»

31 December 2010

SAMBUTAN TAHUN BARU...KESIAN MELAYU, KAN??


Apa ada pada 1 Januari? Mengapa tahun baru perlu disusuli dengan azam baru? Mengapa rata-rata kita lebih mengingati dan menyambut tahun baru Masehi berbanding tahun Hijrah? 

            

Apa ada pada 1 Januari sehingga sejak malam ia disambut sebegitu rupa?

Ada yang percaya Nabi Isa lahir pada 1 Januari, sebab itu tahun kelahiran Nabi Isa itu diabadikan sebagai tahun 1 Masehi. Hari ini 1 Januari 2011, jadi jika Nabi Isa masih hidup, usianya ialah 2011. Tapi ramai yang percaya Nabi Isa bukan lahir pada 1 Januari, tapi 25 Disember. 

Tapi benarkah Nabi Isa lahir pada 1 Januari atau 25 Disember?

Pendapat ketiga menyatakan Nabi Isa tidak lahir pada 25 Disember atau 1 Januari. Ini kerana mengikut sejarah, ketika Nabi Isa lahir musim menuai, sedangkan 25 Disember dan 1 Januari adalah musim sejuk di tempat kelahirannya.

Jadi mengapa pula 1 Januari disambut sebegitu rupa sebagai perayaan Tahun Baru?

Sebenarnya sambutan 25 Disember dan 1 Januari itu adalah berasal daripada perayaan Rom kuno yang kebanyakannya para penyembah berhala. Januari itu sendiri berasal daripada nama Dewa Janus- salah satu dewa orang-orang Roman. Dari Janus itulah dibentuk menjadi bulan Januari. Apabila agama Kristian masuk di kalangan orang-orang Rom, mereka mengubahsuai upacara-upacara keagamaan mereka sebelum itu lalu dimasukkan ke dalam agama Kristian.            

Dengan kata-kata lain sambutan tahun baru 1 Januari tidak ada kena mengena dengan agama dan budaya orang Melayu/Islam. Ia cuma budaya orang Kristian dan budaya Roman purba yang menyembah berhala. Tetapi sebagai bangsa yang kuat meniru, 1 Januari kini telah menjadi sebahagian dari perayaan masyarakat Malaysia, termasuk Melayu yang beragama Islam.

Kesian kan orang Melayu?

~ JR

APA AKU PEDULI ESOK TAHUN BARU ATAU TAHUN TAK BARU??


Esok 1 Januari 2011. Esok tahun baru. Malam ini malam tahun baru, ramai yang sambut tahun baru...new year's eve... di banyak tempat, antaranya:

*  Dataran Merdeka: Konsert Tahun Baru anjuran DBKL/Am Bank
*  Genting Highland: Sambutan Tahun Baru & Pertunjukan Bunga Api
*  Central Market: Konsert Memori Rock KLFM
*  Shah Alam: Sambutan Ambang Tahun Baru I-City
*  Shah Alam: New Year Eve Celebration di Hotel Quality bersama Ahmad Jais & Rohana Jalil
*  Pulau Pinang: Sambutan Tahun Baru "I know u want me" di Padang Kota Lama
*  Pulau Pinang: Sambutan Tahun Baru di Penang Times Square, Jalan Datuk Keramat

Aku pula nak sambut tahun baru di mana malam ni? Aku malam ini insyaallah tak ada di rumah, bukan kerana untuk sambut tahun baru, tapi kerana aku ingin menziarahi seseorang yang sedang uzur. 

Tapi jika orang tu tak uzur pun dan aku tak ada kerja apa-apa pun ketika itu, aku tak akan...tak akan pernah...never & never..  go to New Year Eve Celebration!!!

Aku tak akan pergi..aku tak pernah pergi untuk kerja pesta-pestaan yang cuma membuang waktu itu...never & never! Mengapa aku benci sangat dengan sambutan tahun baru dan tidak pernah sekali pun dalam  hidupku menyambut atau terhibur dengannya? Kerana ia melibatkan pergaulan bebas lelaki perempuan dan esoknya pencuci sampah pasti jumpa kondom di merata-rata tempat? Kerana 9 bulan lagi lepas 1 Januari 2011 akan lahir ramai anak haram hasil malam pesta tahun baru? Kerana sebagai orang Islam kita dilarang meniru perayaan yang ada hubungan dengan budaya orang bukan Islam? Kerana menghadiri New Year Eve  Celebration bermakna kita bersekongkol dengan pembaziran, sedangkan pembaziran itu adalah budaya syaitan?

Mungkin semuanya ya, mungkin semuanya tidak, mungkin separuhnya ya dan separuh lagi tidak!!
Tapi itu tak penting sangat..Sebenarnya sejak azali aku selalu berpikir mengapa perlu sambut tahun baru, mengadakan pesta-pestaan  yang menggalakkan kemaksiatan, membakar bunga api yang nilainya jutaan ringgit dll. Mengapa, mengapa, mengapa? Mengapa jika korang banyak sangat duit, duit itu tak disalurkan untuk membina sekolah, klinik, hospital, rumah kebajikan...tapi disalurkan untuk pesta membakar duit, untuk 9 bulan lagi bakal lahir beberapa orang anak haram? Mengapa?

Dalam hidupku tak ada istilah tahun baru atau tahun lama...Aku tak pernah berfikir tentang tahun baru dan azam tahun baru yang seringkali melucukan itu. Yang ada dalam hidupku cuma untuk memeriahkan setiap hari baru dengan nawaitu menjadi manusia terbaik. Pagi semalam, pagi ini dan pagi esok aku tetap manusia sama yang bangun pagi dengan nawaitu menjadi manusia terbaik. Pagi esok juga aku akan bangun dengan nawaitu yang sama, tanpa memperdulikan ia tahun baru atau ia tahun tak baru!! Aku ingin menjadi manusia terbaik tidak kira tarikh hari ini ialah 31 Disember, 1 Januari, 1 April, 31 Ogos....dotdotdot...

Esok memang 1 Januari 2011, so what? 
Mengapa aku mesti  peduli esok tahun baru atau tahun tahun tak baru ?

~ JR

30 December 2010

YAHOOO..MENANG PIALA SUZUKI: KEDAH CUTI TIGA HARI



Ini entry kedua aku hari ini. Entry pertama dalam blog ini pagi tadi aku catatkan mengenai cuti umum yang diisyhtiharkan esok oleh Perdana Menteri malam tadi selepas Malaysia menjuarai Piala AFF. Aku catatkan dalam entry aku itu cuti hari Jumaat tak adil untuk negeri-negeri Kedah (negeri aku ler tuuu), Kelantan dan Terengganu yang sememangnya hari Jumaat mereka bercuti. 

Tapi pagi tadi ada berita baik untuk orang Kedah. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam perhimpunan bersama kakitangan kerajaan negeri di Wisma Darulaman mengumumkan cuti umum diisytiharkan untuk Kedah pada hari Ahad ini. Yang paling seronok pastilah murid-murid sekolah: hari Ahad nanti sekolah sambung cuti lagi dan hari Isnin baru sekolah buka!! Yang mana belum beli pakaian dan peralatan sekolah boleh tunggu lagi hingga hari Ahad ini.....


Jadi sekarang tak ada siapa boleh kata tak adil lagi, semua negeri di Malaysia akan bercuti 3 hari: Jumaat, Sabtu dan Ahad. Terima kasih team bola Malaysia!!

~ JR

JUMAAT CUTI UMUM, TAK ADIL BETUL....


ALOR SETAR: Ketika singgah di sebuah restoran mamak sebentar tadi, telinga aku sempat menangkap beberapa bualan pengunjung. Topik apa yang paling panas kini...tentulah mengenai team bola Malaysia yang berjaya mengganyang Indonesia dengan agregat 4-2.

Dalam cakap-cakap bola itu pula ada pengunjung beritahu sempena kemenangan bergaya itu, Hari Jumaat ini telah diisytiharkan sebagai cuti umum oleh Kerajaan Malaysia. Dan tiba-tiba aku terdengar komen ini dari seseorang:

"Tak adil betul..cuti pun hari Jumaat, mengapa bukan Hari Ahad ka, hari Isnin ka? Hari Jumaat memang kat Kedah ni cuti. Dah la Tahun Baru pun di Kedah tak pernah dapat cuti, Malaysia menang bola pun tak dapat cuti juga. Malaaaaaangg..."

Kesian juga bila dengar keluhan tu. Dalam hatiku berkata, sabar ajer laa. Kegembiraan dan kebanggaan melihat pasukan bolasepak kita menang Piala Suzuki tak boleh dibandingkan dengan hadiah sebuah cuti am. Lalu, jika dapat cuti Alhamdulillah, tapi bila tak dapat cuti tambahan pun tak apalah, kan. Dah Jumaat di Kedah memang cuti, jadi cuti ajer laa, jangan ler jelezzz pulak...


~ JR

29 December 2010

TAHNIAH TEAM BOLA INDONESIA!!



Aiiit....pasti ada yang tersinggung dengan tajuk entry ku ini. Orang Malaysia akan kata aku tak patriotik sebab mengucapkan tahniah kepada team bola Indonesia dan bukannya Malaysia yang menang mengikut agregat 4-2 dalam final Piala Suzuki sebentar tadi!! Jika ada rakan di Indonesia yang membacanya pula mereka akan kata aku menyindir mereka kerana memberi ucapan tahniah kepada pihak yang tewas.

Kepada pasukan Malaysia mereka memang berhak menang kerana bermain mati-matian dan tidak tenggelam dalam gelora penonton di Stadium Gelora Bung Karno. Tahniah Malaysia!

Kepada pasukan Indonesia pula, biarpun satu masa ketinggalan secara agregat 4-0, tapi sisa-sisa perjuangan masih diteruskan hingga ke saat akhir untuk akhirnya mencetak kemenangan 2-1 di gelanggang sendiri. Sekurang-kurangnya mereka menang di kandang sendiri, jadi memang wajar juga ucapan tahniah diberi kepada mereka.

Setakat ini aku belum nampak mana-mana blog yang mengucapkan tahniah kepada team bola Indonesia, kesian sungguh!! Aku kesian kepada mereka, yang sudahlah diganyang Malaysia 3-0 di Bukit Jalil tempoh hari, kini di kandang sendiri pun mereka cuma menang tipis. Jadi memang layak aku ucapkan tahniah kepada mereka, sekurang-kurangnya dapat menyejukkan sedikit rasa kecewa atas sebuah kekalahan. Tahniah Indonesia!!

~ JR

JR: SORRY...SORRY...SORRY...


Aku sebenarnya sudah ada 2 entry nak publish hari ini.

Tapi tiba-tiba sebentar tadi ada emergency call - perlu berangkat segera ke Pulau Pinang. Serta merta!!

Jadi maafkan aku jika tak sempat ziarah kawan-kawan, tak sempat baca entry korang dan tak sempat komen apa yang patut komen. Aku perlu berangkat SE-KA-RANG..bye.....(insyaallah jumpa lagi malam nanti lepas urusan selesai)

~ JR

PIALA SUZUKI: MALAYSIA AKAN DIGANYANG LUMAT MALAM NI??

Stadium Gelora Bung Karno sedang menunggu Malaysia untuk diganyang?

Agak sedih aku membaca berita ini. Tak kan lah cuma 300 orang saja penyokong bolasepak Malaysia yang akan hadir bagi memberi sokongan kepada pasukan Malaysia yang akan bertandang ke Stadium Gelora Bung Karno malam ini berhadapan Indonesia dalam final Piala AFF pusingan kedua?  

Tak kan 300 orang sahaja bagi menghadapi sorak gempita hampir 100,000 penonton fanatik Indonesia yang kebanyakannya turun dengan semangat "Ganyang Malaysia"? Jika mengikut perkiraan matematik jika 300 lawan 100,000, pasti 300 benar-benar akan kena ganyang!! Yang tambah bergelora di Stadium Gelora ialah akhbar-akhbar Indonesia sudah bikin perang saraf dengan menyatakan penyokong Malaysia takut ke sana, takut diganyang oleh penyokong Indonesia!!

Bandingkan final pusingan pertama di Bukit Jalil tempoh hari, 15,000 penyokong Indonesia hadir. Mereka tidak takut di ganyang penyokong tuan rumah kerana mungkin tahu saudara serumpun mereka tidak akan mengganyang mereka. Saudara serumpun tidak akan minum darah saudaranya sendiri! Mereka hadir tanpa diganggu, mereka boleh bersorak, boleh menyanyi tanpa diganggu.

Tapi bola malam ini bukan permainan 100,000 penonton, ia mainan 22 pemain atas padang. Yang menentukan kemenangan dan pemenang Piala Suzuki  bukan gelora semangat penonton tapi ketahanan mental dan aksi kencang pemain.

Harap-harap orang Malaysia yang berada sekitar Jakarta turun sama menyaksikan pasukan mereka dalam misi yang sangat penting malam ini. Jangan takut dengan gertakan media kerana mereka perlu percaya kebanyakan orang Indonesia tidak seganas seperti yang digambarkan oleh media mereka. Hanya segelintir yang fanatik, kerana kebanyakan orang Indonesia yang aku kenali adalah baik-baik belaka. Mana mungkin penonton Malaysia akan diganyang lumat seperti propaganda media mereka. Tak mungkin pak polisi Indonesia membiarkan keselamatan saudara serumpun mereka dari Malaysia diancam dan diganyang di Stadium Gelora Bung Karno malam ini.

Kabarnya 5,000 tiket telah diperuntukkan untuk penyokong Malaysia. Harap-harap menjelang malam ini semua 5,000 tiket akan terjual habis. Walaupun jeritan 5,000 tidak akan dapat menenggelamkan gelora gempita sorakan 95,000 penyokong Indonesia yang dijangka memenuhi setiap inci stadium itu malam ini, tapi sekurang-kurangnya 5,000 orang adalah lebih baik daripada 300 orang.

Viva Malaysia, Piala Suzuki milik kita!!

~ JR

28 December 2010

KUATNYA PEREMPUAN BERLETER....HINGGA 7,920 MINIT SETAHUN!!!






Mengapa perempuan suka berleter? Tak jemu ke....pot pet pot pet pot pet pot pet...sampai 7,920 minit setahun???

Satu kajian terbaru mendapati isteri TIDAK PERNAH RASA BERSALAH BERLETER TERHADAP SUAMI mereka manakala si suami secara rahsia merasakan bahawa mereka sentiasa betul.


Golongan isteri juga dianggarkan menghabiskan kira-kira 7,920 minit setahun untuk berleter kepada suaminya mengenai rutin rumah tangga, tabiat minum dan kesihatan mereka. Ia bersamaan dengan 2 jam setengah setiap minggu atau keseluruhan 11 jam sebulan atau hampir 6 hari setahun.


Satu kajian membabitkan lebih 3,000 orang dijalankan kumpulan kempen kesihatan Everyman yang berpusat di London merumuskan, perkara biasa yang dileteri wanita mengenai pasangan mereka adalah tidak membantu mengemas rumah. Aduan lain termasuk tidak membantu membersihkan pinggan mangkuk, terlalu banyak minum dan tidak mendapatkan rawatan doktor.

Majoriti wanita tidak berasa malu suka berleter dengan 87% mengakui sukar untuk memastikan pasangan melakukan sesuatu.

Manakala lelaki berkata, mereka tidak mengakui perkara itu dengan 83% merasakan mereka sentiasa betul.

Walaupun berleter adalah satu perkara yang tidak disukai dalam satu perhubungan, strategi berleter kadangkala dilihat lebih efektif bagi merungkai sesuatu masalah!!


CATATAN: Aku tak termasuk dlm golongan suami yg dileteri isterinya 7,920 minit kerana kami jarang bertemu..cuma bertemu sekali seminggu... dan justru aku jarang berpeluang dileteri isteriku, lucky??....wahahahaha...


~ JR

JR Shoppe: HOT..HOT..SIAPA MENTERI YANG PERKOSA AMAH INDONESIA TUUUHH??

JR Shoppe: HOT..HOT..SIAPA MENTERI YANG PERKOSA AMAH INDONESIA TUUUHH??

27 December 2010

HOT..HOT..SIAPA MENTERI YANG PERKOSA AMAH INDONESIA TUUUHH??


Aku pada mulanya takut juga nak tulis perkara ini. Takut silap-silap tulis nanti kena saman pula!
Tapi memandangkan sudah banyak blog yang menyiarkannya, aku sambung sedikit apa yang sudah ada di pasaran berita.

Ia mengenai satu berita panas yang melibatkan Pak Menteri kita. Selalunya di negara ini perkara-perkara panas yang melibatkan Menteri, Wakil Rakyat (tak kira wakil rakyat Kerajaan atau Pembangkang) dan artis, orang memang suka baca, maklumlah mereka ini VVIP, VIP dan selebreti.

Aku ingat korang pun tahu cerita ini. Ceritanya ialah kisah Menteri (ada versi lain kata bekas Menteri) yang memperkosa amahnya sendiri. Kerana amahnya itu orang Indonesia, maka hal ini kononnya heboh juga dekat Indonesia. Dan kebetulan berita negatif ini heboh ketika perlawanan akhir Piala Suzuki peringkat kedua akan berlangsung Rabu ini di Stadium Gelora Bung Karno. 

Kononnya pristiwa memperkosa amah Indonesia ini berlaku pada tahun 2007. Namun Menteri berkenaan selamat walaupun laporan mengenainya telah dihantar ke Kedutaan Indonesia, Kedutaan Amerika bahkan juga ke pejabat Perdana Menteri waktu itu (Tun Abdullah Badawi). Jika yang memperkosa amah itu bukan Menteri, tapi orang biasa - penarik beca, tukang kebun, tukang urut, tukang rumah, guru sekolah, konstabel polis, kerani pejabat, pegawai rendah kerajaan dan peniaga kecil tentu sudah masuk akhbar. Konon-kononnya begitulah seperti yang dilaporkan dalam banyak blog, malangnya jadi orang biasa, sikit hal pun boleh kena cekup, apa lagilah jika ia besar punya hal macam kes perkosa ini!!!

Semalam, sebuah NGO - Tenaganita menyiarkan kembali satu kenyataan akhbar yang pernah dibuat oleh Migrant Care, sebuah badan kebajikan pekerja Indonesia yang mengesahkan kejadian yang berlaku pada tahun 2007 itu. Kenyataan mengenai kes perkosaan itu ditandatangani oleh Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah  (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director) pada  1 Ogos 2007.


Dalam kenyataan akhbar itu, Migrant Care berkata, pembantu rumah Indionesia yang diperkosa itu bernama Robengah yang ketika itu berada di bawah penyeliaan Migrant Care. Robengah  dirogol pada 19 Februari 2007 di kediaman Menteri itu di Kuala Lumpur. Bagi menutup mulutnya Alex berkata amah ini dihantar balik ke Indonesia pada 20 Februari 2007. Selepas mendapat maklumat dari orang ramai Migrant Care telah menjejak mangsa itu ke kampungnya yang terletak di Panjar Negara, Jawa Tengah pada 23 Julai 2007. Malangnya Robengah tidak mahu melaporkan hal ini kepada pihak berkuasa kerana tidak mahu menanggung malu dan juga ketakutan.


Bagi aku, perkara ini tak boleh didiamkan. Mungkin Menteri itu difitnah, siapa tahu? Mungkin amah itu ada sebab lain dan Menteri itu menjadi kambing hitamnya, siapa tahu? Oleh itu Kerajaan perlu siasat dan jangan buat diam saja semata-mata kerana suspek kes ini seorang Menteri dan bukan penarik beca, tukang kebun, guru sekolah, konstabel polis, kerani pejabat, pegawai rendah kerajaan atau peniaga kecil. Nama Menteri itu perlu dibersihkan, tapi jika dia memang melakukannya, maka bertindaklah mengikut lunas undang-undang.

Negara ini ada undang-undang. Tak kira pelakunya Menteri, pegawai tinggi kerajaan, kerani pejabat, guru, konstabel polis, semuanya sama di sisi undang-undang, kerana bukankah semua kita darahnya merah, tulangnya putih dan kentutnya busuk?

Salah satu blog yang melaporkan peristiwa ini ialah BLOG INI...justru jika korang nak baca lebih lengkap baca dalam blog itu..

~ JR

TIPS KESIHATAN: JOM MINUM AIR KENCING SENDIRI!!!


Berapa kali korang kencing sehari: 10, 15, 20 atau 30 kali korang kencing sehari? Ketika korang  sedang kencing sambil mata merenung air kekuningan yang sungguh hancing itu, pernahkah korang terfikir ada manusia di dunia ini yang sanggup meminum air kencingnya sendiri? Dan orang yang meminum air kencingnya sendiri itu bukan orang gila, bukan saja orang biasa malah ada Perdana Menteri daripada sebuah negara kuasa nuklear juga menjadikan ia sebagai amalan hidup demi untuk kesihatannya!

Sebenarnya ada satu perubatan alternatif yang menggunakan air kencing sendiri sebagai ramuannya. Perubatan menerusi penggunaan air kencing ini dinamakan ‘Theraphy Auto Urine’. Terapi auto urin ini telah bertapak di India sejak 5,000 tahun dahulu, dikenali di Eropah terutama Jerman sejak 4,000 tahun lalu dan di Cina baru diperkatakan sejak 1,600 tahun lepas. Meminum air kencing sendiri ini sungguh berkhasiat, menurut pengamalnya mereka yang menjadikan ia amalan harian jarang dihinggapi penyakit, malah kebanyakannya mampu hidup lebih lama sehingga melebihi 100 tahun!

Di India amalan kuno ini bukan sahaja diamalkan oleh sesetengah masyarakatnya sehingga kini, malah mantan Perdana Menteri India dari tahun 1997-1998, Morarji Desai mengamalkannya dengan meminum satu gelas air kencingnya sendiri setiap hari. Amalannya itu sangat berbaloi kerana dia sangat jarang sakit dan cuma meninggal dunia pada usia 99 tahun pada 1995.

Terapi auto urin ini dipercayai dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kronik seperti kanser, jantung, darah tinggi, radang usus, sakit pinggang, asma dan lain-lain. Jika pengambilan air kencing dijadikan sebagai amalan harian untuk menghindari penyakit, ia boleh dilakukan dengan mengambil 1 gelas air kencing sekali sehari. Tapi jika ia diambil untuk mengubati sesuatu penyakit, disarankan pesakit meminum air kencingnya 3 gelas sehari.

Cara penggunaan air kencing untuk tujuan perubatan ialah dengan mengambil bahagian pertengahannya sahaja, manakala bahagian awal dan akhir air kencing diketepikan kerana ia dikatakan tidak berkhasiat. Kemudian nikmatilah ubat yang berbau hancing itu seenaknya!  Korang tidak perlu menghabiskan wang untuk ketemu doktor, kerana ubat itu wujud dalam pundi-pundi kencing korang sendiri!! Air kencing mengandungi campuran mineral, vitamin, enzim, hormon, asid amino, antibodi, antigen, allergen, garam dan nutrium lainnya dikatakan begitu berkesan dalam mengubati penyakit-penyakit berkenaan.

Naah, selepas membaca artikel ini, mahukan korang mencuba terapi auto urin ini mulai hari ini atau esok? Apapun, sebelum mencubanya korang perlu ingat bahawa air kencing itu adalah najis dalam Islam! Dan saya sendiri? Saya hanya menyampaikan artikel ini untuk makluman korang, kerana saya sendiri tidak akan pernah mencuba meminum air kekuningan dan hancing itu, tidak akan pernah selamanya!!!

~ JR

26 December 2010

MAAFKAN AKU JIKA KORANG NAMPAK AKU SOMBONG!!


Korang jangan marah kalau dalam seminggu ni dan beberapa hari akan datang, mood aku kurang baik. Sebenarnya akhir-akhir ini hati aku selalu dik duk dik duk teringat mak aku saja. Apa tidaknya, mak aku masuk hospital dan tadi...tadi kakinya hilang di lapah mata pisau doktor bedah. Doktor terpaksa memotong kaki emak kerana penyakit diabetes..

Jadi korang jangan terasa apa-apa jika aku tidak mengunjung balas lawatan yang korang buat ke blog hampeh aku ni..Korang juga jangan geram kerana korang penat-penat komen entry tak menarik aku, tapi aku tidak komen apa-apa di blog cute & sweet milik korang. 

Kalau korang nak kata aku sombong, katalah, aku tak marah. Memang aku sombong kerana agak sibuk tak sempat nak beri tumpuan terhadap blog yang macam rumah usang ni. Memang aku sombong tak ikut balik jejak-jejak yang korang tinggalkan di blog ini. Memang aku sombong kerana korang follo aku tapi aku tak sempat folo balik korang. Memang aku sombong kerana korang komen di blog aku, aku macam tak peduli komen-komen korang.

Tapi apa nak buat, aku sombong kerana terpaksa. Aku sombong kerana separuh hatiku di Hospital Pulau Pinang dan hanya kurang separuh untuk blog ini. Esok aku akan ke Penang lagi tengok mak aku di Penang. Pergi pagi, petang baliklah...

Jika korang rasa aku sombong, aku pohon maaf...

~ JR

BAHASA MELAYU BAHASA CABUK??

Dr Zeti...


Setiap kali wajah wanita ini muncul di media ia sangat menarik perhatian aku. Aku tidak tertarik kerana kulitnya putih melepak (maklumlah keturunan Turki) atau keayuannya (sudah banyak luntur oleh faktor usia), tapi aku tertarik kerana:

i) Dia wanita yang berjawatan tinggi dalam kerajaan,

ii) Dia anak kepada seorang tokoh yang banyak berjasa kepada orang Melayu -  Prof. Ungku Aziz; dan.........ini yang tak best nya:

iii) Dia belum pernah sekalipun aku dengar bercakap dalam Bahasa Melayu setiap kali muncul di TV!!!

Tak taulah kalau tokoh ini ada berbahasa Melayu ketika di tempat kerjanya, di rumahnya atau ketika bercakap dengan pembantu rumahnya atau aku yang overlook? Yang jelas dalam TV dia sentiasa bercakap Inggeris, bukan 40%, bukan 50%, bukan 80%, bukan 99% berbahasa Inggeris seperti sebahagian orang termasuk Menteri kita, tapi 100%.

Aku selalu berfikir jika Perdana Menteri pun selalu bercakap Melayu, begitu juga Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri, mengapa orang Melayu sepertinya susah sangat berbahasa Melayu? Aku boleh terima jika dia bercakap Inggeris di dalam international conference atau jika ditemubual oleh wartawan luar negara, tetapi apabila dia bercakap dalam Bahasa Inggeeris dengan orang Malaysia (terutama wartawan) yang rata-ratanya memahami Bahasa Melayu, aku tertanya-tanya: mengapa gerangan wanita itu jadi begitu?

Yang selalu membuat aku tersinggung ialah jika Menteri bukan Melayu, wakil rakyat bukan Melayu (tak kira BN atau PR) boleh bercakap Melayu dengan baik (malah ada yang menguasai Bahasa Melayu lebih baik daripada orang Melayu biasa), mengapa Tan Sri Dr sorang ni seperti tak boleh berbahasa Melayu? Malukah dia berbahasa Melayu atau cabuk sangatkah Bahasa Melayu ini?

Aku tidak mahu memperkecilkan peranan Bahasa Inggeris, ia bahasa ilmu yang ada tempatnya tersendiri di negara ini dan memang perlu dikuasai. Apapun, penggunaan Bahasa Inggeris biarlah sesuai dengan masa, tempat dan khalayak di depan kita...Bahasa Inggeris memang penting, tapi Bahasa Melayu bukan bahasa cabuk..ia adalah Bahasa Kebangsaan kita yang patut digunakan sepanjang masa, apa lagi bila berada dalam negara dan di hadapan rakyat negara ini sendiri.

Nota: Wanita yang aku maksudkan dalam catatan ini ialah Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz

~ JR

PENGGUNA FACEBOOK, KORANG DALAM BAHAYA!!!


Aku baru terbaca mengenai tulisan seorang blogger di blognya mengenai Facebook. Selepas selesai membacanya, aku rasa terpanggil untuk berkongsi cerita mengenai Facebook ini. Walaupun bagi sesetengah orang cerita ini cerita lama, tetapi apa salahnya aku kongsikan sekali lagi sebagai info tambahan, Ramai yang suka menggunakan laman web sosial seperti MySpace, Frienster, Tagged dan juga Facebook untuk mencari kawan dan juga member lama di ruangan maya. Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai satu tempat dalam memperjuangkan wadah dan pemikiran masing-masing. Yang penting, ianya PERCUMA dan itulah yang aku ingin kongsikan. 

Lamab web sosial sekarang tidak ubah seperti blog. Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu PERCUMA, berduyun-duyun pengguna Internet akan berusaha untuk mendapat satu account bagi diri masing-masing. Apatah lagi kalau username mereka masih belum diguna pakai oleh orang lain. Betul`kan? Jadi sebagai pembuka kata, hari ini kita akan berkongsi sedikit info mengenai laman web sosial yang sedang meletup iaitu FACEBOOK. Sebenarnya, ada sebahagian “dark side” yang tidak diketahui oleh berjuta pengguna internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu konspirasi teori yang telah pun menjadi fakta benar dan apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah “lihat” dan “terus melihat”. Jika  ada di antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar di dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan."
Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang Facebook?

Sedarkah kita bahawa semua data-data yang kita berikan itu telahpun disimpan oleh pihak CIA?

Mereka boleh mengakses semua mengenai kita dan dengan mudah mendapat semua butir-butir diri tanpa perlu bertanya kepada kita, bos kita, kawan-kawan kita, pihak universiti kita, keluarga kita dan banyak lagi sumber at anytime they want!! Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT. Apabila ditanya, mereka dengan mudah menjawab, “nanti kalau member lama atau member sekolah ingin mencari kita… senang sikit!”

Malang sekali bukan itu yang berlaku.

Dalam pada keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap Facebook, kita sedikitpun tidak membaca dasar ataupun polisi yang Facebook letak di dalam laman web mereka. Yang kita tahu hanyalah PERCUMA dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh memakan diri kita sendiri sebenarnya.

Mari kita lihat apakah yang Facebook nyatakan mengenai butir-butir peribadi yang kita sendiri masukkan dalam account Facebook kita:

Cuba bayangkan!!!

Facebook yang telah menjadi kegilaan pengguna internet adalah tempat yang paling mudah untuk CIA mendapatkan data peribadi mereka dengan PERCUMA. Bagi pengguna kebanyakan (mereka yang bukan extreme), mungkin ia tidak akan membawa keuntungan kepada pihak CIA tetapi bagi mereka yang mempunyai “title” sebagai “professional” seperti seorang doktor, peguam, PROFESSOR, scientist dan yang seumpamanya… inilah MANGSA CIA yang sebenarnya.

Mengapa?

Kerana sama ada kita percaya atau tidak, ramai golongan professional yang meletakkan segala butir-butir mengenai diri mereka dengan lengkap bagai nak rak dengan alasan mereka mempunyai kawan di seluruh dunia dan masing-masing tidak mahu “kalah” dalam menceritakan semua kejayaan dan kegiatan yang telah mereka kecapi. Bukankah itu semua adalah PRIVACY diri sendiri?

Pernahkah kita/mereka fikirkan mengenai RISIKO yang mereka letakkan ke atas diri mereka sendiri?
- Habis semua data mengenai aktiviti dimasukkan.
- Habis semua data mengenai achievement diri dimasukkan.
- Address, hometown, phone number, clubs, jobs, rekod pendidikan, interests, daily schedule…. habis diberikan begitu sahaja. Itu semua akan disimpan oleh pihak CIA sebagai data yang boleh dijadikan statistik untuk kegunaan mereka pada masa hadapan. Malah, maklumat mengenai keluarga juga dimasukkan dengan selamba.

Kita marah bila orang mengambil tahu hal kita.

Kita marah bila orang mencungkil privacy kita.

Tapi kita tidak sedar yang kita telah “berikan” semuanya di dalam Facebook kita!
Ikut percakapan kasar orang di warung kopi, bunyinya memang menarik. Ini dialognya: Esok kalau katakan mereka hendak menyerang Malaysia, mereka sudahpun tahu dimanakah golongan bijak pandai di Malaysia ini berada/tinggal. Sebelum dia serang, mereka akan bunuh dahulu golongan bijak pandai ini…. tiada apa yang tinggal.

Bukankah semua info yang mereka perlukan sudahpun ada dalam tangan mereka?

Facebook best!

Facebook nombor 1 sekarang !!!

Memang betul....Itu memang satu fakta. Tiada siapapun boleh menafikannya.

Dan ini juga adalah satu fakta:
Facebook telah di tampung sebanyak USD500,000 oleh bekas CEO Paypal, Peter Thiel. Jadi tiada masalah untuk mempromosikannya. Tidak cukup dengan itu, sebanyak USD12.7 juta telah dilaburkan ke dalam Facebook oleh James Breyer dari Accel  Partners. Mereka semuanya ada agenda yang mereka sendiri faham. Jika kamu hendak tahu siapakah mereka semua ini dan siapakah DALANG di sebalik laman web sosial ini, kamu harus memberikan fokus yang sepenuhnya pada slide flash video yang akan kamu lihat sebentar lagi. Mainkannya berulang-ulang dan cuba fahamkan.

Satu lagi,
pihak CIA sendiri menggunakan Facebook group to untuk merekrut staffnya bagi program kesayangan mereka iaitu National Clandestine Service. Malah, Dr Anita Jones juga telah menjadi sebahagian dari Dark Side ini. Dr Anita Jones adalah Defence Research and Engineering Director untuk US Department of Defence.

Bagi aku, bersosial di laman web seperti Facebook ini tidaklah salah. Malah bagus kerana silap haribulan, boleh buat duit lagi. Tapi berhati-hatilah dengan semua privasi diri sendiri. Jangan sesekali memberikan maklumat penting. Palsukan semua maklumat yang dirasakan tinggi privasinya. Maklumlah.. rakyat Malaysia inikan cepat terpengaruh. Apalagi dengan benda PERCUMA sebegini. Bukan hendak mengata diri sendiri, tetapi ini telahpun terbukti. Kalau tidak percaya,
pergilah di Fotopages dan lihat siapakah pengguna terbesar Fotopages kelolaan rakyat Israel tu…! Jawapannya adalah rakyat Malaysia. Tidak syak lagi…

Jadi, apa yang perlu kita lakukan sekarang?

Jawapannya mudah. Bagi mereka yang pernah memasukkan data privasi mereka, senyum sahajalah. Bagi mereka yang belum dan baru nak mendaftar, berhati-hati. Itu sahaja.

(Sumber: FB Kuala Kangsar Tetap Di Hati}


~ JR