»

28 February 2011

Kesian...Duit Vs Ulamak, Duit Yang Menang

Semalam JR ada buat entry mengenai pameran hantu di Kuala Terengganu. Kalau nak baca, sila klik di sini...


Hari ni pula JR terbaca jawapan pihak pengerusi Dynasty Event yang menganjurkan pameran itu, Dr Manan Embong yang berkeras mahu meneruskan pameran tersebut walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan telah menfatwakan pameran itu haram kerana ia berbentuk khurafat dan tahyul.

Kata Dr Manan, tujuan pameran itu bukan untuk semata-mata mempamerkan artifak hantu, tapi untuk mendidik masyarakat agar tak tergelincir dari akidah Islam sebenar.


Tengok hantu untuk betulkan akidah...hahahaha...

JR tak faham betul dengan Dr Manan ni, apa guna ada Ph D jika cakap orang yang pakar dalam bidangnya masih mau disanggah?? Majlis Fatwa dah kata haram, jawabnya haramlah..apa nak argue lagi denganj ulamak nih? 

Cuba tanya budak-budak dan bapa budak-budak yang nak pergi pameran hantu tu, mereka nak pergi ke pameran tu untuk perbetulkan akidah ke atau nak tengok hantu? Pasti nak tengok hantu, kan?

Kalau tujuannya nak mendidik masyarakat Islam supaya tak tergelincir dari Islam mengapa Dr Manan tak buat 'pameran kebesaran ilmu al-Quran dan Hadis'? Atau mengapa tak buat 'pameran fesyen berpakaian Islam', kerana ramai sangat yang berpakaian tak mengikut akidah Islam? Atau boleh juga buat 'pameran tata susila bergaul dalam Islam' kerana zaman ini ramai muda mudi Islam yang belum kawin bergaul macam orang dah kawin?

Sebenarnya banyak lagi bentuk pameran  yang boleh dibuat bagi membetulkan kaedah dan bukannya mempamerkan artifak hantu yang akan menyburkan lagi kepercayaan tahyul dan khurafat..

Akhir kata: Ehem...ehem...nak mendidik masyarakat Islam ke atau penganjur takut bila pameran hantu diharamkan duit mereka akan hilang?

Tak Dapat Pegang Lady Gaga, Dapat Minum Susunya Pun Jadilah...

Gilanya Mat Salih ni. Air susu manusia pun dah boleh diperolehi di pasaran! Dan ada pula air susu manusia tu diadun dan diberi nama Baby Gaga untuk dijadikan ais krim...Gila!!

FilePic (Reuters)

Sedapnya makan ais krim susu ibu....

Berita ni JR ambil dari Yahoo News. Sebuah kedai di London menjual ais krim yang mengandungi air susu manusia. Kedai di Covent Garden itu menggunakan susu ibu yang disumbangkan oleh wanita-wanita Inggeris untuk membuat ais krim yang juga dapat mengubati beberapa penyakit

Ais krim bersumberkan susu manusia tu dijual dalam pelbagai perasa pada  harga hampir RM70 sekotak. Ais krim Baby Gaga ini dibuat dari campuran susu wanita, buah vanilli Madagascar dan perasa lemon.

Pihak pengurusan kedai itu kini sedang mencari lebih ramai wanita penderma susu untuk tujuan tersebut dengan upah pada harga RM74 bagi setiap 283 gram yang mereka sumbangkan.


Gila....tak dapat pegang tangan Lady Gaga, dapat makan ais krim Baby Gaga pun jadilah!!

(Sumber: Yahoo News)

Berita Baik: Tarikh Saman Ekor Dilanjut Lepas 28 Februari

Sedang buat apa tu? Sedang pekena roti canai campur teh tarik atau sedang beratur panjang nak bayar saman trafik?

Tadi JR melalui pejabat polis trafik Alor Setar dan melihat orang begitu ramai beratur panjang nak bayar saman trafik kerana hari ni merupakan hari terakhir sebelum nama mereka disenarai hitam. Mujur JR sempat bayar saman pada minggu lepas, jika tak, senasiblah dengan orang-orang yang sedang beratur panjang tu..masak kulit dibakar cahaya matari yang sungguh terik ni...




Tapi bagi korang yang kena saman ekor, jangan terlalu gusar dengan tarikh 28 Februari. Ini kerana Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Tun Hussein baru saja buat kenyataan mereka masih buat rayuan selepas tamat tempoh 28 Februari:

"Hishamuddin menjelaskan orang ramai yang menerima saman ekor ketika kenderaan mereka dipandu individu lain masih boleh mengemukakan rayuan biarpun selepas tamat tempoh ditetapkan (28 Februari 2011). Kalau kereta mereka disaman sewaktu dipinjam orang lain dan mempunyai bukti, rayuan boleh dibuat walaupun selepas 28 Februari (hari ini)." (Sumber: Kosmo)

Tapi ingat...apa yang Pak Menteri tu kata hanya untuk kes saman ekor aje tau...Untuk kes-kes saman lain, jika yang belum bayar, pergilah sekarang juga ke pejabat polis trafik atau pejabat pos terdekat. Selamat membayar!!

27 February 2011

Rekod Pelik Tercipta Di Perlis

JR sangat tak faham mengapa sesetengah orang suka buat rekod gila-gila yang tak membawa manfaat kepada sesiapa selain dari cuma syok-syok sendiri?

k

Hari ni tercipta satu rekod lagi di Perlis. Walaupun rekod tu tak masuk World Guiness of Record, tapi ia tercatat dalam Malaysia Book of Record. Satu rekod pelik yang tercipta di Perlis siang tadi ialah "Kegiatan Menumbuk Sambal Paling Ramai Peserta". Rekod ini tercipta  di kawasan sawah padi di Kampung Banir Tembus, Simpang Empat, Perlis. Turut hadir menumbuk sambal siang tadi ialah Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang, Ketua Pengarah Kebudayaan dan Kesenian Negara, Datuk Norliza Rofli, Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan penyanyi Jamal Abdillah.

JR tak faham mengapa perlu dibuat rekod-rekod sebegini? Adakah dengan mencipta rekod tumbuk sambal itu ramai pelancong berbondong-bondong akan datang ke Perlis yang dapat menjana ekonominya? Atau adakah dengan membuat rekod itu pendapatan rakyat Perlis yang merupakan antara negeri termiskin di Malaysia akan meningkat?

Mengapa tak buat rekod yang lebih manfaat untuk orang Perlis? Misalnya mengapa tak buat rekod "negeri kadar peratusan pembaca buku teramai ", atau "negeri kadar peratusan celik internet teramai" atau "negeri kadar peratusan masuk IPT paling ramai" dan lain-lain rekod yang boleh membantu menaikkan nama Perlis sebagai negeri orang-orang cerdik.

Masih tak faham.....

Ish..Ish..Jabatan Agama Pun Percaya Tahyul dan Khurafat

JR tak heran jika yang tak faham hukum Islam tu ialah orang bukan Islam, kerana mereka sejak dari kecil kurang didedahkan dengan Islam. JR juga tak heran jika yang tak faham Islam tu ialah pemimpin-pemimpin politik, kerana politik kita lebih mementingkan kuasa dan bukannya agama. JR juga tak heran jika yang kurang faham agama tu ialah orang-orang biasa seperti JR yang bukannya dari sekolah agama.
Tapi JR tersangatlah heran jika yang tak faham agama ialah orang Jabatan Agama Islam sendiri yang merupakan tempat umat Islam merujuk hukum hakam agama Islam. Bagaimana pula agensi tempat kita merujuk hukum agama tapi tak faham agama?



JR kata Jabatan Agama Islam tak faham agama lepas membaca berita di bawah:

KUALA LUMPUR – Penganjur satu pameran di Kuala Terengganu yang bakal mengetengahkan artifak mistik seperti anak kerak, jenglot dan jin diminta membatalkan sahaja program itu memandangkan ia ditegah dalam Islam.

Setiausaha Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, jawatankuasa itu sudah membuat ketetapan bahawa pameran seperti itu adalah haram sejak tahun 2007 lagi.

“Jawatankuasa Fatwa membuat ketetapan itu atas kepentingan tidak mahu lagi melihat umat Islam di negara ini terus disogok dengan perkara-perkara tahyul serta khurafat yang tidak mendatangkan faedah,’’ katanya ketika dihubungi di sini semalam.
\
Pameran dikendalikan Dynasty Event Sdn. Bhd. itu turut mendapat kerjasama agensi kerajaan seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Jabatan Kebudayaan Terengganu, Majlis Penggalakan Pelancongan dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
(Sumber: Metro)

Sudah 4 tahun (sejak 2007) Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa bahawa pameran berunsur mistik  adalah haram, Selalunya bila ada fatwa-fatwa sebegini ia akan dihantar kepada semua Jabatan Agama setiap negeri untuk tindakan. Anehnya mengapa Jabatan Agama Islam Terengganu boleh terlepas pandang dan sebaliknya sanggup pula bekerjasama dengan penganjur pameran mistik itu untuk mengadakan pameran berunsur tahyul dan khurafat? Orang-orang biasa seperti JR pun sangsi dengan pameran-pameran sebegini, tapi bagaimana pula Jabatan Agama pula sanggup bekerjasama menjayakan sesuatu yang bersifat tahyul dan khurafat?

Hmmm...patut la Ayah Pin tokoh mistik, khurafat dan tahyul Terengganu itu sampai kini belum dapat ditangkap.....

26 February 2011

Berita Baik Untuk Pesalah Trafik

Korang yang ada kereta, motorsikal, lori, traktor, bas, kereta perisai dan kereta kebal dah bayar saman trafik ke? TV hari-hari dah peringatkan supaya perlu bayar sebelum 28 Februari jika tidak nahas korang...kena black list: lesen memandu digantung dan cukai jalan tak boleh perbaharui lagi...mampos!!


Sebelum JR sampaikan berita baik ni, semaklah dulu berapa jumlah kompaun yang korang kena, supaya korang bawa duit mencukupi untuk bayar saman di balai polis nanti. Korang boleh semak jumlah kompaun sama ada melaui SMS atau e-mail di sini....

Dan berita baiknya mengenai kompaun trafik ini ialah:

Semua pejabat pos di seluruh negara dibuka esok untuk memudahkan orang ramai menjelaskan bayaran saman trafik mereka pada hujung minggu.

Pengarah Pengurusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Datuk Syed Faisal Albar berkata waktu operasi adalah seperti hari biasa.

"Kami faham ada pelanggan yang sukar menjelaskan bayaran saman mereka pada hari bekerja, justeru kami berusaha membantu dengan membuka pejabat pos terpilih untuk sebarang urusan pada hari Ahad. Kami harap pelanggan akan menggunakan peluang ini untuk menjelaskan bayaran saman mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

(Sumber: Bernama)

OK, sekarang korang yang belum bayar boleh bayar sama ada melalui Polis Trafik atau melaui Pejabat Pos. Semua pejabat Polis Trafik dan Pejabat Pos akan dibuka esok bagi memudahkan rakyat Malaysia yang bermentaliti last minute itu membayar saman mereka.

Mamposss....Insuran Kenderaan Bermotor Naik Lagi!!!

Ini berita yang JR malas nak dengar ni, cekik orang betul!!! Berita buruk di tengahari Sabtu ni ialah: insuran kenderaan bermotor akan meningkat lagi secara berperingkat hingga tahun 2015 dalam usaha kerajaan untuk mengimbangi kerugian yang ditanggung syarikat insurans. Yang tak bestnya bagi JR ialah bila rugi sikit syarikat insuran dah melompat (betul ke rugi atau untung berkurangan?) sedang bila untung berpuluh tahun berlipat kali ganda depa diam saja....CIZZZZ!!

Lepas ni kena naik ramai2 macam ni baru baloi dengan kenaikan insuran...


Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abu Hassan Alshari Yahaya berkata, walaupun terdapat peningkatan selama lima tahun berturut-turut dalam kadar bayaran insuran, namun ia tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah kerana kenaikannya adalah kecil
Kenaikannya kecil dan tak membebankan? Eh, Datuk ni boleh la kata kecil, sebab gaji dan elaunnya berpuluh ribu sebulan dan insuran kereta besarnya BNM yang tanggung, tapi bagi rakyat marhaen macam JR pengalaman membaharui cukai jalan kereta dan motor setiap bulan adalah sangat memeritkan. Bayaran cukai jalan memang rendah tapi insuran naik berkali ganda setiap tahun!! Patut la ramai petani dan nelayan di kampung tak ada cukai jalan...pegawai-pegawai BNM yang banyak terperap dalam bilik air-con  tu  tau ke hal ni??

Ayat Datuk ni samalah seperti ayat menteri-menteri kita bila mengulas kenaikan harga ikan, susu, gula, ayam dan sebagainya: ia tak membebankan rakyat! Tak membebankan...cizzzzz!!

Kini pun kita terpaksa membayar satu kali ganda atau lebih peningkatan insurans dari 2 tahun sebelumnya. Sebelum ini insuran pihak ketiga dengan kadar RM100 lebih  meningkat kepada RM300 lebih, ni nak naik lagi?  Sekarang kenderaan berumur tak dilayan oleh sesetengah syarikat insurans atau kalau dilayan pun mereka akan tambah caj itu ini yang tak masuk akal. Bila ditanya apa caj macam-macam yang tak pernah kita dengar tu, wakil insuran biasanya cuma geleng kepala, "Nak explain pun payah...takut encik tak paham", kata mereka. Eh, ingat aku benak sangat ke sampai tak paham...matematik tak pernah gagal dari sekolah rendah sampai universiti tau, bisik hati..

Untuk menyedapkan hati rakyat, Datuk Abu Hassan  berkata, anggaran awal kenaikan bagi insurans pihak ketiga motosikal 100cc ke bawah adalah antara RM1 hingga RM3.50 setahun saja manakala insurans pihak pertama antara RM1 hingga RM2 setahun. Kereta persendirian 1,400cc ke bawah, insuran pihak ketiga hanya meningkat antara RM6 hingga RM34 manakala insurans pihak pertama antara RM7 hingga RM19.

Boleh  percaya ke dengan angka yang disebutkan, kenaikan yang tak sampai RM10 tu, konon-kononnya? Dari pengalaman lalu ia akan naik melebihi apa yang dicatatkan, begitulah selalunya. Sebab tu lah Datuk tu sebut sebagai anggaran awal, sebab bila jadi 'anggaran akhir' mungkin yang RM2 jadi RM200, yang RM34 jadi RM340, tapi biasalah Datuk kan: naik, naik, naik, naik, naik dan naik!!

Dah la kena bayar saman trafik ribu-ribu (bukan JR, tapi kawan JR), hmmm...ni nak naik kadar insuran motor pula, mampossssss!!

Jom Pergi Kerja Berbogel Pada Setiap Isnin

Apa pandangan korang jika boss korang arahkan semua staf pergi kerja dalam keadaan berbogel? Semua staff  termasuk boss berbogel ketika kerja? Atau jika korang masih studi, semua student, pensyarah dan kakitangan akademik termasuk VC diarahkan datang ke universiti dan kolej dengan bertelanjang bulat? Alasan seorang boss meminta semua staffnya datang bekerja dengan berbogel ialah kononnya dengan datang bekerja sambil berbogel dapat meningkatkan produktiviti, meningkatkan ghairah kerja dan meningkatkan motivasi!!

Kejadian ini berlaku di sebuah pejabat pemasaran di Newcastle, England. Setiap hari Jumaat pengurus syarikat, Sam Jackson, 23 tahun dan pekerja-pekerja pejabatnya perlu datang bekerja  dengan berbogel. Bayangkan mereka bekerja beramai-ramai sambil berbogel dalam sebuah pejabat. Saling tengok-tengok, renung-renung, kerana itulah cara terbaik kononnya untuk meningkatkan produktiviti, meningkatkan ghairah kerja, meningkatkan motivasi, meningkatkan.....



 

















Pekerja-pekerja di Newcastle, England itu begitu yakin bekerja dalam keadaan bogel dapat menambah semangat dan menaikkan produktiviti kerja. Mereka menganggap mengenakan pakaian menghalang kemajuan prestasi kerja. Dengan cara ini, kata bos pejabat itu, hasil jualan mereka telah meningkat mendadak kerana  bekerja sambil menjeling "anu" masing-masing itu telah menyebabkan mereka bekerja dengan begitu ghairah dan bersemangat. Menurutnya, inovasi dan motivasi pekerja sangat penting ketika krisis ekonomi sedang melanda dunia seperti sekarang

 

"Sekarang kita boleh saling lihat satu sama lain dalam keadaan telanjang, tidak ada penghalang lagi," kata pengurus syarikat itu, Sam Jackson.

"Jika kami nak pakai pakaian waktu masuk pejabat, atau pakai pakaian dalam saja di pejabat sebenarnya, tidak ada apa-apa. Tetapi ternyata kami senang dengan keadaan (telanjang bulat)  seperti ini. Bagi saya badan saya dan perasaan saya tidak malu kerana berbogel. Pada awalnya bekerja sambil telanjang memang terasa aneh dan janggal, tetapi setelah itu kami menjadi biasa. Saya sendiri  berjalan telanjang menuju meja kerja saya, dan kini tidak masalah malu lagi. Saya merasa benar-benar selesa."

"Dengan tradisi baru ini, kami temui bahwa kami menjadi lebih bebas dan terbuka antara satu sama lain. Kesan kepada perusahaan menjadi lebih baik."

Idea kerja sambil telanjang ini mendapat sokongan penuh Pengarah Pengurusan syarikat itu, Mike Owen, 40, yang menyatakan dia tak kisah pekerjanya telanjang atau tidak pada setiap Jumaat, kerana yang penting, hasil kerja mereka meningkat.

Bagi korang yang sedang bekerja,  ada tak yang berani untuk mengutarakan idea bekerja sambil telanjang ini kepada boss korang? Tapi jika korang nak implement idea gila babi ni, tolong jangan buat pada hari Jumaat takut nanti ramai yang "uzur" dan tak dapat solat Jumaat!!

Tentu juga ada yang nakal tu akan mengesyorkan datang bekerja sambil berbogel pada hari Ahad (bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu) atau bagi negeri-negeri lain hari Isnin kerana bukankah hari itu orang paling malas nak datang kerja??

(Gubahan cerita asal oleh JR dari sumber The Telegraph, UK)

25 February 2011

Taj Mahal Punya Pasal, Daphne Peluk Islam...


Pengacara cun, Daphne Iking atau nama Islamnya, Dahlia Eleanor Iking mendedahkan  keputusan memeluk Islam dan berkahwin dengan suaminya  Joe (Azmi Abdul Rahman) dibuat pada  Disember lalu ketika melawat Taj Mahal di India. Majlis pernikahan kedua- dua mempelai itu berlangsung pada 8 Januari lalu di kampung halaman Joe di Penampang, Sabah yang turut dihadiri oleh keluarga dan teman rapat mereka. 


 Daphne & suaminya Joe

Kata Daphne ketika berada di Taj Mahal dia kagum melihat keindahan alam serta keunikan seni bina Islam di bangunan Taj Mahal tersebut.

"Dari keajaiban yang berlaku di sana saya dapat rasakan keinginan memeluk agama Islam dari dalam diri dan menjadi isterinya. Dia juga terkejut ketika itu," kata Daphne memberitahu Daily Chili.


 Tengok tu...betapa hebatnya penangan Taj Mahal!. Tengok keindahan Taj Mahal pun sudah terpikat dengan Islam!  Itu belum tengok lagi Masjid Biru di Istanbul yang kaya dengan seni bina Islam dan punya sejarah tersendiri bagaimana kota Kristian bernama Constantinople jatuh ke tangan Islam dan ditukar namanya kepada  Istanbul. Itu juga belum tengok lagi peninggalan tamadun Islam di Cordova, Granada dan kota-kota lain di Sepanyol. Jika Daphne melihat seni tamadun Islam yang sungguh hebat di banyak tempat lagi itu, JR percaya dia pasti semakin terpesona dengan Islam.

Salah satu senibina Islam menarik di Sepanyol

Taj Mahal pula apa yang JR tahu bukanlah lambang keagungan agama Islam. Ia cuma sebuah monumen  simbol cinta Shah Jehan, Maharaja India kepada isterinya Mumtaz Mahal. Selain dari lambang cinta, Taj Mahal juga dikenali sebagai lambang kezaliman Shah Jehan yang telah memaksa ratusan ribu pekerja membina monumen itu selama 17 tahun (1631-1648) sebelum disiapkan. Yang lebih memilukan JR, mengikut sejarah, ketua arkitek dan pembantu-pembantunya yang mereka bentuk Taj Mahal telah dikorek  kedua-dua biji mata mereka bagi memastikan tiada lagi bangunan seindah itu dibina di dunia!!

Wowwww..Dia Dah Dapat RM122,000 Melalui Google Adsense

Korang ada berdaftar dengan Google Adsense tak?  JR? Korang tengoklah sendiri sama ada JR berdaftar dengan Google Adsense ke tidak, hihihihi!!

Tapi yang nak JR kongsikan dalam entry ni bukan mengenai blog selekeh JR yang orang jarang-jarang baca  ni. JR nak ceritakan mengenai seorang guru yang menerusi Google Adsense dalam  blognya, dia dah berjaya mengumpulkan pendapatan sebanyak USD40,000! Guru ni  dah nak pencen pun, ada PhD, pakar program Visual Basic dan mempuyai laman web yang berkedudukan agak teratas di enjin carian Google. 





USD40,000 yang cikgu tu dapat banyak kan? Jika di convert USD40,000 ke RM sudah jadi RM122,000 beb...wowwww!!

Kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai cikgu ni, korang baca sendiri dengan klik kat sini....

Apa Ni..Makhluk Allah Lebih Mulia Dari Rumah Allah??


Arrrg...apa punya manusia ni...demi taksub kepada pemimpin, sanggup mereka memusnahkan masjid? Masjid itu kan rumah Allah, manusia yang menjadi pemimpin tu pula cuma makhluk Allah, mengapa meletakkan  makhluk Allah lebih tinggi dari rumah Allah?

Mengapa JR tiba-tiba naik angin di petang yang damai ini? JR sebenarnya geram membaca berita dari Libya nie:


HANGUS...seorang lelaki di kawasan kenderaan yang musnah terbakar   di Tobruk, Libya.
Libya..apa jenis pemerintah ni..bunuh rakyat sendiri?

BENGHAZI (Libya): Satu unit tentera yang setia kepada Presiden Muammar Gaddafi semalam membedil menara sebuah masjid dengan peluru antipesawat dan senjata automatik selepas penunjuk perasaan antikerajaan enggan meninggalkan kawasan di barat Tripoli itu.
Saksi berkata, ramai penunjuk perasaan yang berkampung di luar dan dalam masjid itu terbunuh dalam serangan di Zawiya, 50 kilometer ke barat Tripoli. Dia bagaimanapun tidak dapat memberi jumlah tepat.
Tentera pro-Gaddafi bertindak ganas ketika pengaruh pemimpin Libya itu semakin terhakis. Zawiya dan beberapa bandar besar Libya yang lain serta bandar berhampiran Tripoli sudah dikuasai pemberontak.
Saksi itu terkejut dengan tindakan tentera yang menyerang orang awam.
Beberapa unit tentera dilapor berpaling tadah dengan menyokong penunjuk perasaan sejak pemberontakan bermula 15 Februari lalu.

Ada laporan menyatakan kira-kira 1,000 orang terbunuh sepanjang pemberontakan itu di seluruh negara sementara kumpulan hak asasi manusia, Human Rights Watch menganggarkan lebih 300 terkorban.














Rakyat Libya di Malaysia juga turut meminta Gaddafi turun takhta

Apa yang berlaku amat teruk. Mereka yang menyerang kami bukan tentera upahan, tetapi anak negara ini sendiri. Mereka membedil menara masjid,” katanya.

(Sumber: Agensi)


JR: Sebelum ini pun sudah terdengar pelbagai perkara yang dilakukan Gadafi Bagi mempertahankan kuasanya, Gaddafi sanggup melakukan apa saja - termasuk memerintahkan tentera menembak mati penentangnya dan yang lebih dahsyat mengebom mereka dengan pesawat pejuang. Bagi tentera yang taat melulu itu nampaknya mereka lebih memuliakan makhluk Allah bernama pemimpin dari rumah Allah bernama masjid!! 

Tau Kah Korang Bau Badan Manusia Lebih Busuk Dari Beruk??


Terkejut juga JR dengan penemuan oleh Renate Smallegange dari Wageningen University, Belanda yang mendapati bau badan dan peluh manusia adalah berpuluh kali ganda lebih busuk dari haiwan!! Oleh itu mulai hari ini korang jangan lagi mengejek mereka yang bermasalah dengan bau badan bahwa bau badannya mirip beruk, kerana takut nanti beruk tersinggung sebab bau badannya tak sebusuk manusia!!
 

Mengikut kajian itu lagi, kerana bau peluh manusia yang paling busuk dan menyengat itulah, manusia menjadi mangsa paling menarik bagi pelbagai jenis nyamuk penyebar parasit. Akibatnya menusia lebih terdedah berbanding binatang untuk terkena penyakit-penyakit bawaan nyamuk seperti malaria dan demam kuning. 

Apa yang menyebabkan peluh manusia lebih busuk berbanding binatang?

Penelitian yang dilakukan oleh Renate Smallegange mendapati komposisi peluh manusia didominasi oleh sebatian volatil seperti karbon dioksida, ammonia, asid laktat dan 7 sebatian karboksilik yang mempunyai bau yang sangat mengancam dan tidak enak.

Smallegange
juga membandingkan komposisi peluh manusia dengan peluh beberapa spesies binatang. Hasilnya membuktikan, jika sama-sama tidak mandi maka bau badan manusia sebenarnya paling busuk berbanding spesies lain dalam keluarga binatang.

Zirafah dan ayam misalnya, keringat yang dikeluarkan dari kulit dan bulunya mempunyai komposisi jauh lebih sederhana kerana hanya terdiri daripada beberapa sebatian karboksilat. Cimpanze dan gorila yang dikatakan paling dekat  dengan spesis manusia, komposisi peluhnya juga lebih nyaman berbanding manusia.

Oleh itu nasihat JR, selepas ni korang jangan lagi suka menyumpah orang-orang yang korang tak berkenan dengan  kata-kata makian seperti: "binatang", kerana  ternyata binatang lebih wangi dari manusia!!

Jangan lupa pakai pewangi lepas ni supaya nyamuk tak tertarik lagi dengan bau busuk badan kita, hihihihi....

Shahir AF8 Sakit Kanser Hati..Doakan Untuknya

Doakan untuk Shahir AF8!! Doakan penyakit kanser hati yang dihadapi oleh penyanyi yang popular dengan lagu "Kebahagiaan Dalam Perpisahan" ini cepat sembuh.


Shahir, bekas juara AF8 disyaki mengalami kanser hati selepas membuat pemeriksaan kesihatan pada tahun lalu. Menurut Shahir, penyakitnya itu dikesan selepas sampel darahnya diuji sebanyak sembilan kali dan salah satu ujian tersebut mendapati bahagian hati Shahir mengalami masalah.

"Ketika itu saya ditahan di wad Hospital Az-Zahra, Bangi selama dua hari akibat tekanan darah rendah. Tak sangka pula selepas membuat ujian, keputusan itu pula yang saya perolehi," kata Shahir kepada mStar

JR memang suka dengan lagu Shahir "Kebahagiaan Dalam Perpisahan" kerana  selain dari sering diputarkan di radio ketika dalam kereta, JR memang kagum dengan vokalnya yang lunak dan gemersik itu.

Jika korang peminat Shahir, doakan untuk dia....

24 February 2011

Mak Oooiii...Mampos, Kena Saman Trafik RM4,240!!!


Bagaimana perasaan korang kalau dah kena saman trafik sampai RM4,240. Banyak tu RM4,240 kan, kalau kira duit Indonesia dah jadi 13 juta Rupiah, dah boleh kawin empat awek Indon!!

Budak kecik ni pun kena saman juga ke?

Tadi JR pergi ke pejabat polis trafik Alor Setar untuk bayar saman kereta dan motor JR. Sebelum tu JR dah semak menerusi internet berapa saman yang tertunggak, tapi JR masih tak puas hati lalu pergi semak sekali lagi di pejabat polis trafik. Setibanya di sana...alamak, ramainya orang!! Kena berbaris panjang, tak la sampai 1 kilometer, tapi 200 meter adalah juga orang berbaris. 

Masa mula-mula sampai JR ingat nak datang esok, tapi Jumaat dan Sabtu pejabat tutup. Yang tinggal cuma Ahad dan Isnin, sedangkan tarikh akhir semua pengguna jalan raya Malaysia kena bayar saman sebelum di blacklist ialah 28 haribulan - hari Isnin. Hari Ahad dan Isnin mesti orang lagi ramai, orang Malaysia kan suka buat kerja last minute? Mau tak mau beratur ajer la...

Di pejabat trafik tu pula ada dua kaunter, mula-mula kena pergi kaunter semakan, lepas tu kaunter bayaran. Nak lepas kaunter semakan ni pun satu jam lebih, dan alhamdulillah, ia sama dengan result dalam SMS: JR cuma kena bayar satu saman saja. JR kan warga Malaysia yang selalu patuh undang-undang...sebab tu kena satu saman  ajer..JR kena saman RM100 kerana langgar lampu isyarat (warga bertanggung jawab ke ni?), dan lepas kira diskaun 50% kena ler bayar RM50.

Kemudian kena pergi beratur di kaunter bayaran pula. Polis ni pun satu, mengapa tak buat satu kaunter saja: semak dan terus bayar? Ini tidak, kaunter semakan satu jam lebih beratur, dan kini ke kaunter bayaran pula!

Dalam berbaris panjang ni, ramailah juga JR dapat kenalan baru, bukan saja Melayu, tapi Cina, India dan Siam. Semua mereka rakyat marhaen seperti JR yang pendapatan tak banyak mana, tapi pakai kereta dan motor dua tiga biji!! Tergelak JR tengok seorang abang di depan yang memegang segumpal surat semakan saman. JR tanya dia, berapa kena? Tapi dia tanya JR balik, "You pula kena berapa saman?"

Eh..eh..orang tanya dia, dia tanya kita balik, "Tak banyak..satu saman saja..RM100.00" jawab JR.

"I pun tak banyak juga" jawab orang itu,"15 saman...RM4,240 saja. Habis gaji aku bulan ni bayar saman saja!!"

Adoi mak...15 saman...RM4,240? Nasib baiklah ada diskaun 50%, orang tu kenalah bayar RM2,120. Dengan duit dua ribu lebih tu dia dah boleh beli macam-macam...henset baru, TV 36" baru atau di musim panas ni beli air-cond baru, tapi dia bayar saman!!

Bagi korang yang ada motor atau kereta yang belum bayar saman, korang boleh semak berapa saman yang korang kena di sini....sebelum nama korang disenarai hitamkan polis dan JPJ!!

23 February 2011

Cepat...Semak Saman Trafik Di Sini Sebelum Korang DiSenarai Hitam!!


Korang ada motor atau kereta? Kalau korang ada motor atau kereta atau ada kedua-duanya, sudah ke korang semak sama ada korang punya kesalahan trafik atau tidak? Tarikh akhir korang patut bayar saman trafik ialah selewat-lewatnya pada 28 Februari 2011, jika lepas tarikh tu tak bayar, nahaslah korang, nama korang akan disenarai hitamkan - tak boleh baharui cukai jalan dan lesen memandu!! Mampos!!
Oleh itu, nasihat JR...cepat-cepatlah korang semak sama ada korang ada kesalahan trafik atau tidak. Lagi pun jika korang bayar sekarang korang akan dapat diskaun 50%. Jika bayar lepas 28 Februari bukan saja tak dapat diskaun tapi kadar kompaun akan dinaikkan. Misalnya  kompaun RM150 dinaikkan kepada RM200 jika tidak dijelaskan dalam tempoh 15 hari dan dinaikkan lagi kepada RM300 jika tidak dijelaskan dalam tempoh 30 hari. Dahsyat hukumannya kan?
Bagaimana nak semak saman polis? Korang boleh semak saman trafik sama ada melalui SMS atau e-mail.
Semak Melalui SMS:

Korang boleh semak saman polis trafik melalui sms dengan cara :
Taip POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728
contoh :  POLIS SAMAN 123456789123 hantar kepada 32728

Atau untuk dapatkan maklumat lebih detail , taip sms :
SAMAN POLIS [no pendaftaran kenderaan] SEMUA , hantar kepada 32728

Semak Melalui E.Mail:

Kalau mahu detail saman dihantar ke alamat email korang, taip
POLIS SAMAN [no pendaftaran kenderaan] [email ] hantar kepada 32728
Contoh : POLIS SAMAN ABC1234 korang@yahoo.com dan hantar ke 32728

Cara nak buat bayaran : 

Ini pun nak JR ceritakan kepada korang ke? OK, kalau nak bayar, korang pergi saja ke bahagian trafik di balai polis terdekat dengan kediaman korang.. Jangan lupa bawa duit lima enam ribu, kerana mana tau korang ada 20 saman!!!

Sapa Nak Kerja Tukang Cuci, Gaji RM6,250 Sebulan

Bagi korang yang sudah bekerja, JR nak tanya sikit: berapa gaji korang sekarang? Gaji...maksudnya gaji pokok, elaun dan ganjaran tak masuk lagi. Sekali lagi soalan: berapa gaji pokok korang sekarang? Jika korang masih belajar, bila keluar kerja nanti berapa gaji yang jadi target korang? Asal jangan cakap gaji antara RM2,000 - RM3,000 sebulan sudah lah, kerana RM2,000 - RM3,000 sebulan ialah gaji penoreh getah Malaysia yang kini sedang menikmati zaman emas kerjaya mereka.

Sebenarnya mengikut satu kajian, ramai pemegang ijazah di negara ini menerima gaji tahunan tidak sampai pun RM30,000 setahun atau RM2,500 sebulan walaupun sudah lebih lima tahun berkhidmat di sesebuah syarikat. Ada ijazah, tapi bila hidup di kota metropolitan yang nak berak pun kena pakai duit ni, seksa tak terkata dengan pendapatan cuma RM2,000 - 3,000 ni.

Bagi korang yang mahu duit lebih kenalah rajin-rajin cari peluang kerja yang lebih lumayan. JR dalam hal ni ada terbaca dalam Telegraph Jobs, jawatan pencuci (cleaner) dengan gaji antara £10,000 - 14,999 setahun. 



Deep Cleaning Extraction System from Rotovac for carpet clenaing
Tukang cuci: kerja senang, upah lumayan!!

£14999 tu bukan satu jumlah yang kecil tau, sebab ia bersamaan RM75,000 setahun atau RM6,250 sebulan. RM6,250 tu cuma gaji pokok  tukang cuci saja, tak masuk elaun dan ganjaran-ganjaran lain lagi. Skop kerja sungguh mudah meliputi  kerja-kerja mencuci, mengilat dan vacuum  lantai. Kelulusan? Kelulusan tak penting, sebab itu ia tak dinyatakan dalam iklan tu. Yang penting rajin bekerja!!

Tapi jika korang berminat nak jadi tukang cuci dengan pendapatan yang menyamai seorang eksekutif kanan di Malaysia tu, korang kenalah berhijrah ke UK (bukan Ukay KL, tapi United Kingdom), sebab kekosongan itu wujud di West Midland, UK!!

Tapi jika korang tak kisah perlu berhijrah ke UK, korang boleh baca iklan kerja tukang cuci tu di sini.....