Salam untuk semua pembaca blog JR, terima kasih kerana masih meluangkan waktu berharga korang melayari blog buruk ini...
JR tak tau hendak memulakan bagaimana dan mengakhiri di mana dalam keadaan kesakitan yang sedang dihadapi ini..Ketika kesakitan seperti menyiat-menyiat daging dan saraf, seperti ada sesuatu yang sedang memberat di kepala, JR sebenarnya rasa sangat tidak berdaya untuk menulis lagi. Kecederaan ini terlalu menyakitkan tapi dalam kesakitan yang teramat ini, dalam keadaan tangan yang terketar-ketar menyusun huruf dan ayat ini, ku gagahi juga menghabiskan kata-kata ini hingga ke hujung noktah. Semoga ketika entri ini tiba ke penghujung noktah akan ada lagi hari esok untuk JR kembali. Tapi jika tidak, itu bermakna kita tak akan berjumpa lagi.
Tentu ada yang bertanya apa sakit yang JR deritai kini hingga tangan yang terketar-ketar ini terlalu sukar untuk menulis seperti biasa. Tak perlulah JR beritahu dengan terang, cukuplah JR katakan ia sangat menyakitkan. Bukan saja menyakitkan sekujur tubuh ini tetapi hati dan mental seperti tidak upaya berfikir sewaras dulu lagi...Ia sesungguhnya sangat menyakitkan, sangat menyakitkan....sungguh...
JR harap akan masih akan ada hari esok, lusa atau setidak-tidaknya tulat untuk JR kembali berkarya. Korang tunggulah jika dalam masa 2-3 hari atau mungkin 4-5 hari atau paling lewat 7-8 hari JR muncul semula, itu bermakna JR masih ada di sini untuk terus berkarya. Tapi jika JR tak muncul dalam masa 10 hari lagi, itu bermakna ada kabar buruk yang memungkinkan JR tidak akan ditemui lagi selama-lamanya...Memang JR amat teringin melihat matari pagi, membilang indahnya deretan bintang-bintang di malam kelam, disentuh bayu lembut di pagi permai, tapi apa kan daya jika janji Tuhan di sinilah akan berakhir segala-galanya, maka hanya kenanganlah jua yang akan disimpul mati dalam suratan sejarah..
Kepada mereka yang tidak jemu-jemu melawati blog JR, membaca entri, meninggal jejak dalam shout box dan yang selalu memberi komen membina terutama Freaky, Budak Botak, IR, Pendekar Berkuda, Diana, Rozie, Ashafanie dan lain-lain yang tak sempat disebut namanya di sini, JR ingin berterima kasih kerana sokongan korang selama ini. Dan jika ini adalah entri JR yang terakhir, JR menyusun jari sepuluh memohon maaf jika ada kata-kata yang menyinggung perasaan selama berblogging ini, kerana ia pasti tidak disengajakan.
Sekali lagi JR mengharap doa kalian untuk JR tabah menghadapi dugaan dan kesakitan ini. Dan jika JR tak kembali lagi, ingatilah selalu nama JR yang cuba memeriahkan dunia blogging biar cuma seketika.
Oh air mata....di mana akan kusembunyikan rasa sakit, pedih dan sedih ini?






































