com)

Dari Hospital Ke Line Clear...


Sebenarnya entri ni JR nak hantar malam tadi. Tapi tiba-tiba brokband ni betul-betul macam beruk kena belacan, melompat-lompat sekejap ada sekejap tak ada. Sakit hati sangat. Kerana merajuk, terus tutup. Tengok TV lagi best.

Justru (guna Bahasa Indonesia sikit)..pagi ni baru boleh publish post.

Semalam (orang Utara kata kelmarin), seharian JR dan isteri di Penang. Kami bertolak dari Alor Setar ke Penang waktu tengahari, malam baru tiba balik di Alor Setar.

JR sebenarnya ke Hospital Penang kerana menziarahi ipar yang sakit. Kesian juga lihat wajah ipar yang dulu segar bugar tiba-tiba kelihatan lemah dan badannya bengkak-bengkak oleh penyakit yang hingga kini belum diketahui puncanya. Ada desas desus menyatakan kanser, takutnya...Waktu lawatan pula sempena cuti raya Cina dipanjangkan dari 12.30 tengahari - 7.30 malam, jadi lamalah juga JR bersama ipar. Memberinya semangat, cuba menceriakan dirinya yang nampak tak berapa ceria itu.

Lepas di hospital, isteri ajak ke Bazaar Penang dan Pasar Chowrastra di Penang Road. Hmmm...dah lama betul tak ke sana. Dulu masa kerja kat Komtar, memang kerap makan nasi kandar sekitar situ. 

Kerana perut lapar, sebelum beli barang, isteri ajak makan dulu. Lalu kami pun pergi makan di:


 

Haa..gerai Nasi Kandar Line Clear...Memang ramai betul pelanggan di situ. Beratur panjang untuk tiba di depan mamak penjual nasi yang sangat ramah itu. Makanannya memang best...hingga menjilat jari!!
 http://www.nst.com.my/polopoly_fs/1.21342.1324228872!/image/image.gif_gen/derivatives/landscape_454/image.gif
Eiiii mamak, kuah taruh lebih sikit noooo??

Ini sebenarnya bukan kunjungan kali pertama JR ke Nasi Kandar Line Clear. Entah yang ke berapa kali dah tak ingat. Memang JR suka sangat dengan taste nasi kandar yang benar-benr asli di gerai tu. Berbeza sangat dengan rasa nasi kandar di Alor Setar mau pun KL yang nampak tak seasli tempat ianya berasal (Penang).

Bagi yang nak ke sana,  Nasi Kandar Line Clear ni terletak di seberang jalan Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang di Penang Road tu. Tak jauh dari Pasar Chowrastra. Dengan Komtar pun boleh jalan kaki jer..Ewah, tolong promote untuk mamak pula....jika mai Penang lagi, JR nak tunjukkan entri ni kat gerai tu, untung-untung dapat makan free...huhuhu...




24 January 2012

Bila Jin Jatuh Cinta...Jin Pun Pandai Buat 'Love Bite'!!!


Semalam JR ada masukkan entri bertajuk 'Seram....Bila Jin Jatuh Cinta..' Pagi ni JR nak sambung pandangan Ustaz Sharhan mengenai tanda-tanda manusia yang telah dipilih jin untuk menjadi kekasihnya.

Mengikut Ustaz Sharhan, nafsu jin sangat kuat berbanding manusia. Beliau memberi contoh pernah merawat seorang bekas pelacur wanita yang menggunakan khidmat jin dengan memakai 40 tusuk ditubuhnya. Wanita itu berkata dia mampu mengadakan hubungan seks dengan 10 lelaki semalam tanpa rasa puas. Dia tidak puas kerana lelaki yang mengadakan hubungan seks dengannya cuma  lelaki biasa yang tidak memakai ilmu jin. Dia cuma akan puas jika mengadakan hubungan seks dengan lelaki yang juga memakai tusuk (yang juga dikuasai jin).

 http://dreamindonesia.files.wordpress.com/2011/07/jin.jpg

Tanda-tanda seseorang manusia  telah dipilih jin untuk menjadi kekasihnya:

i)  Terdapat kesan lebam sebaik bangun dari tidur. Kesan lebam ini adalah akibat gigitan jin (jin pun pandai buat love bite!!)
ii) Bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
iii) Mimpi selalu berkunjung ke tempat kotor dan ke kawasan perkuburan.
iv) Selalu bermimpi melihat budak kecil dan budak itu sangat kita sayangi, malah kita menyusukannya.
v) Bila bangun tidur rasa tersangat menyampah melihat orang tersayang/pasangan hidup kita. Ada saja perkara tak kena bila melihat orang tersayang. Sebenarnya itu tanda jin semakin kuat menguasai diri.
vi) Selalu rasa sakit kepala tanpa dapat dikesan puncanya menerusi perubatan moden.
vii) Kadang-kadang melihat seperti lembaga antara jaga dan tidur.

Mengikut Ustaz Sharhan jin memang pandai bermain dengan tipu muslihat. Satu demi satu badan manusia akan diganggunya bila jin telah jatuh cinta....

23 January 2012

Serammmm....Bila Jin Jatuh Cinta


Pernah korang dengar kisah wanita mengandung tapi kandungannya tiba-tiba hilang. Yang mengandung tu pula bukan baru mengandung 2-3 bulan, tapi ada yang dah sampai 8 bulan mengandung, perut bulat memboyot. Bila buat scan memang nampak janin sihat di dalam rahim. Tapi satu pagi tak terduga, bila bangun pagi tiba-tiba perut kelihatan kempis!! Mana pergi bayi aku??

Dan bila pergi periksa doktor dan buat scan sekali lagi kata doktor tiada tanda wanita itu mengandung. Pakar sakit puan hospital pula akan menjawab wanita itu mengalami delusi (memepercayai sesuatu yang sebenarnya tak wujud). Pasti nak pengsan wanita yang mendengarnya. Jadi apa yang dia kandung selama 8 bulan ni: cuma mengandung angin atau mengandung asap??

Mengikut seorang perawat Perubatan Islam Sinar Zamdurrani, Ustaz Sharhan Safie,  perkara seperti itu bukan mustahil berlaku. Ustaz Sharhan menyatakan dia pernah merawat seorang wanita yang mengalami kes sedemikian yang rupanya adalah angkara jin jantan yang jatuh cinta kepada manusia (wanita). Jin itu adalah dalam bentuk saka turun temurun di mana kehilangan anak akan berlaku dalam setiap keturunan angkara jin itu. Dan biasanya mengikut beliau tragedi hilang anak ini akan berlarutan sehingga tujuh keturunan pewaris saka itu. Siapa yang kena nasiblah!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi-zi31Jms3QLiOTKjdyWgm1xTCwNkhWmCZw5wQgCz-I4TAzIAiXgfdts19YfFl5l5BPFqGGy4HXbqmkpEvvwXFtOyFUWH435qKgzw7u0JpZUz8S98tO9A2nrSBKWjzaHF1nflLwmJ8TyDl/s1600/Ustaz+Sharhan+Shafie.jpg
 Ustaz Sharhan

"Biasanya wanita yang lemah akan menjadi pilihan saka dan berhadapan dengan situasi ini (hilang anak dalam kandungan). Hal itu boleh berlaku sehingga beratus tahun berdasarkan tujuh jurai keturunan tersebut", beritahu Ustaz Sharhan yang JR petik dari Al-Islam Februari 2012.

Jadi bagaimana untuk menghalang kehilangan janin ini dari berlaku? Jawapan Ustaz Sharhan mudah:

"Tutuplah aurat kerana jin biasanya lebih mudah jatuh cinta kepada wanita yang tidak menjaga aurat mereka"

Hmmmm....Syoknya Kawin!!!!!


Salam malam Selasa buat semua pembaca blog JR.

Ketika sedang menulis ni JR baru saja tiba ke rumah di Alor Setar dari Pulau Pinang. Banyak juga kenderaan atas lebuhraya sempena cuti Raya Cina ni, tapi tidaklah sampai ke peringkat heavy jam.

Musim Raya Cina ni, tiba-tiba ramai pula orang Melayu yang kawin. Cina yang raya, Melayu pula yang kawin. Patutlah orang Melayu cepat membiak....
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhVidmCHRVcNlA5UQfo-z4DEuy68RxREof2e7s6UkGu1thrSC1qJUClovFdlpqLAsfJ77NwVb6qTQQ-T2EsnqsWrkX3aj6fmJ_ApNC5lX89SClCp69wOdCB8VJVnMVTDZN6IMJapVtic_Xk/s320/Pengantin+Kahwin.jpg

Bila musim kawin ni tiba-tiba teringat satu kisah seseorang yang JR kenalkan di sini sebagai "Y" saja namanya. Y ni seorang lelaki  yang dalam kategori 'bujang terlajak' kerana umur 32 tahun tapi belum kawin lagi. Puas ayah dan maknya pujuk untuk kawin tapi dia masih degil, tak mau kawin lagi. Mak ayahnya dah pening kepala, takut dari umur 32 jadi 35, kemudian jadi 40 tahun belum kawin, macam mana??

Tapi suatu hari tiba-tiba ramai rakan Y terkejut bila mendengar dia akan kawin minggu depan. Aitttt...cepatnya. Dulu tak mau sangat, tiba-tiba sah nak kawin pula.

"Mak ayah aku yang pilih" kata Y "Aku bukan suka sangat kawin, pompuan tu pun mak ayah aku yang pilih, aku tak kenal pun" beritahu Y kepada kawan-kawan sekampungnya.

Lepas seminggu majlis kenduri kawin selesai, tiba-tiba wajah Y hilang begitu saja dari kampung mereka. Kawan-kawannya sangat risau. Apa kena dengan Y ni tak keluar rumah langsung dah seminggu? Sakit ke dia? Tu lah mak ayahnya pun satu, dah orang tak mau kawin mengapa dipaksa-paksa kawin, kan dah sakit pula kawan kita tu?

Hinggalah 10 hari lepas kawin, baru nampak wajah Y. Hari itu Y dengan wajah sedih berjalan longlai menemui rakan-rakannya yang sedang bermain dam di kedai kampung mereka.

Tapi kawan-kawannya terkejut kerana muka Y macam pucat saja dan badannya seperti letih semacam. Ha...ni mesti sakit ni, mangsa kawin paksalah katakan!!

Tiba-tiba Y menangis di depan mereka. Alamak, pengantin baru menangis, tak macho langsung, cissss, malu kaum ajer...

"Apasal Y, ngapa menangis..kau sakit ke?" tanya rakannya.

"Ni mesti kes kena dera dengan bini ni...kesian kawan kita ni, dok membujang elok-elok dipaksa kawin, kesian..." tambah rakan seorang lagi.

"Tak lah...aku menangis bukan kerana kena dera, bukan kerana tak suka kawin, tapi..." kata Y tersekat-sekat.

"Tapi apa?" tanya kawan-kawannya serentak.

"Aku menangis kerana aku menyesal..."jelas Y, masih terisak-isak menangis.

"Pasti kau menyesal kau kawin cepat sangat kan?" teka rakan-rakannya.

"Tak..tak...Sebenarnya aku menyesal sebab aku kawin lewat. Kalaulah aku tau betapa syoknya kawin, tentu aku dah kawin 10 tahun yang lalu..."

Patut ler 10 hari Y hilang, rupanya dia sedang menikmati saat-saat keseronokan berkawin....

Syoknya kawin!!!


Gong Xi Fa Cai Bukan Bermakna 'Happy New Year'


Gong Xi Fa Cai, Gong Xi Fa Cai!!

Itulah ucapan lumrah yang akan kita ulangi setiap kali bila tiba Tahun Baru Cina.

Jika ditanya kepada orang Melayu, apa makna Gong Xi Fa Cai? Kebanyakannya akan menjawab maknanya ialah 'Selamat Tahun Baru'.

http://www.startec.com.my/wp-content/uploads/2012/01/406897_296928553686006_125652487480281_750717_1575150121_n.jpg

Sebenarnya jawapan tu salah kerana makna Gong Xi Fa Cai bukan 'Selamat Tahun Baru'.

Mujurlah masa di UM dulu JR ambil kursus Bahasa Mandarin. Walaupun cuma setahun belajar tapi bolehlah faham sikit-sikit akar Bahasa Mandarin.

Sebenarnya 'Gong Xi' bermaksud 'Tahniah', manakala Gong Xi Fa Cai pula  bermaksud  'Semoga DiMurahkan Rezeki' atau 'Semoga Kaya Raya'. Sebab tu barangkali orang Cina kebanyakannya kaya raya, mereka sentiasa mendoakan kekayaan dan mengharapkan kekayaan dalam hidup mereka.

Jika korang nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada orang Cina, ucapan yang lebih tepat ialah 'Xinnian Kuaile'

Apa pun, JR mengucapkan Xinnian Kuaile Gong Xi Fa Cai kepada semua pembaca blog JR, terutamanya mereka yang berketurunan Cina.

Semoga kedatangan Tahun Naga kali ini akan membawa lebih keamanan, keadilan dan kebebasan kepada semua rakyat Malaysia bagi  masa depan kita bersama.

Malaixiya Ren
Xinnian Kuaile
Gong Xi Fa Cai!!!

22 January 2012

Hang Tuah Bukan Pahlawan Melayu, Tapi Pahlawan Jakun??


Salam malam Isnin kepada semua pembaca blog JR.

Beberapa hari lepas JR ada buat entri mengenai pandangan seorang pakar sejarah bahwa Hang Tuah lima bersaudara tu tak pernah wujud di dunia ini. Ia cuma dongeng yang direka-reka. Banyak juga komen yang JR dapat mengenai pendapat itu yang rata-ratanya  tidak yakin dengan kewujudan Hang Tuah yang kononnya popular dengan kata-kata,"Tak Melayu hilang di dunia" itu.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh4N351F3NyDsNQAO3UhuemAERIhjHOd8JubrtxwXufXG5Si5DbOK52L6qTSX_OfC6YlxWWZtEcVChEiTE_fQwd9vhy-z3YfwmwWnH-0mK_Qakwn20TH-k1TPmOlxr-02zg0K0Mu30kWiIr/

Tapi antara banyak-banyak komen yang JR dapat, ada satu komen yang sangat menarik hati JR. Komen oleh  Mr. Anom itu antaranya menyatakan bahwa Hang Tuah bukanlah seorang pahlawan Melayu, tapi sebenarnya seorang pahlawan  Jakun. Baca pandangannya:

Anonymous said...
Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden. Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah ialah Orang Jakun (Windstedt, 1935). Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.
JR bukan pakar sejarah, oleh itu JR tak mau komen pandangan ini. Lagi pun pada JR Hang Tuah bukannya tokoh penting yang membantu mencorakkan sejarah negara ini. 

Oleh itu sama ada Hang Tuah itu orang Melayu atau orang Cina (seperti satu pendapat lain) atau orang Jakun, ia tidak membawa erti apa-apa kepada orang Melayu dan negara ini. Tapi jika lima bersudara itu benar-benar wujud dalam sejarah, bagi JR, Hang Jebat yang berani melawan Sultan kerana mempertahankan hak dan kebenaran adalah lebih penting daripada Hang Tuah yang lurus bendul itu.

Oooiii...Mati La Cepat, Bini Hang Aku Dapat!!!


Salam petang minggu buat semua pembaca blog JR

Ketika jejari JR sedang menari ni, pasti ada rakan-rakan kita yang sedang terperangkap dalam jam yang teruk. Maklumlah ramai yang nak balik kampung sempena cuti Raya Cina ni. 

Dua hari lepas  ketika dalam perjalanan pulang dari Batu Pahat, Johor ke Alor Setar, Kedah, JR mengalami hal yang sama: jam yang teruk di atas lebuh raya. Dari Batu Pahat ke Seremban, perjalanan sangat licin. Tapi bila sampai ke susur keluar Kuala Lumpur hingga ke susur keluar Rawang, kereta mula bergerak sangat perlahan...rupanya ada bas yang rosak! Ketika itu hujan mula turun, hari pula semakin gelap. 

Dalam keterbatasan pandangan kerana hujan dan kegelapapan malam, jam yang teruk menjadi semakin teruk kerana ramai pemandu yang bertindak gila. Ada pemandu kereta yang mencelah di laluan motorsikal, seperti tak faham undang-undang jalan raya bahwa laluan sebelah kiri sekali itu adalah khas untuk laluan motorsikal. Ada mat motor yang hilang sabar kedengaran memaki hamun pemandu kereta yang tak faham undang-undang tu: "oooii babi... ketepi, ketepi, ketepi!!"

Seingat JR ada lapan tempat sepanjang lebuh raya PLUS tu terjadi jam yang maha teruk kerana kemalangan dan kenderaan rosak. Dan sepanjang jam maha teruk tu perlbagai perangai pemandu maha gila boleh kita catat. Semuanya macam tak faham undang-undang: mencelah ikut hati, bila ada peluang pecut, mereka pecut gila-gila, dan macam-macam lagi. Tak sayang nyawa!!!

 http://limauais.com/wp-content/uploads/2010/10/71675_10150292247620716_803345715_15335028_6220772_n.jpg

Ketika atas lebuh raya atau jalan raya, pemandu kita dah tak peduli tentang makna papan tanda yang diletakkan di tepi jalan. Sebab tu ada seorang wartawan yang cadangkan kata-kata nasihat seperti ‘Pandu Cermat, Jiwa Selamat’, patut ditukar kepada: ‘Pandu Laju, Maut Menunggu’ bagi membuka mata dan hati  pemandu yang degil, keras kepala, angkuh, pentingkan diri, dan sekali gus bodoh itu.

Begitu juga slogan seperti ‘Biar Lambat Asal Selamat’, ‘Memandu Secara Berhemah’, ‘Hati-Hati Di Jalan Raya’, ‘Ingat Orang Tersayang’ dan lain-lain slogan lunak patut ditukar kepada slogan lain.
 
Jika slogan ‘Pandu Laju, Maut Menunggu’ belum cukup kasar, mungkin boleh guna slogan yang lebih ‘brutal’ seperti ‘Tekan Minyak Lagi, Biar Cepat Mati’.

Pada selekoh yang selalu diletakkan gambar tengkorak dengan pesanan ‘Jangan Memotong’, pun perlu ditukar. Boleh kekalkan gambar tengkorak, tetapi ubah pesanan menjadi ‘Ku Nanti Dikau Di Pintu Neraka’, atau ‘Daging & Tulang Mu Untuk Harimau Di Zoo Negara’.

Jangan lagi guna kata-kata lembut ‘Ingati Orang Tersayang Ketika Memandu’, sebaliknya guna ‘Matilah, Pasti Janda Anda Akan Dipeluk Orang Lain’, atau ‘Mati Cepat, Anak Dara Engkau Aku Dapat’, atau ‘Tiada Siapa Rugi Jika Anda Mati’.

Memanglah slogan-slogan itu kedengaran kasar, tetapi itulah slogan paling sesuai untuk pemandu Malaysia yang sangat kurang ajar itu.Biar mereka rasa seolah-olah mereka nak mati, baru mereka takut mati kot. Bila takut nak mati, baru la kot mereka pandu kereta lebih berhati-hati... 

Setuju tak??