»

03 May 2011

Jenazah Osama Seperti Bangkai Anjing..God Damn America!!!

Celaka punya Amerika: Di sini bukan tempat buang mayat orang Islam!!


Sama ada Osama benar-benar mati atau ia cuma sekadar berita palsu bersama foto yang digubah melalui teknik photoshop, ia bukan persoalannya. Persoalannya ialah pengumuman kerajaan Amerika bahawa mayat Osama akan dibuang ke laut. Pengumuman kerajaan Amerika seperti yang dipetik oleh AFP berkata:

"Dalam tempoh singkat ini sukar bagi kami untuk mencari negara yang sanggup menerima jenazahnya (Osama). Oleh itu kami telah membuat keputusan untuk menyemadikannya di laut"

Bagi JR tak kiralah siapa Osama: sama ada dia seorang pejuang Islam atau dia  sekadar seorang pengganas yang anti-keganasan dan kesyaitanan Amerika, biar siapa pun dia, dia tetap seorang saudara Islam kita. Sebagai seorang Islam, mayatnya layak disemadikan secara Islam. Ia adalah sebahagian dari tuntutan fardu kifayah untuk mengebumikan saudara seagama kita mengikut ajaran Islam. Seperti kata ulamak-ulamak tersohor, dari segi hukum adalah haram jika mayat orang Islam yang meninggal dunia di darat tapi dikebumikan di laut:

"Islam melarang pengkebumian di laut kerana ia dianggap menghina jenazah kecuali kematian tersebut berlaku di atas kapal" (Mahmoud Ashour, ulamak Al-Azhar)

"Pengurusan pengkebumian adalah sama seperti menyambut kelahiran. Ia hendaklah dilakukan dengan penuh tersusun dan terhormat sebagai umat Islam. Mereka tidak boleh mencampakkannya (jenazah Osama) ke laut sebagai simbolik upacara pengkebumian memandangkan dia mati di darat" (Datuk Mohd Daud Che Ngah, pendakwah Malaysia).

Nampaknya bagi Amerika mereka boleh buat apa saja kepada orang Islam, sudahlah ketika hidup orang Islam sentiasa dihina Amerika seperti yang berlaku di Palestin, Iraq dan Afghanistan, ketika mati pun orang Islam masih tetap dihina. Apa mereka ingat jenazah orang Islam boleh dicampak sesuka hati seperti mencampak bangkai anjing ke? 

Tapi apa orang Islam boleh buat dalam menghadapi kebiadaban dan kesyaitanan kerajaan Amerika itu? Siapa pemimpin Islam dunia yang berani menentang kebiadaban dan kesyaitanan Amerika? Hanya Ahmadaneejad (Presiden Iran) yang Syiah itu dan Hugo Chavez (Presiden Venuezela) yang Kristian itu sajakah pemimpin dunia yang berani mengkritik kebiadaban dan kesyaitanan kerajaan Amerika?

Mengapa kebanyakan pemimpin Islam takut kepada kerajaan Amerika yang bongkak dan sombong itu? Walaupun terdapat seramai 1.66 bilion orang Islam di planet bumi ini, tapi apa yang dapat kita buat selain dari hanya memerhatikan penghinaan terhadap Islam ini?

God damn America!!!!

3 comments:

  1. Damn...Go to HELL America!!

    ReplyDelete
  2. Mampos Amerika dan anjing-anjing belaannya!!!

    ReplyDelete
  3. Memang bagus anjeng osama di buang ke laut , dia islam nabi babi , dia ingat allah bleh tlg dia ? Allah dah blah ! Allahuakbar

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....