»

31 March 2011

Aku Dah Tengok Video Tu, Kalau Berani Mai La Tangkap!!





Tengok sekali tidak puas, jadi saya tengok sekali lagi. Video itu masih ada dalam simpanan saya sekarang. Saya berjanji akan pulangkan kepada pemiliknya dalam masa terdekat. 

Akhirnya pagi minggu lalu ketika menikmati kari kepala ikan bawal di restoran nasi kandar popular di Jalan Tunku Abdul Rahman, saya terserempak dengan seorang kawan lama, kini seorang ahli perniagaan berjaya, bergelar Datuk Seri.
Dia belanja saya pagi itu. Sambil makan kita bercakap mengenai topik semasa paling hangat – video. Sambil menunggu drebarnya tiba, dia berbisik ke telinga saya: “Saya ada satu, awak boleh pinjam kalau nak!”

Tentu sekali saya tidak melepaskan peluang. Saya mengikutnya ke pejabat. Dan di dalam biliknya yang serba mewah itu, dia menyerahkan video tersebut – dimasukkan dalam sampul besar – sambil berpesan: “Lepas awak tengok, pulangkan semula pada saya. Jangan copy, berdosa!” 

Walaupun sudah dapat, bukan senang hendak memainkan video yang satu ini, lebih-lebih lagi di rumah. Saya kena pastikan isteri dan semua anak-anak sudah lena, manalah tahu kalau-kalau mereka tiba-tiba mengetuk pintu bilik rehat saya. Malu saya kalau mereka tahu! Maka setelah dua kali menonton, saya boleh membuat kesimpulan peribadi, tanpa prejudis, seperti berikut:

Heronya boleh tahan. Tetapi secara jujur, saya lebih tertarik pada heroin. Kulit putih cerah, licin macam pauh dilayang. Tengok bibirnya yang kadang-kadang sedikit ternganga, dan matanya yang sekali-sekala kuyu, perasaan saya sudah berdebar. Nampak juga jari-jemarinya yang halus lentik, lengannya, betis, leher dan lain-lain. Malah, melihat rambutnya yang mengerbang hampir menutup wajah itu pun boleh membuat perasaan saya tidak tenteram. Dan, ketika melihat dia menggerakkan tubuh dalam berbagai posisi, mata saya tidak berkelip, nafas pun sudah bertukar rentak. Pendek kata, pemain wanita itu – tidak kira apa bangsanya – memang hebat.

Heronya? Bukanlah prejudis padanya, tetapi pada saya lelaki itu biasa sahaja. Boleh tahan tampannya, tetapi bukanlah jenis jejaka yang timbul urat-urat di lengan. Gempal sedikit, malah kalau tengok betul-betul bahagian perutnya nampak boroi.

Pendek kata watak lelaki itu tidak sehebat Arnold Schwarzenegger. Terus terang saya katakan lelaki itu tidak sepadan dengan wanita yang menjadi pasangannya. Kalau pilih lelaki yang lebih ‘macho’ pasti lebih sedap menonton.

Cuma pujian patut diberikan kepada tukang ambil gambar, sebab telah berjaya mempersembahkan satu produksi yang baik. Saya boleh mengesahkan bahawa semua kelihatan terang dan nyata. Malah, pada ketika tertentu boleh nampak jelas raut-raut di muka. Patut juga diberi pujian sebab sepanjang persembahan telah ditunjukkan latar belakang yang indah, mempesona, penuh warna-warni – gunung-ganang, air terjun, taman bunga, ular, kereta api, jip polis, dan tentu sekali tidak ketinggalan ‘Inspector Shahab’.

Pendek kata berbaloi jugalah saya keliling satu Kuala Lumpur – masuk hampir setiap kedai video – sehingga akhirnya bertemu dengan Datuk Seri, rakan lama ketika bujang yang sama-sama minat gila terhadap filem-filem Hindustan.

Saya akan memulangkan semula pada beliau video filem ‘Bobby’ yang menurut rakan saya itu diperoleh ketika lawatan perniagaannya ke New Delhi dua tahun lalu. Waktu filem itu ditayangkan di Odeon KL kira-kira tiga dekad lalu kami menontonnya lima kali! Ada lapan lagu, paling saya suka ialah ‘Jhoot Bole Kauva Kate’ (bunyi macam bahasa Kelantan!) nyanyian Lata Mangeshkar dan Shailender Singh. Heroinnya yang selalu datang dalam mimpi saya ialah Dimple Kapadia, mesti dia sudah tua sekarang. Heronya Rishi Kapoor, anak Raj Kapoor.

Filem ‘blockbuster’ bikinan tahun 1973 itu – 38 tahun lalu! – dibuat dalam warna-warni. 

Maka menghairankan saya mengapa video seks oleh ‘Datuk T’ dibuat hitam putih, pada hal baru sangat dirakam 21 Februari lalu.

Dan, dalam era ICT yang serba warna-warni ini masih adakah lagi filem hitam putih? Sekadar bertanya. 

Sebab sumpah, saya belum menonton video seks yang didedahkan di Carcosa Seri Negara itu!

Catatan: Rupanya filem Hindustan!! Sebenarnya JR pinjam artikel ini (edit sikit, sebab panjang sangat) dari Sinar Harian. Kalau nak tengok artikel  asal tanpa diedit boleh lihat di sini...

Minah Nie Kata Muhammad Nabi Palsu Terbuat Dari Tahi, Jom Terjah Dia!!

Jasmine Slalu Hepi
 Jasmine...jom kita terjah FB nya!!



Berderau darah JR baca komen minah Indonesia ni mengenai Nabi Muhammad dalam Facebooknya. Brengsek lu...berani hina pesuruh Allah!!

Cizzz....ada ke patut dia memaki Nabi Muhammad sambil mencarut dengan berkata, "Kenapa kalo sembayang harus ruku, nungging? Supaya Muhammad kalo ngentot..." (ngentot bermakna hubungan sex) Dan lagi dia berkata "Muhammad nabi palsu terbuat dari tai, walaupun mandi 100 x sehari tetap aja bau, coz dari tai" (Muhammad nabi palsu terbuat dari tahi, walaupun mandi 100 kali sehari tetap ajer bau, sebab dari tahi).

Korang bacalah sendiri apa dia tulis:



Siapa sebenarnya minah Indonesia ni tak tau lah. Di Indonesia ramai yang bukan Islam dan ada juga yang atheist, mungkin si-minah nie salah seorang darinya. Atau mungkin dia dari kalangan keturunan Islam tapi tak paham Islam seperti yang ramai terdapat di Malaysia?

Walaupun sudah berbelas ribu orang maki dia di FB tapi minah Indonesia ni macam tak kisah ajer..Kenapa? Sebab dia tau dengan maki hamun tak akan berkesan apa-apa, mungkin dia lagi seronok menikmati populariti mendadak!

Apa yang boleh kita buat ialah kita terjah FB nya di sini  dan buat laporan kepada pengurusan FB supaya dia diblock. Jom mulakan!!!


Foto-Foto Berahi Penyanyi Berambut Perang Untuk Dijual


Ini pengajaran yang terbaik untuk artis, selebriti maupun VVIP: sebelum tingglkan bilik hotel, pastikan jangan ada barangan korang yang tertinggal. Apa lagi jika yang tertinggal itu ialah henset, kamera atau kad memorinya.  Sekiranya tertinggal, apa yang ada di dalamnya pasti akan tersebar, kerana ramai antara korang bukan orang baik-baik yang hobinya suka menyimpan foto-foto tak senonoh!!!

Dan itulah yang terjadi kepada penyanyi tersohor dan sexy-mexy dunia, Christina Aguilera:

picture of christina aguilera cellulite photos

Aguilera tertingggal kad memori kameranya di sebuah hotel mewah di Paris. Akibatnya ratusan gambar-gambar peribadi miliknya yang di simpan dalam kad memori itu telah ditemui oleh seorang lelaki yang memasuki bilik hotel itu. Yang paling memalukan ialah gambar-gambar berahi Aguilera, 30 bersama mantan kekasihnya Mattew Rutler, 25 di atas ranjang. G

Dan lelaki bertuah yang menemui memori kad itu telah menawarkan untuk menjual gambar-gambar berahi Aguilera kepada sebuah laman web gosip, Radar Online. Sekejap lagi lelaki itu pasti akan jadi kaya.....

Ini mungkin antara foto-foto berahi penyanyi berambut perang yang akan dijual itu:



christina-aguilera-leaked-naked-candids

30 March 2011

Jahat Sangat Ke Kastam Malaysia Wahai Bang Kosmo?


Hari ni JR baca Kosmo..bukan Kosmo Online, tapi akhbar Kosmo dlm bentuk newspaper. JR teerkejut dengan tajuk tak senonoh nie:





























Mengapa tajuknya gitu, bang editor Kosmo? Mengapa tajuknya "Kastam Belot Wangt Negara"? Jahat sangat ke Kastam tu? Bila Kosmo sebut "Kastam Belot Wang Negara", itu bermaksud Kastam Diraja Malaysia memang kerjanya ialah membelot wang negara. Semua pegawai dan staf Kastam memang jahat!!!

Sedang cerita sebenar ialah mengenai sepasang suami isteri yang merupakan pegawai kanan Kastam ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas mereka dipercayai terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah dan rasuah. Ratusan ribu ringgit wang ditemui di rumah dua orang pegawai kanan Kastam ini yang dipercayai jumlah sebenar ialah berbilion ringgit di mana si-suami adalah berpangkat Datuk.

Tengok tu, hanya kerana dua orang pegawai Kastam belot wang negara, seluruh Jabatan Kastam dipersalahkan. Teruknya akhbar buat berita!! Mengapa tak tukar tajuk lain yang lebih molek misalnya:

"Suami Isteri Pegawai Kastam Lari Wang" atau
"Pegawai Kastam Pangkat Datuk Songlap Wang" atau
"Suami Isteri Kastam Lari Wang" atau
"Bilion Ringgit Wang Lesap Dilari Suami Isteri"

Banyak lagi tajuk sebenarnya yang boleh dipilih. Yang bersalah ialah individu, bukan jabatannya, mengapa seluruh agensi dipertanggung jawabkan?

Tapi memang dasar akhbar ialah membuat berita sensasi untuk melariskan jualannya. Cuma JR tak pasti sama ada jika ada staf JPM (Jabatan Perdana Menteri) yang rasuah, Kosmo akan berani tulis tajuk, "Perdana Menteri Belot Wang Negara"? Berani ke Kosmo tulis tajuk begitu??

Terima Kasih Tuhan, Kerana Aku DIROMPAK!!


Ramai yang trauma selepas menjadi mangsa rompakan. JR memahami situasi  ini kerana pernah merasainya selepas rumah dipecah masuk. Tapi kadang-kadang di sebalik musibah ada hikmah yang Tuhan turunkan.....

Violent street mugging saves victim
Ian Petrie bersama ibunya Anne

Di Bristol, UK, seorang lelaki, Ian Petrie mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dia dirompak. Pada tahun lepas Ian dirompak oleh 4 orang penyamun yang kemudian mencederakan kepalanya. Ian lepas itu pergi ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan. Di hospital tersebut, doktor yang merawatinya mengesan ketumbuhan sebesar 2cm di dalam otak Ian.

Ian yang berusia 33 tahun kemudian menjalani rawatan. Dia kini telah sembuh selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan itu yang boleh membawa maut jika lambat dikesan. Syukurlah kerana dirompak, jika tidak   Ian mungkin tidak tahu ada ketumbuhan di dalam otaknya.

Apa jadi dengan perompak-perompak yang "baik hati" kerana telah "menyelamatkan" otak Ian itu? Keempat-empatnya didapati bersalah oleh mahklamah kerana merompak dan dikenakan penjara 4 tahun....

(Sumber berita:Australian News & Search Aggretor)

29 March 2011

Takziah..Jackie Chan Meninggal Akibat Serangan Jantung







Korang minat tak dengan pelakon Jackie Chan? JR suka cara dia berlakon dalam babak-babak aksi yang seringkali diselangi dengan adegan lucu. Dan hari ini, Jackie, 56 tahun, meninggal dunia akibat serangan jantung. Takziah kepada keluarga Jackie Chan!!

Seperti kata Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, "Jackie Chan seorang lelaki berbakat besar dan begitu sinonim dengan imej kemanusiaan. Dia akan terus abadi dalam hati kita semua, seorang lelaki yang memberikan inspirasi kepada pelbagai generasi. Sebelum ini kita telah kehilangan Nate Dogg, kini Jackie Chan pula."

Sebelum ada peminat filem kungfu yang menitiskan air mata atau pengsan mendengar berita kematian Jackie, baca seterusnya berita ini:

NEW DELHI: Bintang filem legenda Hong Kong Jackie Chan, 56, menjadi mangsa terbaru laman sosial Twitter apabila berita mengenai kematiannya ekoran serangan jantung tersebar luas di Internet, Isnin.
Menurut laporan yang dipetik daripada ibnlive.com, khabar angin itu tersebar apabila sebuah artikel palsu yang menggunakan nama CNN telah dimuatnaik oleh seorang penulis blog bergelar Skiphopz.

Susulan artikel berjudul 'Jackie Chan Meninggal Akibat Serangan Jantung' itu, laman Twitter telah dibanjiri limpahan ucapan takziah daripada kalangan peminat.

Laporan itu turut memaparkan ucapan palsu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berhubung kematian Chan yang berbunyi:

"Jackie Chan seorang lelaki berbakat besar dan begitu sinonim dengan imej kemanusiaan. Dia akan terus abadi dalam hati kita semua, seorang lelaki yang memberikan inspirasi kepada pelbagai generasi. Sebelum ini kita telah kehilangan Nate Dogg, kini Jackie Chan pula."

Chan yang masih hidup bagaimanapun dilaporkan bakal muncul dengan filem terbaru iaitu 1911, tahun ini.

(Sumber: star online)

Jijik.. Rupanya Produk Kecantikan Muka Dari Lendir Siput Babi!!



 o

Hiiii korang orang pompuan...korang ada pakai tak produk kecantikan muka? Mesti ada, kan? Memang  setiap pompuan sukakan kulit cantik, lalu beraneka produk perawatan kulit  ditawarkan di pasaran. Sebagian antaranya terdengar tidak masuk akal dan agak menjijikkan...salah satunya ialah...... krim pelembab muka dari lendir siput babi!!.

Krim yang dikembangkan oleh Laboratorios Lissia di Colombia ini mengandung 20-80 peratus ekstrak lendir siput babi. Ia bukan dari siput babi liar, tapi siput babi yang diternak khusus agar menghasilkan lendir lebih banyak.

Lendir siput babi memang sejak lama dipercaya mengandung nutrisi tertentu yang boleh mengatasi efek penuaan. Nutrisi tersebut boleh melembabkan kulit serta menegangkannya sehingga dapat menyembunyikan kedutan-kedutan di permukaan wajah.

Kandungan penting yang terdapat dalam lendir siput babi yang baik untuk menghilangkan kedutan  antara lain ialah  glycosaminoglycan (GAG) yang mengandungi copper peptide di dalamnya. Secara teori, kedua bahan  ini memang sama-sama bermanfaat untuk menjaga kesihatan dan kelembaban kulit.

GAG merupakan sejenis karbohidrat yang memain peranan penting dalam menjaga jaringan penghubung antara  sel sehingga kulit selalu tampak lebih tegang. GAG juga termasuk komponen penyusun hyalorunat, iaitu  bahan  yang menjaga kelembaban kulit.

Sementara copper peptide pula merupakan bahan yang merangsang pembentukan kolagen di kulit. Berbagai kajian membuktikan, copper peptide memain peranan penting dalam proses penyembuhan luka yang  merangsang pembentukan sel-sel baru untuk menggantikan sel yang rosak.

(Sumber: The Sun UK)

Artis Nie Lebih Sexy Dari Fasha Sandha..Melayu Oh Melayu!!


Bila foto Fasha Sandha berbikini keluar dalam banyak blog dulu, ramai yang berkata Fasha adalah artis Melayu yang paling sexy masa kini. 

Sapa kata Fasha artis Melayu paling sexy? Artis ini juga tak kurang sexynya:

kila fairy


Nama artis di atas tu ialah Kila Fairy. Artis lepasan SPM ni ialah  anak kepada penyanyi  Rohana Jalil yang zaman dulu-dulu tu agak popular.


Dan ini lagi foto-foto sexy Kila untuk tatapan peminatnya:

kila fairy
kila fairy
kila fairy


Apa nak jadi dengan artis-artis bernama Melayu nie...mengaku Islam tapi mempamerkan kejahilan berpakaian yang mendalam....

Melayu Oh Melayu!!

(Foto: ihsan MatKepoh)

Majlis Fatwa: Tarian/Senaman Poco-Poco HARAM!!


Korang pernah menari poco-poco? Ketika JR bertugas di sebuah agensi negeri paling utara dahulu, staffnya digalakkan terlibat dalam tarian/senaman poco-poco. Kononnya ia tarian/senaman yang ada unsur aerobik dan justru sangat baik untuk kesihatan. Isteri JR bukan main minat dengan tarian ini sehingga memiliki CD nya sendiri kerana agensi tempat dia bertugas menggalakkan tarian poco-poco sebagai sebahagian dari aktiviti kesukanan mereka. 

Kini tarian poco-poco ini begitu popular  di kalangan  masyarakat Islam terutama suri-suri rumah dan staf agensi kerajaan ketika manghadiri kursus.Malah kerap juga melihat menteri-menteri sendiri terlibat dalam tarian ini seperti yang pernah ditonton di TV.

tarian poco-poco

Mengikut sumber sejarah yang JR perolehi, tarian poco-poco ini dikatakan berasal dari Jamaica. Ia ditarikan oleh masyarakatnya yg beragama Kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya yg membentuk salib itu, memang terpancar ciri-ciri Kristianiti yang sangat kuat dalam tarian itu..Di Asia Tenggara ia begitu popular di Filipina yang merupakan negara Kristian terbesar di rantau ini. Kemudian ia di bawa ke Indonesia dan sering menjadi tarian ketika upacara keagamaan di gereja-gereja di sana.

Kira-kira 10 tahun lalu, tarian ini mula dipopularkan di Malaysia. Dalam sekelip mata ia popular di negara ini, terutama orang Melayu-Islam. Orang-orang Melayu yang malas bersenam (ini pendapat JR saja...) sangat suka dengan tarian ini, mungkin kerana ia dikatakan baik untuk kesihatan. Mereka yang teruja menari tak  perasan dengan pergerakannya yang membentuk salib. Maklumlah sifat tipikal Melayu  yang memang suka terikut-ikut  sesuatu yg bersifat baru tanpa usul periksa......

Tapi semalam JR mendapat tahu tarian dan senaman  poco-poco ini telah difatwakan HARAM oleh Jabatan Mufti Perak. Alasan pengharamannya ialah kerana, "ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama (Kristian), juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian". 

Salinan surat pengharaman yang ditanda tangani oleh Mufti Perak, korang boleh lihat di bawah:


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg6q8SOOtdOkb5YpvCjbYBXpG5PjG3D5nkgBxQdOAcMO215QjmLZi-yjg3RZvPWt3_5FfHkgbAggkFkbkeHo48rJoDP7aqJsAuD1NanAzLi-CH7bw8UK42lv0WNqysxdluv83X1HmHXSL-d/s1600/2011-03-28_221403.jpg


Sebarkan maklumat ini......

28 March 2011

Beli Pisau Dan Korang Boleh Dapat RM9,000 Untuk Tugas Itu



Domingos Oliveira
Domingos Oliveira
Click here to find 
out more!
Gampang bangat untuk dapat uang!! (JR pinjam Bahasa Indonesia bererti mudah sangat untuk dapat wang...) Yeah, mudahnya nak dapatkan RM9,000!! Korang yang berhajatkan RM9,000 tunai cuma perlu membeli sebilah pisau, bawa ke sini dan kemudian terjahkan pisau itu di....
 
Tapi sanggup ke korang lakukan perkara ini:
 
Polis menahan seorang lelaki di La Mesa, California, Amerika Syarikat kerana disyaki mencuba mengupah seseorang untuk membunuh teman lelaki anak gadisnya yang berusia 19 tahun.

Domingos Oliveira, 50, ditahan Jumaat lalu oleh sepasukan polis California selepas polis menerima laporan daripada anak gadis Oliveira yang berusia 19 tahun dan teman lelakinya selepas mereka menemui beberapa poster  yang dikeluarkan oleh Oliveira yang menawarkan wang hadiah sebanyak  $3,000 kepada sesiapa yang berjaya membunuh teman lelaki anak gadisnya "hidup atau mati". Poster itu dipasang sekitar kampus Kolej Grossmont tempat teman lelaki anak gadisnya belajar sejak dua minggu lalu.


Menurut polis, poster itu turut memaparkan nama dan foto teman lelaki anak gadis Oliveira yang didakwanya bekas pesalah seksual. Hal itu turut disahkan oleh polis selepas menyiasat rekod teman lelaki anak Oliveira yang memang merupakan pesalah seksual .

 
Oliveira kini ditahan sementara menunggu siasatan lanjut polis.


Ketika membaca berita ini JR tertarik kepada komen seorang pembaca yang berkata, jika perkara itu berlaku kepada anaknya yang berkawan dengan pesalah seksual, dia tidak akan mengupah orang untuk membunuh teman lelaki anak gadisnya, kerana dia sendiri akan membunuh lelaki itu!!!
 
(Sumber asal berita: wsbt.com)

Awas...Babi pembunuh Itu Datang Lagi!!


Hati-hati...babi pembunuh itu datang lagi dalam kumpulannya yang mungkin lebih besar!! Jika korang sayangkan diri dan keluarga, jangan buat tak peduli dengan keselamatan dan kesihatan diri..




Di Mexico, sudah 4 kematian dilaporkan, manakala ratusan lagi sedang menunjukkan tanda-tanda positif dijangkiti wabak serangan itu pada minggu ini saja. Di Venezuela 2 kematian dalam tempoh seminggu ini,manakala ratusan lagi sedang mendapat rawatan di hospital-hospital seluruh negara.

Wabak selsema babi atau H1N1 yang pertama kali dikesan di Mexico pada awal tahun 2009 itu telah meragut lebih 13,000 kematian di seluruh dunia. Sekarang kita perlu berhati-hati kerana gelombang serangan kedua mungkin akan datang lagi...dan ia bermula sekali lagi dari Mexico!!

27 March 2011

Wanita Solat Perlu Pakai Telekung Ke?


Betul juga apa yang Imam Muda Asyraf kata: wanita Melayu nie jika tak pakai telekung putih tak sah solatnya ke? 



JR tertarik dengan cerita imam muda itu yang berkunjung ke Indonesia, di mana dia melihat ramai wanita yang tidak menutup aurat (termasuk bermini skirt) yang masuk ke surau dan memakai telekung yang disediakan, lalu mengerjakan solat. Imam muda Asyraf terpegun: MEREKA TIDAK MENUTUP AURAT, TAPI TIDAK TINGGALKAN SOLAT!!..

Kemudian Imam Muda Asyraf bercerita pula tentang kunjungannya ke Brunei. Ketika mengimamkan solat, imam muda itu perasan belakangnya ramai makmum terdiri dari remaja lelaki dan perempuan. Yang lelaki kebanyakannya memakai jubah. Namun selesai salam kebanyakan si lelaki menanggalkan jubah dan mengenakan seluar pendek! Tapi sesuatu yang pasti MEREKA TIDAK TINGGALKAN SOLAT!!

Lain pula halnya bila Imam Muda Asyraf pulang ke Malaysia... Ketika melalui surau di tingkat 8, Time Square Kuala Lumpur dia melihat  sekelompok remaja lelaki dan perempuan sedang menunggu rakan mereka di luar surau (perempuan bermini telekung). Dia bertanya kepada mereka, kenapa mereka tidak solat sekali dengan rakan-rakan yang lain? Agak menakjubkan jawapan mereka:

Si lelaki mengatakan ia berseluar jeans. Di dalam surau tiada kain pelikat katanya. Yang si perempuan pula berkata: saya tak membawa telekung (putih). Lagipun telekung di dalam surau tu dah terlalu kuning dan lusuh warnanya, macam mana nak solat?

Apa yang dikatakan oleh Imam Muda Asyraf memang benar: tak pakai telekung putih tak sempurna ke solat? Sebenarnya pemakaian telekung itu bukanlah syarat sahnya solat seseorang wanita. 

Kebanyakan wanita muslim di dunia tak pernah mengenal erti telekung. Muslimah di China, India mahupun Timur Tengah dan Eropah, kebanyakannya bersolat tanpa memakai telekung putih. Di Iran yang terkenal dengan hukumannya yang keras dalam pemakaian wanita pun, bila bersolat sebahagian muslimahnya tak memakai telekung bewarna putih:




Iranian women pray during the 
weekly Friday prayers at Tehran 
University in Tehran, Iran on May 25, 2007. document IRAN/Mohammad 
Kheirkhah



Sebenarnya syarat dalam pakaian solat adalah cukup dengan menutup aurat dan hendaklah pakaian itu bersih dari sebarang najis. Telekung berwarna putih  bukan menjadi syarat sahnya solat. Andainya seorang wanita itu berpakaian baju kurung atau pakaian yang menepati syarat aurat, walaupun ianya berwarna warni, maka tetap sah solat mereka. Ini kerana aurat wanita ketika solat sama saja seperti aurat wanita di luar waktu solat.Yang penting ialah menutup aurat:



Laptop Aku Demam


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhh4d-Hwl46VrDo5FoJ3owOa8zNqSagTiAI8niGbDZJKcAGC0fOXqCUjAFTRkf1DrNlGelEPT5uYAsYiAhzuTvcy6z7sn2kIGRyJ_tYyeS3FHIjeBWxw55W0dAamqJgYP35BIcpsoZiLQGU/s1600/computer-doctor.jpg

Ini kemunculan JR yang pertama untuk hari ini. Hari ini tak boleh guna laptop...laptop JR sakit!!

Dah banyak hari juga laptop nie macam ada problem ajer. Lalu akhirnya JR terpaksa hantar laptop ke wad untuk diperiksa oleh Dr Kom Pu Ter petang semalam.

Justru hari nie tiada entry JR dalam blog nie, sebab laptop sakit. Laptop sakit, laptop demam, JR pun macam sakit dan demam juga. Berehat dari menulis ler hari nie....

Sekarang laptop dah OK, tapi nak tulis tak ada idea pula. Nanti la kalau ada idea lepas nie, ada la entry baru kot....

26 March 2011

Gempaq: Awan Radioaktif Telah Tiba Di Vietnam..Malaysia Bila Pula?


 awan radioaktif: cantik tapi menyakitkan!!


Berita gempaq: Saintis dari Norway menyatakan kepulan awan tercemar yang mengandungi bahan radioaktif dari reaktor nuklear Fukushima, Jepun telah  tiba ke ruang udara Vietnam pada 25 Mac 2011.

Kepulan awan tercemar yang sama berasal dari Jepun dan mula bergerak pada 22 Mac lalu menuju ke arah Vietnam dan mungkin akan tersebar ke arah jiran-jiran negara itu.

Walau bagaimanapun mengikut berita itu awan yang berada di angkasa tidak akan membawa sebarang bahaya kepada kesihatan orang ramai yang berada di bawahnya. Tapi tak pula dijelaskan kalau hujan dan radioaktif itu menyerap ke dalam air hujan, apa yang akan terjadi kepada hidupan bernyawa? 
Kalaulah awan radioaktif itu sampai ke Malaysia yang terletak cuma  1,800 kilometer dari Vietnam...alahai, malangnya nasib kita, kan?  Sekarang ni pula musim hujan!!!

(Sumber asal berita: vietnamnet)

Video Lucah: Alahai...Yusry KRU La Pula.....

Gambar Maya Karin Dan Yusry KRU,gosip maya karin dan yusry kru















Penglibatan famili KRU dalam pembikinan gambar/video lucah bukan perkara baru. Beberapa tahun dulu pernah heboh mengenai gambar aksi lucah membabitkan sesusuk tubuh yang menyerupai Edry KRU dan Linda Rafar. Tapi kedua-duanya menafikan ketulenan gambar itu yang didakwa mereka dibuat menerusi teknik superimpose

Lepas itu sekitar 2008 dunia hiburan Indonesia dan Malaysia dihebohkan pula oleh kisah Yusry KRU meraba payudara  artis Indonesia Revilina S.Temat yang boleh disaksikan dalam satu rakaman video.

Dan hari ini tersiar pula berita dalam Kosmo mengenai kemungkinan Yusry KRU akan dilibatkan dalam penyiasatan video sex yang dikatakan membabitkan seorang tokoh pembangkang dan seorang wanita Cina.
Menurut Kosmo, pasukan penyiasat  Polis kini dalam pertimbangan untuk meminta khidmat pengarah filem Merong Mahawangsa itu bagi membantu Polis mengesahkan ketulenan rakaman video seks itu sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Baguslah jika Yusry KRU menjadi juru khidmat polis bagi menyiasat kes video sex tokoh pembangkang itu. Pakar profesional seperti Yusry memang sesuai menyiasat hal-hal sedemikian kerana Yusry sendiri pernah terlibat dalam video kurang manis dengan Revilina S.Temat dan saudaranya pula Endry juga pernah melalui hal yang sama. Lagi pun sebelum siasatan bermula lagi, Yusry dikatakan telah memberi komen ke atas video sex tukoh pembangkang itu dengan berkata "adalah hampir mustahil untuk melakukan superimpose ke atas wajah seseorang dalam sebuah video yang bergerak".

Hukuman sudah dijatuhkan oleh Yusry sebelum siasatan dibuat terhadap video sex itu. Jadi amatlah molek benar jika Polis mengambil Yusri untuk mengadili kes ini. Kerja Polis akan jadi lebih mudah dan cepat!!
 

25 March 2011

Aneh Bin Ajaib: Anjing Mati Selepas Menggigit Lelaki Tua

Lu San menunjukkan kecederaan kaki yang digigit anjing

Pelik!!  Aneh bin ajaib!!!
 
Seekor anjing didapati mati secara misteri selepas menggigit seorang lelaki yang berusia 70-an di sebatang jalan di Yunan, China. Menurut mangsa anjing tersebut, Lu San, seekor anjing hitam tiba-tiba mengigitnya ketika dia sedang bersiar-siar di Pekan Etnik Yao.
  
Mereka yang mendengar jeritan Lu San berjaya menangkap anjing itu lalu mengikatnya di sebatang pokok. Tapi mereka yang berada di tempat kejadian terkejut apabila anjing itu mati 30 minit kemudian.
 
Orang ramai kemudiannya memanggil polis untuk mengenal pasti pemilik anjing itu.
 
Selepas diperiksa, pihak polis mendapati tiada kesan kecederaan pada anjing itu yang menyebabkan kematiannya. Dalam pada itu, Lu San yang mengalami kecederaan di tangan dan kaki kanannya telah diberi rawatan pencegahan penyakit bawaan anjing.

Sehingga kini pemilik anjing itu masih belum ditemui.

Yang menghairankan JR ialah mengapa anjing itu pula yang mati?? Tiba-tiba JR teringat kisah seorang model Israel yang payudaranya telah digigit oleh seekor ular seperti yang pernah JR siarkan dalam entry di blog ini dua minggu lepas. Seperti nasib si-anjing ini, ular itu juga mati selepas menggigit model Israel itu...

(Sumber berita asal: asiaonenews)

Mengapa Datuk-Datuk Tua Bangka Melayu Ketagih Tengok Anu Orang Lain??

Anu Photo Shoots & Gallery

Apa dah nak jadi dengan Malaysia nie? Semua orang tak kira tua atau muda, tak kita lelaki atau pompuan (kecuali JR....huhuhu) sedang memburu video lucah susuk seseorang yang kononnya bergelar Datuk Seri. Apa nie, sudah gila ke orang Malaysia, gila sangat nak tonton video lucah?

Yang paling gila  ialah penerbit video lucah itu ialah seorang yang bergelar Tan Sri:



























Tan Sri Rahim Tambi Chik, orang penting di sebalik penerbitan video lucah...

Tak kisahlah latar belakang Tan Sri penerbit video lucah tu. Tak kisahlah cerita lamanya yang pernah jadi Ketua Menteri Melaka dan pernah dituduh merogol gadis 14 tahun bernama Noryati Binti Mohamad Yusop, di Hotel Belmount, Melaka Pada 3hb November 1999. Tak kisahlah itu semua, itu cerita lama Tan Sri Rahim T. Cuma yang jadi cerita baru yang giler sangat-sangat ialah seorang Tan Sri tiba-tiba menjadi penerbit video lucah. Dan lebih giler lagi Tan Sri ni dan 2 lagi kawannya yang mengaku menayangkan video lucah tu tak pula kena tangkap polis. Kalau Ahmad, Ah Chong dan Muthu yang tak ada gelaran Tan Sri dan Datuk buat macam tu, mmmmm.... siaplah mereka dikerjakan polis!!

Dan yang lebih giler ialah ramai Datuk, Datuk Seri dan VVIP telah mengaku mereka dah tonton video lucah itu:

i)  Tan Sri Rahim Tambi Chik, Datuk Shazryl Eskay dan Datuk Shuib Lazim yang merupakan orang kuat yang ada kaitan dengan parti pemerintah BN, semuanya sudah mengaku menonton video lucah itu. Hari ni terbaca pula dalam satu portal berita, seorang pengawal peribadi VVIP menyatakan "orang nombor satu negara" telah memperkenankan penerbitan video itu. Apakah "orang nombor satu negara" itu juga telah menontonnya? 

ii)  Pemimpin-pemimpin pembangkang (PR) juga mengaku telah menonton video lucah itu, antaranya Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Cikgu Bard, bekas AJK PKR. (Pemimpin PAS tak dengar lagi!!)

iii) Pemimpin-pemimpin lain bergelar Datuk yang mengaku pernah menonton video lucah ini ialah Datuk Zaid Ibrahim (bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Datuk Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baru)

Yang paling giler antara Datuk-Datuk yang gila tengok video lucah itu ialah Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru yang selalu dengan imej berkopiah putihnya. Tak sangka pula orang terhormat berkopiah putih pun suka tengok kemaluan orang lain...:
























Datuk Zulkifli Nordin yang berkopiah putih ni pun suka tengok video lucah juga....hahahaha...


Gila...gila ...gila...mengapa ramai sangat orang yang gila tengok kemaluan orang lain di Malaysia nie? 

Dan yang paling malang sekali ialah mereka ini merupakan pemimpin-pemimpin kita, sama ada dari BN, PKR dan Bebas. Itu VVIP yang mengaku pernah tengok video lucah, yang belum mengaku di luar sana berapa ramai pula? Cizzzzz...hancur Malaysia macam ni, bila pemimpin-pemimpin bergelar Tan Sri dan Datuk gila tengok video sex. Bagaimana dengan agenda nak membangunkan negara jika mata dan hati hanya teringat untuk melihat kemaluan orang lain?? Cizzzzzzzzz!!!

Tapi yang anehnya ialah belum pula dengar pemimpin-pemimpin Cina dan India dari parti MCA, Gerakan, DAP, SUPP, MIC dan PPP yang pernah menonton video lucah itu. Tan Sri dan Datuk-Datuk tua bangka dari kalangan pemimpin Cina dan India tak berminat dengan video lucah ke seperti Tan Sri dan Datuk-Datuk tua bangka dari kalangan pemimpin-pemimpin Melayu?

Artis Dedah Payudara Nie Rupanya Belum Berusia 18 Tahun Lagi...

Ingat tak beberapa hari lepas dunia artis digemparkan dengan kisah artis yang mendedahkan payudaranya?:



JR juga ada komen mengenai foto tak senonoh artis itu dalam entry JR.

JR ingatkan pelakon bernama Miera Liyana ni berusia 20 tahun ke atas, tak sangka pula dia masih muda lagi, baru saja berusia 17++++. Belum layak lagi tonton film 18SX....

Dia baru saja lepas SPM. Dua hari lepas dia ambil keputusan SPM, katanya dia dapat keputusan yang baik, dia beritahu GUA dia dapat "banyak A".

Cuma "banyak A" yang dia dapat tu tak taulah berapa A sebenarnya yang dia dapat.  12A, 10A, 8A atau 2A? 2A pun kira banyak juga kan, ya lah lebih dari satu kan masih dalam kategori banyak?

Apapun tahniah kepada Miera. Dalam sibuk-sibuk berlakon pun masih berpeluang studi dan dapat skor "banyak A". Jom kita kongsi kegembiraan bersamanya:


miera liyana


miera liyana
miera liyana

(Sumber Foto: Beautiful Nara & Blog Serius)

24 March 2011

Malunya Aku Jadi Rakyat Malaysia, Korang Tak Malu Ke??

A love shy girl











Sejak 2-3 bulan lepas, buka saja TV, singkap saja akhbar, tak ada cerita lain, kecuali cerita liwat, cerita air mani, cerita dubur, cerita bulu dan  cerita DNA. Celaka betul, nak muntah aku dengan cerita-cerita meloyakan itu!!!

Semalam di TV dan hari ini di semua akhbar dah terbit pula cerita video sex lucah VVIP kononnya seorang Datuk Seri. Pengedar video sex lucah tu pula trio VVIP bergelar Tan Sri dan Datuk. Hebatnya orang Malaysia, hero video lucahnya Datuk Seri dan pengedar video lucahnya pula Tan Sri dan Datuk!! 

Dan yang lebih hebat, Tan Sri dan Datuk yang muncul di TV untuk mempromosikan video lucah yang mereka keluarkan itu tak pula ditahan polis!! Cuba kita rakyat marhaen ni, pasti dah kena kejar polis bila muncul di khalayak mempromosikan video lucah. Tapi mereka Tan Sri dan Datuk, orang-orang suci bergelar yang akan sentiasa kebal dan selamat berlindung di bumi Malaysia yang penuh dengan cerita lawak ni.

Tan Sri yang mempromosi video lucah tu pula memang bukan sebarang orang. Dia dulu pernah menjadi Ketua Menteri di negeri Sang Kancil. Dia juga dulu adalah kawan baik susuk tubuh yang dikatakan hero video lucah tu. Tapi Tan Sri yang popular kerana banyak skandal sex dengan wanita Portugis, Cina dan Melayu itu dan terakhir sekali kes rogol budak 14 tahun akhirnya meletak jawatan sebagai Ketua Menteri. Dan kini dia menjadi penerbit video lucah pula, hebatnya dia dari Ketua Menteri jadi penerbit video lucah....

Adoooooooiiiiiiii, peningnya kepala JR dengan atmosfera politik Malaysia ni. Rasa meloya dan nak muntah mengingatkan kisah liwat, air mani, dubur, bulu serta DNA dan kini kisah video sex VVIP pula. Kadang-kadang JR malu dengan keluarga, malu dengan sanak saudara yang tertonton cerita-cerita sex yang maha busuk ini dalam berita TV. Malu...malu...malu...malu...malu....maluuuuuuuuuuuuuuu!!!

Sampai bila sandiwara busuk, hanyir dan meloyakan tekak ni nak selesai? Sampai Allah turunkan satu tsunami besar yang menghancurkan negara baru nak habis cerita-cerita meloyakan ni?

Kalau boleh lari, nak saja JR lari keluar dari Malaysia. Malu aku jadi rakyat Malaysia di mana pemimpin-pemimpin politik tak tau malu ni tak habis-habis bermain dengan cerita sex dan mempromosikan sex. Dah la hero video lucah tu mereka kata Datuk Seri pemimpin sebuah parti politik, pengedar video lucah tu pun pula adalah Tan Sri dan Datuk-datuk pemimpin organisasi politik.
Apa nak jadi dengan Malaysia ni? Aku malu jadi rakyat Malaysia, aku malu, sangat malu dikenali sebagai orang Malaysia yang pemimpin-pemimpinnya suka bercerita tentang sex dan tak malu  mempromosikan video sex!!

Korang tak malu ke jadi rakyat Malaysia? Korang  tak malu ke?

Sapa Wanita Yang Lari Cuma Berseluar Dalam Nie??


Ini bukan sebahagian dari adegan sex VVIP bergelar Datuk Seri yang ditayangkan oleh VVIP musuhnya bergelar Tan Sri dan Datuk seperti yang sedang dihebohkan sekarang. Ini bukan drama politik busuk dan hanyir seperti dalam drama Melayu. Ini kisah benar yang berlaku di Puchong:


Dark deeds
and rainy days.























PUCHONG – Akibat takut diberkas, seorang pelayan pelanggan (GRO) lari dengan hanya memakai seluar dalam, sementara tujuh lagi bergari, ketika penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor menyerbu sebuah pusat karaoke, Bandar Puteri, di sini, pagi semalam.

Bagaimanapun, percubaan wanita itu meloloskan diri gagal kerana diberkas di lorong belakang premis tiga tingkat berkenaan.

Mereka adalah antara 30 wanita dari China, Vietnam, Thailand dan Myanmar yang ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan dengan bekerja sebagai GRO.

Sebelum itu, dalam serbuan kira-kira jam 12.30 malam, pintu depan premis tiga tingkat itu ditutup.

Rupanya, semua wanita warga asing yang berusia antara 20 dan 30 tahun itu melarikan diri melalui pintu belakang.

Beberapa wanita dapat melarikan diri, tetapi ada juga yang gagal.

Sinar Harian yang mengikuti operasi itu mendapati ada GRO yang cedera di belakang badan dan lutut kerana terjatuh ketika melarikan diri.

Dua jam kemudian, tujuh GRO cuba melarikan diri, walaupun tangan sudah digari.

Usaha mereka, bagaimanapun, tidak berjaya kerana hanya sempat lari sejauh 50 meter sebelum diberkas semula.

Timbalan Pengarah Imigresen Selangor, Abdillah Azizudin berkata, Ops Sayang ini dilakukan selepas pihaknya melakukan risikan berdasarkan maklumat yang diperoleh.

“Kami percaya premis itu menawarkan aktiviti tidak bermoral kerana kemudahan itu tersedia dalam premis.

“Wanita itu mengakui bekerja di sini dan kami sedang mengesan pemilik premis,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, semalam.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, enam lelaki warga Bangladesh yang bekerja pelayan tetamu, turut ditahan.

“Kami bawa semua tahanan ini ke ibu pejabat untuk proses dokumentasi,” katanya.
- sinar

23 March 2011

Info Kereta: Kereta Berwarna Pink Adalah Kereta Paling Selamat Di Dunia



 
Tau ke korang pemilihan warna sangat mustahak ketika membeli kereta? Ini kerana ada warna-warna kereta yang sangat diminati pencuri, manakala ada pula warna-warna lain yang jarang-jarang sangat dicuri, kerana warna itu tak disukai atau sangat dibenci pencuri. Oleh itu bila beli korang nak beli kereta atau motor baru maupun yang terpakai, belilah yang warnanya tak diminati pencuri. 
 
Tapi warna apakah itu yang tak diminati, tak disukai dan dibenci pencuri?

Satu kajian di Belanda mendapati, makin popular sesuatu warna kereta makin besar kesempatan kereta itu dicuri. Kajian yang dijalankan oleh University of Tilburg di Belanda mendapati kereta berwarna hitam, biru,  perak dan kelabu paling banyak dibeli di Eropah di mana 86% pembeli memilih warna-warna itu. Dan kerana warna-warna itu sangat diminati pembeli,  dari segi nisbah kecurian, kereta-kereta bewarna itulah yang paling banyak dicuri. 
 
Kereta yang paling kurang dicuri  pula ialah  kereta berwarna hijau, kuning, oren, merah, dan pink yang kebetulan cuma dibeli oleh 14% pembeli.

Mengapa pencuri tak meminati kereta bewarna cerah: hijau, kuning, oren, merah dan pink? Ini kerana warna-warna tersebut tak begitu popular di kalangan pembeli kereta, sedang kebanyakan pencuri mau menjual kereta curian mereka kepada pembeli lain. Apa guna mencuri kereta yang sukar dijual?
 
Dan di antara warna-warna cerah yang tak diminati pencuri itu, pink adalah merupakan warna yang paling selamat kerana hampir tidak ada kes kecurian di Eropah yang melibatkan kereta bewarna pink.

“Pink adalah warna pencegah yang paling sempurna," kata kesimpulan kajian berkenaan.

Oleh itu pesanan JR jika korang nak beli kereta, pastikan beli kereta bewarna pink!!

Nota: JR juga, seperti pencuri-pencuri itu, tak suka kereta warna pink!!

Gempar....Datuk T Sudah Ditemui

Dibujos de letras para colorear: T

Berita yang paling hangat semenjak dua menjak ni ialah berita video sex yang menyerupai seorang pemimpin pembangkang Melayu bersama seorang wanita Cina. Berita hangat kedua ialah seorang individu yang dikenali sebagai Datuk T yang dikatakan kini sedang diburu polis di bawah Akta Penapisan Filem 2002 kerana memiliki dan menayangkan video  sex itu. Dan ramai yang lepas tu bertanya: siapa Datuk T yang kaya raya dan sangat berkuasa itu hingga berani mencabar polis apabila enggan menyerahkan video lucah simpanannya?

Siapa Datuk T?

Dan pagi ini Datuk T ditemui!! Yang paling mengejutkan dia ditemui berhampiran timbunan sampah:

rats-paris
Datuk Tikus

Tapi Datuk T yang ditemui berdekatan dengan timbunan sampah ini, walaupun wajahnya berbeza sedikit dengan Datuk T yang menayangkan video lucah di Hotel Carcosa Sri Negara, tapi kedua-dua individu ini juga mempunyai banyak persamaan:

i)   Datuk Tikus suka makan benda kotor, Datuk T gemar tengok video lucah kotor,
ii)  Datuk Tikus suka bersembunyi di tempat rahsia, gelap dan tersorok, Datuk T juga kini sedang bersembunyi di tempat rahsia kerana dia sedang diburu polis,
iii)  Datuk Tikus diiktiraf oleh saintis sebagai binatang bijak, Datuk T juga manusia bijak kerana dia menayangkan video lucah ini di ketika yang tepat bila pilihanraya Sarawak akan berlangsung, dan
iv)  Datuk Tikus seekor binatang pengecut yang akan lari bila melihat manusia, Datuk T juga pengecut sebab tu dia tidak mendedahkan identitinya yang sebenar sehingga kini.