»

30 June 2011

Salam Terakhir Dari JR dan Selamat Tinggal Semua....

Salam untuk semua pembaca blog JR, terima kasih kerana masih meluangkan waktu berharga korang melayari blog buruk ini...

JR tak tau hendak memulakan bagaimana dan mengakhiri di mana dalam keadaan kesakitan yang sedang dihadapi ini..Ketika kesakitan seperti menyiat-menyiat daging dan saraf, seperti ada sesuatu yang sedang memberat di kepala, JR sebenarnya rasa sangat tidak berdaya untuk menulis lagi. Kecederaan ini terlalu menyakitkan tapi dalam kesakitan yang teramat ini, dalam keadaan tangan yang terketar-ketar menyusun huruf dan ayat ini, ku gagahi juga menghabiskan  kata-kata ini hingga ke hujung noktah. Semoga ketika entri ini tiba ke penghujung noktah akan ada lagi hari esok untuk JR kembali. Tapi jika tidak, itu bermakna kita tak akan berjumpa lagi.

Tentu ada yang bertanya apa sakit yang JR deritai kini hingga tangan yang terketar-ketar ini terlalu sukar untuk menulis seperti biasa. Tak perlulah JR beritahu dengan terang, cukuplah JR katakan ia sangat menyakitkan. Bukan saja menyakitkan sekujur tubuh ini tetapi hati dan mental seperti tidak upaya berfikir sewaras dulu lagi...Ia sesungguhnya sangat menyakitkan, sangat menyakitkan....sungguh...

JR harap akan masih akan ada hari esok, lusa atau setidak-tidaknya tulat untuk JR kembali berkarya. Korang tunggulah jika dalam masa 2-3 hari atau mungkin 4-5 hari atau paling lewat 7-8 hari JR muncul semula, itu bermakna JR masih ada di sini untuk terus berkarya. Tapi jika JR tak muncul dalam masa 10 hari lagi, itu bermakna ada kabar buruk yang memungkinkan JR tidak akan ditemui lagi selama-lamanya...Memang JR amat teringin melihat matari pagi, membilang indahnya deretan bintang-bintang di malam kelam, disentuh bayu lembut di pagi permai, tapi apa kan daya jika janji Tuhan di sinilah akan berakhir segala-galanya, maka hanya kenanganlah jua yang akan disimpul mati dalam suratan sejarah..

Kepada mereka yang tidak jemu-jemu melawati blog JR, membaca entri, meninggal jejak dalam shout box dan yang selalu memberi komen membina terutama Freaky, Budak Botak, IR, Pendekar Berkuda, Diana, Rozie, Ashafanie dan lain-lain yang tak sempat disebut namanya di sini, JR ingin berterima kasih kerana sokongan korang selama ini. Dan jika ini adalah entri JR yang terakhir, JR menyusun jari sepuluh memohon maaf  jika ada kata-kata yang menyinggung perasaan selama berblogging ini, kerana ia pasti tidak disengajakan.

Sekali lagi JR mengharap doa kalian untuk JR tabah menghadapi dugaan dan kesakitan ini. Dan jika JR tak kembali lagi, ingatilah selalu nama JR yang cuba memeriahkan dunia blogging biar cuma seketika.

Oh air mata....di mana akan kusembunyikan rasa sakit, pedih dan sedih ini?

28 June 2011

Berblogging Punca Seseorang Itu Gemuk??

http://scienceblogs.com/denialism/fat-blogger.jpg




Korang rasa korang ni gemuk ke kurus? Kalau kurus tak apalah, tapi jika korang gemuk, terutama jika badan mula menggemuk selepas jadi blogger, hmmmm....siaplah korang...

Mengikut Pengarah Nutrisi Jabatan Kesihatan Awam, Rokiah Don salah satu punca kegemukan ialah kerana seseorang itu mengambil masa yang terlalu lama duduk di depan TV dan komputer. Katanya lagi golongan muda masa kini menghabiskan banyak masa mereka di hadapan skrin - sama ada menonton televisyen, bermain permainan video atau menggunakan komputer (termasuk berblogging) menyebabkan mereka cenderung kepada gaya hidup tidak aktif dan akhirnya menghadapi masalah obesiti.


“Dalam era skrin ini, orang ramai banyak menghabiskan masa di depan skrin. Ini menyumbang kepada obesiti di kalangan golongan muda sebab output tenaga tidak seimbang dengan input tenaga atau makanan yang mereka makan," kata Rokiah selepas melancarkan Persidangan Persatuan Kajian Mengenai Obesiti Malaysia (Maso) 2011 Conference diKuala Lumpur petang tadi.

Berbalik kepada soalan tadi, benarkah berblogging boleh menyebabkan seseorang itu gemuk? Seseorang itu biasanya gemuk kerana banyak faktor dan bukan faktor berblogging depan komputer saja. Tanpa menjaga pemakanan yang seimbang dan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dengan purata 30 minit setiap sesi senaman akan menyebabkan seseorang itu mudah menghadapi obesiti....


Syaitan Pun Minta Manusia Baca Ayat Kursi



Ayat kursi.png



Salam petang yang hangat untuk semua pembaca blog JR,

Petang ini JR nak menceritakan satu kisah di zaman Nabi yang barangkali korang pernah mendengarnya. Untuk korang yang pernah mendengarnya, diharap tak rugi untuk mendengarnya lagi buat kesekian kalinya....

Ceritanya begini:

Seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w, Abu Hurairah RA pernah diamanahkan oleh Nabi untuk menjaga sejumlah gandum hasil zakat. Tiba-tiba di malam hari, ada lelaki yang mencuri gandum itu dan pencuri itu berjaya ditangkap oleh Abu Hurairah RA. 

"Kamu akan kubawa kepada Nabi s.a.w," kata Abu Hurairah kepada pencuri itu. Namun, pencuri itu menyatakan sudah seminggu anak dan isterinya tidak  makan. Abu Hurairah yang kasihan akhirnya melepaskan pencuri itu dan memintanya agar tidak mencuri lagi.

Esoknya selesai solat Subuh, sebelum sempat melaporkan peristiwa malam tadi kepada Nabi, tiba-tiba Abu Hurairah  ditanya oleh Nabi, "Apa yang kamu lakukan terhadap orang yang kamu tangkap malam tadi?" Abu Hurairah kemudian menjelaskan apa yang terjadi. "Ingat, nanti malam dia akan datang lagi," kata Nabi. 

Benar, malam kedua pencuri itu datang lagi. Dan, setelah mengambil gandum, dia ditangkap oleh Abu Hurairah. Dia merayu lagi dengan suatu alasan dan Abu Hurairah yang kasihan dengan pencuri itu melepaskannya sekali lagi.

Esoknya, Nabi SAW bertanya lagi kepada Abu Hurairah, seperti sebelumnya.  Abu Hurairah juga menjawab dengan jawapan yang sama. Sekali lagi Nabi  mengingatkan, pencuri itu nanti malam akan datang lagi. Dalam hati, Abu Hurairah RA berkata, "Nanti malam, dia tidak akan aku lepaskan lagi." Benar,  pencuri itu datang untuk kali yang ketiga dan kembali mencuri gandum. Abu Hurairah kembali menangkapnya. 

"Sekarang, tidak mungkin aku lepaskan kamu. Kamu harus aku bawa kepada Nabi s.a.w."

Pencuri tadi sangat cerdik. Kepada Abu Hurairah, dia menyatakan, "Saya sudah bersiap sedia untuk dibawa kepada Nabi, tapi bolehkah saya berbicara sebentar, wahai Abu Hurairah?" 

Abu Hurairah berkata, "Silakan, mau bicara apa?" 

Si pencuri tadi berkata, "Wahai Abu Hurairah, mahukah kamu saya berikan satu petua?" 

"Tentu mahu, petua apakah itu?" jawab Abu Hurairah ingin tahu.  

Pencuri itu berkata, "Bacalah kamu ayat Kursi sebelum kamu tidur, Allah akan menjaga kamu dari godaan syaitan."

Mendengar kata-kata pencuri itu, Abu Hurairah berkata dalam hati, "Rupanya pencuri ini seorang ustaz." Akhirnya tanpa berfikir panjang lagi, Abu Hurairah melepaskan pencuri itu. 

Esoknya, Nabi bertanya seperti pertanyaan hari-hari sebelumnya. Abu Hurairah pun menjawab, "Pencuri malam tadi itu memberi petua kepada saya. Saya disuruh membaca ayat Kursi sebelum tidur malam. Insya Allah, Allah akan menjaga saya dari gangguan syaitan," jawab Abu Hurairah. 

Nabi berkata, "Apa yang dia katakan itu adalah benar, tetapi dia itu bohong. Tahukah kamu, wahai Abu Hurairah, siapa pencuri itu? Dia adalah syaitan," kata Rasulullah s.a.w.

Kisah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari itu memberikan banyak pengajaran kepada  kita:

 i) Syaitan dapat menjelma menjadi manusia. 

ii) Syaitan dapat menyuruh manusia berbuat baik termasuk beribadah, membaca AlQuran, solat, puasa, haji, dan sebagainya bagi meyakinkan manusia untuk mengikut perintahnya. 

iii)Seseorang yang beribadah atas perintah syaitan dan bukan atas perintah Allah, maka dia telah beribadah untuk syaitan dan bukan untuk Allah. 

Semoga cerita ini bermanfaat untuk korang kerana musang berbulu ayam memang banyak berkeliaran di sekeliling kita....

Wanita Tembak Polis Dengan Payudara, 3 Mati...

Salam pagi yang ceria untuk semua pembaca blog JR,

Pagi ini JR nak membawa korang, terutama wanita, mengetahui suatu 'alat pertahanan diri' yang ada pada wanita, tapi ramai tidak menyedari kegunaannya. Jika ramai wanita tahu bahawa mereka secara semulajadi telah dianugerahkan Allah sepasang pistol di dada mereka, pasti kejadian jenayah dapat dihindari. Mereka cuma perlu menyelak dada dan menyemburkan peluru kepada sesiapa yang mahu mengganggu mereka. Pasti yang terkena peluru putih itu akan mati....

http://grassrootsmotorsports.com/media/img/avatars/PHOT0156_t90.JPG
Stephanie

Seorang wanita Ohio, Amerika Syarikat bernama Stephanie Robinette menggunakan cara yang tak pernah dipikirkan orang untuk mempertahankan dirinya dari ditahan polis. Stephanie mengeluarkan payudara kanannya dan tiba-tiba memancutkan air susu ke arah tiga anggota polis yang cuba menahannya...

Mengikut Ketua Polis Brooklyn, Sheriff Walter Davis, polis cuba menangkapnya selepas menerima panggilan dari suami Stephanie yang mendakwa dirinya dipukul isterinya di dalam kereta ketika mereka dalam perjalanan untuk menghadiri satu majlis perkahwinan.

Polis yang tiba sejurus kemudian cuba menahan Stephanie tapi terkejut besar apabila dia menunjukkan payu dara kanannya kepada mereka dan secara tiba-tiba memancutkan air susunya ke arah tiga orang anggota polis yang cuba menghampirinya. Tiga orang anggota polis yang terkena "tembakan" Stephanie mati...mati seketika, maksud JR "mati akal"...mungkin kerana terkejut melihat senjata baru yang tak pernah mereka saksikan sebelum ini. Dalam keadaan kepeningan disembur peluru cair itu, akhirnya beberapa orang anggota polis tambahan lagi terpaksa dipanggil, sebelum akhirnya mereka berjaya menangkap Stephenie.

Hebat kan wanita tu yang menggunakan pemberian semulajadi Allah untuk mempertahankan dirinya dari ditangkap polis. Agaknya jika perompak, penyamun atau perogol cuba menyerangnya, dia juga mungkin akan menggunakan senjata yang sama untuk mematikan mereka....

Apa komen korang, terutama yang wanita tu? Tak teringin menggunakan idea baru inikah jika berhadapan dengan penjenayah?

(Sumber info: Reuters)

27 June 2011

Tak Mampu Bayar Ambulan, Ayah Gendong Mayat Anak Jalan Kaki


Salam untuk semua pembaca blog JR,

Di petang hening ini JR nak bawakan korang satu cerita mengenai kasihnya ayah kepada anaknya. Mungkin kisah ini sesuai dengan semangat hari bapa yang baru saja berlalu...

Kata orang kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa masa berada. Tapi kadang-kadang kasih ayah melebihi kasih ibu. Ada ayah yang setia menjaga anak yang ditinggalkan ibu yang mengikut suami baru. Bukan semua ibu begitu dan tidak semua ayah juga bagitu baik dengan anak-anaknya.

Apa yang nak JR ceritakan ini ialah satu kisah tragik yang berlaku di Jakarta beberapa minggu lepas. Suatu hari yang sibuk, penumpang keretapi letrik Jakarta – Bogor panik apabila melihat seorang  ayah bernama Supriono, 38 tahun,  sedang mendukung seorang kanak-kanak perempuan yang rupanya sudah pun meninggal dunia. Supriono menaiki keretapi tersebut kerana ingin mengebumikkan anak kecilnya yang bernama Khaerunisa, 3 tahun, untuk di kebumikan di kampung halamannya di Bogor yang terletak 48 kilometer dari Jakarta. Supriono tidak mampu membawa pulang mayat anaknya ke Bogor menaiki ambulan yang biayanya besar dan dengan itu terpaksa menaiki keretapi letrik yang lebih murah tambangnya. 

Tapi setibanya di stesen Tebet, Supriono dipaksa turun dari keretapi, lalu dibawa ke balai polis kerana polis mensyakki  si-anak yang meninggal itu adalah mangsa kejahatan. Di balai polis Supriono memberitahu anaknya meninggal   kerana penyakit cirit birit dan muntah. 



Supriono menjelaskan bahwa Khairunisa sudah empat hari diserang cirit birit dan muntah. Dia pernah sekali membawa anaknya berubat di klinik tapi kos yang dikenakan terlalu mahal iaitu 4,000 rupiah (RM1.41). Supriono yang cuma seorang pengumpul barangan lama hanya berpendapatan 10,000 rupiah (3.50 sen) sehari dan baginya RM1.41 terlalu mahal, kerana dia juga perlu memelihara seorang lagi anak perempuan bernama Muriski, 6 tahun.

Kerana tidak kuasa lagi  melawan penyakitnya, akhirnya Khaerunisa menghembuskan nafas terakhirnya di gobok buruk mereka. Si-ayah miskin itu yang wangnya ketika itu cuma tinggal 6,000 rupiah (RM2.12) susah hati kerana dia tak mampu membeli kain kafan dan keranda  untuk urusan pengkebumian anaknya dan kerana itu dia bercadang untuk ke Bogor kerana di sana pasti ada saudara mara yang dapat membantunya.

Selepas membuktikan tiada unsur jenayah kepada kanak-kanak tersebut barulah Supriono dibenarkan meninggalkan balai polis. Malangnya Supriono yang tidak mempunyai wang lagi terpaksa menggendong anaknya berjalan kaki ke Bogor untuk mengkebumikan anaknya. Jarak antara Jakarta dan Bogor ialah 48 kilometer dan Supriono terpaksa berjalan kaki sejauh itu menggendong mayat anaknya yang dibungkus dengan  kain sarung sambil sebelah tangan lagi memegang tangan anaknya Muriski.

Tapi gelagat Supriono yang sebelah tangan  mengusung mayat manakala sebelah tangan lagi memegang seorang lagi anaknya itu telah menarik perhatian beberapa orang pejalan kaki yang lantas membuat kutipan derma kilat bagi membolehkan Supriono pulang ke Bogor bagi mengkebumikan mayat anaknya.

Bila membaca kisah tragis itu tiba-tiba JR teringat kepada ungkapan seseorang mengenai kemiskinan di negaranya:

Negaraku makmur
Yang kaya semakin kaya
Yang miskin papa kedana...

(Sumber info: IN)

Selamat Datang Ke Blog Bodoh dan Penipu



Biasanya dalam blog ini, JR lebih suka memasukkan entri-entri santai yang lebih berbentuk penyebaran maklumat. JR tak suka menulis perkara-perkara yang ada hubung kait dengan politik kerana selain dari selalu rasa meloya dan nak termuntah dengan cara ahli politik kita bersilat, JR juga bukan merupakan ahli mana-mana parti politik. Kalau orang tanya JR, "Hang sokong parti mana?", JR akan jawab dengan nada sinis, "Parti PAP"

Apa parti PAP itu? PAP ialah Parti Atas Pagar, parti orang yang tak ada parti.

Awal-awal pagi tadi, sebelum masuk tidur, JR buat satu entry bertajuk, "Datuk Lee Chong Wei Kena Tangkap Polis".  JR buat entri ni kerana JR rasa sangat-sangat-sangat lucu dengan isu baju kuning yang setiap hari digembar-gemburkan dalam berita TV. Sampai pakai baju kuning pun kana tangkap, ape ke he ni

Tapi tak sangka pula entry yang dibuat secara santai dan sinis itu telah membuat ada yang tersinggung. Lalu ramai yang  meninggalkan komen mereka kena tipu dengan tajuk entri JR. Ada yang berkata ia entry bodoh dan lawak bodoh, malah ada yang memanggil babi. Korang bacalah komen  sebahagian daripada mereka (JR siarkan komen negatif saja, komen positif  JR simpan dalam tinta emas...):-







Anonymous fiqasamcasa said...
ape la...kena tipu...huhu...=)
June 27, 2011 1:05 AM
Delete
Blogger glassman said...
buat lawak ekk. er lawak jugak lah,, lawak menipu, hahaha baik sikit dari lawak bodoh, hahahaha ampeh aku kena tipu daa, lain kali aku tak nak di bodohkan dengan blog kau,, jadi ini 1st and last laa aku dtg sini, tq
June 27, 2011 1:23 AM
Delete
Anonymous Wa Kena Tipu! said...
JR ni buat lawak lah. Tau lah dia org kuat BN, pasal pakai baju biru ...
June 27, 2011 1:33 AM
Delete
Anonymous Spiderman said...
Lawak bodoh!!!!! Tompang glamer kat blog bro Parpu plak tu!!! Apasal tak tompang glamer kat blog Brother Anwar Bin Ibrahim@BABI? Hampeh!!!!
June 27, 2011 8:55 AM
Delete
Anonymous Anonymous said...
Kih.. Kih... Baju kuning oooo baju kuning. Baju kuning untuk berdemontrasi je yang salah... Islam sendiri pun mengajar umatnya bermesyuarah dengan pemimpin. Kini kerana pemimpin politik gila kuasa, gila pangkat dan gila harta turut mengajak rakyat memberontak? Baju kuning untuk menjulang nama negara patut diberi pujian. ..adam amin.. Jerlun, Kedah
June 27, 2011 9:15 AM
Delete
Anonymous Anonymous said...
statement org bodoh..
June 27, 2011 10:47 AM
Bagi JR sama ada orang nak kata ini blog orang bodoh, blog penipu atau blog lawak bodoh terserahlah. JR akan terus menulis dengan cara dan gaya bodoh JR. Dan jika akhbar-akhbar dan TV terus menyiarkan berita-berita bodoh, JR tak akan serik untuk membuat entri bodoh lagi sebagai tindak balas terhadap siaran berita-berita akhbar dan TV yang bodoh-bodoh itu....
Kepada yang sedang membaca dan masih tak serik untuk singgah lagi di blog penipu dan bodoh ini, JR ucapkan terima kasih atas kesetiaan korang:
"Selamat datang Ke Blog Bodoh dan Penipu JR....."

Datuk Lee Chong Wei Kena Tangkap Polis

NONE
















Petang tadi JR terbaca laporan Bernama yang berkata polis telah menahan lapan lelaki di Taman Kosas, Ampang pagi tadi kerana memakai baju berwarna kuning. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, kesemua mereka ditahan atas kesalahan memakai baju berkenaan dan seolah-olah menyokong perhimpunan aman BERSIH pada 9 Julai ini.

"Mereka juga didapati mengganggu-gugat ketenteraman orang ramai ketika menunggang motosikal (dengan memakai baju kuning) di kawasan terbabit dan ekoran itu kita menahan mereka untuk langkah pencegahan awal," katanya ketika dihubungi Bernama.

Eh, peliknya Malaysia: pakai baju kuning pun salah?

Pakai baju kuning rupanya salah ikut undang-undang Malaysia (seksyen berapa, akta apa?). 

Cuma yang tak salah dalam etika berpakaian di Malaysia ialah:

i) pakai baju (semua warna) yang nampak separuh dada seperti artis-artis wanita kita, itu tak salah mengikut undang-undang. Pakai baju nampak separuh payudara tak salah...

ii) tak pakai baju langsung seperti yang banyak kelihatan di pantai-pantai negara kita pun tak salah juga... (JR pernah lihat wanita mat salih di pantai Langkawi yang cuma berseluar dalam tak pakai baju langsung), itu pun tak salah. Tak pakai baju langsung tak salah ikut undang-undang Malaysia....


Tak pakai baju tak salah, yang salah ialah pakai baju... baju kuning..

Tapi petang tadi  ada seorang hero Malaysia yang mengibar bendera Malaysia di luar negara dengan memakai baju kuning. Siapa dia hero negara yang memakai baju kuning  tu? Dia ialah:



Malaysia's Lee Chong Wei returns a shot to Denmark's Peter Hoeg Gade during their men's single final match at the Indonesia Badminton Open Super Series Premier in Jakarta June 26, 2011. REUTERS/Supri

Datuk Lee Chong Wei!!! Datuk lee Chong Wei memakai baju kuning!!!


Petang tadi, pemain negara Datuk Lee Chong Wei muncul juara kejohanan badminton Terbuka Indonesia di Astora Senayan, Jakarta. Chong Wei menewaskan bintang Denmark Peter Gade 21-11 dan 21-7 dan  menjadi pemain bukan Indonesia pertama merangkul kejuaraan hatrik dan melakar nama sebaris dengan wira badminton Indonesia Ardy Wiranata dan Taufik Hidayat. Chong Wei yang memakai baju kuning bermain dengan penuh semangat dalam pertarungan selama satu setengah jam itu.

Bila pulang ke Malaysia esok, Chong Wei pasti akan diberikan sambutan hebat di Lapangan Terbang. Pihak polis juga pasti sedang menunggu Chong Wei untuk menangkapnya. 

Apa kesalahan Chong Wei hingga dia perlu ditangkap?

Kesalahan Chong Wei ialah kerana dia memakai baju kuning ketika bermain badminton di Indonesia!!!

26 June 2011

Lelaki Kacak Akhirnya Berkahwin Dengan Kucing...



Seorang Pria Jerman Menikah  dengan Kucingnya
 
Salam untuk semua pembaca blog JR,
 
Ini adalah entry ketiga JR untuk hari ini. Jika dua entry sebelum ini, nampak serius, entry ketiga ini lebih santai. Maklumlah malam adalah masa untuk tidur, tak perlu minda dibebankan dengan isu-isu serius...
 
Cerita JR malam ini ialah mengenai seorang pekerja pos Jerman bernama Uwe Mitzscherlich, 39 tahun yang masih bujang. Uwe memelihara seekor kucing betina berusia 15 tahun bernama Cecilia yang telah dipeliharanya sejak 10 tahun lepas.  Dia sangat menyayangi kucingnya itu yang dilayan dengan penuh belaian kasih sayang. 
 
Sayangnya kucing montel berbulu hitam tersebut kini menderita obesiti (mungkin kerana terlalu kerap diberi makan) dan asma (mungkin kerana terlalu kerap dimandikan). Suatu hari ketika menghadiri pemeriksaan kesihatan,  doktor haiwan memaklumkan kucing itu mungkin tidak dapat hidup lama lagi kerana penyakit asmanya. Uwe sangat sedih mendengar berita buruk itu dan tak dapat menerima kenyataan dia terpaksa berpisah dengan Cecilia kucingnya. Akhirnya lelaki itu memutuskan untuk mengabadika hubungan kasih sayang mereka selama bertahun-tahun itu dalam satu ikatan perkawinan.

Malangnya, pernikahan manusia dan haiwan tidak dibenarkan di Jerman, jadi Uwe meminta seorang aktor wanita untuk merasmikan upacara pernikahan dengan kucing kesayangannya itu. Pada hari bersejarah itu, pasangan berkenaan berpakaian rapi untuk acara pernikahan mereka. Uwe mengenakan baju putih bersut hitam manakala Cecilia, kucing betina itu kelihatan anggun dengan gaun putihnya yang yang begitu cantik.  Uwe kelihatan begitu seronok pada hari itu, manakala Cecilia pula mengiau keras ketika melakukan sumpah pernikahan, seolah-olah turut meraikan pernikahan mereka...

Seorang Pria Jerman Menikah 
dengan Kucingnya
Seorang Pria Jerman Menikah dengan Kucingnya

 
Begitulah...jika tak dapat cinta dari manusia, dapat kasih sayang dari haiwan pun jadilah....
 
(sumber info: www.mizozo.com)
 
 

Awas...Jenayah Diramal Bermaharajalela Pada Bulan Julai

http://media.vivanews.com/images/2009/05/27/71301_mesin_atm_sebuah_bank_yang_telah_dikuras_ditemukan_di_kebun.jpg



Jika korang rajin tengok Berita TV, akhir-akhir ini siaran berita banyak dipenuhi dengan  kecaman banyak pihak terhadap Perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan. Apa itu BERSIH? Bersih ialah perhimpunan aman  rakyat bagi menuntut pilihanraya bersih dan adil di negara ini. Dianggarkan seramai 300,000 orang akan hadir dalam perhimpunan itu. Pada perhimpunan BERSIH pertama pada tahun 2007 telah dihadiri oleh 80,000 orang.

Bukan tujuan JR untuk membuat publisiti mengenai BERSIH. Biarlah TV saja yang tiap-tiap hari membuat publisiti mengenai BERSIH dalam siaran beritanya. 

JR cuma nak membayangkan apa yang akan jadi pada 9 Julai ini...

Dua tiga hari sebelum 9 Julai ini, kerajaan pasti akan mengerahkan ramai anggota polis dari seluruh negara ke Kuala Lumpur (KL) bagi menghalang perhimpunan BERSIH itu. Bayangkan jika puluhan ribu atau ratusan ribu polis digerakkan ke KL, apa akan jadi dengan keselamatan dan ketenteraman di kawasan-kawasan lain di luar KL? Bagi penjenayah inilah peluang terbaik mereka untuk merompak, menyamun dan mencuri di Ipoh, Pulau Pinang, Johor Baru, Kota Baru, Kuala Terengganu, Melaka, Alor Setar, Kangar dan lain-lain tempat. Penjenayah mungkin mulai sekarang sedang merancang sesuatu kerana mereka tahu kerajaan dah arahkan begitu ramai polis dari luar KL  untuk berkampung di KL pada 9 Julai 2011 dan beberapa hari sebelum itu. Balai-balai polis tempat-tempat lain mungkin akan lengang kerana ramai yang dikerahkan ke KL.
 
Oleh itu, kepada korang yang tinggal di luar KL, terutama yang ada kedai emas, pemilik bank dan orang awam, berhati-hatilah. Bagi mereka yang banyak wang, upahlah body guard untuk kawal keselamatan. Untuk mereka yang tak mampu mengupah body guard seperti JR, elakkan mengeluarkan wang tunai banyak-banyak di bank atau di ATM. Bagi  perempuan pula, awas, jagalah diri baik-baik kerana peragut dan perogol tahu hari itu (9 Julai 2011) tidak ramai orang yang bertugas di balai polis..

Apa nak buat, kan, peserta perhimpunan aman BERSIH yang tak pernah ada rekod jenayah itu kini adalah musuh no 1 kerajaan. Penjenayah yang terdiri dari perompak, penyamun, pencuri,  peragut, perogol dan lain-lain pula pada hari itu bukan lagi musuh kerajaan. 

Apa nak buat, kita cuma rakyat biasa...... 




Tiada Maaf Bagimu Wahai Pak Menteri!!!




Bukan senang nak tengok Menteri di negara kita memohon maaf secara terbuka bila pegawai Kementerian di bawahnya melakukan kesalahan. Bila terjadi kemalangan maut yang dahsyat yang melibatkan ramai kematian disebabkan keadaan jalan yang teruk, pernahkah korang dengar Menteri Kerja Raya meminta maaf secara terbuka kepada mangsa-mangsa kemalangan dan keluarga mereka? Tidak pernah kan, sebaliknya yang dipersalahkan ialah pemandu yang dikatakan cuai. Bila ada yang meninggal di hospital kerana kecuaian hospital, pernahkah Menteri Kesihatan  membuat permohonan maaf secara terbuka? Tidak juga kan? 

Malah pada 19 November 1985 apabila 3,600 orang anggota polis dari pelbagai unit menggempur Kg Mamali, Baling, yang mengakibatkan 14 orang kampung yang baru selesai solat Subuh terbunuh dan berpuluh lagi cedera, pernahkah ada Menteri kita yang memohon maaf kepada keluarga mereka yang terbunuh dan tercedera hasil amukan polis itu? Tidak kan?

Jika di Barat dan negara-negara maju seperti Jepun, bila pegawai Kementerian mereka buat silap, bukan saja Menteri meminta maaf, tapi ada yang sanggup meletak jawatan kerana mereka rasa bertanggung jawab atas apa yang pegawai mereka lakukan.


Namun bukan semua menteri kita yang tak pandai minta maaf. Semalam Menteri Perumahan  dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung memohon maaf secara terbuka berhubung insiden seorang gadis dipotong rambut sehingga botak semasa mengikuti latihan di Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wakaf Tapai di Marang, Terengganu pada 2 Mei lalu. Bagi korang yang ingin tahu berita lanjut mengenai insiden gadis dibotakkan kepala ini, boleh baca di sini

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas JBPM, kejadian itu amat dikesali. Saya mohon maaf. Saya harap keluarga pelatih itu dapat menerima permohonan maaf saya,” kata Datuk Chor pada sidang akhbar di Alor Setar semalam.

Tapi permohonan maaf Menteri itu tak diterima oleh bapa Hizyaty, Othman Long. Alasan bapa Othman mengapa dia tak dapat menerima permohonan maaf itu ialah kerana ia bukan dilakukan secara bersemuka

"Saya hormati beliau (Menteri Perumahan) yang sedia memohon maaf, tetapi caranya tidak kena. Saya tidak dapat menerima permohonan maaf yang dibuat dengan cara itu" kata Othman.

JR setuju dengan apa yang Othman katakan itu. Tindakan memohon maaf memang patut dipuji, tetapi memohon maaf juga ada caranya. Mengapa Menteri itu memohon maaf di depan wartawan akhbar, kerana bukan wartawan yang Menteri itu  nak minta maaf, tapi Hizyaty? Yang dia nak minta maaf ialah kepada Hizyaty, mengapa Menteri itu tidak pergi ke rumah Hizyaty dan meminta maaf secara bersemuka dengannya? 

Jika dekat-dekat pilihanraya Menteri boleh "mencemar duli" masuk kampung dengan berpakaian biasa, mengapa sekarang dia tak boleh menemui keluarga Hizyaty yang juga tinggal di Alor Setar? Jika Menteri itu boleh buat sidang akhbar di Alor Setar untuk minta maaf, mengapa dia tak boleh pergi bersemuka dengan Hizyaty yang juga tinggal di Alor Setar? 

Tak mungkin Menteri itu takut kereta Mercedes yang dinaikinya kotor bila masuk kampung, kerana beliau mempunyai pemandu sendiri yang dibayar Kerajaan untuk membersihkan keretanya. 

Atau adakah kerana pilihanraya masih lambat, belum masanya untuk Menteri masuk kampung lagi??

25 June 2011

Wanita Kahwin Dengan Mayat Di Kuburan



                          Kahwin di kuburan...
 
Kata orang cinta itu buta. Kata org juga cinta itu buat manusia jadi separuh gila atau benar-benar gila. Kerana cinta juga kadang-kadang ada yang sanggup membunuh.
 
Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita dari Perancis  bernama Karen Jumeaux, 22 tahun, yang kerana cinta tetap melangsungkan perkahwinannya  dengan  Anthony Maillot yang telah meninggal dua tahun lalu akibat satu kemalangan jalan raya. Sejak kematian Anthony, Karen melakukan pelbagai cara untuk berkahwin dengan Anthony tapi ia sukar dilaksanakan kerana Anthony telah meninggal. Akhirnya kerana tiada jalan lain, Karen terpaksa meminta kelulusan daripada Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy untuk menikahi Anthony.
 
Akhirnya Karen dibenarkan berkahwin dengan Anthony yang sudah dua tahun meninggal itu. Dengan mengenakan gaun putih, Karen hadir melangsungkan pernikahan di tempat Anthony dimakamkan di Dizy-le-Gros, Perancis Timur, disaksikan oleh keluarga dan teman terdekatnya.
 
Karen Jumeaux and Anthony Maillot share atender moment. The pair, who have a child, have been married despite the fact he died in a road accident Saat-saat manis Karen dan Anthony yang kini hanya kenangan...


 
"Anthony adalah cinta pertama dan terakhir saya. Kami telah bersama selama empat tahun. Sekarang, saya adalah isterinya yang sah. Saya akan selalu mencintainya," kata Karen sambil menitikkan air mata.

Pakar undang-undang Perancis menyatakan bahawa sekiranya Karen ingin berkahwin lagi, wanita itu perlu membuat permohonan untuk bercerai...
 
(sumber: dailymirror)

Inilah Cara Rawatan Yang Paling Gila & Kejam Di Dunia


Baru-baru ini negara kita heboh dengan kematian seorang remaja selepas mendapat rawatan seorang bomoh Siam dengan cara memasukkan air melalui hos ke dalam kerongkongnya, kononnya untuk menghalau iblis dari tubuh remaja itu. Jika ada orang kata pengubatan cara itu memang gila, di bawah ini JR paparkan kaedah perawatan yang lebih gila dan sewel lagi dari yang berlaku di Malaysia itu.

Foto-foto di bawah ini ialah kaedah perawatan bayi di sebuah desa terpencil di India. Bayi tersebut menghadapi masalah sakit kerongkong dan batuk-batuk. Ibu bapanya membawa dia menemui "doktor" kampung mereka. Cara rawatan "doktor" @ dukun itu sangat mudah tapi menyakitkan:  "doktor" itu memijak  tubuh bayi itu kononnya untuk menghambat iblis degil supaya keluar dari tubuhnya.

Lihatlah foto-foto perawatan yang sangat kejam, sewel dan gila itu:



 

Kesian bayi kecil itu kan? Mungkin organ dalamannya boleh hancur dipijak-pijak begitu. Di dunia yang kononnya manusia sudah maju ini, masih ada ibu bapa yang percaya dengan cara perawatan segila, sesewel dan sekejam  itu...

(Sumber foto: MH)

Lucu...Papan Tanda Melarang Onani Di Universiti2 Terkenal Dunia

Salam pagi Sabtu untuk semua pembaca blog JR,
 
Korang tentu tau kan apa itu onani? Onani, masturbasi atau bagi orang Melayu dipanggil melancap adalah aktiviti yang tidak dibenarkan dalam Islam. Mengikut seorang pendakwah terkenal Malaysia, Datuk Ustaz Daud Che Ngah, onani diharamkan dalam Islam biar apapun alasannya. Bagi kalangan pakar perubatan dan seksologi, seperti yang pernah JR baca, menyatakan aktiviti itu boleh mengakibatkan mati pucuk bagi lelaki dan mati putik bagi wanita. 

Di beberapa universiti, aktiviti onani ini juga sangat meresahkan kalangan akademik, kerana ia boleh melemahkan daya ingatan pelajar. Beberapa kampus universiti terkenal dunia pula mengeluarkan larangan bagi mahasiswa-mahasiswinya untuk melakukan onani di dalam lingkungan kampus mereka.

Di Malaysia, larangan mengadakan onani  di kampus universiti belum ada. Mungkin kerana pelajar-pelajar universiti Malaysia lebih bersopan dari di negara-negara mat salih?

Lihatlah papan tanda-papan tanda yang dibangunkan khusus untuk melarang aktiviti yang boleh melemahkan mental dan fizikal manusia ini di beberapa kampus universiti seluruh dunia:-


24 June 2011

TV Siarkan Upacara Proses Bunuh Diri Di Klinik

Millionaire hotelier Peter Smedley named as man whose assisted suicide was filmed by BBC
Peter Smedley bersama isteri ketika masih hidup

Di beberapa negara Barat, warganya dibenarkan membunuh diri atas nasihat  doktor dan kebenaran waris terdekatnya. Biasanya mereka yang ingin membunuh diri adalah merupakan pesakit kronik yang sudah putus asa untuk menyambung hidup mereka. Tapi selalunya upacara bunuh diri itu dilakukan secara diam-diam tanpa publisiti meluas.
 
Di Swizerland,  negara yang membenarkan rakyatnya membunuh diri, baru-baru ini seorang warganya telah membunuh diri dengan bantuan pegawai perubatan sebuah klinik. Dengan disaksikan keluarga terdekatnya, termasuk isterinya, lelaki berusia 71 tahun bernama Peter Smedley dengan tenang  meneguk ubat untuk menghabiskan hayatnya. Yang menyedihkan ialah proses menuju kematian itu disiarkan oleh televisyen British Broadcasting Corp ( BBC).
 
Peter Smedley seorang jutawan hotel mengidap penyakit motor neurone disease yang disahkan doktor tidak berpeluang untuk sembuh. Kerana kecewa dengan penyakitnya, akhirnya Smedley mengambil keputusan  untuk mengakhiri penderitaan hidupnya dengan cara meminum ubat yang akan mengakhiri hayatnya dengan cepat. Smedley telah menghubungi BBC dan membenarkan stesen televisyen British itu  merakamkan saat-saat akhir kematiannya

Dalam gambar yang ditayangkan oleh BBC pada 13 Jun lepas itu, Smedley didampingi doktor dari klinik Dignitas dan isterinya Christie. Sebagai ucapan perpisahan terakhir, Christine, 40 tahun, mencium suaminya dan mengatakan, “Kuatlah sayang”.

Christine yang nampak tenang ketika Smedley meminum ubat itu memerhatikan  suaminya yang kelihatan begitu yakin untuk meminum ubat maut yang sudah disediakan oleh doktor. Dan dalam beberapa detik Smedley menghembuskan nafas terakhir di kerusinya. 
 
Korang boleh lihat gambar detik-detik terakhir sebelum kematian Smedley  seperti yang disiarkan oleh BBC.


Selepas selesai tayangan itu, debat panas muncul di Twitter, media sosial lainnya serta media cetak membuat BBC digelar ‘tukang sorak’ yang bersubahat dalam kes bunuh diri dan media yang tidak beretika..
(Sumber info:   Daily Telegraph UK)


Padah Tak Pakai Seluar Dalam, Lubang Punggung Model Terdedah...


Malunya model ni, itulah sapa suruh kau tak pakai seluar dalam? Atau memang seperti kata orang model tak dibenarkan memperagakan pakaian bersama bra dan seluar dalam? Tapi kalau dah jadi macam ni tak tebal ke muka, sedang catwalk...tiba-tiba seluar terkoyak!!

Kalau kucing yang tengok catwalk tu pun dia pasti tutup mata....malu...










Binatang Pun Tak Segila Ni..Perkosa Anak Kandung Sampai Mati

     Diperkosa sampai mati...

Jika korang pernah memelihara ayam, itik dan kucing, korang dapat perhatikan, ayam jantan memang biasa menggauli anaknya sendiri. Ini kerana binatang memang tak kenal anak sendiri. Anak sendiripun disetubuhinya. Kerana apa? Kerana binatang tak dikurniakan akal sebijak manusia. Tapi pernahkah korang tengok binatang memperkosa anaknya sendiri sampai mati?

Peristiwa yang nak JR ceritakan ni berlaku di Kupang, Indonesia. Ia bukan mengenai binatang perkosa anaknya, ia mengenai manusia yang memperkosa anaknya sendiri. Yuliana Funan 14 tahun diperkosa oleh ayah kandungnya di sebuah kebun dengan kaki dan tangannya diikat. Perbuatan itu dilakukan berulang kali. Akibat peristiwa itu, Yuliana yang tertekan jatuh sakit dan akhirnya meningga dunia pada hari Rabu lepas.

Perbuatan biadab itu dilakukan ayahnya Martinus Misa berulang kali sejak November tahun lalu di kebun milik ayah mangsa. Linda Tmaisan, kakak kandung Yuliana mengatakan, sebelum meninggal korban mengaku diperkosa ayah mereka beberapa kali, akhirnya kerana tidak dapat menahan kesakitan akibat deraan seks itu adiknya jatuh sakit dan meninggal dunia. Seorang kakak Yuliana yang lain, Yoneta Balo menyatakan dia juga nyaris diperkosa ayahnya. Yoneta mengaku, peristiwa itu juga terjadi di kebun keluarga mereka. Perbuatan Martinus gagal karena Yoneta  melawan ayahnya dan lari menyelamatkan diri meskipun diancam akan dibunuh oleh si-ayah jika mengadukan kejadian tersebut kepada orang lain.
 
Yang lebih meloyakan, beberapa orang anggota keluarga mangsa menyatakan, jika anak-anak perempuan minta wang untuk keperluan mereka kepada ayahnya, ayah mereka akan melondehkan pakainnya dan menunjukkan kemaluannya kepada mereka. Kurang ajar punya ayah!!!

Kalau ayah biadap itu dapat ditangkap dan JR jadi Hakim yang membicarakannya korang tahu apa hukuman yang akan JR jatuhkan? Hukuman paling adil: potong saja alat sulitnya yang tak kenal adab tu!!!

(sumber info:berita2.com)

Foto-Foto Ganas Yang Orang Perempuan Tak Suka Tengok


JR pasti foto di bawah ni perempuan tak suka tengok. Ya lah, yang menjadi mangsanya ialah perempuan dan pemangsanya pula ialah lelaki. Tapi bukan saja perempuan yang sebenarnya tak suka tengok keganasan macam ni, lelaki pun tak suka tengok juga!

Dahsyat sungguh cara penyeluk saku ni bekerja! Sebelum menyeluk saku, mereka menjatuhkan gadis ini dulu, menggomolinya, menekan kepalanya dan kemudian melarikan wangnya. Semua penyeluk saku seganas inikah? :-



Kejadian jenayah ini dirakamkan di China. Tapi penjenayah ni sebenarnya bagi JR, sama ada di China, di Thailand, di Saudi Arabia, di Lubnan, atau di Malaysia adalah sama saja, mereka sanggup buat apapun asalkan dapat habuan yang mereka hajati...

Sebab itu kita mesti katakan TIDAK  kepada jenayah!!