»

30 April 2011

Orang Kurus Lebih Cepat Mati Dari Orang Gemuk?



Ketika menulis ni JR sedang sangat keletihan. Keletihan kerana hari ini makan sangat banyak!! Mana tak makan banyak hari ini ada empat kenduri yang perlu dihadiri. Nampaknya pagi esok kena lari 10 km untuk membakar kalori yang entah berapa puluh ribu berada dalam tubuh sepanjang hari ini.

Bercakap tentang makan ini setahu JR ada lima jenis manusia dalam kategori makan:

i)   Orang gemuk kerana makan banyak
i)   Orang gemuk tapi makan tak banyak
iii) Orang badan biasa dan makannya pun biasa-biasa (macam JR la tu...perasan lagi)
iv) Orang kurus tapi makannya banyak
v)  Orang kurus dan makannya sedikit

Ramai orang yang cemburu dengan orang dalam kategori (iv) yang banyak makan tapi tetap kurus tanpa perlu bersenam. Tapi mulai saat ini korang tak perlu berasa cemburu dengan orang kurus semulajadi. Sebaliknya korang perlu mensyukuri dengan bentuk tubuh korang sekarang kerana mengikut satu kajian  orang berperawakan kurus cenderung untuk lebih pendek usia.

Seseorang itu menjadi kurus kerana kadar pembakaran kalori tubuhnya atau metabolisme adalah lebih cepat. Orang gemuk pula biasanya kerana metabolisme tubuhnya yang dikatakan perlahan. Namun hasil kajian itu menunjukkan  bahawa orang dengan metabolisme tubuh yang cepat tidak akan hidup lama sepanjang usia orang-orang yang membakar kalori lebih lambat. Penemuan itu dibuat berdasarkan kajian The National Institutes of Health Amerika terhadap 600 responden yang menyimpulkan bahawa peningkatan metabolisme tubuh boleh  mempercepatkan proses penuaan.
Kajian lain yang melibatkan sekumpulan tikus pula menunjukkan adanya hubungan kuat antara umur dan tingkat metabolisme: makhluk yang membakar energi lebih cepat memiliki usia hidup lebih pendek dibandingkan yang membakar energi secara perlahan.

Sekumpulan saintis Amerika dari The National Institutes of Health juga telah membuat percubaan dengan membandingkan tahap metabolisme dan jangka hidup 652 suku Prima Indian di Arizonna selama 21 tahun. Hasil kajian mereka yang diterbitkan dalam The Journal of Clinical Endocrinology and Metabolism menunjukkan bahwa suku Indian yang kurus dan memiliki metabolisme lebih tinggi cenderung lebih cepat meninggal dunia berbanding mereka yang gemuk dan metabolismenya lebih rendah..

"Kami berjaya membuktikan bahawa semakin tinggi tahap metabolisme bagi fungsi normal tubuh akan mempercepat faktor risiko kematian yang lebih cepat," ujar ketua pasukan kajian, Dr. Reiner Jumpertz.
Mengapa orang kurus yang tahap metabolismenya tinggi cepat mati? Mengikut saintis tersebut  peningkatan metabolisme akan menyebabkan organ tubuh lebih cepat rosak. Namun, hal ini tidak berlaku kepada energi yang dibakar menerusi  aktiviti berat atau sukan. Ini bermakna mereka yang kurus kerana sering melakukan kerja berat dan bersukan tidak termasuk dalam golongan yang cepat mati itu.
Oleh itu bersyukurlah jika korang bukan dalam kategori kurus semulajadi. Bersyukurlah dengan anugerah Allah....

Malaysia Darul Porno..Pak Haji Pak Lebai Habis Melucah

No porn, please!

Ketika menulis ni JR baru balik dari satu kenduri aruah di rumah jiran JR. Biasalah bila hadir kenduri aruah..semua lelaki berketayap, berserban atau bersongkok. Kelihatan begitu santun, sopan dan beradab dengan berpakaian begitu.

Sedang sedap-sedap menyuap nasi dan gulai ikan kering campur nenas ke mulut,  tiba-tiba seorang Pak Haji berserban mula membuka cerita mengenai video sex seorang yang kononnya tokoh politik terkenal negara. Dengan bangga dia bercerita melihat susuk tubuh pelakon video yang katanya "200% berbeza" dengan pemimpin politik itu.

"Aku dah tengok video tu. Depa memang sengaja nak buat fitnah. Kalau betul-betul dia xxxxx (menyebut nama tokoh politik itu) dalam video, awat depa tak fokus mukanya biaq rakyat percaya. Dah la perut boroi, misai dan janggut pun tak dak, entah barua mana depa ambek jadi pelakon!" katanya marah-marah.

JR terkejut bukan main mendengar suara keras Pak Haji tu. Bukan terkejut dengan suara kuatnya, bukan juga terkejut kerana ramai orang tak percaya dengan video tu, tapi terkejut kerana Pak Haji pun tengok video lucah!!! Kalau pun nak tahu kebenaran, perlukah kita tengok video yang menayangkan payu dara dan kemaluan orang lain? Tak malukah kepada Allah yang memerhatikan apa yang kita buat? Tak takutkah kepada malaikat Atid yang sedang mencatat dosa kamu menonton video lucah itu, wahai Pak Haji?

Yang lebih memualkan JR ialah bila ramai yang berserban dan  berketayap  dalam kenduri itu yang bercakap seolah-olah mereka juga telah melihat video lucah itu. Siap dengan gambaran benda-benda sulit "si-amoi" dan "si-jantan hebat" tu lagi...adoooiiii  malunya aku!! 

Jadi memang benarlah ramai orang dah tengok video lucah tu? Ya lah walaupun video lucah siri 2 hingga 4 tu sudah dipadam dari Youtube tapi beberapa blog politik terus mengekalkan video lucah itu dalam blog masing-masing. Klik saja terus dapat tengok payudara dan kemaluan orang lain!! Jika Pak Haji berserban dan Pak Lebai berketayap pun sudah berani tengok video lucah, sudah berani tengok payudara dan kemaluan orang lain, apa lagilah anak-anak muda yang rambutnya tercacak?

JR hanya menjamah sedikit nasi saja dalam kenduri tadi. Tak lalu makan...tekak rasa loya bila melihat pornografi sudah jadi budaya yang diterima ramai rakyat malaysia, hingga Pak Haji dan Pak Lebai pun menonton video lucah. Patut la ada kawan JR yang berseloroh berkata Datuk Seri Najib sepatutnya tukar thema  1Malaysia jadi 1Malaysia Darul Porno!!

Petang ini JR nak hadiri satu lagi kenduri di Pendang - kenduri kahwin rakan...Harap-harap cerita video lucah ni tak dijadikan sebahagian dari hidangan makan dalam kenduri itu...

JR: Biarlah orang-orang politik saja yang menadah bahu kiri mereka untuk dicatat dosanya oleh malaikat Atid, mengapa kita rakyat biasa pun nak ikut jadi mereka?

29 April 2011

Prince William & Kate Middleton Kahwin: Ooooiii...Boringnya Aku!!




Petang ni semua program JR dan istri batal! Sebabnya? Sebab yang sungguh tak logik: isteri nak tengok majlis perkahwinan Putra William dan Kate Middleton yang disiarkan secara langsung di TV7. Apa pentingnya perkahwinan anak Raja negara yang pernah menjajah Malaysia itu dengan  isteriku? Entahlah, JR pun tak tau.

Dari awal petang sampai masuk waktu asar hingga kini lepas maghrib TV7 masih dengan siaran langsung majlis kahwin yang tak habis-habis lagi tuhh...uuuuh..boringnya aku!!
JR bukan boring tengok anak Raja England itu kahwin di TV sebab JR bukan anak Raja. JR juga bukan boring tengok sebab JR berasal dari sebuah negeri Republik yang tak ada Raja (JR berasal dari Pulau Pinang, negeri tak ada Raja), tapi JR paling menyampah tengok majlis besar-besar, majlis gilang gemilang yang membazirkan wang, apa lagi wang rakyat, walaupun ia bukan wang rakyat Malaysia.

Ketika JR menulis ni dah hampir 8.30 malam. 10 minit lagi masuk waktu  Isyak, TV masih dok tayang cerita kahwin yang sama. Hmmm...dari tengok perkahwinan anak Raja tu, pergi solat Isyak kat surau lagi baik....

Jom Tengok dan Tempah Kereta Sport Yang Paling Jimat Minyak


Bagi korang, pintu mana yang paling menarik: pintu besi, pintu aluminium, pintu plastik atau pintu kayu? Juga bagi korang, perabot mana paling menawan: perabot besi, perabot aluminium, perabot plastik atau perabot kayu? Tentu ramai yang memilih barangan dari kayulah yang paling menarik dan menawan.  Mengapa barangan kayu jadi pilihan ramai? Sudah tentu kerana barangan diperbuat dari kayu kelihatan lebih cantik, kemas dan punya nilai artistik.

Tapi bagaimana pula jika kereta diperbuat dari kayu, apa lagi kereta sport, menarik tak kereta sport kayu? Contohnya kereta-kereta daripada kayu seperti di bawah ni, menarik tak?:

http://data.tribunnews.com/foto/bank/images/Mobil-Kayu.jpg


http://gosip.maribisnishosting.co.cc/wp-content/plugins/rss-poster/cache/d8edc_mobil-kayu-12.jpg


http://2.bp.blogspot.com/_ErHQfkTbvvI/SP5kSEfpDoI/AAAAAAAAAQA/PDQ__oaz30I/s320/car_made_wood.jpg


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgnxLT-cDzR-jpkoGawQNOMRuUljodzayMhEcWg2s0OVsr8_0MFZKPHOShtnbcaAV5zNNmCf6G4_sQVq3n6x7UqgG9XxskaFEY6zIcUUei8PZ9WEwJq4ZhzUiwwHC5K-QldJZNMNWAgda0/s1600/Mobil-Kayu.jpg


http://img341.imageshack.us/img341/1115/mobilkayu2.jpg


http://img405.imageshack.us/img405/1940/mobilkayu3.jpg


http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQABrq-mBVkDCo7QrCw6yZk711Fy2v2DH2rBURJm77RNTEePwYwow








http://3.bp.blogspot.com/_FoXyvaPSnVk/SPcuAFRNlWI/AAAAAAAA_Fw/c0nbbdAyvHE/s400/Hummer-H3-Wooden-Wheels1.jpg


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhZ8xlGO5FHk-C0rOjXwrIywlf9lfKr-ddB16dJkOxEqLdu5OayOhMD_w4iurm6gdY8EI-94iAQCIgjmGu_6TvnJX_Wx_zCTN1grLSH1jnSzid_EyZ-Jvqrqt9CTrgZ3-keqs440_RoCKY/s1600/Mobil-Kayu4.jpg

http://images.detik.com/content/2010/12/02/647/Mobil-Kayu2.jpg

http://us.images.detik.com/content/2010/12/02/647/Mobil-Kayu3.jpg





Wauuuu...menarik kan? Mengikut sumber pengeluar kereta kayu ini, kereta diperbuat daripada kayu  selain dari punya nilai artistik yang tinggi ia juga lebih tahan lama kerana tak makan karat. Selain daripada itu kereta-kereta kayu juga secara relatifnya lebih ringan dan oleh itu ia sangat menjimatkan minyak.

Malangnya kereta diperbuat dari kayu ini belum masuk pasaran negara ini lagi. Kalau dah masuk nanti, pasti ramai yang nak tempah!!

(Sumber foto:Siradel)

28 April 2011

Kenderaan Baru Guna Coca-Cola + Mentos Ganti Petrol




photo


Sebelum ni dah banyak kali juga JR terbaca coca-cola tak boleh diminum bersama mentos. Kedua campuran minuman dan makanan ini jika dicampur boleh menjadi bahan racun yang boleh membunuh manusia. Malah ada dicatatkan kematian kanak-kanak yang memakan kedua-dua bahan ini, yang terbaru satu kematian di Brazil. Selain dari itu ada yang berkata mereka berjaya membuat bom yang menggunakan campuran coca-cola dan mentos.

Dan penemuan terbaru mengenai dua bahan yang sangat bahaya ini ialah ia boleh dijadikan bahan bakar bagi menggantikan petrol. Hasilnya  Fritz Grobe dan Stephen Voltz, dari Buckfield, Maine, Amerika Syarikat mencipta sejenis kenderaan baru  dengan menggunakan bahan bakar dari coca-cola campur mentos.

http://solocybercity.files.wordpress.com/2010/05/unik.jpg?w=300&h=163

Kenderaan baru ini dinamakan Coke Zero & Mentos Rocket Car. Kenderaan aneh ini diberi nama demikian kerana ia menggunakan bahan bakar coca-cola campur mentos.
Coke Zero and Mentos Rocket Car


Patutlah ada yang mati selepas minum coca-cola campur mentos, sebab sebatian dua bahan ini boleh menjadi bahan bakar. Bayangkan jika kedua bahan ini masuk ke dalam perut, silap-silap mungkin perut boleh meletup!!

(Sumber : go-killz.blogspot.com)

Gempar: Tentera Dajjal Muncul Di Ufuk Barat

Tag900.png
Logo Brigade Kfir

Benarkah brigade Dajjal telah muncul untuk memusnahkan dunia? Pertanyaan ini berbangkit ketika Israel memperkenalkan brigade “Kfir” yang merupakan brigade elit Israeli Defenses Force (IDF).

Brigade ini dibentuk sebagai “900th Brigade” atau Brigade ke-900, yang merupakan unit paling elit dalam infanteri IDF di bawah Kementerian Pertahanan Israel.


 
Sebahagian dari tentera Dajjal...sedia menggempur Islam

Brigade Kfir berada di bawah komando Division 162 (Utzvat Haplada). Nama asal Brigade tersebut adalah “KFR”, kerana sistem huruf Ibrani tidak mempunyai huruf hidup (A,I,O,U dan E).

Pasukan ini juga merupakan unit pengganas yang paling efektif di negara Israel. Bukan itu saja, syarikat penerbangan Israel  (IAI) yang bekerja sama dengan agen pemerintah juga telah melancarkan pesawat tempurnya yang diberi nama Kfir.



Tentera udara Brigade Dajjal


Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa ciri-ciri fizikal Dajal, selain bermata satu, di tubuhnya juga ada aksara Arab “Ka Fa Ra” atau Kafir.

Kafir berarti “Tidak mempercayai”. Dajjal dan para pengikutnya memang tidak percaya pada Allah Swt, kerana mereka lebih percaya pada Iblis.

Di hadis lain, Rasul juga mengatakan bahawa Dajjal akan memimpin pasukan yang berjumlah 70,000 pasukan. Dan di hadis lainnya pula disebutkan bahawa Dajjal hanya memiliki satu  mata. Cuba perhatikan gambar brigade Kafr di bawah ini jelas kelihatan lambang dajjal:





Jadi benarkah pasukan Dajjal telah muncul? Benarkah kiamat semakin dekat? Hanya Allah yang Maha Tahu.

(Sumber: X-Cerite & sumber-sumber internet lain carian JR)

Fuuuhhh...Foto Kasut Buruk Rakyat Malaysia Yang Bernilai RM24 Juta




Korang tau berapa nilai kasut-kasut rakyat Malaysia seperti foto di atas tu? Nilai kasut-kasut buruk tu ialah RM24 juta tau? Hebatnya depa, pakai kasut buruk yang bernilai RM24 juta!! Ada rakyat Malaysia yang cuma pakai kasut berharga RM24, tapi mereka ni pakai kasut yang bernilai RM24 juta. Kalah Sultan Brunei yang merupakan antara orang terkaya di dunia, dan kalah juga Tan Sri Robert Kuok dan Tan Sri Ananda Krishnan yang merupakan dua manusia yang paling kaya di Malaysia!!!

Sapa orang kaya Malaysia yang memakai kasut bernilai RM24 juta itu? Mereka ialah pengedar dadah yang ditangkap di New Zealand semalam. Polis New Zealand menemui dadah jenis methamphetamine dalam kasut sepuluh rakyat Malaysia yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland, New Zealand itu. Kesemua suspek dari Malaysia itu cuba menyeludup masuk dadah bernilai NZ$10 juta (RM24 juta) ke New Zealand yang disembunyikan di dalam kasut mereka.

Nak cepat kaya, akhirnya kayap!!!

Belasah Guru Besar: No..No..No..The Boss Is Not Always Right!!


boss_is_always_right.gif

Salah satu berita kat TV malam tadi yang menarik perhatian JR ialah kisah seorang guru sekolah kebangsaan di Jalan Langgar, Alor Setar yang membelasah bossnya sendiri (Guru Besar) hingga terjatuh. Akibat dari perbuatan guru itu, dia telah didenda semalam oleh Mahkamah Majistret Alor Setar sebanyak RM2,000. Dan yang lebih malangnya, akibat dari perbuatan guru 43 tahun itu, dia telah digantung kerja sejak  4 tahun lepas yang menyebabkan kehidupannya menjadi sukar kerana hilang pendapatan untuk menyara isteri dan empat anaknya.

Itulah akibat tidak dapat mengawal kemarahan, kekerasan digunakan dan yang malangnya kehidupan keluarga menjadi sukar bila sumber tempat bergantung harap hilang punca pendapatan..

Walaupun Mahkamah menyalahkan guru itu, tapi bagi JR yang tinggal tidak jauh dari sekolah tempat kejadian itu berlaku tidak mahu menyalahkan satu pihak saja. Sebenarnya JR banyak tahu latar belakang kejadian yang tidak dilaporkan oleh TV dan akhbar dan kerana itu JR lebih melihat peristiwa itu sebagai satu kes salah faham yang jika ditangani dengan bijak tak mungkin akan berlaku tumbuk menumbuk antara kedua-dua belah pihak. Apa pun Mahkamah telah menjatuhkan hukuman dan ia perlu dijadikan iktibar oleh semua pihak.

Bagi mereka yang sedang bekerja, perbezaaan pendapat antara boss dan pegawai bawahannya adalah perkara biasa. JR juga pernah mengalaminya - berkrisis dengan boss - tapi tak pernah sampai ke peringkat menggunakan kekerasan. 

Dalam masyarakat kita boss selalu dipandang betul. Orang putih kata the boss is always right. Tapi benarkah the boss is always right? No, no, no dear, the boss is not always right!! 

Boss juga manusia biasa, boss bukan malaikat, boss bukan nabi dan kerana itu boss juga ada sesekali  membuat salah. Tapi ada juga boss yang bukan saja sesekali buat salah, tapi kerapkali buat salah! Tapi boss tetap boss, kedudukannya sebagai boss perlu dihormati walaupun dia buat salah. Boss ada kuasa, pegawai biasa pula kurang kuasa, pegawai bawahan lagi malang: tidak ada kuasa langsung. Itu bezanya antara boss dan bukan boss. Kerana boss ada kuasa kedudukannya sebagai boss perlu dihormati. Boss boleh menekan kita, tapi kita tak boleh menekan boss. Boss boleh menampar kita, tapi kita tak boleh menampar boss.

Jika boss melakukan kesalahan, ada saluran bagi membetulkan boss. Pegawai bawahan boleh guna tangan untuk menulis, untuk melaporkan hal itu kepada pegawai yang lebih tinggi daripada boss. Jika pegawai bawahan gunakan tangannya untuk melaporkan kesalahan boss kepada pihak yang lebih atas, peristiwa seperti yang berlaku di sekolah Alor Setar itu tak akan berlaku. Tapi malangnya guru itu menggunakan tangannya untuk memukul bossnya. 

Yang kesian ialah keluarga guru itu. Boss kepada guru itu hanya merasa sakit kena pukul selama 4 hari, tapi keluarga guru itu sengsara selama 4 tahun bila guru itu hilang pendapatan akibat digantung kerja...

27 April 2011

Video Sex Part 2: Nasib Baik Malaysia Bukan Negara Islam!!







Sebelum pergi ke surau untuk solat Isyak sebentar tadi, JR tertengok berita di TV3.  Tiba-tiba telinga JR menangkap suara penyiar TV yang sedang berhikayat mengenai video sex seseorang di TV. Aaah...cerita video sex lelaki itu lagi, video sex part 2 pula!! Lalu di skrin TV keluarlah gambar hitam putih ala-filem zaman Charlie Chaplin yang menampakkan wajah seorang lelaki gemuk berperut boroi dan berpayu dara besar sedang berdiri.

JR tak kenal siapa lelaki gemuk berperut boroi dan berpayu dara besar itu. TV kata dia pemimpin politik, tapi memandangkan JR kurang berminat dengan politik, maka JR tak kenal sangat siapa lelaki itu. Tapi melihat kepada teknologi penggambaran video hitam putih yang sezaman dengan P.Ramlee 40 tahun dahulu itu, JR yakin pelakon video lucah yang ditayangkan di TV itu pasti sudah lama meninggal dunia. Ya lah, pelakon filem hitam putih Malaysia seperti P.Ramlee, AR Tompel, S.Kadarisman dan ramai lagi sudah lama meninggal dunia, tak kan la pula pelakon video lucah hitam putih yang sezaman dengan P.Ramlee dan rakan-rakannya itu masih hidup pula? Mungkin bukan sahaja pelakon video lucah itu sudah lama meninggal dunia, pengarah video hitam putih teknologi zaman dahulu kala itu juga mungkin sudah lama meninggal dunia. 

Bagi JR siapa pelakon video lucah hitam putih zaman dahulu itu tak penting sangat, kerana tak guna kita mengungkit  kisah orang-orang yang telah lama meninggal dunia itu. Cuma JR terfikir nasib baiklah Malaysia bukan negara Islam...Kalau Malaysia negara Islam seperti Iran, Sudan atau Saudi Arabia, mungkin pihak pengurusan stesen-stesen TV kita sudah dikenakan hukuman berat kerana membenarkan suntingan video lucah diiarkan di TV milik mereka. Nasib baik Malaysia bukan negara Islam!!

Foto-Foto Kereta Yang Paling Lucah dan Tak Senonoh!!


Inilah foto-foto kereta yang paling lucah.

Jangan ada orang Malaysia yang cuba meniru reka bentuk cermin keretanya begitu, tak senonoh sungguh!!!

ll
这个车贴太有个性了,哥也弄一个去!这个车贴太有个性了,哥也弄一个去!


(Sumber foto: tt.mop.com)

Tips Kurus Paling Murah: Hanya Makan Sebiji Cili Merah!!!



Salam petang yang hangat untuk semua pembaca blog JR. Di petang yang panas satu macam ni JR nak menghangatkan korang dengan satu tip mudah bagi mengurangkan berat badan. Ia bukan saja untuk korang yang menghadapi masalah berat badan, tapi yang badan tak berat macam JR (ehm...perasan la tu...) pun boleh sentiasa mengamalkannya. Tak payah beli ubat yang mahal-mahal yang belum tentu dapat mengatasi masalah obesiti yang dihadapi. Cukup dengan modal RM1 tapi ubat kurus ini boleh tahan sampai satu minggu. Lumayan kan?

Tau ke korang, cili merah (orang Utara panggil cabai merah) dapat menurunkan berat badan? Terkejut, makan cili merah badan boleh slim? Jangan terkejut!!

Makan cili merah terbukti boleh mengurangi nafsu makan, sehingga sangat berguna bagi mereka yang ingin mengurangi berat badan. Namun kajian terbaru menunjukkan efeknya akan lebih optimum jika cili merah ini tidak dimakan dengan kerap. Maknanya untuk turunkan berat badan makan cili secara yang sederhana saja.

Cili merah atau cayenne pepper atau juga disebut guinea spice, cow horn pepper, aleva atau bird pepper boleh didapati di seluruh dunia. Semua pasar-pasar di Malaysia, malah kedai runcit sebelah rumah JR pun ada menjualnya. Cuma tak ramai orang tahu cili merah boleh menurunkan berat badan. Jika ramai orang tahu,  JR rasa esok pasti cili merah akan naik harganya mendadak di pasaran!!
Untuk makluman korang, cili merah  mengandung capsaicin iaitu bahan yang memberikan rasa pedas. Berbagai kajian membuktikan, capsaicin memang sangat bagus untuk diet kerana rasa pedasnya membuat dua kerja: pertama ia mengurangkan nafsu makan dan kedua ia meningkatkan pembakaran kalori.

Baru-baru ini kajian oleh Purdue University, Indiana, Amerika Syarikat  terhadap 25 peserta terdiri dari 13 orang penggemar sambal dan 12 orang yang tidak tahan pedas menunjukkan pengambilan cili merah menyebabkan tubuh mereka yang diuji menjadi hangat dan nafsu makan berkurang terutama terhadap makanan  berlemak, tetapi pembakaran kalori menjadi lebih efisien jika pengambilan cili dalam kuantiti rendah.
Dari kajian itu di dapati peserta yang tidak tahan pedas lebih berkesan dalam penurunan kalori berbanding mereka yang tahan pedas. Bermakna pengambilan cili yang tidak terlalu banyak lebih efektif dalam penurunan berat badan.

"Ada perbezaan respons pada perubahan nafsu makan di antara kedua kelompok. Ini menunjukkan, efek penurunan berat badan lebih besar pada orang yang tidak terbiasa makan cili," kata  Prof Richard Mattes dalam laporan yang dimuat di jurnal Physiology & Behaviour

Jadi bagi yang menghadapi masalah obesiti apa tunggu lagi, makanlah cili selalu. Tapi jangan keterlaluan kerana  kesederhanaan adalah yang terbaik....

Selamat makan cili merah dari JR!!!

Apa Yang Penyanyi Siti Sarah Buat Sampai Suaminya Menangis??




Kalau isteri dah buat sesuatu sampai suami menangis itu dah kira kes derhaka la kan? Bagi mereka yang dah kawin tu, janganlah buat pasangan korang menangis. Isteri jangan buat suami menangis, suami pula jangan sesekali buat isteri menangis. 

Jadilah macam JR (ewahh..nak angkat bakul pula!!) yang tak pernah menyebabkan isteri menangis...Mengapa nak buat pasangan kita menangis? Hidup berumah tangga perlu disaluti oleh debunga wangi setiap ketika agar memori indah sentiasa memayungi bahtera yang dilayari...

Dan apa yang penyanyi Siti Sarah buat sehingga suaminya Shuib menangis? Shuib didera, Shuib dipukul, Shuib di......

Dan di sini ceritanya mengapa suami Siti Sarah menangis:




KUALA LUMPUR: Penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 27, sudah mengandung dua bulan selepas mendirikan rumah tangga dengan pelawak, Shuib (Sepah) pada 26 Februari lalu.

Menurut Sarah, ketika menerima pengkhabaran berita tersebut, Shuib yang turut berada disisi menangis sambil memeluknya.

“Selepas hari terakhir penggambaran filem Man Sewel Datang KL, saya rasa sakit perut dan Shuib membawa saya ke klinik. Tetapi bila doktor buat pemeriksaan dan ujian kehamilan dan dapati saya mnegandung, Shuib tanpa rasa malu menangis dan memeluk saya,” katanya ketika ditemui pada pelancaran filem Man Sewel Datang KL, di sini, Selasa.

Tambah Sarah, suaminya itu terlalu berharap untuk mendapatkan cahaya mata dalam masa terdekat ini.

“Setiap kali saya sakit perut atau loya-loya tekak, dia akan berharap saya mengandung dan kami telah buat beberapa pemeriksaan kehamilan. Tetapi hampa, sehingga saya nasihatkan dia jangan terlalu berharap kerana saya yang akan rasa sangat teruk jika tidak mengandung,” ujarnya.

Katanya, sejak berkahwin mereka semamangnya mengharapkan kehadiran cahaya mata bagi menceriakan rumah tangga. (Sumber: mStar)

JR: Besar pahalanya bila membuat pasangan kita menangis kegembiraan....

26 April 2011

Apa Niii...E-Mail 1Malaysia Dikenakan Caj 50 Sen Satu e-Mail??

Ini yang tak bestnya ni...belum dilancarkan lagi dah tunjuk belang!! Ingatkan percuma seperti yang kerajaan kata, rupanya kena caj juga, cissss!!!

Baca selanjutnya:

KUALA LUMPUR: Projek email 1Malaysia akan diteruskan dengan sasaran 5.4 juta pengguna menjelang akhir tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes Berhad, Khairun Zainal Mokhtar, di sebalik kontroversi yang dihadapi projek itu, ia akan tetap dilancarkan pada Julai ini.

NONE 
















"Kami akan lakukan yang terbaik dan mendapatkan sasaran demografi tersebut,” katanya.

Pada taklimat media di Kuala Lumpur hari ini, Khairun juga mengesahkan agensi kerajaan akan dikenakan bayaran RM0.50 bagi setiap email yang dihantar kepada pengguna tetapi orang ramai tidak akan dikenakan sebarang bayaran.

Sasaran Tricubes adalah mendapatkan purata 900,000 pengguna setiap bulan dan mendapatkan semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun menyertainya menjelang tahun 2015.

Menurut Khairun, pengguna dijangka akan dikenakan bayaran tambahan jika mereka mahu perkhidmatan tambah nilai lain seperti email lebih 'selamat' dengan kemudahan 'encryption'.
(Sumber: Malaysiakini)

JR: Dah agak dah...e-mail 1Malaysia ni ada udang di sebalik mee. Hantar e-mail ke luar negeri seluruh dunia percuma saja, tapi bila hantar e-mail ke dalam negeri kena caj pula. Betullah orang ramai tak dikenakan caj, percuma saja bila guna e-mail 1 Malaysia buat masa ini, tapi sampai bila percuma? Di masa depan dan sampai bila-bila pun percuma juga ke?

Dan bila syarikat Tricubes yang menguruskan e-mail 1Malaysia tu kata agensi kerajaan dikenakan caj 50 sen satu e-mail tetapi orang ramai percuma, janganlah kita sebagai rakyat menarik  nafas lega. Agensi kerajaan itu sumber pendapatan wangnya daripada mana, bukankah ia dari sumber cukai yang dikenakan kepada rakyat? Jadi bila satu e-mail agensi kerajaan perlu bayar 50 sen, siapa yang tanggung? Rakyat yang bayar cukai jugalah yang tanggung!!

JR difahamkan syarikat Tricubes itu adalah syarikat yang bermasalah. Harap-harap masalah kewangan yang sedang dihadapi oleh syarikat ini akan dapat diselesaikan jika banyak perkhidmatan e-mail 1Malaysia dikenakan caj!!

E-Filing Cukai Pendapatan 2010 LHDN Boleh Isi Borang Di Sini...






















Jika korang pelajar, korang tak payah risau dengan cukai pendapatan. Jika korang belum bekerja, korang juga tak perlu risau dengan cukai pendapatan. Apa yang nak dicukaikan ya tak, jika pendapatan pun tak ada?

Tapi jika korang dah bekerja, korang perlu isytiharkan berapa pendapatan korang. Bagi cukai pendapatan Tahun Taksiran 2010, tarikh akhir penghantaran borang ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ialah pada 30 April 2011. Jika korang terlewat menghantarnya, korang boleh dikenakan denda oleh LHDN. Jika korang tak hantar langsung, denda yang lebih besar bakal menanti korang.

Untuk pengisian borang menerusi E-Filing, korang boleh mengisinya secara online dengan klik di sini....

Selamat mengisi borang!!!

Neelofa: "Aku Dah Muak dan Meluat Dengan Shahz Jaszle"























Neelofa: "Aku dah muak..muak..muak.."

Nah, padan muka kau Shahz Jaszle, rakan rapat sendiri kata dia dah muak dengan kau. Kau nak kata apa lagi sekarang, bila awek cun tu sendiri dah kata dia muak dan meluat dengan kau? Tu la Shahz, eksyen sangat kau, sekarang terima balasannya!!l


Sapa yang kata dia muak dan meluat dengan Shahz ni? Orang yang kata macam tu ialah pendatang baru dalam dunia lakonan bernama Neelofa yang kini dikatakan "sedang bercinta" dengan Shahz Jaszle.

Tengok apa lagi yang Neelofa kata tentang Shahz Jaszle:



















Neelofa yang dihubungi SH baru-baru ini tidak berselindung lagi dan mengakui muak dengan Shahz Jazle, tapi....:

"Jangan salah faham, saya bukan muak dengan orangnya, tetapi saya sudah muak dikaitkan dengan Shahz Jaszle. Kami cuma berkawan dan tidak pernah atau tidak mungkin terbit perasaan terhadapnya...Hati saya sudah dimiliki oleh seseorang yang istimewa. Kami seusia dan dia juga bukanlah orang seni.."  (Sumber: SH)

Hmmm...kalau macam tu Shahz ni masih kosonglah, masih belum dipinang secara rasmi lagi oleh sesiapa walaupun dia ada dikaitkan dengan seseorang? 

Sapa yang nak meminang Shahz, sila isi borang...

Foto-Foto Ngeri Yang Korang Tak Sanggup Tengok (Pesakit Jantung Jangan Tengok)

血淋淋的人体穿刺自虐,看着都疼!

Salam pagi Selasa untuk semua yang sudi bersiaran di blog JR ini. Pagi ni JR nak siarkan beberapa foto lagak ngeri yang mungkin bagi sesetengah orang mereka tak sanggup menatapnya. Kepada mereka yang semangatnya tak tinggi, jangan tengok foto-foto di bawah ni. Jika kena heart attack, itu bukan salah JR, ia salah korang sendiri.

Jom tengok foto-foto di bawah ni:

血淋淋的人体穿刺自虐,看着都疼!血淋淋的人体穿刺自虐,看着都疼!血淋淋的人体穿刺自虐,看着都疼!血淋淋的人体穿刺自虐,看着都疼!血淋淋的人体穿刺自虐,看着都疼!血淋淋的人体穿刺自虐,看着都疼!血淋淋的人体穿刺自虐,看着都疼!血淋淋的人体穿刺自虐,看着都疼!血淋淋的人体穿刺自虐,看着都疼!血淋淋的人体穿刺自虐,看着都疼!血淋淋的人体穿刺自虐,看着都疼!

Amacam, ada yang berani buat macam tu tak? Tentu ada yang tanya: tak sakit ke dicucuk dengan besi begitu? Tanpa disokong mentera tertentu tentu sakit. Seseorang itu cuma tak rasa sakit jika tubuhnya dibius atau ada "sesuatu" yang melindungi tubuhnya dari rasa sakit. Bagi orang Islam, kita dilarang mendekati yang "sesuatu" tu. Faham, kan?

(Sumber ilham JR: tt,mop.com)