»

31 May 2011

Aksi Panas Shakira dan Bintang Barcelona Di Atas Pentas



JR pasti tak perlu JR perkenalkan korang siapa Shakira, penyanyi berasal dari Colombia yang sangat terkenal dengan imej Latin dan sexy nya itu. Bagi peminat Barcelona yang baru saja meraikan pasukan itu dinobatkan sebagai pemenang Liga Juara-Juara dua hari lepas, mereka juga pasti kenal siapa Gerard Pique.

Malam tadi sempena meraikan kemenangan Barcelona FC itu, penduduk kota Barcelona telah keluar beramai-ramai menyaksikan konsert penyanyi Shakira yang diadakan di bandar itu. Dalam konsert yang diberi nama 'The Sun Comes Out' ini, tiba-tiba bintang Barcelona, Gerard Pique, menyerbu naik ke pentas dengan memeluk serta mengucup penuh bernafsu Shakira. Shakira yang kelihatan ceria di atas pentas membalas kucupan hangat pemain Barca itu.








Tapi tak kisahlah kerana kedua-duanya memang sedang bercinta. Lagi pun mereka bukannya orang Islam yang melarang sentuhan sedemikian selagi belum bergelar suami isteri.

(Foto: celebritygossip.com)

Senarai 10 Artis Wanita Tercantik Siri Drama Korea...Jom Tengok


Korang meminati siri drama Korea? Tau kah korang ada kalangan isteri rela masak lewat gara-gara memberi perhatian berlebihan terhadap drama Korea...aduhaii..

Demam siri drama Korea sedang melanda sejumlah negara di Asia, termasuk Malaysia. Artis-artis Korea kini menjadi sangat terkenal bukan saja di negaranya, tapi di peringkat antarabangsa. Bukan saja setakat mutu lakonan, tetapi mereka juga dikenali kerana kecantikan yang begitu menawan. 

Berikut ialah 10 artis wanita Korea mengikut ranking dari nombor 1 hingga 10:

10. Kim So Yeon

Kim So Yeon yang lahir pada 2 November 1980 ini terkenal setelah membintangi siri drama 'All About Eve' bersama aktor Jang Dong Gun. Dia juga pernah  tampil dalam filem Hong Kong 'Seven Swords' pada tahun 2005.

Walaupun dunia lakonan Korea sentiasa dimeriahi dengan kehadiran ramai pendatang baru, artis ini masih mampu mempertahankan popularitinya sebagai bintang terkenal. 

9. Eugene Kim

Eugene Kim atau nama asalnya Kim Yoo Yin mula menempa nama dalam industri hiburan Korea dengan penampilannya di grup Kpop S.E.S tahun 1997. Eugene Kim kemudiannya mula memberi tumpuan terhadap siri drama TV dan filem mulai tahun 2002 hingga kini. Wanita yang dilahirkan pada 3 Mac 1981 ini dijangka akan menikahi kekasihnya, aktor Ki Tae Young pada 23 Julai ini. Keduanya bertemu ketika shooting drama 'Creating Destiny'. 

8. Han Ga In


Di Korea Selatan, Han Ga In juga dikenali sebagai model dan aktres. Aktres yang nama sebenarnya ialah Kim Hyun Joo ini mula terkenal selepas berlakon dalam  'Sunshine Hunting' pada tahun 2000. Sejak itu wajah cantiknya kerap muncul dalam sejumlah siri drama TV di negaranya.

Artis yang lahir pada 2 Februari 1982 ini juga pernah memperolehi beberapa penghargaan untuk lakonannya. Pada tahun 2003, Han Ga In telah dianugerahkan KBS sebagai bintang baru terbaik Korea. Pada 2005, dia juga meraih penghargaan sebagai aktres terbaik dalam 'Excellence Awards'.

7. Jeon Ji Hyun
 

Wajah cantiknya terlebih dulu menghiasi beberapa majalah di Korea Selatan sebagai model. Kerana kecantikan dan ditunjangi bakat lakonan yang dimilikinya, wanita yang dilahiran pada 30 Oktober 1981 ini mencuba nasib di dunia lakonan. 

Filem yang dibintangi Jeon Ji Hyun 'Il Mare' telah menjadikan wanita ini menerima banyak pujian. Bahkan filem hebat ini telah membuat sutradara Amerika Syarikat menciplaknya untuk dibuat filem dalam versi Amerika dengan jodol 'Lake House' dibintangi Keanu Reeves dan Sandra Bullock.

Selepas itu, Jeon Ji Hyun semakin popular menerusi  drama 'My Sassy Girls' dan lakonannya yang begitu berkesan menyebabkan dia dianugerahkan sebagai Aktres Terbaik dalam Pesta Filem Daejong pada tahun 2002.

6.Lee Da Hae

Lee Da Hae mula terkenal selepas berlakon dalam drama  'My Girl' dan 'Green Rose'. Sebelum terkenal sebagai aktres, wanita yang dilahirkan pada 19 April 1984 ini menghabiskan sebahagian hidupnya di Australia. 

Setelah kembali ke Korea, artis cantik ini mula terjun ke dunia lakonan di negaranya. Dia memulakan lakonannya dalam siri 'Ling Ling'. Dia juga berlakon dalam beberapa siri lagi lepas itu termasuk 'My Girl', 'East of Eden' dan 'Miss Ripley'.

6. Son Ye Jin
 

Son Ye Jin mula terkenal menerusi drama 'Delicious Proposal'. Popularitinya sebagai aktres  Korea mulai diiktiraf sejak dia membintangi siri drama 'Summer Scent'. Siri ini bukan saja mendapat sambutan hangat di negara asalnya saja, tetapi juga di negara Asia lainnya.

Selepas itu, Ye Jin sempat tampil dalam beberapa siri drama lain termasuk  'Secret Garden', iaitu salah satu siri drama yang terlaris di Asia.


4. Kim Hee Sun
 

Kim Hee Sun adalah salah seorang aktres Korea yang paling terkenal bukan saja di negara asalnya tetapi juga di China, Jepun, Hong Kong, Taiwan dan negara-negara  di Asia Tenggara lainnya. 

Sebahagian filem-filem yang dibintanginya telah meraih kejayaan besar, antaranya, 'Ghost In Love', Bichunmoo', dan  'The Myth' di mana dia berlakon bersama Jackie Chan.

Pelakon cantik manis ini telah berkahwin dan mempunyai seorang anak  perempuan.

3. Kim Tae Hae
 

Ramai peminat drama membandingkan artis ini dengan Song Hye Kyo. Kim Tae Hae mula  mencuri perhatian ketika dia tampil dalam siri 'Stairwat to Heaven'. Dia terkenal kerana lakonannya sebagai saudara tiri yang jahat. 

Sejak itu, nama artis yang terkenal dengan penampilannya yang modis dan cantik ini selalu mendapat banyak tawaran untuk membintangi beberapa siri drama dan iklan. Kemampuan lakonan Kim Tae Hae mendapat pujian melakon ketika dia berlakon bersama aktor Lee Byung Hun dalam stri 'Iris' yang berjaya mendapat pujian melangit di Korea. 

2. Lee Hyori
 

Selain terkenal cantik, Lee Hyori juga dikenali kerana penampilannya yang seksi. Walaupun sejumlah bintang-bintang muda terus hadir memeriahkan  dunia hiburan Korea, namun kedudukan Lee Hyori  kian bersinar. Wanita yang dilahirkan pada 10 Mei 1979 ini bukan saja seorang pelakon tetapi penyanyi yang berjaya dengan bayaran termahal di Korea. 

1. Song Hye Kyo
 

Dan inilah dia aktres tercantik di Korea dan dunia!!

Bagi penggemar drama bersiri Korea, nama Song Hye Kyo sudah tak asing lagi. Bekas kekasih Hyun Bin ini bukan saja terkenal sebagai bintang drama dan filem tapi juga iklan. 

Dengan pakej kecantikannya, Song Hye Kyo bukan hanya terkenal di Korea tapi juga seluruh dunia. Jika di Korea Song dikenali sebagai wanita tercantik nombor satu negaranya, di dunia juga dia disenaraikan sebagai antara 20 wanita tercantik dunia. Pada tahun 2010, kecantikan bintang siri 'Full House' ini diakui dunia sehingga dinobatkan sebagai wanita ke-18 tercantik di dunia  mengalahkan aktres Hollywood seperti Scarlett Johansson, Megan Fox dan Jessica Alba.

(Sumber: Ikadanews)

Helen Mirren: Wooww...Nenek Paling Seksi Di Planet Bumi




Helen Mirren Wants Security With Growing Age


























 Helen Mirren...pemuda 25 tahun pun pasti terliur melihatnya...

Berapa usia nenek korang? Biasanya selepas usia 55 tahun, wajah wanita Melayu akan semakin kelihatan di mamah usia. Bila usia lebih 60, kedut mula menempel diri. Usia 65...alamak, makin nampak lesu...

Tapi sebenarnya usia lanjut tak bererti seseorang itu tak boleh tampil dengan wajah menarik. Ia bergantung pada diri sendiri, senaman dan pemakanan yang teratur. Buktinya, aktres Helen Mirren, yang sekarang sudah berusia 65 tahun, baru saja dinobatkan sebagai Wanita Terseksi Di Dunia.

Dalam satu tinjauan yang dibuat oleh isme.com, wanita cantik ini menduduki kedudukan teratas dalam kategori 'Wanita Terseksi Di Usia 50 Tahun Ke Atas'. Mirren bersaing sengit dengan model Twiggy (61 tahun), yang berada di tangga kedua. Kedua bintang ini diikuti oleh  Joanna Lumley di tempat ketiga. Si seksi Kim Cattrall (54 tahun) pula menutup senarai 5 nenek tercantik dalam undian  yang diadakan itu.
 
Helen Mirren 3
              Helen Mirren...di manapun dia berada, ada lelaki yang cuba mengoratnya

Beberapa bintang lain yang juga berada di kalangan 20 wanita terseksi dunia pada usia melebihi 50 tahun adalah Michelle Pfeiffer, Emma Thompson, dan Lorraine Kelly. 

"Berusia 50 tahun tak berarti kita tak lagi boleh mengikuti fesyen terkini dan dilihat seksi," ujar Sara Prowse, direktor isme.com
Apapun bagi kita penganut Islam, bukan saja wajah dan kesihatan diri yang perlu dijaga, tapi juga keimanan  perlu dipertingkatkan seiring dengan peningkatan usia...

(Sumber: topnews)

Inilah Golongan Manusia Yang Paling Suka Digigit Nyamuk


female mosquito


Salam pagi Selasa untuk semua pembaca blog JR,

Pagi tadi isteri JR merungut lagi, "Banyaknya nyamuk malam tadi, nak tidur pun susah". Sebenarnya isteri JR sering merungut nyamuk suka menggigitnya. JR pun heran mengapa nyamuk suka mengoratnya, tapi tak suka mendampingi JR? Biasanya bila dia merungut, jawapan standard JR ialah,"Rumah kita cuma ada nyamuk jantan, nyamuk jantan mana nak buat love bite kepada orang lelaki, dia akan cari orang perempuan".

Tapi mengapa nyamuk menyukai sesetengah orang, tapi tidak menyukai orang lain? Sebenarnya nyamuk paling aktif di musim panas. Satu lagi fakta yang korang perlu  tahu ialah hanya nyamuk betina saja yang menggigit manusia, nyamuk jantan tak menggigit manusia. Jadi yang selalu membuat love bite di tubuh isteri JR ialah nyamuk betina...nyamuk lesbian!!

Tapi mengapa nyamuk betina saja yang menggigit manusia? Ini kerana nyamuk betina memerlukan asid amino dari darah manusia untuk kegunaan sel telurnya. Asid amino yang diperlukan nyamuk ini dipanggil isoleusin. Jika nyamuk betina dapat memperoleh jumlah isoleusin yang banyak, ia boleh  menyimpan hingga 100 telur. Tapi jika tidak, mungkin ia hanya mampu menyimpan 10 telur sahaja.

Tapi nyamuk tidak menggigit manusia sebarangan. Ada manusia (seperti isteri JR) yang nyamuk suka buat love bite, tapi ada manusia (seperti JR) yang nyamuk  jarang-jarang mendekatinya. Manusia-manusia yang nyamuk paling suka mengorat ialah:

1. Memiliki kolesterol dan steroid tinggi

Orang yang memiliki kadar kolesterol dan steroid tinggi di kulitnya lebih mudah digigit nyamuk kerana sifat nyamuk yang suka mengikuti seseorang yang menghasilkan banyak kolesterol di kulitnya.

2. Memiliki kadar asid urik yang tinggi

Bau yang begitu kuat dari asid urik akan menyebabkan nyamuk mengikuti arah bau tersebut dan menggigitnya.

3. Tubuh yang banyak mengeluarkan karbon dioksida

Nyamuk sangat tertarik dengan karbon dioksida yang dikeluarkan oleh tubuh, sebab itu mereka yang mempunyai kadar karbon dioksida yang tinggi dalam tubuhnya lebih kerap digigit nyamuk.

4. Ibu mengandung

Nafas yang dikeluarkan oleh ibu hamil biasanya mengeluarkan  karbon dioksida yang lebih tinggi sehingga mereka mempunyai kemungkinan yang lebih besar untuk digigit nyamuk.

5. Manusia dengan golongan darah tertentu

Jenis golongan darah yang berbeza akan mengeluarkan bau yang berbeza pula sehingga ada yang menarik dan ada juga yang tidak menarik perhatian  nyamuk. Misalnya golongan darah O memiliki bau yang paling diminati nyamuk kerana kadar cairannya yang tinggi menyebabkan nyamuk lebih peka menghidu baunya.

6. Manusia  berkulit lembut

Mereka yang mempunyai kulit lembut lebih diminati nyamuk kerana taringnya lebih mudah untuk menembusi ke dalam daging manusia berkenaan untuk menyedut darahnya.

7. Memiliki kadar kehangatan yang tinggi

Nyamuk menyukai haba panas, oleh itu manusia yang badannya mengeluarkan haba yang panas lebih diminati nyamuk (sebab itu kot nyamuk tak suka JR, kerana JR adalah jenis manusia yang always cool..)


8Pakaian hitam

Nyamuk sangat suka kepada warna hitam berbanding warna cerah. Kerana itu juga nyamuk aktif di waktu malam dengan warna alam yang hitam pekat itu.

(sumber info: apakabardunia.com)

30 May 2011

Video Panas Shah Jazsle dan Prema Yin: Salah Siapa?

video premayin shah jaszle


Heboh macam nak rak dunia hiburan tanah air dua tiga hari ni mengenai video ghairah Shah Jaszle dan Prema Yin bertajuk "Marilah" itu. Video tersebut sebenarnya adalah sebagai musik rasmi untuk lagu "Marilah" (dalam versi Inggeris bertajuk Addicted) nyanyian Prema Yin..  

JR lihat ramai sekali dalam blog mereka kelihatan marah mengapa video sepanas itu membabitkan orang Islam apabila pengarahnya (Gambit Saifullah dan Umair Mohamed) ialah orang Islam dan pelakon lelakinya (Shah Jaszle) juga Islam. Cuma pelakon wanita (Prema Yin) yang dalam video itu menari penuh ghairah dan hot itu saja bukan Islam.

Ramai yang kesal mengapa video ghairah Prema Yin & Shah Jaszle ini tersebar begitu cepat dalam Youtube. Ada pula yang berkata Prema Yin gadis Cina + India tu saja nak popularkan dirinya menerusi isu-isu kontroversial sebegini. 

Bagi JR kelucahan dalam industri hiburan kita berkait rapat dengan kehidupan kita di Malaysia yang semakin lucah. Lihatlah TV kita sedikit masa dulu hari-hari siarkan video lucah seseorang yang mirip seorang tokoh politik pembangkang. Yang mengedarkan video lucah mirip pemimpin pembangkang itu pula adalah terdiri daripada trio VVIP yang semuanya ada gelaran Tan Sri dan Datuk. Sekarang ini video lucah yang diedarkan oleh trio VVIP itu telah tersebar di banyak tempat dan polis dikatakan hanya membiarkan saja kelucahan melampau yang meloyakan itu dalam masyarakat kita.
Jadi patutkah kita marah berapi-rapi terhadap artis kita yang berlakon dengan gaya panas dan penerbit video yang menerbitkan video erotik itu? Patutkah? Jika pemimpin-pemimpin politik, VVIP, Tan Sri dan Datuk boleh mengedarkan video lucah tanpa ditahan polis, apa yang boleh kita lakukan untuk menghalang video panas Shah Jazsle dan Prema Yin tersebar?

Bapa borek anak rintik, tokoh politik VVIP bergelar Tan Sri dan Datuk pun boleh melakukan perkara-perkara berunsur lucah, artis kita pun tentu berfikir mereka juga boleh melakukan kesalahan yang sama!! Memang sangat tepat peribahasa Melayu: bapa borek anak rintik, guru kencing berlari anak kencing berdiri...

Nota: JR minta maaf kerana tak mahu selitkan video panas tu di sini seperti dalam banyak blog, sapa yang nak menjamu mata layarilah sendiri di Youtube....

Mandi Kolam Renang Boleh Menyebabkan Gigi Rosak dan Rongak

File:Swimming-pool.jpg



Korang suka mandi kolam renang tak? Apa...suka? Kalau suka, JR nak beritau satu berita buruk:  tahukah korang mandi di kolam renang boleh menyebabkan kerosakan gigi yang serius!! Silap perhitungan gigi korang yang putih bersinar boleh bertukar menjadi rongak...hodohnya!!!

Dalam kehidupan hari ini, memang klorin selalu digunakan untuk mematikan berbagai bakteria patogen yang terdapat di dalam air, termasuk kolam renang. Tetapi jika bahan tersebut bercampur dengan bahan organik lain seperti air kencing dan peluh, klorin akan melepaskan produk campuran yang dapat merosakkan mata, kulit dan saluran pernafasan di dalam tubuh.

Penemuan terbaru hasil penelitian Dr Leila Jahangiri dari New York University College of Dentistry's Department of Prosthodontics, mendapati bahwa tahap klorin dan paras pH yang tinggi boleh mempengaruhi terjadinya pengikisan yang cepat terhadap permanen dan enamel (lapisan luar) gigi seseorang.

Dr Leila dalam laporannya berkata dia telah menemui satu kes seorang lelaki berusia 52 tahun yang mengalami masalah gigi yang sangat sensitif, kekuningan gigi dan warnanya yang semakin gelap akibat kehilangan enamel yang sangat cepat selama 5 bulan. Kehilangan enamel gigi memang boleh berlaku akibat beberapa penyakit  seperti bulimia atau asid refluks, namun bagi lelaki tersebut masalahnya adalah hobi renang yang dilakukan pada setiap hari selama 90 minit.

Selain masalah gigi yang sangat sensitif akibat dari hakisan terhadap enamel giginya, lelaki itu juga menghadapi  masalah gangguan kulit. Setelah melakukan beberapa siri pemeriksaan  akhirnya didapati tahap  kandungan klorin di dalam kolam renang yang bercampur dengan peluh dan air kencing telah menjadi punca utama kerosakan gigi lelaki tersebut.

Dr Leila menyatakan penemuan kajiannya itu bukan bermakna seseorang itu tidak boleh berenang lagi di kolam renang. 

"Saya tidak mahu memberi peringatan jangan lagi berenang, tapi langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan termasuk mengawal penggunaan klorin oleh dari pemilik kolam renang agar masyarakat tidak panik dengan hasil kajian ini," kata Dr Leila kepada healthzone.ca.

Dr Leila mengingatkan ibu bapa supaya berwaspada jika anak-anak mereka mengadu tentang kulit panas dan sakit, mata pedih atau giginya terasa sangat bersih dan putih selepas berenang kerana ia menunjukkan hakisan gigi telah bermula.

(Sumber: healthzone.ca)

Tolong Jangan Kawin Dengan Lelaki Melayu!!!

advice.lovedetour.com Divorce: When Are Differences Irreconcilable? Divorce image


Membaca kenyataan ini mengingatkan JR kepada satu episod drama Melayu yang tersiar di TV beberapa tahun dulu. Ia mengisahkan satu perkahwinan campur Melayu dan Cina, di mana keluarga Cina itu menentang keras hasrat anak gadis mereka untuk berkahwin dengan lelaki Melayu yang kata ayahnya, "suka pukul isteri dan tak bertanggung jawab".

Hari ini JR terbaca di akhbar kenyataan Pakar Perunding Psikologi, Keluarga & Guaman Syarie, Puan Suzana Ghazali yang menyatakan bahwa pihak lelaki adalah punca kes perceraian dalam rumah tangga keluarga Islam. Suzana  berkata kenyataannya itu dibuat berdasarkan satu kajian yang dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang mendapati suami adalah punca keretakan rumah tangga keluarga Islam. Katanya lagi sebahagian isteri masa kini juga menganggap kewujudan suami tidak lagi dianggap penting, malah ketiadaan suami di sisi isteri dan anak-anak bukan satu beban, tapi satu RAHMAT.

Kenyataan Suzana ini menyusul dua hari selepas Timbalan Menteri Pembangunan wanita, Heng Sei Kie yang berkata bahwa peratusan pasangan Islam yang bercerai semakin meningkat dalam tempoh dua tahun lepas daripada 22,289 pada 2008 kepada 27,116 pada 2009. Ia berbeza dengan pasangan bukan-Islam yang jumlah perceraian mereka menurun dari 3,633 pada 2008 kepada 2,938 pada 2009.

Jika dilihat dua kenyataan daripada Suzana dan Heng itu, tak salah rasanya jika JR membuat kesimpulan:

i)   Pasangan Melayu/Islam adalah yang paling ramai bercerai berbanding pasangan bukan Melayu/Islam.

ii)  Bilangan pasangan Melayu/Islam yang bercerai semakin hari semakin bertambah ramai, tapi pasangan bukan Melayu/Islam pula semakin lama bilangan perceraian mereka semakin berkurangan.

iii) Suami adalah punca perceraian dalam keluarga Melayu/Islam.

iv) Ramai isteri kalangan Melayu yang menganggap kehadiran suami hanya membebankan mereka dan bukan satu rahmat yang diharap-harapkan.

Patutlah dalam drama Melayu yang JR tonton itu ada dialog dari kaum Cina yang menyatakan bahwa lelaki Melayu tak bertanggung jawab, rupanya apa yang dikatakan dalam dialog itu selari dengan apa yang terbukti dalam statistik yang ditunjukkan. Kalau begitulah yang sebenarnya, kepada gadis-gadis, berhati-hatilah untuk berkahwin dengan lelaki Melayu kerana mereka kelak hanya akan menjadi satu spesis yang membebankan, kurang bertanggung jawab dan jika berkahwin korang mungkin akan menjadi janda dalam usia muda!!

Apapun bagi JR bukan semua lelaki Melayu tak bertanggung jawab, bukan semua lelaki Melayu yang hanya membebankan rumah tangga. JR yakin JR bukan jenis itu, begitu juga Allayarham ayah JR, datuk JR, ayah korang, datuk korang dan ramai lagi lelaki di dunia ini bukan dari spesis yang tak berguna itu. Ramai lelaki Melayu yang baik, tetapi bilangan lelaki Melayu tak baik yang sedikit itu telah menjadi seperti seekor kerbau yang membawa lumpur hingga kerbau-kerbau lain habis terpalit...

Jadi jangan takut untuk berkahwin dengan lelaki Melayu!!!

29 May 2011

Foto Nakal 10 Gadis Terseksi Kekasih Bintang2 Bolasepak Dunia



Awal pagi tadi ramai yang menonton final Piala Juara-Juara. Walaupun pemenangnya sudah diketahui, namun JR nak bawa korang mengintai perangai hodoh bintang-bintang bolasepak dunia yang suka mengorat dan suka menyimpan kekasih gelap. Kekasih gelap bintang-bintang bolasepak ini tersangatlah seksi, malah mata lelaki pasti terseksa melihat aksi mereka yang nampak sangat menggoda itu. 

Mengikut Whoateallthepies, sebuah blog bolasepak antarabangsa, tahap keseksian kekasih-kekasih gelap bintang bolasepak ini boleh disusun mengikut ranking dari nombor 1 hingga 10. Berikut sepuluh wanita terseksi dunia yang menjadi kekasih bintang-bintang bola  itu :
 
10. Abigail Clancy, 24 Tahun

Abigal adalah seorang model  Inggeris. Dia adalah kekasih kepada penyerang Tottenham Hotspur dan England, Peter Crouch.

9. Yolanthe Sneidjer-Cabau, 25 Tahun

 
Cabau adalah merupakan kekasih gelap kepada penyerang Inter Milan, Wesley Sneidjer. Gadis keturunan Sepanyol dan Belanda ini merupakan seorang artis dan pengacara televisyen yang pernah dinobatkan sebagai wanita terseksi Belanda 2006, 2007 dan 2009.

8. Sara Carbonero, 25 Tahun
 
Sara adalah kekasih kepada penjaga gawang Real Madrid, Iker Casillas. Dia merupakan seorang pengacara televisyen dan wartawan sukan Sepanyol.

7. Sylvie Van Der Vaart, 32 Tahun

 
Sylvie adalah kekasih kepada pemain bolasepak Belanda Rafael van der Vaart. Dia merupakan model yang memang berasal dari Belanda dan pernah terpilih sebagai wanita terseksi Belanda 2003. Kini kedua-dua mereka telah berkahwin...

6. Luli Fernandez, 22 Tahun

Sebelum berpacaran dengan penyerang kelab Boca Junior, Pablo Maouche, model yang berasal dari  Argentina ini pernah juga dinobatkan sebagai Wag’s terseksi di dunia. Sebelum menjadi kekasih kepada Maouche,  Luli adalah kekasih gelap kepada pemain Real Madrid, Fernando Ruben Gago yang juga berasal dari Argentina.
.
5. Mellissa Satta, 24 Tahun
 

Gadis ini adalah kekasih kepada pemain Itali dan AC Milan, Christian Bobo Vieri.

4. Irina Shayk, 24 Tahun

 
Irina merupakan kekasih terbaru playboy bolasepak dunia, Cristiano Ronaldo. Model ini berasal dari Rusia dan pernah dirakam dalam foto sedang menikmati hiburan di tengah Laut  Mediterania bersama Ronaldo pada akhir Mei lalu.

3. Alena Seredova, 32 Tahun

 
Model  ini berasal dari Republik Checz dan sudah banyak kali disenaraikan sebagai kekasih terseksi pemain bolasepak dunia. Kini Seredova adalah isteri kepada  Gianluigi Buffon, seorang  pemain bolasepak Itali dan Juventus. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Louis Thomas Buffon.

2. Sarah Brandner, 20 Tahun

 
Sarah seorang model yang tinggal di dua bandar, Milan dan New York. Kini Sarah merupakan kekasih gelap kepada pemain  Jerman dan Bayern Munich, Bastian Schweinsteiger. Keayuannya menyebabkan dia pernah menjadi model lukisan untuk majalah olahraga ternama, Sport Illustrated.

1. Zaira Nara, 21 Tahun

 
Wanita terseksi dunia ini bernama Zaira Nara. Dia adalah seorang model yang berasal dari Argentina. Ketika ini Zara sedang menjalin hubungan intim dengan pemain bolasepak Atlitico Madrid yang berasal dari Uruguay, Diego Forlan.

(Sumber info: Whoateallthepies)

Hodohnya Rupa Google, Yahoo dan Facebook Zaman Dulu-Dulu...

Rupa FB ketika mula diperkenalkan

Sejak bila korang berjinak-jinak dengan internet? Mungkin ada yang kata belum 10 tahun, ada pula yang otai pula mungkin berkata mereka dah kenal internet lebih kurang 20 tahun. 

Sekarang kita sudah terbiasa dengan penampilan Google, Yahoo, Microsof, Ebay dan Facebook yang serba canggih. Mungkin ramai yang nak tahu bagaimana rupa Google, Yahoo, Microsof, Ebay dan Facebook di zaman awal penampilannya dulu.


Tentu ada yang nak tergelak melihat penampilan awal laman-laman itu. Tentu ada yang akan berkata: oooo...hodohnya Google, Yahoo dan Facebook ketika itu!! 
 
Bagi yang ingin tahu, inilah rekabentuk penampilan awal laman-laman itu:





Gila Punya Mahkamah...Ayah Ada Hak Untuk Merompak?

GEMBIRA...Bishop bersama kelima-lima anaknya.

Bishop..ayah penyayang yang terpaksa menjadi perompak


Salam untuk semua pembaca blog JR,

Hari ini tentu ramai yang bangun lewat kerana pagi-pagi buta bersengkang mata melihat pertemuan Piala Juara-Juara, yang berkesudahan seperti diramal Bacelona menumpaskan MU 3-1. Tahniah Barcelona!!

Tapi entry sulung JR pagi ini bukan mengenai bola, bukan juga mengenai sukan. Tapi ia masih mengenai Eropah, mengenai keunikan undang-undang Eropah.Harap undang-undang gila ini tidak diimplementasikan di Malaysia...

Di Nottingham, England, seorang perompak dibebaskan semalam selepas mahkamah mendapati hukuman penjara terhadapnya "melanggar hak asasi keluarganya".
 
Dalam keputusan yang mengejutkan, Mahkamah Rayuan England semalam memutuskan seorang bapa kepada lima anak, Wayne Bishop, 33 tahun, tidak bersalah kerana merompak sebab mengikut Hakim,  hak lima orang anaknya adalah lebih penting daripada hak mereka yang menjadi mangsa rompakannya.

Sebelum ini, Wayne Bishop dari Clifton, Nottingham telah dihukum penjara selama lapan bulan selepas mengaku merompak dan memandu kereta secara berbahaya. Bishop kemudian membuat rayuan di Mahkamah rayuan kerana katanya dia merompak adalah untuk membesarkan anak-anaknya. Bishop adalah seorang bapa tunggal kepada lima anak yang berusia antara 6 hingga 13 tahun. Mengikut Hakim Mahkamah Rayuan hukuman penjara lapan tahun terhadap Bishop adalah tidak adil kerana ia melanggar hak asasi kanak-kanak yang memerlukan seorang bapa, oleh itu Hakim memutuskan Bishop perlu dibebaskan demi kebajikan anak-anaknya.

"Hari ini saya seorang yang bertuah dan saya berasa amat gembira," kata Bishop di luar penjara sambil dikerumuni oleh anak-anak yang ternyata sangat menyayanginya.

Keputusan Mahkamah Nottinham itu pasti sangat menggembirakan perompak-perompak di England yang mempunyai anak. Sekarang mereka bebas merompak atas alasan mereka merompak untuk anak dan keluarga. Rupanya di negara itu hak keluarga perompak adalah lebih penting dari hak keluarga yang menjadi mangsa rompakan.

Kalau undang-undang ini di implementasikan di Malaysia habislah rakyat Malaysia menjadi mangsa rompakan. Sapa yang mahu kaya cepat bolehlah menubuhkan Syarikat Merompak Sdn Bhd kerana kerjaya merompak diiktiraf oleh undang-undang...

28 May 2011

Bye....Cukup Sampai Di Sini Saja....

Bye Bye Pink Butterflies Glitters

Ketika menulis ni JR baru beberapa minit tiba di rumah. Keluar rumah pagi sampai rumah jam 10.30 malam. Menjelajah dari utara Kedah, singgah sekejap di Perlis, merentas hingga selatan Kedah dan kemudian ke Pulau Pinang. Letihnya!! Tapi apa nak buat, banyak tugasan hari ini perlu disempurnakan. Tugasan peribadi, tugasan famili.

Maaf, kerana untuk hari ini, inilah satu-satunya entry JR. Entry tunggal. Dahlah entry tunggal, pendek pula. JR terlalu letih kini, kepala sedikit berdenyut. Mungkin hidung terlalu banyak menyedut aircond dalam kereta. 

Malam ini JR nak tidur awal. Harap malam ini JR dapat mimpi yang indah-indah.

Maaf untuk hari ini, cukup sampai di sini saja. Bye...insyaallah esok kita jumpa lagi...

27 May 2011

Kesiannn...Pelajar Ini Dibuang Sekolah Kerana Bau Badan

[Image: chinese-boy-suspended-from-school-for-bo...60x353.jpg]




 
Korang ada kawan yang mempunyai masalah bau badan? Atau korang sendiri ada masalah bau badan? Huhuhu, malunya...

Tapi kat Malaysia ni banyak deodaran yang dijual di pasaran. Dari deodaran yang branded sampai yang kurang branded. Yang penting, semerbak selalu. Yang penting, rahsia bau badan yang hangit dapat disembunyikan...

Petang ni JR nak bawa korang ke China dan menemui seorang pelajar lelaki bernama Liu Fuyang, berusia 15 tahun. Cerita malang mengenai murid ini ialah dia telah dibuang dari sekolahnya kerana bau badannya. Pihak sekolah telah mengeluarkan surat meminta dia berhenti sekolah kerana bau badannya dikatakan mengganggu persekolahan murid-murid lain di kelasnya.

[Image: chinese-boy-suspended-from-school-for-bo...60x353.jpg]
 Liu menunjukkan surat sekolah yang memintanya berhenti
 
Ayah Liu telah membuat surat rayuan kepada pihak sekolah untuk menerima anaknya semula. Sebaliknya pihak sekolah berkeras dan meminta Liu menandatangani surat untuk bersetuju berhenti dari sekolah berkenaan.

[Image: chinese-boy-suspended-from-school-for-bo...60x353.jpg]
Sedih...Liu dan ayahnya

Akhir Liu menulis surat kepada pihak sekolah menyatakan persetujuannya untuk berhenti sekolah. Dalam suratnya itu Liu juga memohon maaf kepada pihak sekolah kerana bau badannya itu mengganggu mereka: "Saya telah menganiaya ramai orang dan jika saya terus bersekolah, saya akan menyakiti lebih ramai orang lagi " kata Liu dalam suratnya.

Kesian Liu kan? Kalau JR jadi Pengetua sekolah itu JR akan hadiahkan satu set pewangi badan kepada Liu bagi menangani masalahnya. JR tak akan biarkan hanya kerana masalah bau badan seseorang itu keciciran ilmu yang penting untuk masa depannya...

(Sumber info: menujuhijau)

Anjing Yang Haram Itu Pun Lebih Baik Dari Manusia

A boy and his dog Photo - Havana, Cuba

                             Kanak-kanak & anjing....gambar hiasan..


Zaman di mana dunia penuh dengan manusia kejam ini, kanak-kanak sering menjadi mangsa. Bila selak saja akhbar, JR selalu ternampak berita kekejaman terhadap kanak-kanak. Ada yang didera, disiksa, diperkosa, malah dibunuh. Yang melakukan kekejaman itu bukannya jin, hantu raya atau pelesit, tapi manusia. Yang melakukannya ialah manusia yang selalu digelar sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

Tapi hari ini JR terbaca mengenai satu kisah tentang seekor anjing yang cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak 3 tahun dari mati lemas. Tapi malangnya kanak-kanak itu gagal diselamatkan oleh anjing itu. Mungkin kerana anjing itu tak tahu teknik CPR (bantuan pernafasan mulut ke mulut)...

Kejadian itu berlaku di Kota Kinabalu, di mana polis mengesahkan bahwa  berdasarkan laporan perubatan, Mohd Raqib Mohd Rasili 3 tahun yang terjatuh ke dalam sebuah parit sebenarnya cuba diselamatkan oleh anjing bapa saudaranya dan bukannya digigit oleh binatang itu seperti laporan sebelumnya.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Suhaimi Hasim berkata, laporan perubatan dan bedah siasat dari Hospital Ranau mengesahkan mangsa mati akibat lemas, bukan meninggal kerana digigit anjing. Mohd Raqib yang menghidap asma, mengalami kesukaran bernafas sebaik terperangkap di parit itu, menyebabkan kerosakan di otaknya kerana terputus bekalan oksigen.

“Berdasarkan kesan dan corak gigitan di tubuhnya, menunjukkan mangsa cuba diselamatkan anjing berkenaan selepas terjatuh ke dalam parit, bukan dibaham,” kata DSP Suhaimi.

Anjing adalah binatang yang diketahui sangat taat kepada tuannya. Itu barangkali yang berlaku apabila kanak-kanak itu terjatuh ke dalam parit, anjing kepunyaan bapa saudaranya cuba menyelamatkan Mohd Raqib. Malangnya percubaan anjing itu gagal kerana air sudah terlalu banyak memasuki paru-paru Mohd Aqib dan dia gagal diselamatkan oleh anjing itu. Lagi pun anjing bukan tahu teknik CPR.

Jika anjing itu diajar oleh tuannya teknik CPR, JR percaya dia akan menggunakan teknik itu untuk menyelamatkan Mohd Aqib.

Walaupun mengikut mazhab Shafie anjing haram disentuh, tapi anjing yang haram disentuh itu nampaknya lebih baik dari manusia yang halal disentuh tapi  menggunakan haknya yang halal menyentuh itu untuk menyentuh benda-benda sulit orang lain dan seterusnya membunuh mereka.

Nota: Mengikut mazhab Maliki, anjing boleh disentuh dan dipelihara oleh manusia.

26 May 2011

Resipi Rahsia Coca-Cola Ialah AIR LUDAH!!!



JR memang sejak dulu tak suka Coca-Cola. Rasanya yang terlalu manis selalu membuat tekak JR sepertI sedang berada dalam kilang gula.

Tapi ada satu lagi berita yang sungguh menjijikkan mengenai Coca-Cola!! Jika dakwaan pekerja Coca-Cola ini benar, memang peminum tegarnya boleh muntah hijau...uwekkkk...

 
Kabar buruk yang pasti akan dinafikan oleh pengeluar Coca-Cola seperti yang disiarkan oleh Weekly World News (WWN) ialah apabila seorang pekerjanya telah membocorkan rahsia bahawa Coca-Cola mempunyai bahan daripada air ludah manusia! Dan air ludah itulah yang menyebabkan minuman itu membangkitkan satu rasa unik di samping buih yang begitu tersusun dan menarik.

Meskipun telah bartahun-tahun lamanya ramai orang berteka teki tentang satu bahan rahsia di dalam minuman tersebut, namun hanya sedikit orang yang mengira bahannya adalah air ludah manusia. Pekerja itu yang bekerja selama 20 tahun dengan Coca-Cola kini telah berhenti dari syarikat minuman tersebut selepas mengetahui rahsianya. Dia menyatakan syarikat minuman itu mengimport air ludah dari Peru kerana rakyat Peru memiliki air ludah yang rasanya berbeza dari air ludah penduduk negara-negara lain.

Mengikut berita dari WWN, seorang antropologis menyatakan bahwa penduduk Peru telah berabad-abad  menggunakan air ludah sebagai bahan untuk diet. "Mereka menyebut air ludah sebagai Mazato" kata anntropologis tersebut.
 
                       Ludah, jangan tak ludah...
 
 
"Air ludah tersebut dimasukkan ke dalam sebuah tong yang sangat besar" kata bekas pekerja Coca-Cola tersebut. Menurutnya bagi membangkitkan rasa enak Coca-Cola, air ludah yang itu dicampur dengan bahan-bahan  seperti air karbonit, pewarna makanan dan sedikit sirup jagung.

Sejak awal lagi, Coca-Cola telah benar-benar  menjaga rahsia minuman itu dari pengetahuan umum. Bahkan resepi rahsia buatan Jhon Pemberton pada tahun 1886 itu terkunci rapat dalam sebuah almari besi yang dijaga ketat di ibu pejabatnya di Atlanta, Georgia, di mana  bahan rahsia air ludah  ini ditandakan sebagai “bahan buatan dan semulajadi" (natural and artificial flavors). Memang air liur adalah bahan "semulajadi" yang keluar dari mulut manusia, kan?

Seperti kata Diana Rienhart, seorang peguam dan peminum tegar Coca-Cola dari Atlanta, Amerika Syarikat, "Saya tak kira sebagus manapun Coca-Cola, yang pasti saya tak akan meminumnya lagi selepas mengetahui berita itu"
 
Bagaimana dengan korang, esok nak minum lagi bahan dari air ludah itu?
 
(Sumber :weeklyworldnews)


Aneh...Perempuan Kahwin Perempuan & Dapat Anak Perempuan


                      Perempuan kahwin perempuan..gambar hiasan


Salam buat semua pembaca blog JR.

Tengahari yang panasnya lebih 32 darjah celcius ini, JR nak bawa korang ke dunia panas  lesbian: kisah perempuan kahwin perempuan. Bukan nak minta korang yang pompuan tu buat kerja tak senonoh, tapi melihat keanehan hidup manusia di dunia akhir zaman ini..

Di zaman dunia akhir zaman ini, fenomena perkahwinan sesama jenis perempuan kahwin perempuan atau lelaki kahwin lelaki  sudah jadi perkara biasa, terutama  di Barat. Malah ada negara yang menghalalkan perkahwinan sesama jenis. Biasanya bila kahwin sesama jenis ini mereka tak akan memperolehi anak. Macam mana nak dapat anak kan, jika positif + positif atau negatif + negatif, tentulah hasilnya nil...

Namun berbeza dengan satu kes di Kota Tasikmalaya, Jawa, Indonesia: seorang wanita bernama Iyang  yang berkahwin  dengan seorang wanita lain bernama Risye  tapi kini kedua pasangan itu  telah dikurnia seorang anak perempuan. Dan anak yang ada itu bukan anak angkat atau anak kepada lelaki lain, tapi memang anak kepada perempuan itu. Aneh kan?

Ia mengenai kisah seorang wanita bernama Iyang yang berusia 33 tahun yang kini mahu dirinya dikenali sebagai lelaki...

Kata Iyang, ketika lahir dia mempunyai alat kelamin perempuan dan oleh itu dia diberi nama oleh orang tuanya Iyang. Namun perubahan mula terjadi ketika Iyang  menginjak usia 18 tahun.

"Ketika itu saya jatuh sakit yang agak teruk hingga beberapa bulan tak boleh bangun. Setelah sembuh, secara tiba-tiba terjadi peristiwa aneh: tumbuh  alat kelamin lelaki pada alat kelamin perempuan saya," ujar Yayan.

Sejak itu Iyang pun menukar namanya menjadi Yayan Syahdan, nama lelaki. Dia kini bertugas sebagai buruh satu kilang  kayu di kampungnya. Yayan kini memiliki dua alat kelamin: perempuan dan lelaki. Kelainan alat kelamin yang dimiliki Yayan tersebut sudah dimaklumkan kepada Risye sebelum mengahwininya dan juga pihak keluarga Yayan dan Risye.

Malah semua jiran Yayan pun sudah menerima  Yayan sebagai lelaki tulen termasuk mengerjakan solat jemaah di saf lelaki dan bersolat Jumaat.

Isterinya Risye juga mengaku sejak berpacaran lagi sudah mengetahui kelainan yang dimiliki suaminya. Namun kerana merasa Yayan adalah leleki tulen, Risye ikhlas menerima lamaran Yayan hingga akhirnya kini dia berjaya melahirkan bayi perempuan yang berusia 1 tahun.

”Saya ikhlas menikahi Abang Yayan walaupun sebahagian alat kelaminnya sama dengan saya (perempuan), tapi saya sudah menerimanya. Mungkin ini semua takdir dari Allah SWT,” kata Risye kepada wartawan yang menemu bualnya.

Maha Kuasa Allah yang mencipta manusia dengan pelbagai keanehan dan keistimewaan...

(Digarap JR dari sumber info: .inilahjabar.com/)

Untungnya Kawin Dengan Mereka..Tak Perlu Beli Seluar Dalam & Coli

 

Salam untuk semua pembaca blog JR,

Pagi hening ini JR nak bawa korang ke alam rumah tangga sekejap dan kemudian berpusing pula ke Jalan Pudu, KL.

Mula-mula cerita rumahtangga: Bagi lelaki yang dah kawin JR nak tanya korang: berapa kerap korang membeli pakaian untuk isteri? Perlu diingat, pakaian isteri selain dari kediaman yang sempurna dan makan minum adalah tanggung jawab suami. Dan mengenai pakaian ini, termasuklah juga pakaian dalam: seluar dalam dan coli isteri, ia adalah tanggung jawab suami untuk menyediakannya. Tapi bagaimana jika kawin dengan perempuan yang tak pernah pakai seluar dalam dan coli?  Jimat kan, jika kawin dengan perempuan jenis tak pernah pakai seluar dalam dan coli, suami tak payah beli dan wang itu boleh digunakan untuk menukar henset setiap bulan!


Sekarang JR bawa pula korang ke Jalan Pudu, KL untuk melihat spesis wanita yang tak pakai seluar dalam dan coli: Spesis ini mengikut polis kini berkeliaran di sekitar Jalan Pudu. Mereka bergerak di sekitar medan selera di Jalan Pudu tampil dengan gaya berpakaian sexy dan yang paling menarik mereka tidak memakai coli dan seluar dalam.



                             Kebanyakan mereka tak pakai seluar dalam dan coli

Mereka merupakan pelacur warga asing daripada kalangan warga China, Myanmar dan Indonesia yang akan menghampiri pelanggan-pelanggan lelaki yang sedang makan sambil menayangkan body solid mereka untuk diratah oleh lelaki mata keranjang. Malah mereka memberi kesempatan kepada pelanggan yang dihampiri untuk  menyentuh bahagian sulit mereka sebelum pelanggan itu ditarik ke hotel-hotel bajet di sekitar Jalan Pudu untuk "membuat projek".



Semalam polis Bandaraya KL telah membuat serbuan sekitar medan selera Jalan Pudu dan berjaya menahan 40 wanita kebanyakannya tanpa seluar dalam dan coli berusia belasan tahun hingga 40 tahun yang sedang mencari pelanggan. Mereka terdiri daripada 34 wanita warga China, Myanmar (5) dan Indonesia (1).


Bagi sesiapa yang menjadi suami kepada wanita-wanita itu tentu beruntung kerana wanita jenis ini tak perlu pakai seluar dalam dan coli...jimat perbelanjaan!!! Yang tak beruntungnya ialah mereka juga berisiko dijangkiti pelbagai penyakit berkaitan sex: HIV, sifilis, gonorrhea dan lain-lain yang dibawa oleh pelacur-pelacur yang tak pakai seluar dalam dan coli ini....