»

31 January 2011

Terima Kasih Kerana Harga Petrol Naik!!



Mulai tengah malam ni harga petrol RON97 di naikkan 10 sen lagi. Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya). Terima kasih kerajaan kerana menaikkan harga minyak. Seronoknya harga minyak naik kerana lepas ni banyaklah barang akan naik harga lagi, seronoknya bila hidup semakin payah...


RM2.50/Liter!!

Terima kasih kerajaan kerana sejak 4 bulan lepas harga petrol RON97 naik tiap-tiap bulan. Bulan November naik, bulan Disember naik, bulan Januari naik dan kini bulan Februari pun naik lagi. Naik...naik...naik...naik....Sebab itulah harga semua barang semakin naik, naik dan naik....terima kasih kerajaan!!

Baru semalam rakyat sekali lagi bersorak riang selepas calon parti kerajaan diisytiharkan menang di DUN Tenang. Terima kasih kerajaan kerana memberi hadiah kepada rakyat atas kemenangan di Tenang itu dengan menaikkan harga minyak.  Terima kasih Kerajaan!!

Bila pula RON95 nak naik nih? Rakyat sentiasa menunggukan saat manis bila RON95 naik kerana banyak lagi barang yang boleh dinaikkan harganya lepas ni!!!


~ JR

Mesir Kian Gawat..Ada Pelajar Wanita Malaysia Kena Rogol Samseng Arab??

Jika kita tonton TV sejak beberapa hari lepas, pergolakan di Mesir adalah satu daripada berita yang sering tersiar. Rakyat Mesir yang dah tak tahan dengan pemerintahan diktator Presiden Hosni Mubarak dan parti yang memerintah Mesir sejak setengah abad yang lalu, bangun memberontak. Setakat ni sudah lebih 100 orang terbunuh. Banyak negara sudah hantar pesawat dan membuat pelan kecemasan membawa balik rakyat masing-masing pulang ke negara asal.

mesir

Rakyat kita juga ramai di Mesir. Sebahagian besar daripadanya pelajar yang menuntut dalam pelbagai bidang dari keagamaan hingga perubatan di Mesir. Walaupun sudah ramai orang asing meninggalkan Mesir, tapi rakyat kita yang terperangkap di sana belum "diselamatkan" oleh Kerajaan kita. Bantuan kecemasan dari kerajaan Malaysia belum tiba. Perdana Menteri kita yang kini berada di Abu Dhabi (dekat sangat dengan Mesir) bersama isteri hingga kini belum buat  kenyataan untuk membawa pulang rakyat kita yang terperangkap di sana.

Yang lebih menyedihkan ada satu berita bahawa sudah ada pelajar wanita Malaysia yang dirogol oleh samseng-samseng Arab yang cuba mengambil kesempatan dari huru-hara itu. JR mendoakan berita tu tak benar dan cuma khabar angin yang cuba membesar-besarkan berita. Korang boleh baca berita tu di sini.....

JR juga sedih dengan kenyataan salah seorang penuntut Malaysia di sana dalam laman blognya  @DyyaDizarch yang mengatakan masih belum ada sebarang tindakan dari Kerajaan manakala keadaan semakin meruncing dan bekalan api juga telah di putuskan.
Rujuk entry dari @DyyaDizarch dari laman blognya:-
SAYA NURUL NADIA, SALAH SEORANG PELAJAR PERUBATAN DI MESIR, MEMOHON JASA BAIK RAKAN-RAKAN BLOGGERS DAN PEMBACA DI LUAR SANA UNTUK MENYOKONG KAMI MENDAPATKAN PERHATIAN DARIPADA KERAJAAN MALAYSIA TENTANG SERIUSNYA PERGOLAKAN YANG BERLAKU DI MESIR.
PARA PELAJAR DAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERADA DI MESIR KINI BERADA DI DALAM KEADAAN YANG SANGAT BAHAYA. KEPERLUAN MAKANAN SEMAKIN BERKURANGAN, DAN KESELAMATAN MEREKA TERANCAM SETIAP DETIK. PELBAGAI INSIDEN BURUK TELAH BERLAKU. BILA LAGI KITA MAHU BERTINDAK? FIKIRKANLAH PERASAAN AHLI KELUARGA MEREKA. ALL OF US ARE THE ASSETS OF OUR OWN COUNTRY.
SAVE THEM. PRAY FOR THEIR SAFETY. HELP US TO MAKE THE OTHER MALAYSIANS REALIZE THE ACTUAL FACT.TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBANTU.
.

Kepada saudara-saudara Muslimin di Malaysia, JR berharap kita ramai-ramai berdoa agar rakyat kita di sana selamat sejahtera, semoga Allah melindungi mereka. Dan semoga berita ada rakyat kita yang diperkosa di sana tidak benar. 

Doakan juga agar Allah melembutkan hati Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kita untuk membawa keluar rakyat Malaysia dari sana sebelum terlambat, AMIN.......



~ JR

Bila Ke Hospital Jangan Lupa Dongak Siling...Ada Hantu!!!!

Kalau korang kerja kat hospital atau ada rakan atau saudara yang kerja di hospital, cerita ada tempat-tempat tertentu di hospital yang berhantu memang cerita biasa. Hantu-hantu ni bukan saja kelihatan dekat bilik mayat, dekat stor simpan barang, dekat bilik x-ray, malah dalam wad. Serammmm...Hantu-hantu ni pula hadir dalam pelbagai bentuk tapi yang paling popular ialah dalam bentuk pompuan sama ada bersendirian atau dengan anaknya. 

Mengapa hantu-hantu ni suka sangat menyerupai pompuan tak taulah, kalau nak tau korang kena pergi interview hantu-hantu tu sendiri, tanya mereka mengapa mereka kurang minat jadi lelaki atau pondan?


Dan hantu-hantu ni juga boleh berada di setiap sudut hospital: di atas lantai, terapung di udara, malah tersengih di siling hospital!!

Yang nak JR kongsi dalam entry ni kali ni kisah yang entah kerja hantu tulen atau bukan hantu tulen, tapi bagi JR ia tetaplah hantu. Sebelum bercerita lanjut baca berita ni dulu:  

SERDANG - Tidak diketahui apa puncanya, siling lobi utama Hospital Serdang yang berukuran 10 meter tiba-tiba terjatuh dan nyaris menghempap sembilan orang yang berada di situ semalam. Nasib baiklah sembilan orang awam itu sempat mengelak apabila siling tempat mereka berdiri tiba-tiba terjatuh.
(Sumber: Kosmo)

Ada hantu tolak siling sampai jatuh di Hospital Serdang?

Kalau JR tanya korang: mengapa siling Hospital Serdang runtuh semalam, apa pendapat korang? Sebenarnya ni bukan kali pertama siling hospital runtuh kerana sebelum ni  20 keping siling Hospital Sungai Petani juga pernah runtuh. Malah dalam satu kejadian di Hospital Batu Gajah tahun lepas menyebabkan kepala seorang bayi cedera akibat di timpa siling hospital.

Kalau JR katakan siling di hospital-hospital tu runtuh kerana ditolak oleh hantu @ roh-roh jahat korang percaya tak? 

Bagi JR, ni semua memang kerja hantu. Jika sudah banyak berlaku siling runtuh  di beberapa hospital kerja sapa lagi, jika bukan kerja hantu? 

Cuma JR lebih percaya hantu yang menyebabkan siling hospital-hospital tu runtuh merupakan hantu yang hidup, bukan hantu jelmaan manusia yang sudah mati. Hantu-hantu ni berpakaian segak, mungkin ada hubungan dengan tokoh politik, ada kereta mewah, rumah mewah dan isteri gebu berfesyen mewah. Hantu-hantu hidup ni ialah kontraktor-kontraktor yang membina bangunan secara cuai untuk mendapat keuntungan lebih. Jika mereka manusia, mereka akan memastikan kumpulan jurutera dan pekerja yang membina hospital menjalankan kerja berhati-hati dengan mengambilkira keselamatan pengguna. Tapi mereeka adalah satu spesis dengan hantu yang hanya berfikir tentang diri sendiri, keseronokan sendiri, kemewahan sendiri. Biar orang mampus asal aku dapat untung juta-juta!! Hantu betul kontraktor-kontraktor ni!!!!

Lepas ni kalau korang ke hospital, jangan lupa mendongak ke siling, manalah tau kepala korang telah dipilih oleh hantu siling untuk jatuh ke atasnya!!

30 January 2011

Alahai... Suami Erra Fazira Pula Main Kayu Tiga

Cerita artis kawin cerai adalah perkara biasa. Cerita artis kawin 4 kali dan cerai 4 kali pun bukan perkara pelik. Entah mengapa rumah tangga artis selalu berkocak tak tau la. Mungkin sebab mereka selalu menyanyi lagu duka (bagi penyanyi) dan suka berlakon filem sedih (bagi pelakon) maka hidup mereka ditentukan seperti yang selalu mereka nyanyi dan lakonkan: duka dan sedih?
Dan yang terbaru pula kisah Erra Fazira yang konon suaminya sedang bermain kayu tiga dengan pompuan lain:
PETALING JAYA: Aktres popular Erra Fazira, 36, enggan melayan sebarang gosip yang mendakwa rumah tangganya sedang bergolak gara-gara suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin kononnya mempunyai hubungan dengan wanita lain.
Menjawab dakwaan terbaru yang kembali diperkatakan, Erra bagaimanapun menyifatkan cerita yang timbul itu sebagai sesuatu yang tidak berasas selagi tidak mempunyai bukti.
Untuk selanjutnya baca berita penuh mengenai pergolakan rumah tangga mereka  di sini....
JR:  Mendoakan yang terbaik untuk semua rumah tangga artis-artis kita.....

N3 Utk 18SX Saja: Kisah Benar Polis Dan Pompuan Bogel


Kalau korang belum baligh, kalau korang belum berumur 18 tahun, jangan baca entry JR ni. Entri ni khas untuk yang berusia 18 tahun ke atas saja. Ini entry 18SX, sapa yang belum cukup umur jangan gatal-gatal nak intai! Kalau korang yang berusia 18 ke bawah cuba baca, jaga-jaga, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara 20 tahun dengan 20 sebatan, faham?

OK...tu semua selingan saja. Yang  sebenarnya nak distorikan dalam entry ni oleh JR ialah mengenai kisah  polis di sebuah negara. Memang polis selalu buat ambush ke tempat-tempat maksiat, atau tempat-tempat lain yang sewaktu dengannya. Selalunya pompuan yang ditahan sama ada mereka pelacur, GRO atau tukang urut diambil keterangan mereka, sebahagiannya dengan berpakaian sungguh sexy. Gambar pompuan-pompuan sexy yang ditahan yang menutup muka selalu tersiar di TV kita, seperti ini:


Tapi polis yang nak diceritakan ni lain sikit. Mengambil keterangan pelacur, GRO dan tukang urut  dalam keadaan mereka berpakain sexy adalah perkara biasa. Tapi dua orang pegawai polis dalam hikayat yang nak diceritakan JR ni mengambil keterangan pompuan yang ditahan mereka dalam keadaan pompuan tu begini:


Polis mengambil keterangan dalam keadaan pompuan tu berbogel tanpa seurat benang? Itulah  sebenarnya. Apa seronoknya mengambil keterangan orang dalam keadaan berbogel tak taulah. Mungkin bagi polis dua orang ni ingat dah kerja korang suka telanjang, suka tunjuk benda-benda dalam baju dalam dan seluar dalam kepada orang lain, apa salahnya kami ambil keterangan korang dalam keadaan telanjang? Korang dah tak tau malu, apa pula nak dimalukan dengan kami?

Berita ni dipetik dari  AP yang melaporkan lima anggota polis diturunkan pangkat selepas didapati merakamkan video dua orang pelacur dalam keadaan telanjang bulat ketika melakukan soal siasat dalam satu operasi membanteras pelacuran. Gambar ini kemudian diedarkan dan tersebar di internet.  


Tapi nasib baiklah berita AP ni tak berlaku di Malaysia, ia berlaku di Vietnam. Jika berlaku di Malaysia bertambah popularlah negara kita yang memang sudah terkenal dengan pelbagai kisah-kisah pelik bin ajaib nie...

Catatan: Foto dengan ihsan dunia caca marba

Dan Esok Tiada Lagi Kokokan Ayam Mengiringi Subuh Sepiku..


Kelepap-kelepap-kelepap
Kuk-kuk-kuk-kuuuuuuuukkk...
Kuk-kuk-kuk-kuuuuuuuukkk...

Itulah muzik yang bergema setiap pagi menjelang subuh dari luar rumah JR. Muzik kokokan ayam menjelang subuh itu telah menjadi alunan yang begitu sinonim dengan kehidupan penghuni rumah kami sejak bertahun lalu.


JR memelihara 20 ekor ayam: 3 merupakan ayam jantan manakala selebihnya ayam betina dan anak-anak ayam. Mujur kawasan rumah agak luas untuk ayam itu bergerak tanpa mengganggu ketenteraman jiran. JR memelihara untuk suka-suka saja dan sangat rapat dengan semua ayam-ayam itu.

Tapi 4 hari lepas seekor ibu ayam mati mengejut diikuti kematian dua ekor anaknya sehari lepas tu. Kemudian bermulalah seperti satu pesta kematian...seekor demi seekor ayam JR mati tanpa apa-apa simptom khusus. Semalam ayam jantan yang paling tua dan paling kuat suara kokokannya mati di pinggir reban di awal pagi. Pagi ini dua lagi ayam jantan mati mengejut.


Adakah kematian itu berlaku kerana kepanasan terlampau di utara sekarang atau ada wabak yang sedang melanda?

Apapun, berikutan kematian ketiga-tiga ekor ayam jantan tu, mulai hari ni tiada lagi suara kokokan ayam yang mengiringi keheningan subuh sepi. Pasti JR akan merindui suara-suara mersik dengan melodi yang menawan itu yang menggerakkan JR dari bangun pada hari-hari sebelumnya....

29 January 2011

Manis dan Ayunya Mak Aku Bila Menutup Aurat...

Jarang-jarang nampak foto wanita ni menutup aurat. Yang selalu terpampang di akhbar dan dalam berita TV dia bertutup kepala, tapi tak menutup aurat. Kepala bertutup separuh tapi nampak jambul bewarna perang terjuntai di dahinya. 

Wanita ni walaupun bukan mak JR, bukan kakak JR dan bukan mak korang, bukan kakak korang, bukan nenek korang, tapi bagi warga Malaysia kita boleh panggil dia ni mak kita. Dia pemimpin wanita kita, macam ibu kita jugalah, dia pemimpin Melayu yang beragama Islam yang patut menunjukkan imej Islam. Dia memang cantik bila menutup aurat, tengok foto ni:

Shahrizat Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tu memang cantik dan bertambah manis lagi ayu bila menutup aurat begini. Foto ini di ambil di Dewan Undangan Negeri Tenang di mana Shahrizat menjadi tetamu kehormat dalam Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Solat Hajat.

Apapun, kepada wanita Muslim janganlah menutup aurat hanya ketika Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan solat Hajat saja. Lepas majlis habis, janganlah  kembali menunjukkan aurat kepada bukan muhrim. Perintah Allah untuk menutup aurat bukan untuk majlis keagamaan saja, ia terpakai setiap masa, selagi hayat dikandung badan...

Tak Lulus Matematik Ke Depa Yang Berniaga Nie??

Susah dah nak dapat harga semurah nie lagi....

Di Alor Setar ni JR dah hafal benar senarai harga beberapa minuman di gerai makanan yang biasa JR dan istri minum. Contohnya teh ais RM1.20 segelas, milo ais RM1.50 segelas. Yang JR jarang-jarang minum seperti jus tembikai, jus belimbing dll tu tak ingat la pula harganya berapa. Tapi ada la juga kedai yang jual teh ais dan milo ais melebihi harga RM1.20 dan RM1.50; terutama yang dijual di restoran mamak. Tapi tak pa lah, faham-faham sajalah mamak yang niaga di restoran perlu bayar sewa restoran dan pekerja yang diimpot dari India, jadi air minuman malah makanannya mahal sikit. Begitu juga jika minum dan makan di restoran Melayu yang ada konsep masakan ala-Thai, harganya mahal sikit. Itu pun tak pa la, faham la dia ada konsep dan ada pekerja yang terdiri dari anak dan mak dara Thai yang manis-manis belaka.

Cuma tadi tu ketika JR pergi minum teh ais kurang manis di satu gerai di pinggir Stadium Darulaman, bila nak bayar JR diberitahu harganya ialah RM1.80 sen, JR terkejut juga. Eh, teh aisnya lebih mahal dari restoran mamak? Ini bukan KL, Penang, Johor Baru atau Ipoh, tapi ini Alor Setar. Di KL, Johor Baru, Ipoh atau Penang kalau harga RM2.00 atau RM2.50 pun tak apa, ia sesuai dengan taraf hidup penduduk kota-kota besar itu. Tapi Alor Setar? Alor Setar ni walaupun namanya Bandaraya (ada orang kata Bendangraya sebab bendang lebih banyak dari bandar) kos sara hidup secara relatifnya amat rendah. Tapi mengapa ada yang jual teh ais dengan harga  RM1.80? 

Kalau restoran mamak atau restoran Melayu yang ada konsep  tertentu tak apa. Tapi ini gerai biasa di pinggir Stadium Darulaman  yang tak ada apa-apa konsep unik, ah...mengarut betul.  Baru 2 minggu lepas JR minum di gerai yang sama, ketika itu harganya masih RM1.20, tapi kini dah naik RM1.80, kenaikan 50% dalam tempoh 2 minggu? 

Nak kata harga gula naik dalam minggu ni, tak juga. Nak kata harga susu naik, memang betul naik, tapi tak la sampai 50%, hanya sekitar 10% saja. Susu naik 10%, air minuman naik 50%, berniaga cap apa ni??

Bila JR tanya mengapa harga teh ais tiba-tiba naik? Pembantu gerai tu cuma senyum sambil mengangkat bahu dan kemudian geleng kepala macam tulang tengkuk nak patah....

Dalam hati JR berkata mungkin peniaga Melayu ni tak lulus matematik peringkat UPSR kot, sebab tu bila harga susu naik 10%, dia naikkan harga teh ais sampai 50%!!

Apa...Tuhan Tinggal Dalam Bilik??

JR ni bukan suka sangat tengok drama Melayu. Ini kerana jalan ceritanya yang lebih kurang sama saja: cerita yang mesti ada watak tokoh korporat ranggi bergelar Datuk, Datin dan Tan Sri. Kemudian ada watak yang baik bukan main macam malaikat dan ada pula watak jahat sejahat-jahatnya macam Abu Jahal. Lalu terjadi perebutan harta, perebutan pemilikan syarikat, perebutan kekasih dan entah apa-apa lagi perebutan... Di akhir cerita si-baik menang dan si-jahat kalah. Lepas tu: SELESAI...

JR selalu berpikir: berapa ramai sangat dalam masyarakat Melayu yang jadi tokoh korporat, ada gelaran Datuk, Datin, Tan Sri ni? Mengapa tak cuba diceritakan sesuatu yang dekat dengan hati majoriti penonton  tanpa watak Datuk, Datin dan Tan Sri yang memualkan tu? 

Oleh itu bila malam tadi JR tertonton drama "Ustaz Amirul" dalam dalam TV, JR cepat jatuh cinta dengan jalan ceritanya yang berlatar belakangkan desa dan tak terlalu berbelit-belit tu.

Drama Ustaz Amirul Slot Zehra TV3 

Tapi yang JR nak sentuh di sini bukanlah kerana jalan cerita "Ustaz Amirul".  Juga bukan tentang watak heronya yang dikatakan kini memang benar-benar sedang mendekatkan dirinya ke dunia ustaz tu. Yang JR nak sentuh di sini ialah mengenai lagu thema drama tu: lagu "Doa". 

Lagu "Doa" yang menjadi lagu thema drama "Ustaz Amirul" ni asalnya dipopularkan oleh Kumpulan Kopratasa pada tahun 1980an dulu  dan kemudian dinyanyikan semula oleh Aishah. Lirik lagunya memang sangat meruntun jiwa:

Tuhanku
Dalam termanggu
Ku sebut namaMu
Biar susah sungguh
Mengingati Kau
Penuh seluruh
 
Tuhanku cahayaMu panas suci
Bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi

Tuhanku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
 
Tuhanku
PintuMu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling

Sebenarnya lirik asal lagu ini diadaptasi oleh Kumpulan Kopratasa berdasarkan bait sajak "Doa" hasil karya penyair terkemuka Indonesia bernama Chairil Anwar. Chairil menghasilkan sajak "Doa"  ni sudah lama...68 tahun dahulu - tahun 1943. Chairil Anwar yag pernah dicop sebagai penyair anarkis dan atheis menulis sajak penuh emosi ini di penghujung usianya ketika dia dikatakan kembali mengkagumi kekuasaan Tuhan yang sebelum ini pernah dipertikaikannya.

Chairil Anwar.....

Lirik lagu ini pada suatu masa pernah dipertikaikan dalam akhbar kerana punya kata-kata yang dilihat menghina Tuhan:

Tuhanku
PintuMu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling

Ada yang berkata: mengapa disebut Tuhanku pintuMu kuketuk....apa Tuhan tinggal dalam  bilik ke sampai pintuNya perlu diketuk?

Sebenarnya bila Chairil menulis Tuhanku pintuMu ku ketuk, ia tak bermaksud Tuhan tinggal dalam rumah atau dalam bilik. Maksud sebenarnya  ialah si-penulis ingin kembali mendekati Tuhan, berada dekat dengan Tuhan, seolah-olah mengetuk kekuasaan dan kebesaran Tuhan yang selama ini dijauhinya...

28 January 2011

Awal Ashaari Tu Gay Ke?

Macam-macam ragam artis masa kini. Yang pompuan ramai yang berpakaian sexy terlampau. Yang lelaki pula ada yang dikatakan mengamalkan gaya hidup yang tak selayaknya untuk mereka  yang mengaku Islam.

Yang lebih teruk ada artis lelaki dikatakan mengamalkan gaya hidup gay. Gay...eh, manusia peninggalan zaman Nabi Lut kembali di zaman nie...


Lelaki gay sebenarnya ada di mana-mana. Jangan heran jika di Malaysia pun ada gay, bukan sorang dua, tapi berlambak-lambak....


Dan tidak ketinggalan ialah golongan selebriti. Selebreti dalam apa-apapun mesti ke depan, lebih advance dari masyarakat biasa, biasalah tu...Salah seorang selebriti yang dikatakan seorang gay ialah seorang pelakon dan pengacara yang sangat terkenal. Dia ialah:


Sori,sori,sori...salah letak gambar la pulak... Itu gambar awek dia. Dia yang dimaksudkan dalam story nie ialah:


Apa, Awal Ashaari seorang gay? Apa, korang percaya ke Awal Ashaari seorang gay? Jangan cepat menghukum, untuk selanjutnya baca di sini...

Tragedi Tepung Bungkus

Alhamdulillah..hari ni JR bangun pagi tanpa rasa pening2 lagi. Overall boleh kata JR dah sihat 90% dari demam. Yang 10% tu ialah batuk-batuk dan kahak-kahak degil yang masih menjadikan kerongkong JR yang seksi ni sebagai lorong untuk bersembunyi...Apapun, terima kasih Tuhan, Alhamdulillah kerana mengembalikan kesihatan hambaMu kembali sihat dan bisa tersenyum seperti biasa...


Lokasi pertama lepas bangun dan membersihkan diri ialah mencari sarapan untuk dimakan. Selama dua hari selera makan sedikit tertutup, pagi ini tiba-tiba rasa lapar. Dan ketika singgah di gerai yang menjual nasi lemak terpandanglah JR kepada kuih ni:












Mak oooiiii...tepung bungkus!! Dah dua hari tekak JR yg payau mendambakan tepung bungkus, tepung bungkus, tepung bungkus...Puas melilau dalam masa 2 hari tu keliling bandar Alor Setar mencari tepung bungkus tapi tak jumpa-jumpa. Yang jumpa ialah tepung talam, lepat liat, lepat pisang yang tak didambakan oleh tekakku. Ketika tu hati tertanya-tanya: di mana kau tepung bungkus??

Tapi  pagi ni terjumpalah juga tepung bungkus, alhamdulillah, langsailah sudah kempunan yang ditanggung sekian lama!! Sedapnya makan dalam keadaan kelaparan ni tak boleh digambarkan dengan kata-kata!!

Bila bercakap tentang tepung bungkus, teringat pada aruah ayah JR yang di saat-saat akhir sebelum kematiannya begitu teringin nak makan tepung bungkus. Ketika itu hari sudah lewat petang, melihat dia yang sudah beberapa hari tak makan, JR bertanya: "Apa ayah nak makan, saya boleh carikan". Tapi ayah menggeleng-gelengkan kepala dengan amat lemah sekali, menandakan selera makannya dah tertutup rapat.

Ketika itu tiba-tiba JR teringat kepada tepung bungkus yang merupakan antara kuih favourite  aruah ayah. "Ayah nak makan tepung bungkus?". 

Dan mendengar saja "tepung bungkus", tiba-tiba wajah ayah kembali bercahaya, "Boleh dapat ke tepung bungkus petang-petang macam ni?". Rupanya mendengar saja tepung bungkus, selera ayah kembali terbuka!!

Lalu JR tergopoh gapah mencapai kunci kereta mengelilingi sekitar kawasan hospital Seberang Jaya tempat ayah dirawat untuk mencari tepung bungkus. Tapi malangnya seluruh kawasan Seberang Jaya di jelajahi tak jumpa juga tepung bungkus. Akhirnya mengikut gerak hati JR pergi ke Permatang Pauh pula dan alhamdulillah terjumpalah juga tepung bungkus di sana. Yang tinggal cuma 6 biji  tepung bungkus dan JR borong semua sekali pada petang tu.

Dan bila tiba semula di hospital, ayah memandang JR dengan penuh pengharapan. "Ada ke?" tanyanya.

'Ada", jawabku sambil membuka bungkusan daun pisang dan menyuapkan tepung bungkus itu ke mulut ayah.

Tapi belum pun habis separuh tepung bungkus memasuki tekak ayah, dia sudah mengangkat tangan menandakan dia sudah kenyang. Puas JR memujuk untuk menghabiskan sebiji tepung bungkus tapi ayah enggan. "Cukuplah" katanya, "Hang ambeklah bakinya,  boleh makan malam ni"

Dan dua hari lepas menjamah tepung bungkus itu ayah memejamkan matanya yang terakhir meninggalkan aku dan sembilan adik beradik kami untuk selamanya...

27 January 2011

Tuhanku, Terima Kasih Kerana Megujiku..


Hari ini hari kedua JR rasa kurang selesa. Tekak masih rasa payau dan kepala kadang-kadang pening manakala selera makan jauh sekali...Hari ni cuma makan sedikit tika tengahari tadi. Pagi dan malam tak terasa nak makan langsung. Tapi walaupun badan masih rasa lemah, anehnya selera untuk berblogging tidak luntur. Buktinya ini dah masuk entry ketiga JR untuk hari ni.


Sebenarnya bila sakit barulah kita sedar betapa besarnya nikmat badan sihat. Kita hanya terbaring dan seperti cemburu pula melihat kanak-kanak berlari ke sana sini. Kita nak makan, tapi sebaik masakan menjejaki mulut rasa macam nak muntah. Kita ingin mandi, tapi tiba-tiba rasa air mandi macam air ais. Kita ingin tidur tapi tak nyenyak sedang ada orang di sisi yang sedapnya tidur sampai berdengkur kecil. Banyak yang diinginkan tapi tak jadi kenyataan kerana sistem badan seperti menolak dan  terkeliru...

Di kala itu baru kita sedar bahawa kesihatan adalah satu anugerah Tuhan yang tak ternilai harganya. 

Ketika itu baru kita sedar bahawa badan yang sihat adalah anugerah Tuhan yang terindah.

Tuhanku, terima kasih kerana mengujiku...Ia menjadikan diri ini lebih dekat denganMu..



~ JR

Ramai Pompuan Sekarang Gila Sex?

Ketika berada di hospital tadi sementara menunggu angka giliran dipanggil, JR membelek-belek akhbar yang dibawa bersama untuk mengurangkan keboringan. Tiba-tiba di muka 46 dan 47 kosmo, mata JR tertarik kepada 2 tajiuk utama akhbar tu. Kebetulan kedua-dua tajuk itu ada kaitan dengan wanita:


Berita 1: "Guru Wanita Ditangkap Lakukan Seks Dengan Pelajar"

Berita ini berlaku di Loveland, Amerika Syarikat. Seorang guru wanita bernama Courtney Bowles, 31 tahun ditangkap pada minggu lepas kerana merogol seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun di sebuah taman. Mereka melakukan kerja itu di dalam sebuah kereta milik Bowles. Sebagai hukuman, Bowles diarahkan mahkamah untuk tidak  menghampiri sesiapa saja yang berusia 18 tahun ke bawah termasuk dua orang anaknya. 


Berita 2: "Suami Dapatkan Perlindungan Polis Kerana Isteri Kuat Seks"

Berita ini berlaku di Berlin, Jerman. Seorang suami terpaksa meminta perlindungan polis kerana tidak tahan dengan isterinya yang selalu meminta mengadakan hubungan sex. Kerana selalu kerap diganggu isterinya si-suami mengadu setiap hari dia tidak dapat pergi bekerja dengan cergas kerana tenaganya banyak habis melayan isterinya. Kerana tidak tahan diganggu si-suami lari tidur di ruang tamu rumah mereka selama 4 tahun, tapi isteri masih mengganggunya.Dan kini si-suami terpaksa melaporkan hal itu kepada polis bagi menghalang isterinya dari terus mengganggunya.

Bila membaca berita-berita itu, seolah-olah menggambarkan memang ramai wanita yang gila sex di dunia ini, hingga  ada guru wanita yang rogol murid lelaki dan ada pula isteri yang "merogol" suaminya. 


Tapi bagi JR berita-berita itu adalah berita-berita terpencil, berita-berita yang sebenarnya jarang-jarang berlaku di dunia ini.  Sebab itu ia dilaporkan dalam akhbar kerana akhbar memang cepat tertarik kepada berita-berita pelik yang jarang berlaku.

Harap-harap perkara-perkara pelik seperti ini tak berlaku di Malaysia. 
Dan harap-harap pelakuan seperti foto di bawah ni juga tak akan berlaku di Malaysia lagi (walau telah berlaku):